Saturday, July 30, 2011

Madrasah Nuqoba' Siri Pertama





29 Julai 2011, Markas ILHAM, Gopeng - Alhamdulillah, satu program yang dinamakan Madrasah Nuqoba' peringkat negeri Perak anjuran Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Negeri Perak, berjaya dilaksanakan di Markas ILHAM Gopeng yang disertai oleh para naqib-naqib peringkat Cawangan dan Kawasan seluruh kawasan di Perak.

Program ini dpengerusikan oleh Setiausaha Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Negeri, iaitu AF Ustaz Ah Faisal Mohd Puait dan dinaqibkan oleh AF Ustaz Shuid Din, selaku Ketua Dewan Ulama' Negeri dan Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan PAS Negeri, iaitu AF Ustaz Sidek Noor.

Program bermula dengan maghrib berjama'ah dan berakhir dengan makan malam dan bersurai pada jam 11.00 malam.

Thursday, July 28, 2011

DEWAN ULAMAK PAS KESAL DENGAN PERDANA MENTERI KERANA TERUS MEMPERALATKAN POLIS DAN SPR


Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh kesal dengan sikap Perdana Menteri yang terus menerus memburukkan usaha murni BERSIH untuk membawa perubahan kepada sistem pilihanraya yang lebih telus dan bersih. 

Menurut beliau , Perdana Menteri bukan sahaja menggunakan media milik kerajaan yang mana rakyat adalah pembayar cukainya bahkan sanggup menggunakan pihak polis dan SPR untuk meneruskan survival talian hayat UMNO - BN yang semakin semput. Pihak Polis secara berterusan memberikan gambaran yang buruk terhadap BERSIH. Manakala SPR pula terus bersahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. "SPR bukan sahaja bersahaja bahkan langsung tidak melakukan sebarang bentuk perubahan yang diidamkan oleh seluruh rakyat Malaysia", kata beliau ketika mengulas sikap SPR yang seolah-olah menjadi lidah UMNO - BN. 

"Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak SPR untuk melakukan tindakan segera untuk mewujudkan satu sistem pilihanraya yang adil dan tidak menjadi penghalang kepada perlaksanaan demokrasi yang lebih telus dan adil, dan kita mahu SPR tidak diperalatkan oleh UMNO-BN untuk mengkhianati amanah rakyat, ini adalah harapan seluruh rakyat Malaysia", ujar beliau lagi. Menurut beliau lagi, PAS tidak pernah memusuhi polis dan SPR kerana itu adalah jentera kerajaan. Apa yang dikesali ialah sikap UMNO-BN yang terus memperkudakan jentera kerajaan untuk kepentingan mereka.

Monday, July 18, 2011

Semoga Rohnya dicucuri rahmat

                Dewan Ulamak PAS Negeri Perak mengucapkan Takziah kepada ahli keluarga  YB. Dr. Lo' Lo' atas pemergian beliau ke Rahmatullah.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan insan-insan yang soleh dan diredhai Allah.

            Dr Lo’ Lo’, 54, sebelum ini berada dalam keadaan kritikal kerana kanser yang dihadapinya dan dirawat di Hospital Selayang. Beliau adalah anak perempuan kepada bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah. Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008 dan banyak menumpukan perhatiannya kepada Parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya apabila menewaskan calon Barisan Nasional(BN), Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi. Beliau juga merupakan wakil rakyat kelima dari PAS meninggal dunia selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.