Friday, June 26, 2020

KHUTBAH JUMAAT - 4 ZULKAEDAH 1441 / 26 JUN 2020

KITA JAGA KITA

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَىٰوَاتِ وَرَافِعِهَا، وَبَسِطِ الْأَرْضِ وَوَاضِعِهَا، وَعَالِمِ الْلأَسْرَارِ وَسَامِعِهَا.
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar ingin berpesan kepada diri sendiri dan jamaah sekalian, marilah sama-sama  kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, yakni dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan hidup kita di dunia diberkati Allah, dan di akhirat kelak kita mendapat syurga. Khutbah hari ini akan membicarakan tajuk; "Kita Jaga Kita".

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Beberapa minggu yang lalu, kes wabak Covid-19 di negara kita mula menunjukkan penurunan. Setelah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kini pejabat-pejabat mula beroperasi sepenuhnya, masjid dan surau juga telah dibuka. Ada yang mengambil peluang ini pergi bercuti, atau pulang ke kampung halaman. Setelah hampir 3 bulan tempoh PKP, hari ini kita kembali menjalani kehidupan dengan norma baharu.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Dalam kesibukan kita menjalani norma baharu, kita harus sedar bahawa kita masih dalam tempoh PKP, walaupun kerajaan telah melonggarkan beberapa sekatan pergerakan, kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk mencegah wabak ini daripada terus menular.

Ambillah iktibar daripada apa yang telah di Singapura dan Perancis. Sebaik sahaja perintah kawalan pergerakan dilonggarkan, jumlah kes positif kembali meningkat. Di sinilah perlunya tanggungjawab menjaga agama (hifzuddin), dan menjaga nyawa (hifzunnafs), bagi memastikan kesejahteraan awam kekal terpelihara. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:

... وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ... ﴿١٩٥﴾

Maksudnya: "... Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan...".

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Pihak polis, angkatan tentera, RELA, petugas kesihatan, penguatkuasa agama dan lain-lain sudah melakukan tugas mereka dengan sebaiknya. Kita tidak boleh selamanya mengharapkan mereka untuk mengawal penularan wabak ini. Kita jaga kita. Kita bertanggungjawab menjaga diri kita sendiri, sekaligus menjaga orang lain.

Sebelum ini, kita terhutang budi di atas pengorbanan petugas-petugas barisan hadapan. Sekarang tiba masanya, untuk kita pula menggalas tugas tersebut. Kitalah barisan hadapan yang baharu. Jika kita berdisiplin dan bersatu hati, dengan izin Allah s.w.t, kita akan berjaya membendung wabak Covid-19 daripada terus mengancam negara.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Sebelum mengakhiri khutbah minggu ini, mimbar ingiin berpesan beberapa perkara penting berkenaan pembukaan semula masjid dan surau dalam tempoh PKPP. Para jamaah hendaklah hadir ke masjid dalam keadaan sudah berwuduk, bawa sejadah sendiri dan memakai penutup muka. Setelah selesai solat, beredar dalam keadaan teratur, dan jangan berhimpit-himpit.

Buat akhirnya, marilah kita sama-sama menjaga keselamatan diri, ahli keluarga, dan sesama kita. Biasakan hidup dengan norma baharu, amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, dan sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan. Tidak ada gunanya PKP dilonggarkan, jika kita kembali bersikap sambil lewa dan tidak berhati-hati . Hayati firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran:

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ ﴿١١﴾

Maksudnya: "Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya". (Surah Ar-Ra'd ayat 11)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini. Mimbar turut berpesan, jagalah hubungan baik kita dengan Allah dan sesama manusia. Makmurkanlah rumah-rumah Allah dengan istiqamah mengerjakan ibadah, terutamanya solat fardu berjamaah.

Dirikanlah solat ketika lapang mahupun sempit, sihat ataupun sakit. Walaupun sesibuk mana pun kita bekerja, walau setinggi mana kedudukan kita, walaupun kita susah tanpa limpahan harta, janganlah sekali-kali tinggalkan solat. Mudah-mudahan kita mendapat kasih sayang dan naungan Allah, di dunia dan akhirat.

قَالَ اللهُ تَعَالَى:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.

اللَّهُمَّ أدْفَعْ عَنَّا الْبَلَاء، وَالْوَبَاء خُصُوصًا وَيْرُوس الْكُورُونَا، وَالْغَلَاء، وَالْمِحَنِ وَالْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَنْ بَلَدِنَا خَاصَّةً وَعَنْ بُلْدَانَ عَامَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah, Engkau peliharalah negara Malaysia daripada wabak Covid-19, Engkau jauhilah negara kami daripada bala bencana, wabak penyakit, huru-hara, fitnah dan khianat.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 

Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

Friday, June 19, 2020

KHUTBAH JUMAAT - 27 SYAWAL 1441 / 19 JUN 2020

WASPADA DOSA JARIAH

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar berpesan kepada diri sendiri dan sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dalam erti kata yang sebenarnya, iaitu dengan melaksanakan titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Semoga hidup kita di dunia diberkati Allah, dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk; "Waspada Dosa Jariah".

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Dalam sebuah hadits riwayat Imam Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: "Apabila mati seorang insan, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya". (Hadits riwayat An-Nasa'ie : 3651)

Amalan sedekah jariah yang disebutkan dalam hadits ini adalah satu amalan yang terus mengalir pahalanya walaupun kita sudah meninggal dunia. Selama harta yang kita sedekahkan masih dimanfaatkan oleh kaum muslimin, selama itulah kita akan tetap menerima ganjaran pahala.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Jika wujud namanya pahala jariah, maka di sana juga terdapat dosa jariah. Dosa jariah ini amat menakutkan. Sebab kesannya akan tetap ditimpakan kepada pelakunya, sekalipun dia tidak lagi mengerjakan perbuatan dosa itu.

Orang-orang yang memulakan fitnah dalam masyarakat, ibu bapa yang membiarkan anak-anak yang sudah dewasa mendedahkan aurat, golongan muda yang melakukan aksi-aksi tidak senonoh di media sosial, kelak apabila meninggal dunia tanpa sempat bertaubat, maka dia akan menanggung dosa jariah. Di alam barzakh sewaktu orang sangat memerlukan pahala, dia pula mendapat kiriman dosa-dosa. Alangkah ruginya.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Satu perkara penting yang perlu kita fahami, Allah s.w.t tidak hanya mencatat amalan yang kita lakukan, tetapi kesan dan pengaruh daripada amalan itu juga akan dinilai. Allah s.w.t berfirman dalam Surah Yaasin ayat 12:

إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ ۚ وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُّبِينٍ ﴿١٢﴾

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan dan kesan-kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan Kami kumpulkan segala sesuatu dalam kitab induk yang nyata (Luz Mahfuz)".

Betapa bahayanya dosa jariah ini, hingga Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya agar berhati-hati, jangan sampai terjebak melakukannya. Di antara dosa jariah yang telah diperingatkan Rasulullah s.a.w adalah menayangkan maksiat kepada orang ramai:

Pertama, mempelopori perbuatan maksiat. Mempelopori dalam erti, seseorang melakukan perbuatan maksiat di hadapan orang lain, sengaja menunjuk-nunjuk secara langsung atau di media sosial, sehingga banyak orang yang mengikutinya. Daripada Saiyidina Jarir bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya: "Sesiapa yang menunjukkan satu kebiasaan yang buruk dalam Islam, maka dia mendapatkan dosa keburukan itu, dan dosa setiap orang yang melakukan keburukan itu sesudahnya, tanpa dikurangi sedikit pun dosa mereka". (Hadits riwayat Imam Muslim)

Kedua, mengajak melakukan kesesatan dan maksiat, walaupun dia sendiri tidak melakukannya. Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t menceritakan keadaan orang kafir di akhirat kelak, bahawa mereka akan menanggung dosa kekufurannya, ditambah dosa setiap orang yang mereka sesatkan:

لِيَحْمِلُوا أَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۙ وَمِنْ أَوْزَارِ الَّذِينَ يُضِلُّونَهُم بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ أَلَا سَاءَ مَا يَزِرُونَ ﴿٢٥﴾

Maksudnya: "Mereka akan memikul dosa-dosanya dengan penuh pada hari kiamat, dan juga memikul dosa-dosa orang-orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikitpun (bahawa mereka disesatkan); sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu". (Surah An-Nahl ayat 25)

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pertama minggu ini, marilah kita sama-sama menjauhi dosa jariah. Salah satu caranya dengan segera bertaubat atas dosa dan maksiat, mendekatkan diri dengan masjid, berusaha mendalami ilmu agama, menjaga adab dan maruah diri di media sosial, bersahabat dengan orang-orang soleh, dan sebagainya. Jadilah seorang muslim yang teguh imannya, hebat ilmu dan jati dirinya, dan cemerlang pula budi pekertinya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini.

Para jamaah diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan, amalkan penjarakkan sosial, elakkan ke tempat orang ramai, dan banyakkan berdoa kepada Allah, memohon keselamatan daripada wabak Covid-19. 

قَالَ اللهُ تَعَالَى:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ. اللَّهُمَّ أدْفَعْ عَنَّا الْبَلَاء، وَالْوَبَاء خُصُوصًا وَيْرُوس الْكُورُونَا، وَالْغَلَاء، وَالْمِحَنِ وَالْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَنْ بَلَدِنَا خَاصَّةً وَعَنْ بُلْدَانَ عَامَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah, Engkau peliharalah negara Malaysia daripada wabak Covid-19, Engkau jauhilah negara kami daripada bala bencana, wabak penyakit, huru-hara, fitnah dan khianat.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 

Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

Thursday, June 11, 2020

KHUTBAH JUMAAT - 20 SYAWAL 1441 / 16 JUN 2020

AMANAH MENJAGA KESIHATAN

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلْ:
وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿١٨﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t, dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya taqwa adalah sebaik-baik bekal untuk ke negeri akhirat, maka beruntunglah orang-orang yang menjadikan taqwa sebagai bekalan. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk; "Amanah Menjaga Kesihatan".

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Islam menyarankan umatnya sentiasa menjaga tubuh badan dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Kehidupan yang sihat adalah satu amanah daripada Allah s.w.t. "Akal yang sihat datang dari tubuh yang sihat". Ungkapan ini selaras dengan saranan Islam agar umatnya sentiasa memelihara agama, akal, jiwa, harta dan keturunan.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Dalam konteks melaksanakan ibadat solat misalnya, tubuh yang sihat membolehkan kita melaksanakan solat dengan lebih sempurna. Di sepanjang tempoh PKP ini, masjid dan surau hanya membenarkan solat berjamaah dalam jumlah yang terhad. Ini bukanlah bertujuan menyusahkan jamaah tetapi untuk menjaga kesihatan semata-mata. Solat di rumah tetap wajib dilaksanakan, sesuai dengan laungan azan yang telah ditukar, "Sollu fi buyutikum", (solatlah kamu semua di rumah).

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Manusia akan lebih menghargai sesuatu nikmat sesudah ia kehilangannya. Berapa ramai yang mengadu tidak dapat ke masjid dan surau, sedangkan ketika masjid dan surau dibuka, tidak ramai yang hadir kerana lalai dengan urusan duniawi. Sebab itulah kita perlu menjaga kesihatan dan mendisiplinkan diri, terutamanya dalam perkara-perkara melibatkan ibadat. Terlalu banyak nikmat yang kita perolehi daripada Allah sebagai bukti kebesaran-Nya dan terlalu sedikit pula daripada kita yang mengucapkan syukur. Firman Allah s.w.t:

وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿١٨﴾

Maksudnya: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah An-Nahlu ayat 18)

Para jamaah yang dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pertama pada minggu ini, mimbar ingin berpesan agar setiap kali selepas solat, kita tidak meninggalkan doa kepada Allah s.w.t, mohon diberikan kesihatan yang baik, dan terhindar dari segala penyakit berbahaya. Sebuah hadits daripada Abu Barzah Al-Aslami dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ

Maksudnya: "Tidak seorang pun bergerak daripada kedudukannya pada hari akhirat sehingga dia ditanya tentang umurnya, ke mana dia habiskan? Tentang ilmunya, ke mana dia gunakan? Tentang hartanya, dari mana dia mendapatnya dan ke mana dia belanjakan? Dan tubuhnya, bagaimana dia pergunakannya?" (Hadits riwayat Imam At-Termidzi)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini.

Walaupun perintah kawalan pergerakan telah dilonggarkan, janganlah kita terleka dan terlalai. Para jamaah diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan, amalkan penjarakkan sosial, elakkan ke tempat orang ramai, dan banyakkan berdoa kepada Allah, memohon keselamatan daripada wabak Covid-19. 

قَالَ اللهُ تَعَالَى:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ. اللَّهُمَّ أدْفَعْ عَنَّا الْبَلَاء، وَالْوَبَاء خُصُوصًا وَيْرُوس الْكُورُونَا، وَالْغَلَاء، وَالْمِحَنِ وَالْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَنْ بَلَدِنَا خَاصَّةً وَعَنْ بُلْدَانَ عَامَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah, Engkau peliharalah negara Malaysia daripada wabak Covid-19, Engkau jauhilah negara kami daripada bala bencana, wabak penyakit, huru-hara, fitnah dan khianat.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 

Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

Friday, June 5, 2020

KHUTBAH JUMAAT - 13 SYAWAL 1441 / 5 JUN 2020

TABAIYUN : SEMAK SEBELUM SEBAR

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلْ:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ ﴿٦﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t, dengan mentaati segala suruhan dan perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang bertaqwa di dunia, dan di akhirat kelak kita berjaya memasuki syurga Allah s.w.t. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk; "Tabaiyun : Semak Sebelum Sebar".

Para tetamu Allah yang dikasihi,

Seiring dengan kecanggihan teknologi global, tidak menjadi satu kemustahilan dan kesukaran bagi seseorang untuk menyebarkan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Apatah lagi kita kini berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), semua media sosial kita buka dan baca, dan setiap perkara baru yang kita terima, suka kita sebar dan kongsikan di media sosial.

Isunya, adakah maklumat yang mudah untuk diperoleh ini, mampu ditapis dan dipastikan kebenarannya? Jika perkhabaran itu satu kebenaran, maka ia adalah baik bagi yang menerimanya, namun jika sebaliknya, maka pasti akan mengundang kepada permusuhan dan perselisihan.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Allah s.w.t memerintahkan kita supaya menyelidik kebenaran sesuatu berita yang disampaikan seseorang. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Allah s.w.t menjelaskan perkara ini di dalam Al-Quran, menerusi firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat ayat 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ ﴿٦﴾

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Oleh itu penelitian di dalam menerima sesuatu berita itu mestilah diambil berat bagi memastikan kebenarannya. Ini supaya dapat mengelak daripada berlakunya penyebaran berita palsu dan perbuatan ini akan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t dan fitnah dalam masyarakat.

Jika kita tidak pasti tentang kesahihan sesuatu berita, maka rujuklah kepada pihak yang berautoriti. Contohnya berita tentang bekalan makanan yang tidak mencukupi, maka rujuklah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Berkaitan perintah kawalan pergerakan, rujuklah kepada Majlis Keselamatan Negara. Berkaitan jumlah pesakit dan kematian Covid-19, rujuklah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Golongan yang suka menyebarkan semua yang didengarinya tanpa menyemak terlebih dahulu, layak digelar pendusta sepertimana hadits yang diriwayatkan oleh Saiyidina Abu Hurairah r.a, sabda Nabi s.a.w:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Maksudnya: "Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabaiyun)". (Hadits riwayat Muslim)

Kesimpulannya, dalam konsep menerima atau menyampaikan sesuatu berita, dan dalam memastikan kebenaran dan keabsahan sesuatu berita, ia mestilah melalui beberapa proses supaya dapat diteliti terlebih dahulu. Oleh itu ada beberapa faktor yang perlu diambil berat. Antaranya ialah:

1. Mestilah berhati-hati di dalam menyampaikan sesuatu berita.
2. Memastikan tidak akan berlakunya salah faham dan kesalahan dalam fakta yang boleh menyebabkan fitnah.
3. Memastikan kesahihan dan kebenaran berita yang diterima atau yang akan disampaikan.
4. Tidak terburu-buru dalam membuat kesimpulan sesuatu berita.
5. Menanamkan prasangka yang baik dan menjauhi su'uz zhon (prasangka buruk) sesama manusia.
6. Menjaga silaturrahim dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim di antara masyarakat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini.

Walaupun kes Covid-19 menunjukkan penurunan, jangan kita leka dan lalai. Para jamaah diingatkan untuk berhati-hati, menjaga kebersihan, amalkan penjarakkan sosial, elakkan ke tempat orang ramai, dan jangan lupa memperbanyakkan berdoa kepada Allah, memohon keselamatan daripada wabak Covid-19. 