Friday, August 9, 2019

KHUTBAH KHAS 'AIDIL ADHA - 10 ZULHIJJAH 1440 / 11 OGOS 2019


PENGABDIAN DIRI, PENGORBANAN HAKIKI

Khutbah Pertama

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا. 

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  وَنَبِيِّنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَالتَّابِعِينَ وَالنَّاصِرِيْنَ لِدِينِهِ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Muslimin muslimat yang dirahmati sekalian,

Selamat menyambut Aidiladha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita persembahkan ke hadrat Allah s.w.t atas nikmat Aidiladha ini. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga para jemaah haji dari seluruh dunia diberikan kesihatan, keselamatan dan yang paling besar, dianugerahkan haji mabrur yang tiada balasan kecuali syurga.

Jika pada hari ini kita masih boleh memilih untuk datang ke masjid atau surau, tetapi pada hari akhirat nanti kita tiada lagi pilihan melainkan dikumpulkan di padang Mahsyar.

Jika di dunia pun kita telah merasai bagaimana wujudnya perbezaan antara kita, maka di padang Mahsyar nanti, perbezaan yang lebih ketara akan dirasai berdasarkan keimanan dan amalan masing-masing, bukan berdasarkan kedudukan dan harta sebagaimana di dunia ini.

Sebesar manapun pangkat kebesaran manusia namun ia tetap kecil dan kerdil berhadapan dengan keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. Bersempena dengan Aidiladha pada hari ini, mimbar akan membicarakan tajuk: "Pengabdian Diri, Pengorbanan Hakiki".

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Hadirin hadirat yang dikasihi,

Aidiladha dikenali juga sebagai Hari Raya Haji, bersempena kaum muslimin menyempurnakan ibadah haji di Makkah al-Mukarramah, sekaligus pelengkap kepada rukun Islam dalam perjalanan hidup ber'ubudiyyah kepada Allah s.w.t. Aidiladha juga bermaksud Hari Raya Korban, sempena sembelihan yang disyariatkan pada 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Jumhur ulamak berpendapat, hukum sembelihan korban sunat muakkad. Bahkan Imam al-Auzai’e, Imam al-Laith dan Imam Abu Hanifah menghukumkannya sebagai wajib. Sabda Nabi s.a.w:

مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

Maksudnya: "Barangsiapa yang memiliki kemampuan namun tidak melakukan ibadat korban, maka janganlah hampiri tempat solat kami". (Hadits riwayat Imam Ahmad)

Terdapat dalil daripada hadits Nabi s.a.w yang menyatakan, bahawa sembelihan korban adalah amalan yang sangat dicintai Allah s.w.t pada hari Nahar (Hari Sembelihan Korban). Sabda Nabi s.a.w:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدِّمَاءِ

Maksudnya: "Tiada satu amalan anak Adam, yang lebih dicintai Allah pada Hari Raya Korban, daripada mengalirkan darah (yakni menyembelih korban)…". (Hadits Riwayat Imam Bukhari)

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Kautsar, ayat 2:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ﴿٢﴾

Maksudnya: "Maka hendaklah anda tunaikan solat (Aidiladha) dan sembelihlah (buatlah korban)".

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Sejarah korban telah kita ketahui, bermula daripada ujian paling berat yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim a.s. Allah s.w.t memerintahkan baginda menyembelih putera kesayangannya Ismail a.s, sepertimana kisahnya di dalam Surah as-Saffat, ayat 102 hingga 108:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ ﴿١٠٢﴾  فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ ﴿١٠٣﴾ وَنَادَيْنَاهُ أَن يَا إِبْرَاهِيمُ ﴿١٠٤﴾ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ﴿١٠٥﴾ إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ ﴿١٠٦﴾ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧﴾ وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ ﴿١٠٨﴾

Maksudnya: "Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Anaknya menjawab : “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya-Allah ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar,” Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu,” Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan, sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata,; dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;".

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Sidang jemaah Aidiladha yang dimuliakan,

Itulah sejarah ulung korban Hari Raya Aidiladha yang kita sambut hari ini. Allah menguji Nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Manakala kita diuji dengan perintah mengorbankan haiwan ternakan jenis al-An’am (lembu, kerbau, kambing dan unta) kerana Allah Maha Mengetahui hamba-hamba-Nya tidak mampu untuk melakukan pengorbanan yang terlalu berat. Maka amatlah tidak wajar kita mengambil mudah atas perintah ini. Allah tidak mensyariatkan sesuatu yang memberatkan dan menyulitkan hamba-hamba-Nya selari dengan firman Allah dalam Surah Al-Hajj, ayat 78:

... هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ... ﴿٧٨﴾

Maksudnya: "Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama…".

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Sidang Aidiladha yang dirahmati Allah,

Walau apapun haiwan ternakan (al-An’am) yang kita korbankan, namun begitu yang dikehendaki hanyalah keikhlasan yang menatijahkan taqwa kepada Allah, sebagai syarat korban itu diterima. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Hajj, ayat 37 :

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ ... ﴿٣٧﴾

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu".

Sewajarnya kita menyedari bahawa taqwa adalah merupakan pra-syarat bagi sesuatu amalan soleh itu diterima atau dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Hal ini berdasarkan penegasan daripada Allah s.w.t dalam Surah Al-Maidah, ayat 27:

... قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ ﴿٢٧﴾

Maksudnya: "(Habil menjawab): Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa…".

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Meskipun hari ini kita menyambut Aidiladha dengan melaksanakan amalan yang sangat dicintai Allah, namun tasawwur atau konsep At-Tadhiyyah (pengorbanan) adalah luas dan syumul, meliputi pengorbanan harta benda, tenaga, jiwa, ilmu, waktu dan sebagainya pada jalan Allah s.w.t. Segala nikmat ini merupakan modal untuk perniagaan dengan Allah yang sangat menguntungkan iaitu dengan memanfaatkan semuanya ke jalan Allah s.w.t. Firman Allah dalam Surah As-Saff, ayat 10 hingga 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿١٠﴾ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١١﴾ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١٢﴾

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempattempat tingggal yang baik dalam syurga ‘Adn, itulah kemenangan yang besar".

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Sidang jamaah Aidiladha yang budiman,

Bagi meneladani kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s yang tunduk kepada perintah Allah, marilah sama-sama kita zahirkan pengorbanan dalam apa jua bentuk agar kehidupan kita diredhai Allah. Kesimpulannya, mimbar ingin menarik perhatian para jemaah kepada beberapa perkara penting di dalam khutbah hari ini:

1. Hari Raya Aidiladha dikaitkan dengan galakan ibadat korban yang dijanjikan ganjaran yang istimewa.
2. Ikhlas dan mengikut syariat Nabi s.a.w adalah syarat ibadat diterima.
3. Pengorbanan hakiki adalah dengan sanggup mengorbankan apa sahaja, demi melaksanakan perintah Allah s.w.t, suruhan-Nya mahupun larangan-Nya.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Muzzammil, ayat 20:

... وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ... ﴿٢٠﴾

Maksudnya: "Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ حَبِيْبِنَا وَشَفِيعِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ الْمُتَّقِينَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِينَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ وَجَاهَدَ جِهَادَهُ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. 

أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَوَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى. 

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Dalam melaksanakan ibadah korban, sukacita mimbar ingin mengingatkan:

1. Kepada yang menjual haiwan korban, janganlah mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati. Jangan menipu dengan menukar binatang korban tidak seperti yang dijanjikan.
2. Kepada peserta korban, ikhlaskan hati. Digalakkan hadir menyaksikan binatang korban yang disembelih.
3. Kepada pihak pengurus korban, jangan mengambil keuntungan tanpa persetujuan peserta. Laksanakan amanah sebaik yang mungkin agar menjadi amal soleh bekalan di akhirat. Buat pembahagian yang tepat mengikut syarak.
4. Kepada petugas, jangan mencuri daging, tulang, ekor binatang korban. Jangan memilih-milih bahagian daging yang baik-baik sahaja, sebaliknya buatlah pembahagian yang adil kepada semua yang berhak. Petugas tidak harus mengambil upah daripada binatang korban melainkan bayaran lain sebagai saguhati.
5. Kepada orang ramai, jangan mengambil lebih daripada bahagian yang sepatutnya sama ada daging, tulang mentah yang dimasak.

Semoga semua yang terlibat melaksanakan ibadah korban mendapat ganjaran pahala, dan bukannya dosa.

قَالَ اللهُ تَعَالَى: 
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾ (Surah Al-Ahzab Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي سُوْرِيَا وَفِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ.

Ya Allah, ampunilah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat serta kurniakanlah kepada kami hidayah dan inayah-Mu untuk melaksanakan perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu.

Ya Allah, berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan ibadah wakaf. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara' dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan. 

Ya Allah, Engkau Peliharalah negara Malaysia yang tercinta ini, Engkau Jauhkanlah negara kami daripada bala bencana, wabak penyakit, huru-hara, fitnah dan khianat. Tanamkanlah rasa kasih sayang di antara kami, kekalkanlah perpaduan kami, semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, makmur dan selamat sepanjang zaman.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini: Edisi Jawi. Edisi Rumi.

No comments:

Post a Comment