Friday, July 27, 2018

KHUTBAH JUMAAT - 14 ZULQAEDAH 1439 / 27 JULAI 2018


MENDAKAP KEBAHAGIAAN HAKIKI

Khutbah Pertama


الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٩٧﴾ (Surah An-Nahl ayat 97)
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Berdirinya khatib di sini, ingin berpesan kepada diri sendiri dan hadirin yang dirahmati dan dikasihi Allah sekalian; bersama-samalah kita memperbaiki serta mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah, Tuhan pemilik sekalian alam, yakni bersungguh-sungguh melaksanakan segala titah perintah-Nya dan beriltizam meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat kebaikan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan tentang; "Mendakap Kebahagiaan Hakiki".

Hadirin tetamu Allah sekalian,

Setiap insan di dunia ini ingin hidup bahagia. Tidak ada seorang pun manusia di dunia ini yang ingin hidup sengsara dan menderita baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Nilai bahagia tidak sama bagi setiap manusia di dunia. Ada yang bahagia apabila dikelilingi harta yang melimpah ruah. Ada yang berbahagia apabila segala hajat yang diingini tercapai. Namun, adakah itu bahagia yang sebenar menurut Islam? Adakah segala kebahagiaan yang kita rasa di dunia akan membawa kebahagiaan di alam akhirat? Bagaimanakah caranya untuk kita memperolehi kebahagiaan yang hakiki yang kekal hingga ke alam abadi?

Sehubungan itu, untuk menyingkap rasa bahagia bagi menyediakan prasarana jiwa untuk mendakap bahagia hakiki, terdapat garis panduan yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t melalui rasul-Nya Nabi Muhammad s.a.w. Hadits yang diriwayatkan oleh Saiyidina Shuhaib r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Maksudnya: "Aku sangat kagum akan keadaan orang yang beriman itu. Semua urusan (yang berlaku dalam hidupnya) baik belaka baginya yang mana keadaan itu hanya ada pada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat dan kebaikan, maka dia akan bersyukur, dan ia adalah sesuatu yang baik baginya. Jika dia ditimpa musibah dan bencana, maka dia akan bersabar, dan itu adalah suatu yang baik baginya". (Hadits riwayat Imam Muslim)

Hadits di atas menjelaskan kepada kita bahawa hidup ini sebenarnya adalah satu anugerah dan kebaikan kepada manusia. Segala yang berlaku dalam kehidupan manusia sama ada baik ataupun buruk itu merupakan suatu kebaikan jika mereka mengerti dan menghayati kehidupan ini dengan keimanan yang sebenar kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah s.w.t akan merasakan bahawa hidup ini suatu medan penyempurnaan hakikat kehambaan dirinya kepada Allah s.w.t. Ini kerana mereka tahu tujuan mereka dihidupkan di dunia ini hanyalah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam Surah Az-Zariyaat ayat 56:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥٦﴾

Maksudnya: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku".

Para tetamu Allah sekalian,

Rasa kehambaan merupakan kunci dalam menghargai kehidupan kita di dunia yang fana' ini. Orang yang merasakan bahawa dirinya hanya seorang hamba kepada satu Zat yang Maha Agung Yang Menguasai sekalian alam ini, akan patuh dan taat hanya kepada Allah s.w.t. Seluruh hidupnya diserahkan hanya untuk Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-An'aam ayat 162:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٦٢﴾

Maksudnya: "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Ramai manusia gagal menikmati hidup sebagai suatu anugerah kerana tidak memiliki rasa kehambaan kepada Allah s.w.t. Akibatnya, mereka menderhaka kepada Allah s.w.t dengan melanggar perintah dan larangan-Nya. Mereka juga akan merasa kecewa, gundah gulana, keluh kesah, dilanda kesedihan dan kesengsaraan dalam meneruskan kehidupan. Terutama ketika dirundung malang. Adakalanya mereka hilang rasa kelazatan hidup di dunia ini. Walaupun pada zahirnya mereka tersenyum, namun nun jauh di sudut lubuk hatinya yang paling dalam ada sesuatu kekosongan yang tidak terisi oleh segala kesenangan dan kemewahan yang ada di dunia ini. Justeru, marilah kita kembali merasai diri sebagai hamba Allah demi untuk mendakap kebahagiaan yang hakiki.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Matlamat hakiki kehidupan di dunia ini ialah untuk menyembah Allah s.w.t. Sebagaimana ayat yang telah dibacakan tadi. Sejarah umat terdahulu telah membuktikan kepada kita melalui ayat Allah ini bahawa ramai manusia terdahulu yang telah jauh tersasar dari matlamat hakiki kehidupan di dunia ini. Firman Allah s.w.t dalam Surah Ar-Rum ayat 47:

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ رُسُلًا إِلَىٰ قَوْمِهِمْ فَجَاءُوهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَانتَقَمْنَا مِنَ الَّذِينَ أَجْرَمُوا ۖ وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٤٧﴾

Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, Kami telah menutuskan sebelummu (wahai Muhammad) rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan jelas nyata; kemudia Kami menyiksa orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman".

Hadirin yang berbahagia,

Orang yang tidak tahu tujuan hidup sebenar di dunia ini merupakan orang yang paling malang sekali. Ini kerana, matlamat hidup merupakan suatu inti pati yang sangat penting, orang yang hidup tanpa tujuan, akan merasa kekosongan dan kesamaran dalam kehidupan seharian serta terus merasa rugi dengan usia dirinya sendiri. Maka untuk mengecapi rasa kebahagiaan yang hakiki, kita perlu mempunyai sebuah matlamat yang jelas di sebalik kehidupan ini, agar kita tahu apa yang perlu dilakukan dalam hidup ini tetapi hendaklah mati dalam husnul khatimah.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Alangkah malangnya orang yang hidup bertuhankan kebendaan di mana mereka mengabdikan seluruh hidupnya mencari dan mengumpul harta benda semata-mata. Mereka memuaskan hawa nafsu dengan harta benda yang mereka kumpul. Mereka sibuk mencari kekayaan di dunia sehingga mereka lupa akan adanya hari kebangkitan semula. Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Jasiyah ayat 24:

وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ ۚ وَمَا لَهُم بِذَ‌ٰلِكَ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ ﴿٢٤﴾

Maksudnya: "Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja (iaitu) kita mati dan kita hidup , dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa. Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah berprasangka sahaja".

Oleh itu, marilah kita mendakap kebahagiaan hakiki dengan kembali mengenali diri sendiri sebagai hamba Allah s.w.t. Kebendaan dan harta benda bukan ukuran kebahagiaan. Hidup ini bukanlah tempat untuk kita hidup dengan matlamat dan cara pilihan kita sendiri. Tetapi hidup ini ialah tenpat untuk kita jalani dengan matlamat dan cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kita.

Hadirin yang dikasihi Allah sekalian,

Antara langkah terawal bagi seseorang menuju Allah s.w.t dalam mendakap bahagia hakiki ialah dengan meningkatkan ilmu agama. Ilmu agama adalah untuk menyempurnakan ibadat mereka supaya dapat menyinari kehidupan di akhirat kelak. Saiyidina Abu Hurairah r.a meriwayatkan hadits bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak memperlajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari kiamat kelak". (Hadits riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Sebelum mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin menyeru kepada diri saya sendiri dan semua anggota masyarakat supaya:

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa kebahagiaan yang hakiki adalah beriman kepada Allah s.w.t, sebaliknya orang yang mengejar keduniaan semata-mata tidak akan memperoleh kebahagiaan yang sebenar.

2. Umat Islam hendaklah menghayati dan mengamalkan semua ajaran Islam bertepatan dengan syariat sebagaimana diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk memperolehi kebahagiaan yang hakiki.

3. Umat Islam hendaklah meningkatkan jihad untuk melawan hawa nafsu dalam menjauhi dan meninggalkan segala tegahan Allah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru kepada sidang Jumaat sekalian agar kita semua memelihara aqidah supaya tidak menyimpang daripada aqidah Islamiyyah sebenar. Marilah kita berpegang teguh kepada ajaran islam yang berteraskan aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi pegangan warisan baginda Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabi'in hingga kepada kita hari ini. Janganlah kita berpecah belah akibat daripada aqidah dan fahaman yang menyeleweng daripada aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang telah disepakati oleh para ulamak yang menjadi teras perpaduan kita umat Islam selama ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar juga tidak pernah jemu untuk menyeru kepada sidang Jumaat sekalian, supaya kita bersama-sama memakmurkan rumah-rumah Allah dengan melakukan ibadah dan amal soleh secara istiqamah terutama solat fardhu berjamaah. Sabda Rasulullah s.a.w daripada Anas bin Malik r.a:

مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنْ النِّفَاقِ

Bermaksud: "Barangsiapa menunaikan solat kerana Allah selama 40 hari dengan mendapat takbiratul ihram bersama imam, ditulis baginya dua kebebasan, kebebasan daripada api neraka dan kebebasan daripada sifat munafik". (Hadits riwayat Imam At-Tirmidzi)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،  اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي سُوْرِيَا وَفِي فَلَسْطِينِ وَفِي مِيَنْمَر وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.  

Ya Allah, ampunilah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat serta kurniakanlah kepada kami hidayah dan inayah-Mu untuk melaksanakan perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu.

Ya Allah, berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan kurniakanlah rezeki yang berlipat ganda kepada para pewakaf serta sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara' dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

Friday, July 20, 2018

KHUTBAH JUMAAT - 7 ZULQAEDAH 1439 / 20 JULAI 2018


BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT

Khutbah Pertama


الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:
۞ قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ ﴿٥٣﴾ (Surah Az-Zumar ayat 53)
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Berdirinya khatib di sini, ingin berpesan kepada diri sendiri dan hadirin yang dirahmati dan dikasihi Allah sekalian; bersama-samalah kita memperbaiki serta mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah, Tuhan pemilik sekalian alam, yakni bersungguh-sungguh melaksanakan segala titah perintah-Nya dan beriltizam meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat kebaikan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan tentang; "Bertaubat Sebelum Terlambat".

Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah,

Manusia sering leka dan lalai. Manusia juga sering terperangkap dalam kesilapan, dosa dan kemungkaran yang dilakukannya sendiri. Manusia selalu terjerat dalam langkahnya yang sumbang. Itulah manusia. Allah sentiasa memberikan peringatan kepada hamba-hamba-Nya tentang kelemahan diri mereka sebagai manusia dan menggariskan panduan atau cara terbaik untuk mereka mengawal diri, perasaan serta tingkah laku. Begitu juga dengan cara menyucikan jiwa. Allah juga turut menegaskan bahawa setiap manusia akan menerima balasan daripada apa yang mereka usahakan dalam kehidupan mereka di dunia ini. Justeru mereka amat perlu berhati-hati dan memastikan agar sentiasa memilih jalan yang benar.

Sebagai manusia biasa, agak sukar bagi kita mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Dalam erti kata yang lain, tiada seorang pun dari kalangan kita yang tidak melakukan dosa. Perbezaannya cuma bagaimanakah sikap kita setelah berbuat dosa. Adakah kita segera bertaubat atau melengah-lengahkannya. Firman Allah s.w.t dalam Al-Jumu'ah ayat 8:

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿٨﴾

Bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah lakukan (serta menerima balasannya)".

Para tetamu Allah yang diberkati,

Kotoran yang kelihatan secara zahir boleh dibersihkan dengan mudah. Pakaian yang kotor, pinggan mangkuk yang tidak bersih, semuanya mampu dibersihkan dengan bahan pencuci sahaja. Namun, bagaimana pula dengan kekotoran yang terpalit dalam hati kita? Segala dosa dan noda yang kita lakukan akan menjadi kotoran yang menghitamkan hati. Hanya taubat sahajalah yang mampu menyucikan segala kekotoran di dalam hati kita.

Sememangnya benar bahawa pintu taubat dibuka seluas-luasnya oleh Allah s.w.t buat semua hamba-Nya. Namun perlu diingat, kesempatan untuk kita bertaubat akan tamat apabila nyawa kita telah sampai ke halkum. Persoalannya, adakah kita tahu bila nyawa kita ini akan berakhir? Bilakah peluang terakhir untuk kita memohon taubat kepada Allah s.w.t? Rebutlah peluang kemurahan kasih sayang Allah menerima taubat hamba-Nya sepertimana dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan daripada Saiyidina Abu Musa Al-Asy'ari r.a:

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah Ta'ala menghamparkan rahmatnya (bersedia menerima taubat) pada waktu malam agar orang yang melakukan kejahatan pada waktu siang bertaubat; dan Allah menghamparkan rahmatnya (bersedia menerima taubat) pada waktu siang agar orang yang melakukan kejahatan pada waktu malam bertaubat; sehinggalah matahari terbit dari barat". (Hadits riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bagi hati yang dipenuhi keinsafan, sudah tentu tidak mahu berterusan berada dalam keadaan berdosa, sepanjang waktu berusaha mencari jalan membersihkan diri dengan bertaubat supaya dapat beralih daripada kegelapan kepada cahaya hidayah. Bertaubat adalah suruhan Allah dan amalan rutin Rasulullah s.a.w yang wajib dilaksanakan dengan segera tanpa berlengah-lengah. Malangnya suruhan ini dipandang sepi dengan alasan, "masa masih panjang lagi". Alasan ini dangkal dan tiada berasas kerana taubat bukan khusus untuk golongan tua yang kononnya dianggap "rumah kata pergi, kubur kata mari". Walhal kematian itu tidak pernah mengenal usia. Persoalannya, apakah kita boleh hidup hingga usia tua? Adakah malaikat 'Izrail akan membuat temu janji terlebih dahulu dengan kita? Sesungguhnya orang yang sengaja melambat-lambatkan bertaubat akan berdepan dengan dua bahaya besar, iaitu:

Pertama: Hatinya menjadi keras dan gelap. Sukar untuk menerima nasihat dan kebenaran. Inilah akibat perbuatan maksiat dilakukan kepada Allah sehingga menjadi sangat susah untuk mengikis dan menghapuskannya.

Kedua: Maut dalam kemurkaan Allah. Kematian datang sebelum sempat ia bertaubat, lalu ia menemui Allah s.w.t dalam keadaan hatinya penuh dosa dan pasti menyeretnya kepada suasana hidup yang tidak selamat di akhirat nanti.

Oleh itu, apabila menyedari telah melakukan dosa, maka bersegeralah memohon ampun kepada Allah s.w.t dengan bertaubat. Orang yang bertaubat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh hendaklah yakin Allah s.w.t pasti menerima taubatnya.

Kita merasakan kematian masih terlalu jauh dari kita, sebab itulah kita tidak bersegera bertaubat. Kita bimbang akan kembali kepada dosa sedangkan kita tidak pernah tahu penghujung usia. Sekiranya tidak bermula dengan taubat, masihkah ada kesempatan untuk kita terus hidup sama ada atas jalan kebaikan atau kembali kepada dosa? Hal ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam Surah Fatir ayat 37:

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ ۚ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ ۖ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ ﴿٣٧﴾

Bermaksud: "Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini), kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (Lalu Allah menempelak mereka): Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberi masa yang cukup untuk berfikir dan beringat pada-Nya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh rasul (Kami) yang memberi amaran. Maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong pun".

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,

Ayuh segeralah kita bertaubat. Jangan ditangguh lagi. Bimbang tiada lagi kesempatan untuk kita di kala ajal tiba. Sesungguhnya perbuatan bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t merupakan sebahagian daripada persiapan dalam menghadapi hari pembalasan.

Justeru, marilah kita jadikan amalan segera bertaubat secara istiqamah sebagai rutin kehidupan kita. Jangan biarkan hari kita berlalu tanpa sebarang penyesalan dan permohonan taubat kepada Allah. Mudah-mudahan taubat kita diterima oleh Allah s.w.t. Oleh itu, sebelum malaikat maut diutus oleh Allah s.w.t menemui kita, hayatilah kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah pada hari yang mulia ini:

Pertama: Tiada alasan untuk kita menjawab di hadapan Allah s.w.t nanti dengan mengatakan kita tidak tahu, terlupa atau tidak sedar kerana semua amalan dan maksiat akan dicatat dan dihisab walau sebesar zarah.

Kedua: Hanya dengan taubat nasuha sahajalah yang akan membersihkan kita daripada segala noda dan dosa yang telah dilakukan seterusnya memperoleh keampunan Allah s.w.t.

Ketiga: Taubat hendaklah dilakukan dengan segera dan istiqamah sebaik sahaja tersedar telah melakukan dosa, kerana ajal mungkin berkunjung tiba di kala lafaz taubat belum sempat dipinta.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru kepada sidang Jumaat sekalian agar kita semua memelihara aqidah supaya tidak menyimpang daripada aqidah Islamiyyah sebenar. Marilah kita berpegang teguh kepada ajaran islam yang berteraskan aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi pegangan warisan baginda Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabi'in hingga kepada kita hari ini. Janganlah kita berpecah belah akibat daripada aqidah dan fahaman yang menyeleweng daripada aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang telah disepakati oleh para ulamak yang menjadi teras perpaduan kita umat Islam selama ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar juga menyeru kepada sidang Jumaat sekalian, supaya kita bersama-sama memakmurkan rumah-rumah Allah dengan melakukan ibadah dan amal soleh secara istiqamah terutama solat fardhu berjamaah. Sabda Rasulullah s.a.w daripada Anas bin Malik r.a:

مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنْ النِّفَاقِ

Bermaksud: "Barangsiapa menunaikan solat kerana Allah selama 40 hari dengan mendapat takbiratul ihram bersama imam, ditulis baginya dua kebebasan, kebebasan daripada api neraka dan kebebasan daripada sifat munafik". (Hadits riwayat Imam At-Tirmidzi)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،  اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي سُوْرِيَا وَفِي فَلَسْطِينِ وَفِي مِيَنْمَر وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.  

Ya Allah, ampunilah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat serta kurniakanlah kepada kami hidayah dan inayah-Mu untuk melaksanakan perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu.

Ya Allah, berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan kurniakanlah rezeki yang berlipat ganda kepada para pewakaf serta sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara' dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

Friday, July 13, 2018

KHUTBAH JUMAAT - 29 SYAWAL 1439 / 12 JULAI 2018


ANCAMAN PEMIKIRAN MASA KINI

Khutbah Pertama


الْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَهْدِيهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، 
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita perbaiki diri dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t yakni dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebelum meneruskan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang jamaah sekalian agar menumpukan perhatian dan jangan bercakap-cakap dan melakukan perbuatan sia-sia sewaktu khutbah disampaikan. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan tentang tajuk; "Ancaman Pemikiran Masa Kini".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai Rabb dan Ilah serta beriman dengan nama-nama-Nya dan segala sifat-sifat-Nya, juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari akhirat dan beriman dengan takdir Allah sama ada baik atau buruk. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuk-Nya.

Akidah Islam amat penting dalam pegangan hidup umat Islam supaya dapat membezakan mana baik atau buruk. Untuk menghindarkan diri daripada terpesong dan tersesat, kita hendaklah berpegang kepada asas-asas keimanan. Kerosakan boleh berlaku melalui perkataan, percakapan juga perbuatan. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Anbiya' ayat 25:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ ﴿٢٥﴾

Maksudnya: "Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya; bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Ku".

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Akidah Islam yang benar wajib dipelihara dan dipertahankan, lebih-lebih lagi di saat merebaknya pelbagai fitnah yang boleh menggugatnya. Musuh-musuh Allah sentiasa berusaha untuk memesongkan pemikiran dan akidah kita agar tersasar dari landasan yang sebenar.

Justeru, dalam pertemuan singkat Jumaat ini, khatib ingin memberi peringatan dan panduan agar kehidupan kita sentiasa dilayar dengan menaiki bahtera akidah yang selamat, inshaAllah.

Al-Quran dan as-Sunnah adalah dua sumber rujukan utama kita, juga sebagai bekalan dan perisai untuk mendepani cabaran "serangan pemikiran" dewasa ini. Sistem kepercayaan "beragama" bagi setiap individu muslim kerap kali diuji melalui pelbagai sudut kehidupan. Agama juga cuba dipisahkan dari kehidupan. Bagaimana mungkin manusia mampu untuk meneruskan kehidupan dengan cemerlang sedangkan mereka tidak mengetahui cara menguruskan kehidupan yang sebenar? Allah s.w.t telah menjadikan kita umat pilihan. Tugas utama kita ialah mencegah kemungkaran bagi mewujudkan masyarakat yang terbaik. Untuk tujuan ini Allah s.w.t berfirman dalam Surah Ali-'Imran ayat 110:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿١١٠﴾

Maksudnya: "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'aruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakkan mereka adalah orang yang fasik".

Manakala bagi menyempurnakan akhlak yang terbaik, setiap individu wajib menjadikan Nabi s.a.w sebagai contoh ikutan. Sabda Nabi s.a.w daripada Saiyidina Anas bin Malik r.a:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا

Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling baik akhlaknya". (Hadits riwayat Imam Al-Bukhari)

Sesungguhnya antara akhlak dengan akidah terdapat hubungan yang sangat kuat sekali. Akhlak yang baik sebagai dalil keimanan yang bertambah dan akhlak yang buruk sebagai dalil atas lemahnya iman, semakin sempurna akhlak seseorang muslim bererti semakin kuat imannya.

Kaum muslimin yang dikasihi,

Cabaran terbesar kepada umat Islam hari ini ialah serangan pemikiran yang menguasai segenap kehidupan. Barat telah melaungkan sekularisme yang memenjarakan agama di dalam rumah-rumah ibadat serta menafikan agama sebagai jalan memajukan serta meningkatkan sesebuah tamadun. Laungan kapitalisme atau penindasan melampau tersebar dalam ekonomi.

Liberalisme atau keterbukaan melampau dalam urusan dunia telah meminggirkan syariat dan petunjuk Ilahi. Pluralisme pula menyamakan kedudukan semua agama, sedangkan hanya Islam sahaja diterima sebagai agama di sisi Allah. Manakala slogan-slogan sosialisme menipu orang bawahan dengan menyatakan pentadbiran adalah hak mereka sedangkan Islam mengiktiraf seseorang khalifah atau pemimpin dalam urusan mentadbir.

Manakala, hedonisme atau budaya hiburan melampau telah melemahkan akhlak anak-anak muda dan merapuhkan hati mereka. Ini merupakan sebahagian daripada ratusan senjata kaum musyrikin yang telah berjaya membunuh keimanan kaum muslimin sehingga menjadikan mereka lemah dan rebah dalam menyusuri arus kemodenan ini.

Teori serta praktikal yang diperkenalkan oleh musyrikin tersebut sedikit demi sedikit memadamkan nilai-nilai Islam, dasar-dasar serta pengamalannya dalam kalangan umat Islam sendiri. Betapa sedihnya melihat tipu daya ini telah menguasai kelompok besar dalam kalangan umat Islam kini hingga menyebabkan cahaya Islam kian malap. Sudah pasti dasar-dasar musyrikin tidak mampu untuk menerangi kita semula kerana ianya asal daripada sisa-sisa pemikiran gelap mereka.

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Akhirnya, mimbar yang mulia ini menyeru kepada segenap umat Islam agar sentiasa memperkukuhkan akidah yang kita pegang selama ini. Sesungguhnya ia datang dari penat lelah Rasulullah s.a.w yang memperjuangkan agama Allah sejak dari dulu lagi. 

Janganlah pula kita mempersiakan usaha baginda selama ini dengan menggadaikan akidah Islam kita demi kelangsungan hidup masa kini. Mimbar juga menggesa umat Islam agar melaksanakan segala tuntutan yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-Nya. Moga-moga segala ibadat dan amalan yang kita lakukan ketika ini dapat memelihara dan menguatkan lagi pegangan akidah kita.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru kepada sidang Jumaat sekalian agar kita semua memelihara aqidah supaya tidak menyimpang daripada aqidah Islamiyyah sebenar. Marilah kita berpegang teguh kepada ajaran islam yang berteraskan aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi pegangan warisan baginda Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabi'in hingga kepada kita hari ini. Janganlah kita berpecah belah akibat daripada aqidah dan fahaman yang menyeleweng daripada aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang telah disepakati oleh para ulamak yang menjadi teras perpaduan kita umat Islam selama ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar juga menyeru kepada sidang Jumaat sekalian, supaya kita bersama-sama memakmurkan rumah-rumah Allah dengan melakukan ibadah dan amal soleh secara istiqamah terutama solat fardhu berjamaah. Sabda Rasulullah s.a.w daripada Anas bin Malik r.a:

مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنْ النِّفَاقِ

Bermaksud: "Barangsiapa menunaikan solat kerana Allah selama 40 hari dengan mendapat takbiratul ihram bersama imam, ditulis baginya dua kebebasan, kebebasan daripada api neraka dan kebebasan daripada sifat munafik". (Hadits riwayat Imam At-Tirmidzi)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،  اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي سُوْرِيَا وَفِي فَلَسْطِينِ وَفِي مِيَنْمَر وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.  

Ya Allah, ampunilah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat serta kurniakanlah kepada kami hidayah dan inayah-Mu untuk melaksanakan perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu.

Ya Allah, berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan kurniakanlah rezeki yang berlipat ganda kepada para pewakaf serta sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara' dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

Friday, July 6, 2018

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 22 SYAWAL 1439 / 6 JULAI 2018



PERISTIWA AHZAB YANG BERTERUSAN


الْحَمْدُ لِلَّهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ حَبِيْبِنَا وَشَفِيعِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ الرَّحْمَة وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ. 

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa. Maka demi sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bulan Syawal tahun kelima hijrah bersamaan bulan Mac tahun 627 masihi, berlakunya peristiwa yang dikenali dengan Ahzab, bermaksud Pakatan yang menggabungkan kaum-kaum musuh Islam, daripada ahli kitab yahudi Bani Nadhir dan Bani Quraizah, bersama kabilah-kabilah musyrikin Makkah dan lain-lain. Apabila dua puak yahudi tersebut mengkhianati tahaluf (persefahaman) yang dimeteraikan dengan negara Islam Madinah. Para pemimpin dan ketua agama yahudi itu mengajak kaum musyrikin Quraisy di Makkah mengunpulkan kabilah-kabilah yang lain bergabung dalam pakatan yang dinamakan Ahzab bagi menghapuskan Islam dengan menyerang Madinah.

Jumlah mereka dianggarkan sepuluh ribu anggota tentera yang lengkap bersenjata dan kenderaan di zamannya, dibandingkan dengan jumlah seluruh penduduk Islam Madinah yang masih sedikit, walaupun dicampur semuanya termasuk orang tua, kaum wanita, kanak-kanak dan yang cacat tidak berupaya.

Para pemimpin yahudi dan ketua agama mereka yang diperkenalkan oleh Al-Quran dengan gelaran al-maghdhubi 'alaihim (kumpulan yang paling dimurkai Allah), kerana mereka adalah ahli kitab yang paling mengetahui berkenaan kedatangan nabi akhir zaman Muhammad s.a.w yang disebut di dalam kitab suci mereka dan diberitahu oleh para nabi dan para ulamak di kalangan mereka yang mewarisi ilmu para anbiyak. Bahkan tujuan mereka bermukim di Madinah kerana menunggu kelahiran nabi akhir zaman itu. Namun semangat perkauman yahudi menolak petunjuk Allah s.w.t.

Para pemimpin yahudi dan para ulamak yang jahat itu mengapikan semangat menentang Islam kepada kaum musyrikin yang jahil. Firman Allah mendedahkan pakatan mereka:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِّنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا هَـٰؤُلَاءِ أَهْدَىٰ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا سَبِيلًا ﴿٥١﴾  أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ وَمَن يَلْعَنِ اللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ نَصِيرًا ﴿٥٢﴾ [سورة النساء : ٥١-٥٢]

(Maksudnya): Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w). (Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.

Peristiwa yang menguji keimanan penganut Islam kepada Allah dan rasul-Nya, dengan janji kemenangan dunia dan akhirat kalau beristiqamah bersama Islam. Firman Allah:

إِذْ جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا ﴿١٠﴾ هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا ﴿١١﴾ وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا ﴿١٢﴾ [سورة الأحزاب : ١٠-١٢]

(Maksudnya): Masa itu apabila tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah atas dan dari sebelah bawah (hulu dan hilir kota Madinah) di tempat kamu berada; dan masa itu masa pemandangan mata kamu terbeliak tidak berketentuan arah (kerana gempar dan terkejut dengan kedatangan musuh yang ramai jumlahnya) serta hati-hati kamu pun resah gelisah seolah-olah melonjak ke kerongkong (kerana cemas takut), dan ada kalangan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan yang salah. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. Dan lagi di masa itu orang-orang munafik dan orang-orang yang hati mereka berpenyakit (keraguan terhadap Islam) dan lemah iman dalam hatinya berkata: "Allah dan Rasul-Nya tidaklah menjanjikan (dengan kemenangan Islam) kepada kita melainkan bertujuan memperdayakan sahaja".

Namun masih tetap ada orang-orang yang teguh imannya yang dinyatakan oleh firman Allah:

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢﴾ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا ﴿٢٣﴾ [سورة الأحزاب : ٢٢-٢٣]

(Maksudnya): Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat (dengan ikhlas) kepada Allah. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang menegakkan Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran (bersedia untuk mati); dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Di saat yang mencemaskan ini, Rasulullah s.a.w membuktikan kebijakasanaannya yang luar biasa, bermesyuarat dengan para sahabat r.a bagi mengatur langkah dan strategi menghadapi musuh yang besarnya berlipat kali ganda itu. Akhirnya dilaksanakan cadangan sahabat yang berasal daripada Farsi, (Sulaiman Al-Farisi r.a) yang berpengalaman di negara Farsi yang pernah menghadapi peperangan yang besar dengan cara menggali parit dijadikan kubu pertahanan, cara yang belum diketahui oleh orang arab. Cara yang dapat dilaksanakan dengan cepat secara bergotong-royong dibahagikan mengikut pasukan penggali yang diatur, sehingga dapat disiapkan sebelum kedatangan musuh. Berakhir dengan kekalahan tentera Ahzab dan mereka gagal menghapuskan Islam dengan pertolongan Allah dan strategi yang berjaya.

Allah telah mengabadikan peristiwa ini di dalam Al-Quran yang diwahyukan dengan surah yang dinamakan Al-Ahzab. Menunjukkan pentingnya peristiwa ini menjadi pengajaran kepada umat Islam di sepanjang zaman. Tepat dengan peranan Al-Quran adalah hidayah bermukjizat yang kekal, bukan sekadar cerita dan laporan biasa.

Allah menyatakan bahawa musuh Islam sentiasa ada dan berterusan memusuhi Islam dan pendokongnya di sepanjang zaman di mana sahaja. Firman Allah:

وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ ... ﴿٢١٧﴾ [سورة البقرة : ٢١٧] 

(Maksudnya): Mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian).

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, negara Islam dikepung oleh orang-orang arab yang murtad, pengikut nabi-nabi palsu dan bohong dan kalangan yang kembali semula kepada jahiliyyah. Disertakan dua kuasa besar dunia Parsi di timur dan Rom di barat. Namun semuanya dapat dikalahkan di zaman Khulafa' Rasyidin dan Islam terus berkembang di seluruh pelusuk dunia.

Bala tentera Ahzab terus mengepung umat Islam di sepanjang zaman. Kita telah menyaksikan pula dengan nyata sejarah zaman penjajahan, apabila mereka yang datang daripada berbagai negara dan berbagai agama dan ideologi itu bersatu menyerang dan menjajah tanahair umat Islam di zaman penganut Islam mengalami kelemahan, sehingga dunia Islam dapat dipecah dan dibahagikan sesama mereka, mengikut peta yang dilakar oleh mereka dan perpecahan dengan semangat nasionalisme jahiliyyah di kalangan umat Islam yang lemah pegangan Islamnya.

Bukan sahaja musuh itu merampas tanahair dan hasil bumi Islam dan memperhambakan rakyatnya, mereka juga menrancang berbagai-bagai cara, bukan sahaja peperangan bersenjata, ditambah dengan memerangi pemikiran, kefahaman dan budaya, supaya memurtadkan penganut Islam dengan berbagai-bagai cara, sehinggalah sekurang-kurangnya meninggalkan ajaran Islam sedikit demi sedikit, apabila dirancang terhadap umat Islam dengan agenda menyebarkan kejahilan terhadap agamanya sendiri dan dimasukkan kefahaman asing melalui pendidikan, media dan pentadbiran, disertakan serangan politik, ekonomi dan sosial.

Walaupun negeri-negeri umat Islam terpaksa diberi kemerdekaan pada akhirnya, namun kesan daripada serangan pemikiran terus berlaku supaya umat ini meninggalkan Islam atau melemahkan pegangan terhadap ajaran Islam. Sehingga terpengaruh dengan ideologi dan teori yang dibawa oleh penjajah itu.

Menjadikan pengaruhnya tidak diputuskan, walaupun penjajah itu keluar pada zahirnya tetapi pengaruhnya terus bertapak. Pendekatannya supaya membolehkan mereka terus menjajah atau kembali menjajah semula bila-bila masa, melalui campur tangan secara langsung atau tidak langsung.

Kemerdekaan yang diatur penyerahannya di tangan kalangan umat Islam sendiri, daripada mereka yang dibentuk pemikirannya yang jahil Islam dan terpengaruh dengan kuasa penjajahan yang memberi tempat mewarisi pemerintahan mengikut acuannya. Seterusnya menjadi penghalang sebarang usaha kembali semula kepada ajaran Islam yang sebenar.

Ada negara umat Islam yang dikatakan merdeka itu, mengizinkan pengkalan tentera penjajah asing itu terus bertapak dengan kukuh, bagi melindungi kepentingan musuh Islam dengan berbagai-bagai alasan. Sehingga ada pula negara umat Islam yang mengiktiraf negara haram Israel yang merompak bumi Palestin. Sehinggalah ada negara umat Islam menjadi wakil untuk berperang bagi pihak musuh membunuh saudaranya sendiri.

Kita menyaksikan campur tangan secara langsung negara besar timur dan barat melalui tentera, politik dan ekonomi ke dalam tanahair Islam dan mengganggu umatnya dengan berbagai cara.

Walaupun begitu perancangannya, terbukti mereka gagal memadamkan cahaya Islam yang terus bersinar menembusi segala sekatan, sehingga Islam terus berkembang dengan pesat, termasuk ke dalam negara yang menjajahnya dahulunya, laksana mengulangi sejarah Firaun yang menghalang kelahiran nabi Musa a.s, tiba-tiba Musa dibesarkan di dalam mahligainya.

Kini, kesedaran dan kebangkitan Islam berlaku bukan sahaja kalangan mereka yang bertahan di masjid dan institusi pengajian Islam sahaja, bahkan marak di kalangan mereka yang diasuh dan ditarbiah oleh penjajah itu, apabila mereka menyaksikan kemusnahan manusia yang menganut berbagai agama dan ideologi yang lain daripada Islam, menjadikan mereka kembali ke pangkal jalannya yang sebenar, iaitu Islam. Benarlah firman Allah:

وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِندَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ وَإِن كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ ﴿٤٦﴾ فَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انتِقَامٍ ﴿٤٧﴾ [سورة إبراهيم : ٤٦-٤٧]

(Maksudnya): Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi (mengalahkan) rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat meruntuhkan bukit-bukau dan gunung-ganang sekalipun. Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janji-Nya kepada Rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya). 

Kini pula, mereka berjaya mencipta apa yang dinamakan keganasan dengan bantuan mereka bagi mengacau kebangkitan Islam yang menyelamatkan manusia, diubah menjadi makhluk perosak dalam diri umat Islam dan mencalarkan imej Islam yang menjadi rahamat dan adil terhadap semua. Dilakukan melalui kemajuan teknologi ketenteraan dan media tanpa sempadan yang mereka kuasai. Terdapat kalangan umat Islam yang bersemangat tanpa ilmu secara tafaqquh fiddin (kefahaman dalam agama) dipergunakan dengan mudah, bertujuan mencelarukan kebangkitan Islam yang sedang berlaku.

Umat Islam laksana diratah dan dimakan oleh peperangan yang dirancang begitu rupa, sehingga membunuh saudara sendiri dengan senjata yang dibekalkan oleh musuh dengan belanja umat Islam yang dibodohkan. Pemikirannya pula dicelarukan oleh media baru meredah sempadan sehingga sesat meninggalkan petunjuk Allah.

Percayalah bahawa bala tentera Ahzab terkini juga menerima nasib dimusnahkan seperti juga Ahzab terdahulu mengikut janji Allah.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾ [سورة الصف : ٨]

(Maksudnya): Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.