Friday, March 24, 2023

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 2 RAMADAN 1444 / 24 MAC 2023

 PUASA MELAHIRKAN SABAR DAN SYUKUR


ٱلْحَمْدُلِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا.

أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ الرَّحْمَة وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ.

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamat orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ١٨٣ ]سورة البقرة  : ١٨٣ [


(Maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita telah dijemput oleh Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang menjadi tetamunya dengan ketibaan bulan Ramadan yang dihidangkan dengan kelebihan-kelebihan dunia dan akhirat yang memberi pahala yang sangat besar, bukan sembahyang dan puasa kita sahaja.

Marilah kita mengambil peluang mengisi bulan yang bakal tiba ini untuk menerima jemputan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan ibadat-ibadat. Setiap amal kebajikan digandakan pahalanya sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda dan ada yang digandakankan sehinggan 700 kali ganda, melainkan puasa yang tidak terhingga pahalanya diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Itulah ganjaran yang diberi oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala bagi bersahur, berbuka, makan, minum, lapar dan dahaga diberi pahala oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ibadat puasa ini adalah kurnia yang sangat besar untuk mendidik dan mengasuh diri kita menjadi orang yang bersabar dan bersyukur serta bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sabar adalah sifat ketahanan diri dalam menghadapi ujian dalam kehidupan dunia apa sahaja ujian yang menimpa diri kita dan keluarga kita. Kita menganggap ujian itu daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Begitu juga bila kita senang, kita tidak leka dan lalai, bahkan sentiasa ingat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk menjadi orang yang bersyukur kepadaNya. Sifat sabar dan syukur ada di bulan Ramadan melalui ibadat puasa yang melatih diri kita menjadi orang yang bersyukur dan bersabar bagi mendapat pahala yang sangat besar.

Sifat orang yang beriman, dalam masa yang sama untuk sampai ke kemuncaknya bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Perkataan taqwa yang kita dengar tiap-tiap minggu dalam khutbah Jumaat dan khutbah-khutbah yang lain adalah sifat yang menentukan martabat diri manusia. Allah Subhanahu wa Ta'ala menentukan kedudukan manusia bukan dengan baka dan keturunan, bukan pangkat dan harta, bukan warna dan rupa paras, tetapi ketaqwaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala iaitu mengikut perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ١٣ ]سورة الحجرات  : ١٣ [


(Maksudnya): Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.

Friday, March 3, 2023

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 10 SYAABAN 1444 / 3 MAC 2023

UJIAN ALLAH DAN PERSAUDARAAN ISLAM

ٱلْحَمْدُلِلَّهِ الَّذِي أَكْرَمَنَا بِنِعْمَةِ الْإِسْلَامِ وَفَضَّلَنَا كَثِيْرٍ مِنَ الْأُمَمِ.

أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ الرَّحْمَة وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ.

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamat orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar firman Allah Ta'ala:

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ١٠ ]سورة الحجرات : ١٠[


(Maksudnya): Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Betapa eratnya hubungan persaudaraan dalam kalangan orang-orang yang beriman disifatkan lebih daripada hubungan baka dan keturunan, laksana satu jasad. Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى. [رواه البخاري ومسلم]


(Maksudnya): Perumpaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit dan demam.

Begitulah eratnya hubungan dalam kalangan orang-orang Islam, laksana tubuh yang satu dalam satu anggota, bersimpati antara satu sama lain. Hari ini kita telah diuji oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam hubungan persaudaraan ini. Yang pertama, saudara kita di Palestin yang mengalami ujian yang sangat dahsyat, di mana rumah-rumah mereka diroboh dan mereka dihalau dari kampung halaman oleh pendatang-pendatang haram yahudi yang menubuhkan negara haram. Sudah ramai yang gugur syahid mempertahankan rumah, kedai, kebun dan kampung mereka. Ada yang luka-luka dan hidup di khemah-khemah.

Yang kedua, kita mendengar berita gempa bumi yang dahsyat menimpa Turki dan Syria sehingga mengorbankan lebih 40,000 orang dan berjuta-juta tinggal dalam keadaan tidak ada rumah, hanya tinggal di khemah-khemah sahaja. Keadaan ini benar-benar menguji persaudaraan kita yang mewajibkan kita bersimpati, apatah lagi disebut oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ. ]رواه مسلم[


(Maksudnya): Sesiapa yang menghilangkan satu kesulitan seorang mukmin yang lain daripada kesulitannya di dunia, nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya satu kesulitan pada hari kiamat. Sesiapa yang meringankan orang yang kesusahan (dalam hutangnya), nescaya Allah akan meringankan baginya (urusannya) di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutupi 'aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi 'aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan sentiasa menolong hambaNya, selama hamba tersebut mahu menolong saudaranya. Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid), membaca kitab Allah, saling mengajarkan di antara mereka. melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh para malaikat serta Allah akan menyebut-nyebut mereka di hadapan mahkluk yang berada di sisiNya. Sesiapa yang lambat dalam beramal, sesungguhnya garis nasabnya tidak akan dapat membantunya.

Marilah kita mengambil kelebihan-kelebihan yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya Shallallahu 'alaihi wasallam serta menunaikan kewajipan-kewajipan persaudaraan Islam untuk membantu saudara-saudara kita yang sedang menghadapi ujian itu dan kita merasai simpati sama-sama serta mendoakan mereka yang meninggal dunia berada dalam rahmat Allah dan diletakkan ke dalam Syurga dengan diampunkan dosa-dosa mereka. Kita mendapat kelebihan sabar menghadapi ujian itu bersama-sama sabar dengan mereka itu dan menolong mereka.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ٢٠٠ ]سورة آل عمران : ٢٠٠[


(Maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.