Thursday, September 19, 2013

Khutbah Jumaat - 20hb September 2013/14hb Zulkaedah 1433



Membanteras Penyelewengan Aqidah Syiah

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ
أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
 اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
 أعوذبالله من الشيطان الرجيم…
وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
{الأنعام :١٥٣}

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenarnya di mana sahaja kita berada. Dengan sifat Taqwa yang sebenarnya dapatlah membentuk Aqidah, Syariat dan Akhlak kita yang murni dan diredhai oleh Allah swt. Tuntutan taqwa hendaklah diperjuangkan supaya dapat bertapak di dalam diri sanubari kita. Rasulullah saw telah mengambil masa yang panjang selama 13 tahun berdakwah di kota Mekah Al-Mukarramah dan ditambah 10 tahun lagi di Madinah Al-Munawwarah sebelum wafatnya Baginda Rasulullah saw bagi membina ketaqwaan. Asas dakwah Rasulullah ini adalah untuk menyeru kepada mentauhidkan Allah swt, menjauhkan segala bentuk syirik, haram, bid’ah, kufur dan murtad serta membentuk syariat dengan membetulkan semua bentuk ibadah dilakukan kerana Allah. Ditambah lagi dengan pembentukkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian, maka taqwa kepada Allah adalah untuk membersihkan dari berbagai ajaran dan fahaman jahiliyyah yang berlaku dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Hadirin Jumaat yang dimuliakan,

Isu fahaman Syiah yang masih hangat di Negara-negara Islam di luar juga telah memberi kesan pengaruhnya dalam Negara kita. Fahaman Syiah yang menyeleweng dari aqidah Islam ini akan meningkat jumlah pengikutnya dari sehari ke sehari jika tidak dibendung dengan serius oleh pihak berkuasa dan masyarakat. Kini pengikut-pengikut Syiah di Negara kita secara terang terangan menyebar fahaman mereka melalui ceramah-ceramah, penulisan dan internet malah hingga berani membuat deklarasi di Mahkamah. Justeru itu, Pihak berkuasa agama mengambil beberapa langkah dengan memberi penerangan melalui majlis-majlis ilmu, ceramah, seminar dan forum yang diadakan di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan dan kawasan orang ramai. Media dan masyarakat juga harus mengambil peranan dalam membanteras penyelewengan aqidah Syiah ini. Selain itu, pihak berkuasa agama juga telah mengambil tindakan yang tegas dengan membuat beberapa tangkapan terhadap pengikut fahaman syiah ini termasuk di negeri kita Perak Darul Ridzuan. Sehingga kini Jabatan Agama Islam Perak telah membuat enam tangkapan ke atas pengikut Syiah di Negeri ini.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Negeri Perak telah mewartakan ajaran dan fahaman Syiah yang menyeleweng dari aqidah Islam pada 1 Mac 2012 di mana telah menyebut bahawa:

Ajaran dan Fahaman Syiah didapati bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Perak berdasarkan kepercayaan dan perbuatan seperti berikut:

i. Menambah atau mengurangi lafaz dan kandungan syahadah yang berlainan daripada lafaz dan syahadah yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;

ii. Mentaati Imam-Imam dan mempercayai mereka sebagai maksum serta mempunyai sifat-sifat dan kelebihan yang luar biasa;

iii. Mempercayai bahawa berlakunya penyelewengan (tahrif) sama ada pengurangan atau penambahan di dalam Al-Quran serta mempercayai bahawa Al-Quran mengandungi tujuh belas ribu ayat;

iv. Menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah S.A.W. dan hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam 12;

v. Mencerca dan menghina para sahabat yang diredai oleh Allah S.W.T. dan para isteri Rasulullah SAW dengan menuduh mereka sebagai pembohong, pengkhianat dan murtad;

vi. Mempercayai Al-Raja’ah iaitu Allah SWT akan menghidupkan semula orang yang telah mati ke dunia sebelum berlakunya Qiamat bersama-sama Imam Mahadi;

vii. Mengamalkan Al-Taqiah iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, pendapat yang menjadi pegangan dan amal perbuatan yang ingin dilakukan;

viii. Mengamalkan nikah Mut’ah;

ix. Mempercayai amalan menziarah maqam Saidina Ali akan memperolehi ganjaran Syurga; dan
x. Melakukan upacara memukul dan menyeksa tubuh sempena 10 Muharam.

Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil keputusan bahawa:

i. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi pengikut ajaran dan fahaman ini adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

ii. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

iii. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

iv. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; atau

v. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai unsur-unsur ajaran, pegangan atau fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang;

vi. Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan;

vii. Apa jua bentuk tindakan

Hadirin yang dirahmati Allah,

Oleh yang demikian,marilah kita sama-sama berhati-hati dan sentiasa mendapat panduan dan rujukan dari ahli-ahli agama dan pihak berkuasa agama jika menerima sebarang ajaran yang meragukan. Justeru itu, ajaran dan fahaman yang selamat dipegang oleh kita adalah fahaman ahlu sunnah waljamaah. Pegangan ini adalah pegangan para sahabat, para ulama’, para fuqaha’ mazhab yang muktabar, para tabiin, salafu soleh dan seluruh umat Islam.

Secara umumnya ahlul sunnah waljamaah dalam aspek pengajaran Islam adalah berteraskan kepada empat sumber dimana diperakui oleh jumhur ulama’ iaitu al-Quran, As-sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qias. Jika berpegang selain daripada empat perkara tersebut maka pegangan mereka adalah jelas menyeleweng dan membawa kesesatan. Rasulullah bersabda:

وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلاَّ مِلَّةً وَاحِدَةً قَالُوا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي -  رواه الترميذي

Sesungguhnya Bani Israel telah terpecah kepada 72 golongan. Umatku pula akan terpecah kepada 73 golongan. Kesemuanya akan masuk neraka kecuali satu golongan. Tanya sahabat siapakah yang satu itu. Rasulullah menjawab; Golongan yang mengikut cara hidupku dan para sahabatku.

Seterusnya Imam Tirmizi meriwayatkan dalam kitabul iman, dari sahabat dan dari jalan yang sama, dengan ada pertambahan pertanyaan “Siapakah golongan yang selamat itu?” Rasulullah saw menjawab:

مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

“Iaitu golongan yang mengikuti jalanku dan jalan sahabatku”

Dalam riwayat yang lain Rasulullah berpesan “apabila berlaku sesuatu perselisihan maka hendaklah kamu sentiasa berpihak kepada kumpulan yang banyak dari kaum muslimin” ….

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ﴿٨٣﴾ (آل عمران :٨٣)

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ

وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita wajib mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana hanya itulah pegangan yang diterima oleh Allah dan rasulNya. Pengaruh Syiah yang sudah meresap sekian lama di kalangan umat Islam di Negara ini wajib dihentikan segera sebelum mereka berkuasa dan memerangi kita.

Sidang Jumaat Sekelian,

Adalah suatu yang pasti bahawa golongan Syiah ini terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mereka adalah salah satu daripada 72 golongan yang bakal menjadi ahli neraka. Selain daripada mengkafir dan memaki hamun para sahabat, tindakan mereka memerangi Umat Islam juga jelas menunjukkan bahawa mereka bukan dari kalangan kita. Kelemahan pemimpin-pemimpin Islam hari ini yang tidak berpegang teguh dengan Syariat Allah telah menyebabkan kita tidak mampu berbuat apa-apa terhadap mereka. Kita masih gagal mengambil tindakan dan menyekat penyebaran ajaran sesat mereka di Negara-Negara Islam. Mereka masih lagi dibenarkan masuk ke tanah haram untuk beribadat bersama kita dan mengambil kesempatan mencaci dan melaknat maqam khalifah Ar-Rasyidin tatkala menziarahi maqam rasulullah. Namun itu semua tidak langsung menjadi bukti bahawa aqidah dan ajaran mereka masih diterima oleh Allah dan Rasulnya.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، خصوصا في فَلَسْطِيْنَ وَفِيْ مِصْرَ وَفِيْ وَسُوْرِياَّ وَفِيْ ماَلِيْزِياَّ. اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

Thursday, September 12, 2013

Khutbah Jumaat - 7 Zulkaedah 1434H / 13 September 2013


BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN BERHATI-HATI HADAPI CABARAN


Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (التوبة :٣٢)  

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allahtidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).

أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ  وَاَصْحَابِهِ  وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !   اِتَّقُواْ  اللَّهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ  وَلاَتَمُوْتُنَّ  إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

Wahai Hamba-Hamba Allah Sekelian!

Marilah kita mencari jalan bahagia dengan kita memilih jalan yang menuju kepada keredhaan Allah sebelum kita dipaksa bertemu dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepada kita. Berkata al Syahid Syed Qutb Rahimahullah Taala :

اَلْكُلُّ سَيَذْهَبُ اِلَى اللهِ بَعْدَ وَفَاتِهِ * لَكِنِ السَّعيِدُ ذَهَبَ اِلَى اللهِ فِى حَيَاتِهِ

Semua orang akan kembali kepada Allah selepas kematiannya, Tetapi orang yang bahagia telah dan tetap pergi kepada Allah semasa hidupnya lagi.

Janganlah berterus-terusan diri kita, keluarga kita, masyarakat kita berada dalam zon kelalaian kerana Imam al Syafie r.a pernah mengungkap:

Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun.

Sidang Jamaah yang dirahmati Allah,

Mari kita sama–sama mengukur diri masing masing sekuat mana kita mempunyai daya ketaqwaan diri masing-masing. Mari kita perbaiki diri kita dengan kita menganalisa dialog antara Saidina Umar r.a dan Saidina Ubay bin Ka’ab mengenai hakikat taqwa menerusi analogi yang sangat baik dan mudah difahami. Mari kita ukur diri kita masing-masing samada kita sudah mencapai matlamat TAQWA berdasarkan piawai yg telah digagaskan oleh Saidina Umar al Khattab :

وَسَأَلَ عُمَرُ بن الخَطَّابِ رَضِيَ الله عَنْهُ أُبَيّاً عَنِ التَّقْوَى، فَقَالَ : هَلْ أَخَذْتَ طَرِيقًا ذَا شَوكٍ ؟ قَالَ : نَعَم : قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فيِه ؟ قاَلَ : تَشَمَّرْتُ وَحَذَرْتُ، قَالَ : فَذاَكَ التَّقْوَى

Saidina Umar al Khattab r.a bertanya kepada Saidina Ubai bin Ka’ab mengenai taqwa. Maka Kaab bertanya kepada Saidina Umar al Khattab r.a : Pernahkah tuan melalui sebatang jalan yang penuh dengan duri? Ya jawab Umar . Ubay bertanya lagi : Apa tindakan tuan ketika itu? Saidina Umar menjawab : aku bersedia dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati.

Taqwa akan menyelamatkan diri dan umat dari terjerumus ke kancah dosa dan kemaksiatan yang akhirnya akan memusnahkan kehidupan di dunia dan di akhirat. Ia dapat dilakukan dengan gabungan dua sifat seperti di dalam dialog di atas ; iaitu (التَشَمُّرُ) persediaan yang bersungguh-sungguh dan (اَلْحَذَرُ) berhati-hati.

Sidang Jamaah sekelian,

Dalam kehidupan sehari-harian setiap kita wajib bersungguh-sungguh melakukan apa jua suruhan Allah bukan dibuat secara sambil lewa seperti melepaskan batuk di tangga dan dan dalam masa yang sama kita mesti sentiasa berhati-hati daripada melakukan sebarang dosa. Kita semua sedang dalam perjalanan menuju Allah . Atas perjalanan ini kita ada peraturan yang perlu dipatuhi bersungguh-sungguh, bukan sambil lewa apatah lagi hanya patuh pada yang berkenan di hati sahaja. Di atas jalan yang sama ini kita dinanti dengan segala jenis duri-duri maksiat dan dosa yang perlu kita berhati-hati apabila kita melaluinya.

Untuk membangunkan semula ummah yang sedang sakit ini, umat Islam memerlukan kepada kapsul mujarrab gabungan antara(التَشَمُّرُ) persediaan yang bersungguh-sungguh dan (اَلْحَذَرُ) berhati-hati. Semenjak merdeka 56 tahun dulu, kita berhempas pulas untuk menyelesaikan masalah urustadbir seperti amalan rasuah, penyelewengan dan lain-lain. Belum pun selesai isu-isu urustadbir, kita menghadapi gerakan terancang mengubah rupa wajah kedudukan Islam di negara ini. Suara-suara lantang berucap atas landasan hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara dan berkarya, cuba merubah keistimewaan Islam dalam negara ini. Kritikan lantang terhadap Institusi Islam dan fatwa, institusi Raja dan bahasa kebangsaan semakin menjadi-jadi dan diwarnai dengan karya-karya tulisan dan filem-filem pendek yang mencabar perundangan dan menguji kadar sensitiviti umat Islam. Sekali lagi sifat (التَشَمُّرُ) persediaan yang bersungguh-sungguh perlu untuk menyelesaikan masalah urus tadbir yang sudah mengakar lama di Malaysia ini dan sifat(اَلْحَذَرُ) berhati-hati dan waspada dengan gerakan licik golongan-golongan liberalis dan pluralis yang tidak jemu berusaha merubah wajah Islam dalam negara. Mereka berhajat jika boleh Islam hanya sekadar penyeri majlis dalam acara-acara rasmi sahaja. Kalau boleh agama jangan diinstitusikan pentadbirannya dan akhirnya membawa kepada natijah urusan agama hanya urusan peribadi masing-masing tanpa perlu campurtangan pihak berkuasa agama. Akan bermaharajalelalah penagih-penagih tegar, peminat-peminat LGBT, peminat-peminat pertandingan ratu cantik, peminum arak di khalayak ramai tanpa mampu lagi disekat.

Sidang Jamaah sekelian,

Setiap individu muslim di negeri ini khususnya, wajib bersungguh-sungguh (التَشَمُّرُ) mempelajari asas-asas agama Islam samada aqidah , ibadah dan akhlaq. Kerana dengan pengetahuan ini barulah muncul sifat (اَلْحَذَرُ) berhati-berhati terhadap fahaman-fahaman dan amalan-amalan yang menyeleweng dan menyimpang dari ajaran Islam. Lebih-lebih lagi pada hari ini terdapat bermacam- macam aqidah dan amalan yang bercanggah dengan amalan ahli sunnah wal jamaah antaranya ialah seperti ajaran syiah.

Ajaran ini telah diwartakan sebagai sesat oleh Kerajaan Negeri Perak pada 1 Mac 2012. Ajaran yang sangat merbahaya kepada aqidah dan keharmonian masyarakat ini perlu disekat secara (التَشَمُّرُ) secara bersungguh- sungguh. Jika dibiarkan sudah tentu ia akan mengocak ketenangan rukun kehidupan. Jadikanlah pergolakan berdarah antara mazhab yang berlaku di beberapa negara Islam sebagai iktibar seperti di Pakistan dan Iraq.

Keghairahan sebahagian masyarakat mendekatkan diri dengan agama jika tidak menekuni terlebih dahulu ilmu aqidah dan syariat akan menghantarkannya ke jurang bahaya. Bertarekat pada asasnya dibenarkan di dalam syarak asalkan ia tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat. Mimbar pada hari ini menyeru para jemaah untuk (التَشَمُّرُ) menekuni ilmu asas aqidah dan syariat. Dalam masa yang sama hendaklah ada sifat (اَلْحَذَرُ) berwaspada dengan tipu daya segelintir pengasas- pengasas tarekat yang salah. Menurut Dr Husni Hassan, ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Ketua Panel Kajian amalan tarekat, beliau menemui dapatan yang amat memeranjatkan dari seorang Syeikh tarikat di selatan Perak yang mengatakan bahawa Allah menjelma di Kaabah menyerupai seorang pemuda dan beliau mampu untuk berunding dengan malaikat maut dalam isu penangguhan saat kematian.

Sidang Jamaah sekelian,

Gerakan mempersatukan kembali umat Islam di negara ini memerlukan kesediaan semua pihak secara bersungguh-sungguh (التَشَمُّرُ) untuk kembali mempertautkan hubungan kasih sayang tanpa meletakkan berbagai-bagai syarat awal dan setiap pihak perlu menunjukkan keikhlasan tanpa ada niat-niat yang tersirat lain. Dalam masa yang sama kita mesti bersifat (اَلْحَذَرُ) terhadap usaha mana-mana pihak yang tidak senang melihat umat ini bersatu lantaran itu sangat kreatif melaga-lagakan sesama umat Islam. Budayakan ibadah tasbih, tahmid dan takbir membasahi mulut-mulut kita sebagai ganti kepada cacian, makian, mengadu domba sesama umat Islam. Kata Imam Malik :

إِذَا رَأَيْتَ الرَّجُلَ يُدَافِعُ عَنِ الحَقِّ، فَيَشْتُمُ، وَيَسُبُّ، وَيَغْضَبُ
فَاعْلَمْ اَنَّهُ مَعْلُولُ النِّيَّةِ، ِلأَنَّ الحَقَّ لاَ يَحْتَاجُ اِلَى هَذَا 

Apabila kamu melihat seorang lelaki mempertahankan kebenaran, maka ia mencaci, memaki memarahi dengan nada marah. Ketahuilah bahawa niatnya telah cacat kerana kebenaran tidak memerlukan semua ini.

Berkasih sayanglah sesama kita, saling memaafi kesalahan. Ini akan menggerunkan pihak lain kepada umat Islam. Tetapi apabila umat Islam bercakaran sesama sendiri, hilang kekuatan kita walaupun bilangan kita ramai sehingga terpaksa melayan tuntutan demi tuntutan mereka. Ingat lah pesan orang- orang tua:
Berpada-pada memberi muka nanti kita sendiri hilang air muka; Berpada-berpada bertolak ansur, nanti kita ditolak beransur- ansur.

Sidang Jamaah sekelian,

Jangan lazat dengan pertelingkahan sesama kita kerana kerana tanpa disedari kita sedang dilingkari dengan berbagai cabaran dan ujian. Sebagai contoh ujian yang datangnya dengan gabungan dalam dan luar negara adalah seperti tekanan PBB terhadap Malaysia agar menerima deklarasi hak asasi manusia sejagat versi barat. Pada 20 Oktober 2013 tiba giliran Malaysia akan menjalani Universal Periodic Review (UPR). Tujuannya adalah untuk menyemak rekod dan pencapaian hak asasi manusia di Malaysia. Badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berpaksi perjuangan hak asasi manusia seperti Suaram telah menubuhkan gabungan NGO yang dikenali sebagai COMANGO melobi PBB sebanyak 62 cadangan. Tujuan mereka untuk menekan Malaysia tunduk terhadap nilai-nilai antarabangsa yang pada hakikatnya mengikut acuan fahaman sekular barat yang menjunjung isu-isu mencabar aqidah dan syariah di negara ini. Dan kebanyakkan syor-syor itu terkait dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan serentak dengan usaha penyuburan fahaman kesaksamaan mutlak hatta dalam soal pertukaran agama serta undang-undang sekatan terhadap murtad dan pembelaan terhadap kebebasan seks.

بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ  وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.



Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكَ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ وَجَاهَدَ جِهَادَهُ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.
قاَلَ الله تَعاَلَى : وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.

Ya Allah kami ini lemah tapi dalam kami dalam keadaan lemah ini kami masih menderhakai Mu ya Allah.

Ya Allah kami ini hanya bergantung hidup dengan ihsan nikmat dan kasih kasih sayang Mu, tapi dengan nikmat Mu yang melimpah ruah ini kami gunakan pula untuk memaksiati Mu ya Allah.

Ya Allah Engkau Maha Tahu betapa berdosanya hamba-hambaMu ini namun Engkau masih melimpahi nikmat-nikmatMu kepada kami. Engkau masih memberi peluang demi peluang untuk kami menyesal dan bertaubat.

Ya Allah pada hari perhimpunan kami yang penuh dengan kasih sayang dan pengampunanMu, kami menadah tangan merintih pengampunanMu.

Ya Allah lihatlah ke wajah-wajah kami ini ya Allah. Sambutlah permohonan kami ini ya Allah. Kami tidak mampu menanggung peritnya NerakaMu walaupun kami tahu amalan kami yang sedikit ini tidak melayakkan kami ke syurgaMu namun kami masih berharap dengan limpahan redha Mu ya Allah agar mengampuni segala dosa dosa kami dan memasukkan kami ke syurga Mu.

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami atas kecuaian kami menjaga agama kami sehingga sehari demi sehari ia cuba dipermain-mainkan. Ya Allah kembalikanlah sikap tegas dan berani kepada kami.

Ya Allah kami memohon ampun kepadaMu atas kecuaian kami menjaga saudara-saudara Islam kami sehingga anak-anak mereka dimurtadkan semula. Apa yang kami ingin jawab di hadapanMu apabila anak-anak ini mengadu di hadapan Allah nanti. “Ya Allah apa yang telah mereka lakukan kepada kami”

Ya Allah kami memohon ampun kepadaMu atas kecuaian kami menjaga saudara-saudara Islam kami sehingga darah mereka mengalir setiap hari sedangkan kami bersenang lenang dan bersuka ria. Kami tidak sanggup lagi melihat dan mendengar tangisan dan raungan anak-anak mereka yang sebaya dengan anak-anak kami, isteri- isteri mereka memerlukan perlindungan sepertimana isteri-isteri kami. Ya Allah hentikanlah segala kezaliman ini dengan kekuatan Mu ya Allah.

Ya مُثَبِّتَ الْقُلُوْبِ tetapkan hati-hati saudara-saudara kami etnik Ronghinya dan Rakhine di Mynmar, saudara-saudara kami ahli sunnah wa al jamaah di Syria, saudara-saudara kami di Mesir dan Palestin serta di seluruh mukabumi ini agar tetap dalam iman tidak berganjak walaupun sedetik terhadap sebesar manapun ujian yang menimpa. Kalau mereka mati di sana dan kami mati di sini, himpunkanlah kami semuanya di dalam syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah kami semua yang hadir ini memohon restuMu agar mengurniakan taufiq, inayah serta riayah kepada Raja kami DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni al Marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah Ghafarullah lah.

Ya Allah bantulah hamba-hambaMu ini membentengi agamaMu di negeri ni. Kurniakanlah kepada hamba-hambaMu ini penasihat-penasihat yang jujur lagi amanah yang meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan-kepentingan yang lain. Demi Allah, kami rakyat mengikat janji akan menjadi tulang belakang kepada hamba-hambaMu ini selama mana mereka mendepani kami dalam mempertahankan agama di bumi bertuah ini

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِيْنَا وَعَنْ جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَآءِ ذِىْ الْقُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ. يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. وَاذْكُرُوا اللهَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ. وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ. وَاللهَ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.



Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

Thursday, September 5, 2013

Khutbah Jumaat - 6 September 2013M / 30 Syawal 1434H



"TIDAK MALUKAH KITA MENGAKU BERIMAN DAN BERTAQWA"

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ ﴿٨﴾

Dan diantara manusia ada yang berkata kami telah beriman dengan Allah dan Hari Akhirat sedangkan mereka tidak beriman – Al-Baqarah: 8

أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

Wahai Hamba-Hamba Allah Sekelian!

Marilah kita syukuri dan hargai segala bentuk nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada rakyat dan Negara kita ini dengan cara meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, dalam erti kata mengerjakan segala suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya. Memiliki iman dan takwa adalah syarat utama bagi membolehkan kita terus memperolehi keberkatan dalam kehidupan seharian.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Kita kini berada di penghujung Syawal yang menjadi kemuncak pancaran kegembiraan Umat Islam dalam meraikan kemenangan melawan hawa nafsu. Kegembiraan ini hanya benar-benar dirasakan oleh mereka yang benar-benar berjaya melaksanakan perintah Allah. Kini tibalah masanya kita meneruskan kehidupan seharian sekaligus mengekalkan sifat kita sebagai insan yang bertaqwa dan beriman.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Setiap mukmin yang bertaqwa pasti akan melalui pelbagai ujian daripada Allah SWT bagi membuktikan keimanan. Allah swt berfirman :

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ﴿٢﴾

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” - Surah Al-Ankabut : 2

Sebahagian manusia pula bukan hanya menyangka, namun mendakwa bahawa mereka beriman namun di sisi Allah mereka adalah sebaliknya. Firman Allah:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ ﴿٨﴾

“Di antara manusia ada mengatakan, kami beriman kepada Allah dan hari kemudian, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman.” (Surah al-Baqarah, ayat 8).

Muslimin Yang Berbahagia,

Tatkala kita menyangka bahawa kita beriman lantaran berimannya ibu bapa, datuk dan nenek kita, sedarkah kita bahawa bahawa iman tidak boleh diwarisi dan dipusakai daripada nasab dan keturunan. Malah sejarah telah membuktikan para Nabi dan Rasul sendiripun ada yang ditentang oleh anak atau isteri mereka sendiri. Perkara ini digambarkan dalam kisah Nabi Allah Nuh AS. Firman Allah:

وَنَادَىٰ نُوحٌۭ رَّبَّهُ، فَقَالَ رَبِّ إِنَّ ٱبْنِى مِنْ أَهْلِى وَإِنَّ وَعْدَكَ ٱلْحَقُّ وَأَنتَ أَحْكَمُ ٱلْحَـٰكِمِينَ ﴿٤٥﴾ قَالَ يَـٰنُوحُ إِنَّهُۥ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ ۖ إِنَّهُۥ عَمَلٌ غَيْرُ صَـٰلِحٍۢ ۖ فَلَا تَسْـَٔلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۖ إِنِّىٓ أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ ٱلْجَـٰهِلِينَ ﴿٤٧﴾

“Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku, termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itu benar. Dan Engkau adalah hakim seadil-adilnya.” Allah berfirman bermaksud: “Wahai Nuh, sesungguhnya dia bukan termasuk keluargamu (yang dijanjikan selamat), sesungguhnya perbuatannya tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikatnya). Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu agar kamu jangan termasuk orang yang tidak berpengetahuan.” (Surah Hud, ayat 45-46).

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Allah menegur Nabi Nuh agar jangan menganggap anaknya yang condong memilih kekufuran daripada iman sebagai ahli keluarga yang akan bersamanya di dunia dan di akhirat. Bahkan Allah melarang Nabi Nuh memanjatkan doa yang mencerminkan seolah-olah dia sebagai seorang yang tidak berpengetahuan dalam persoalan akidah. Beliau seolah-olah keliru mengenai hubungannya sebagai nabi dan pengikut setia, yang hakikatnya lebih kuat berbanding hubungan antara anak dan ayah. Nabi Muhammad SAW dengan tegas memperingatkan kepada keturunannya agar jangan menganggap bahawa keturunan sebagai lesen untuk mendapatkan keistimewaan berbanding dengan orang lain. Tidak semestinya seseorang yang menjadi sebahagian daripada ahlul bait akan memasuki syurga dan memperoleh syafaat Nabi Muhammad SAW jika akhlaknya tidak langsung mewarisi akhlak Nabi Muhammad saw.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Kita hendaklah sedar bahawa zaman ini adalah zaman yang penuh dengan fitnah sehingga Nabi SAW menggambarkannya seperti malam yang gelap gelita. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadisnya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا

“Segeralah kamu beramal sebelum datangnya fitnah seperti malam yang gelap gelita. Pada waktu pagi seorang lelaki itu masih mukmin, tapi menjadi kafir pada petangnya. Petang harinya dia masih mukmin, tapi menjadi kafir pula pada pagi harinya. Dia menjual agamanya dengan kenikmatan dunia.” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menggambarkan tentang keadaan dunia pada hari ini yang begitu mengelirukan. Fitnah yang merosakkan agama manusia sudah merebak secara berleluasa. Keimanan dan kekufuran bersilih ganti sebagaimana silih bergantinya waktu pagi dan petang. Sebahagian dari Umat Islam bagaikan tidak mempunyai sebarang pegangan. Antara yang mengaku Islam dan yang mengaku kafir tidak banyak sangat bezanya kecuali nama dan nama bapanya. Namun dari sudut pemikiran, perlakuan, perkataan dan amalan seharian begitu sukar untuk dibezakan. Lihat sahaja contohnya kekejaman Tentera Syria yang berterusan membunuh rakyat yang tidak berdosa sehinggakan barat yang begitu jahatpun marah dengan kejahatan mereka menggunakan senjata kimia yang mengorbankan lebih 1200 orang rakyat. Masih berimankah mereka yang merampas kuasa di Mesir yang kemudiannya membunuh ribuan rakyat jelata serta mencederakan puluhan ribu rakyatnya sendiri yang tidak bersenjata termasuk wanita dan kanak-kanak sehingga ada yang dibakar. Jika dulu kita banyak mendengar mengenai kekejaman Zionis Yahudi tetapi kini orang yang mengaku sebagai Islam jauh lebih kejam terhadap saudara seagama. Jika pada bulan Syawal tahun 5H nabi Muhammad s.a.w bersama tentera Islam terpaksa berdepan tentera Ahzab atau bersekutu Kuffar tetapi hari ini umat Islam sendiri bersekongkol dengan Zionis Yahudi Israel dan Amerika Syarikat untuk melenyapkan ketuanan Islam. Maka apakah yang diharapkan kepada mereka ini walaupun mereka masih bernaung atas nama Islam tetapi kejahatan mereka tidak lebih baik berbanding orang-orang kafir.

Muslimin Muslimat sekelian,

Marilah kita menjadi orang-orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa dengan berakhlak dan beramal dengan amalan orang yang beriman. Janganlah kita melakukan sebarang amalan orang yang tidak beriman kerana tidak ada jaminan terhadap penerimaan Allah terhadap keimanan kita jika hanya berdasarkan keturunan. Kita wajib mengIslamkan diri kita dengan beriman dan beramal soleh agar keimanan kita benar-benar diterima oleh Allah. Janganlah kita hiraukan atau rendah diri terhadap orang-orang yang tidak beriman kerana mereka hanya mampu berleluasa dan bersukaria di dunia namun mereka pasti akan menyesal di akhirat. Firman Allah dalam ayat 42 surah Ibrahim:

وَلاَ تَحْسَبَنَّ اللَّـهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُ‌هُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأَبْصَارُ

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).


بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ  وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.



Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ :
أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا، وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُونَ  - المؤمنون : ١١٥

Apakah kamu menyangka bahawa Kami jadikan kamu semua sia-sia, dan kamu menyangka bahawa kamu tidak dikembalikan kepada Kami.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ ِإِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Muslimin Yang dirahmati Allah,

Umat Islam mempunyai tanggungjawab yang khusus bagi melaksanakan segala titah perintah Allah, meninggalkan segala laranganNya dan berusaha mengajak manusia untuk tunduk kepada Syariat Allah. Tidak malukah kita mengaku beriman dan bertaqwa sedangkan kita masih belum memahami Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw apatah lagi mengamalkan sepenuhnya. Tidak malukah kita mengaku beriman dan bertaqwa sedangkan kita tidak melaksanakan sepenuhnya segala perintah yang diwajibkan oleh Allah malah terlalu berkira-kira dalam menambahkan amal ibadat kita. Tidak malukah kita mengaku beriman dan bertaqwa sedangkan bukan sahaja kita terlibat dengan maksiat terhadap Allah malah kita pulak yang menganjurkannya dan memperjuangkan hak untuk melakukannya. Tidak malukah kita mengaku beriman dan bertaqwa sedangkan di saat saudara kita disembelih dan dilapah kita masih bersukaria malah merasa hebat dengan cara hidup yang bebas merdeka sehingga melupakan had dan sempadan Syariat Allah.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، خصوصا في فَلَسْطِيْنَ وَفِيْ مِصْرَ وَفِيْ وَسُوْرِياَّ وَفِيْ ماَلِيْزِياَّ.
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ 

Ya Allah,
Kami pohonkan ehsan dari-Mu Ya Allah, agar Engkau kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Peliharalah kami dari segala bala bencana, anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama dan negara tercinta ini.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.


Disediakan oleh :

Kamal Izat Bin Ahmed (Abu Izzah At-Tualanji)
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Perak

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com