Thursday, July 25, 2013

Khutbah Jumaat Sempena Nuzul Quran - 17 Ramadhan 1434H/ 26 Julai 2013M



JANGAN TINGGALKAN AL-QURAN

Khtbah Pertama

الْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ

"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara haq dan batil." - Surah al Baqarah ayat 185.

اَشْهَدُ اَنْ  لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدَنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ،  فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada tuan-tuan, dan diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT, dengan sebenar-benar takwa, kerana sesungguhnya hanya orang yang bertaqwa sahajalah yang akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat Sekelian,

Penurunan Al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia, berlaku pada 17 Ramadhan. Al-Quran seterusnya diturunkan secara berperingkat kepada Rasulullah s.a.w. mengikut ketetapan dan perintah Allah dalam jangka masa lebih kurang 23 tahun. Dengan segala keistimewaan yang ada pada Al-Quran, semestinya semua Umat Islam meraikan hari penurunan Al-Quran ini agar kita dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran sepenuhnya.

Sidang Jumaat Sekelian,

Berapa ramai di kalangan umat Islam yang benar-benar menyedari bahawa al-Quran adalah merupakan mukjizat yang paling besar yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Kehebatan bahasanya, keindahan ayatnya dan keunggulan isi kandungannya menjadikan al-Quran tidak mampu ditandingi oleh mana-mana kitab lain. Ini disebabkan kebanyakan kita gagal mempelajari dan menguasai bahasa Al-Quran dan gagal memahami apakah yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran.

Saudara Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Al-Quran telah terbukti berjaya membentuk para sahabat menjadi generasi al-Quran yang unik ( جِيْلُ الْقُرْآنِ الْفَرِيْد ) di bawah pentarbiahan secara langsung oleh Rasulullah saw. Generasi ini telah membawa panji-panji kebenaran Islam sehingga dikecapi oleh umat manusia sejagat. Generasi ini berjaya membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah. Generasi ini telah berjaya mengeluarkan segala bentuk penindasan dan kezaliman sistem dan undang-undang ciptaan manusia kepada keadilan sistem dan undang-undang Allah. Semua ini disebabkan mereka benar-benar menghayati seluruh ajaran Al-Quran tanpa memilih-milih. Malangnya sebahagian Umat Islam hari ini mengambil Al-Quran jika dirasakan sesuai dengan kepentingan mereka, namun mencari berbagai alasan untuk tidak mengamalkan ajaran Al-Quran jika tidak memenuhi kehendak nafsu mereka. Apa yang peliknya mereka masih tanpa segan silu menganggap diri mereka sebagai Muslim Mukmin yang terbaik tanpa merasa gerun dengan ancaman dan peringatan Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 85-86 :

...........أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلاَّ خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (٨٥) أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ فَلاَ يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلاَ هُمْ يُنْصَرُونَ (٨٦)

Apakah kamu hanya beriman kepada sebahagian Kitab dan kufur kepada sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu darpada kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat kelak akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai tentang akan apa yang kamu lakukan.

Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan menggadaikan kehidupan mereka di akhirat,; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.

Sidang Jumaat Sekelian,

Ramai antara kita yang takut dilaknat oleh Al-Quran jika salah ketika membacanya. Namun berapa ramai yang benar-benar takut dilaknat oleh Allah kerana meninggalkan Quran sepenuhnya ataupun sebahagian daripadanya. Imam Ibnu Katsir menjelaskan maksud meninggalkan Quran sebagai berikut :

a. Tidak membaca Al-Quran dan tidak mahu mendengarkannya.

b. Tidak beriman dengan ajaran Al-Quran.

c. Tidak mengkaji dan memahami Al-Quran.

d. Tidak membenarkan isi kandungan Al-Quran.

e. Tidak mengamalkan ajaran Al-Quran.

f. Berpaling daripada Al-Quran kepada yang lain.

Maka Bulan Ramadhan inilah peluang yang terbaik bagi kita untuk mengelakkan kita daripada tergolong dalam kalangan mereka yang meninggalkan Al-Quran. Bacalah, fahamilah dan hayatilah isi kandungan Al-Quran jika kita benar-benar beriman.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.



Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ :
وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَـٰرَبِّ إِنَّ قَوْمِى ٱتَّخَذُوا۟ هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانَ مَهْجُورًا﴿٣٠﴾

Dan berkatalah Rasulullah : Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang ditinggalkan - Al-Furqan : 30

أَشْهَدُ أَن لاَ ِإلــهَ إلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وأَشهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
فيا عبادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Hadirin yang dirahmati Allah,

Rasulullah SAW adalah seorang Nabi dan Rasul yang amat mengasihi Umatnya. Sehebat manapun kejahatan dan kefasiqan Umatnya terhadap Allah dan Rasul, tidak pernah menyebabkan baginda berputus asa terhadap tugas dakwah yang dilakukan. Seboleh mungkin baginda tidak sekali-kali akan merintih dan mengadu kepada Allah terhadap perbuatan umatnya melainkan ianya adalah sesuatu yang amat besar dan jika ianya dilakukan maka ianya adalah akibat kebimbangan baginda terhadap kemurkaan Allah terhadap umatnya. Kembalilah kita kepada Al-Quran dan jangan sekali-kali meninggalkan Al-Quran dalam segala tindak tanduk kita sepanjang kita menumpang bumi tuhan.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ،
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ 

Ya Allah,
Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang membantu saudara segama mereka samada dengan kekuatan senjata, kekuatan harta benda termasuk yang mencurahkan tenaga dan idea untuk membantu saudara-saudara mereka.

Ya Allah Ya Rahim,
Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka menunaikan menunaikan zakat dan memberi bantuan kepada Umat islam yang memerlukan. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

Thursday, July 18, 2013

Khutbah Jumaat - 10 Ramadhan 1434H / 19 Julai 2013M



MENGHABISI SISA RAMADHAN

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ :
وَقِيلَ لِلَّذِينَ ٱتَّقَواْ مَاذَآ أَنزَلَ رَبُّكُمْ ۚ قَالُواْ خَيْرًا ۗ لِّلَّذِينَ أَحْسَنُواْ فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۚ وَلَدَارُ ٱلَأخِرَةِ خَيْرٌ ۚ وَلَنِعْمَ دَارُ ٱلْمُتَّقِينَ
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Saudara Sidang Jumaat Sekalian,

Ramadhan sudah kita lalui sepertiga daripadanya. Kita akan menempuh dan menghabisi hari-hari yang berbaki dan jika kita masih gagal meningkatkan amalan kita kepada Allah maka masih jauhlah kita dengan martabat taqwa. Masih layakkah kita untuk bersaing mengejar kurniaan Allah yang selama ini kita persiakan begitu sahaja. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾

Wahai orang yang beriman telah diwajibkan puasa ke atas kamu sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat terdahulu, mudah-mudahan kamu bertaqwa .

Sidang Jumaat Sekalian,

Ramadhan merupakan kurniaan Allah yang amat besar kepada umat Islam yang beriman, namun hanya orang-orang yang benar-benar beriman sahaja akan mampu menghayati Ramadhan dan menjadi insan yang benar-benar bertaqwa. Demi mengejar Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan telah menjadikan para sahabat dan Tabiin melipat gandakan ibadah mereka sehingga dikatakan mereka kepenatan di siang hari akibat kelaparan berpuasa dan kelelahan di malam hari akibat bermunajat kepada Yang Maha Esa. Berbeza dengan kita hari ini kerana masih ramai yang kelaparan di siang hari akibat kurangnya makan tetapi kepenatan di malam hari akibat terlalu kekenyangan.

Sidang Jumaat Sekalian,

Terlalu banyak bezanya ramadhan di zaman awal Islam dengan Ramadhan yang kita sambut pada masa ini. Ramadhan yang sepatutnya menyatukan umat Islam kini masih memperlihatkan perbalahan sesama Umat Islam. Sudah hilang perbalahan mengenai Terawih 20 atau 8, timbul pula isu tazkirah boleh dibuat ataupun tidak. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan berjimat cermat dan peluang terbaik untuk mengekang hawa nafsu kini, menjadi menjadi bulan yang penuh dengan pembaziran dan ketundukan kepada hawa nafsu. Inilah yang digambarkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya :

كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ اِلا الْجُوْعِ وَالْعَطْشِ
Berapa ramai yang berpuasa sedangkan tiada satu faedah pun baginya daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga.

Sidang Jumaat Sekalian,

Ramadhan dalam sejarah menjadi titik tolak kepada kemenangan umat Islam di sepanjang zaman. Banyak peperangan yang berlaku di Bulan Ramadhan yang membawa kemenangan gemilang kepada umat Islam dahulu kerana ketaqwaan mereka berbeza dengan umat Islam hari ini yang hanya mampu menyaksikan pembunuhan terang-terangan ke atas umat Islam di merata dunia. Ramadhan hari ini memaparkan tragedi pembunuhan Umat Islam oleh golongan Syiah di Syria dan tragedi rampasan kuasa daripada pemimpin yang dipilih oleh rakyat jelata di Mesir. Tanpa kita sedar entah apalah nasib saudara kita di Palestin, Rohingya dan di seluruh dunia yang tidak mendapat liputan berita walaupun selama ini mereka begitu menderita.

Sidang Jumaat Sekalian,

Hikmah pensyariatan puasa iaitu untuk melahirkan manusia bertaqwa hendaklah menjadi sasaran dan impian setiap orang yang beriman. Tiada gunanya kita menyambut kehadiran Syawal nanti jika ketaqwaan kita tidak langsung bertambah malah semakin berkurangan. Apakah sebenarnya kemenangan yang kita raikan di pagi syawal nanti jika umat Islam bukan sahaja diganyang semahunya oleh musuh-musuh Islam malah masih bertuankan hawa nafsu sendiri. Marilah kita bersama-sama mengembalikan penghayatan Ramadhan pada baki-baki hari yang ada sebelum kita diuji dengan ujian nafsu sebaik berakhirnya Ramadhan nanti. Semoga kita akan tergolong dalam golongan yang dianugerahkan dengan syurga (الرَّيَّانُ) seperti dalam hadis Rasulullah S.A.W :

حَدِيثُ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لاَ يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَدْخُلُونَ مِنْهُ فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ 
Hadis riwayat Sahal b. Said, (r.a) berkata sabda Rasulullah S.A.W : “Sesungguhnya dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan ( الرَّيَّانُ ). Orang yang berpuasa akan masuk ke dalamnya pada hari kimat dan tidak akan masuk bersama mereka seorangpun selain dari mereka . Maka dikatakan: Dimanakah orang yang berpuasa. Maka mereka masuk melaluinya. Apabila telah masuk orang yang terakhir maka pintu itupun ditutup dan tiada lagi orang akan memasukinya.”


بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا  وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.




Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ لله الْقاَئِلِ :

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًۭا فِى كِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ‌ٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۭ ۚ ذَ‌ٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَـٰتِلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ كَآفَّةًۭ كَمَا يُقَـٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةًۭ ۚ وَٱعْلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ ﴿٣٦﴾(التوبة:٣٦)
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang lurus. Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu. Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.

عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sepatutnya Umat Islam mengambil kesempatan Ramadhan untuk mencapai kemenangan dalam kehidupan sebagaimana umat-umat terdahulu. Kita menghadapi berbagai musuh yang menuntut kita berjihad melawannya. Di samping musuh-musuh yang nyata melibatkan orang-orang kafir dan munafiq, kita juga berhadapan dengan iblis, syaitan dan nafsu syahwat sendiri. Kemenangan tidak akan dicapai jika kita tidak meletakkan asas taqwa sebagai senjata yang paling ampuh untuk menghadapi musuh. Oleh yang demikian, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai martabat taqwa. Benih dan tunas taqwa yang sudah disemai di awal Ramadhan janganlah dilayukan dengan kesibukan membuat persiapan menyambut 1 Syawal. Kita masih ada lagi kesempatan untuk meraih fadhilat-fadhilat Ramadhan yang dikurniakan oleh Allah. Jadikanlah Ramadhan tahun ini sebagai Ramadhan yang terbaik bagi kita kerana mungkin ianya adalah yang terakhir buat kita.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
Ya Allah,
Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang menunaikan zakat bagi membantu saudara-saudara mereka.

Ya Allah Ya Rahim,
Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka mampu untuk meningkatkan zakat dan bantuan yang mereka sumbangkan selama ini. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun daripada laman sesawang www.4shared.com

Friday, July 12, 2013

Khutbah Jumaat


Ramadhan, Benteng Tipu Daya Musuh
 
َالْحَمْدُ لِلَّهِ القَائِلِ :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ – البقرة : 183

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelum daripada kamu, mudah mudahan kamu bertaqwa.

أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .

اَمَّا بَعْدُ، عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Bersyukur kita ke Hadrat Allah swt yang telah menganugerahkan kepada kita kesempatan berada di Bulan Ramadhan yang mulia ini, yang menjadi wadah bagi melahirkan manusia yang bertaqwa sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat yang dibacakan tadi. Ibadat puasa di Bulan Ramadhan ini juga merupakan satu bukti kasih sayang Allah kepada Umat Nabi Muhammad saw. Ini digambarkan dengan penjelasan Allah mengenai konsep perkongsian beban di antara Umat Muhammad dan umat terdahulu di mana sesuatu bebanan itu akan dirasakan ringannya jika manusia menyedari bukan mereka sahaja yang terpaksa melaluinya.

Hadirin yang dirahmati Allah,

         Puasa mengajar kita agar bersabar menangung kesusahan apabila ditimpa ketakutan dan kelaparan akibat kejahatan musuh-musuh Allah. Nabi Muhammad saw dan para nabi dan rasul terdahulu bukan sahaja diuji dengan kelaparan malah disiksa sehingga ada yang syahid kerananya. Maka apakah Umat Islam kini terpaksa melutut kepada musuh-musuh Allah malah menjadi tali barut mereka hanya kerana sedikit kesusahan dan kelaparan yang menimpa akibat kejahatan mereka yang memusuhi agama Allah.

Sidang Jumaat Sekelian,

         Di antara kaedah yang sering digunakan oleh musuh-musuh Allah untuk menjauhkan Umat Islam dari Syariat Allah adalah dengan ancaman ketakutan dan kelaparan. Mereka telahpun menggunakan kekuatan ketenteraan dan sekatan ekonomi bagi menekan Umat Islam dari zaman Rasulullah saw. Sehingga kini mereka menggunakan kekuatan ketenteraan gabungan berbagai negara, termasuk negara-negara Islam yang dipimpin oleh boneka mereka untuk mengganyang negara yang dipimpin oleh golongan yang bertaqwa dan enggan tunduk mengikut kehendak mereka. Mereka membiarkan rampasan kuasa di negara yang dipimpin oleh pemerintah yang dilantik secara demokrasi apabila mereka gagal menjinakkan pemimpin tersebut. Mereka membiarkan pemimpin diktator yang tidak mengamalkan demokrasi selama mana pemimpin tersebut rela diperkudakan oleh mereka.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Di negara yang pemimpinnya patuh kepada perintah Allah, sekatan ekonomi dikenakan untuk menyiksa rakyat jelata agar rakyat bangun menentang pemimpin mereka. Kemudian mereka  menyalurkan sumber kewangan daan bantuan tidak terhingga kepada pemimpin yang menjadi boneka mereka agar rakyat selesa dan menyangka itulah pemimpin yang mampu memberikan keamanan dan keselesaaan kepada mereka. 

Muslimin yang dirahmat Allah,

         Begitulah nasib para pejuang Islam dalam menyelamatkan manusia sejagat.  Ketika ditindas dan dianiayai  penjajah. para ulamak dan pejuang agama Allah berada di barisan hadapan untuk menghalau penjajah dan memperjuangkan hak rakyat jelata. Tatkala mereka bebas dari kekejaman maka mereka hanya diperlukan sebagai pembaca doa kalaupun tidak dimusuhi dan dikeji.

وَإِذَا غَشِيَهُمْ مَوْجٌ كَالظُّلَلِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ فَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إلاَّ كُلُّ خَتَّارٍ كَفُورٍ - سورة لقمان :32

Dan apabila mereka dilambung ombak besar seperti awan yang menutupi, maka mereka berdoa kepada Allah dengan ikhlas terhadap agamaNya. Namun apabila Allah menyelamatkan mereka hingga selamat sampai ke daratan,  maka sebahagian sahaja antara mereka yang bersyukur. Dan tiadalah yang mengengkari ayat-ayat Kami melainkan golongan yang pemungkir janji dan kufur.
 
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ :
فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ (3) الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ (4)
 - سورة قريش :3-4

Maka abdikanlah diri kamu kepada tuhan rumah ini (Kaabah), yang memberi makan kepada kamu tatkala kamu kelaparan dan memberi keamanan kepada kamu ketika kamu ketakutan.

اَشْهَدُ اَنْ لاَاِلهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ  وَاِياَّيَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
 Saudara Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

         Musuh-musuh Allah tidak akan mampu memperdayakan Umat Islam jika Umat Islam berpegang teguh dan yakin dengan kekuasaan Allah. Keperitan hidup akibat sekatan ekonomi musuh-musuh Allah tidak sekali-kali melemahkan Umat Islam daripada berjihad melaksanakan Syariat Allah. Ancaman dan penindasan musuh-musuh Allah tidak sama sekali mampu menakut-nakutkan Umat Islam kerana kita mempunyai Allah,  yang akan menjamin masa depan Islam yang gemilang. Janganlah kita melupakan hakikat dan kebenaran bahawa manusia tidak akan menyebabkan kita lapar jika Allah memberikan rezeki dan mengenyangkan kita. Manusia manapun tidak akan berupaya memudharatkan kita selagi mana Allah memberikan keamanan kepada kita selama mana kita taat kepada perintah Allah.

Muslimin Mukminin sekelian,

Contohilah keyakinan dan kehebatan Presiden Mesir melalui ungkapannya :

Saat aku memerintah ini, kita benarkan saudara seIslam kita di Syria dan Gaza lari berlindung di Mesir. Tapi pasti selepas ini, bilamana aku digulingkan, pasti pintu-pintu ini akan ditutup oleh tangan-tangan yang penuh dengan kejahatan yang ingin melihat saudara maramu di Gaza dan Syria dibunuh. Bangkitlah wahai Umat Islam di seluruh dunia. Janganlah engkau terus berdiam diri dan leka dengan keindahan dunia. Bantulah saudaramu yang dalam kesusahan. Kami tidak meminta apa yang engkau tidak mampu lakukan. Maka bantulah mengikut kemampuanmu. Kami di sini berjuang dengan penuh keyakinan terhadap janji Allah bahawa syurga Allah menanti mereka yang berjuang demi agamaNya.  

 اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
Ya Allah,

Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang menunaikan zakat bagi membantu saudara-saudara mereka.

Ya Allah Ya Rahim,

Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka mampu untuk meningkatkan zakat dan bantuan yang mereka sumbangkan selama ini. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .

إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ

وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .


فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ