Friday, July 12, 2013

Khutbah Jumaat


Ramadhan, Benteng Tipu Daya Musuh
 
َالْحَمْدُ لِلَّهِ القَائِلِ :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ – البقرة : 183

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelum daripada kamu, mudah mudahan kamu bertaqwa.

أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .

اَمَّا بَعْدُ، عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Bersyukur kita ke Hadrat Allah swt yang telah menganugerahkan kepada kita kesempatan berada di Bulan Ramadhan yang mulia ini, yang menjadi wadah bagi melahirkan manusia yang bertaqwa sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat yang dibacakan tadi. Ibadat puasa di Bulan Ramadhan ini juga merupakan satu bukti kasih sayang Allah kepada Umat Nabi Muhammad saw. Ini digambarkan dengan penjelasan Allah mengenai konsep perkongsian beban di antara Umat Muhammad dan umat terdahulu di mana sesuatu bebanan itu akan dirasakan ringannya jika manusia menyedari bukan mereka sahaja yang terpaksa melaluinya.

Hadirin yang dirahmati Allah,

         Puasa mengajar kita agar bersabar menangung kesusahan apabila ditimpa ketakutan dan kelaparan akibat kejahatan musuh-musuh Allah. Nabi Muhammad saw dan para nabi dan rasul terdahulu bukan sahaja diuji dengan kelaparan malah disiksa sehingga ada yang syahid kerananya. Maka apakah Umat Islam kini terpaksa melutut kepada musuh-musuh Allah malah menjadi tali barut mereka hanya kerana sedikit kesusahan dan kelaparan yang menimpa akibat kejahatan mereka yang memusuhi agama Allah.

Sidang Jumaat Sekelian,

         Di antara kaedah yang sering digunakan oleh musuh-musuh Allah untuk menjauhkan Umat Islam dari Syariat Allah adalah dengan ancaman ketakutan dan kelaparan. Mereka telahpun menggunakan kekuatan ketenteraan dan sekatan ekonomi bagi menekan Umat Islam dari zaman Rasulullah saw. Sehingga kini mereka menggunakan kekuatan ketenteraan gabungan berbagai negara, termasuk negara-negara Islam yang dipimpin oleh boneka mereka untuk mengganyang negara yang dipimpin oleh golongan yang bertaqwa dan enggan tunduk mengikut kehendak mereka. Mereka membiarkan rampasan kuasa di negara yang dipimpin oleh pemerintah yang dilantik secara demokrasi apabila mereka gagal menjinakkan pemimpin tersebut. Mereka membiarkan pemimpin diktator yang tidak mengamalkan demokrasi selama mana pemimpin tersebut rela diperkudakan oleh mereka.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Di negara yang pemimpinnya patuh kepada perintah Allah, sekatan ekonomi dikenakan untuk menyiksa rakyat jelata agar rakyat bangun menentang pemimpin mereka. Kemudian mereka  menyalurkan sumber kewangan daan bantuan tidak terhingga kepada pemimpin yang menjadi boneka mereka agar rakyat selesa dan menyangka itulah pemimpin yang mampu memberikan keamanan dan keselesaaan kepada mereka. 

Muslimin yang dirahmat Allah,

         Begitulah nasib para pejuang Islam dalam menyelamatkan manusia sejagat.  Ketika ditindas dan dianiayai  penjajah. para ulamak dan pejuang agama Allah berada di barisan hadapan untuk menghalau penjajah dan memperjuangkan hak rakyat jelata. Tatkala mereka bebas dari kekejaman maka mereka hanya diperlukan sebagai pembaca doa kalaupun tidak dimusuhi dan dikeji.

وَإِذَا غَشِيَهُمْ مَوْجٌ كَالظُّلَلِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ فَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إلاَّ كُلُّ خَتَّارٍ كَفُورٍ - سورة لقمان :32

Dan apabila mereka dilambung ombak besar seperti awan yang menutupi, maka mereka berdoa kepada Allah dengan ikhlas terhadap agamaNya. Namun apabila Allah menyelamatkan mereka hingga selamat sampai ke daratan,  maka sebahagian sahaja antara mereka yang bersyukur. Dan tiadalah yang mengengkari ayat-ayat Kami melainkan golongan yang pemungkir janji dan kufur.
 
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ :
فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ (3) الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ (4)
 - سورة قريش :3-4

Maka abdikanlah diri kamu kepada tuhan rumah ini (Kaabah), yang memberi makan kepada kamu tatkala kamu kelaparan dan memberi keamanan kepada kamu ketika kamu ketakutan.

اَشْهَدُ اَنْ لاَاِلهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ  وَاِياَّيَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
 Saudara Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

         Musuh-musuh Allah tidak akan mampu memperdayakan Umat Islam jika Umat Islam berpegang teguh dan yakin dengan kekuasaan Allah. Keperitan hidup akibat sekatan ekonomi musuh-musuh Allah tidak sekali-kali melemahkan Umat Islam daripada berjihad melaksanakan Syariat Allah. Ancaman dan penindasan musuh-musuh Allah tidak sama sekali mampu menakut-nakutkan Umat Islam kerana kita mempunyai Allah,  yang akan menjamin masa depan Islam yang gemilang. Janganlah kita melupakan hakikat dan kebenaran bahawa manusia tidak akan menyebabkan kita lapar jika Allah memberikan rezeki dan mengenyangkan kita. Manusia manapun tidak akan berupaya memudharatkan kita selagi mana Allah memberikan keamanan kepada kita selama mana kita taat kepada perintah Allah.

Muslimin Mukminin sekelian,

Contohilah keyakinan dan kehebatan Presiden Mesir melalui ungkapannya :

Saat aku memerintah ini, kita benarkan saudara seIslam kita di Syria dan Gaza lari berlindung di Mesir. Tapi pasti selepas ini, bilamana aku digulingkan, pasti pintu-pintu ini akan ditutup oleh tangan-tangan yang penuh dengan kejahatan yang ingin melihat saudara maramu di Gaza dan Syria dibunuh. Bangkitlah wahai Umat Islam di seluruh dunia. Janganlah engkau terus berdiam diri dan leka dengan keindahan dunia. Bantulah saudaramu yang dalam kesusahan. Kami tidak meminta apa yang engkau tidak mampu lakukan. Maka bantulah mengikut kemampuanmu. Kami di sini berjuang dengan penuh keyakinan terhadap janji Allah bahawa syurga Allah menanti mereka yang berjuang demi agamaNya.  

 اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
Ya Allah,

Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang menunaikan zakat bagi membantu saudara-saudara mereka.

Ya Allah Ya Rahim,

Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka mampu untuk meningkatkan zakat dan bantuan yang mereka sumbangkan selama ini. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .

إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ

وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .


فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

No comments:

Post a Comment