Showing posts with label Khutbah. Show all posts
Showing posts with label Khutbah. Show all posts

Friday, March 24, 2023

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 2 RAMADAN 1444 / 24 MAC 2023

 PUASA MELAHIRKAN SABAR DAN SYUKUR


ٱلْحَمْدُلِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا.

أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ الرَّحْمَة وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ.

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamat orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ١٨٣ ]سورة البقرة  : ١٨٣ [


(Maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita telah dijemput oleh Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang menjadi tetamunya dengan ketibaan bulan Ramadan yang dihidangkan dengan kelebihan-kelebihan dunia dan akhirat yang memberi pahala yang sangat besar, bukan sembahyang dan puasa kita sahaja.

Marilah kita mengambil peluang mengisi bulan yang bakal tiba ini untuk menerima jemputan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan ibadat-ibadat. Setiap amal kebajikan digandakan pahalanya sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda dan ada yang digandakankan sehinggan 700 kali ganda, melainkan puasa yang tidak terhingga pahalanya diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Itulah ganjaran yang diberi oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala bagi bersahur, berbuka, makan, minum, lapar dan dahaga diberi pahala oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ibadat puasa ini adalah kurnia yang sangat besar untuk mendidik dan mengasuh diri kita menjadi orang yang bersabar dan bersyukur serta bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sabar adalah sifat ketahanan diri dalam menghadapi ujian dalam kehidupan dunia apa sahaja ujian yang menimpa diri kita dan keluarga kita. Kita menganggap ujian itu daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Begitu juga bila kita senang, kita tidak leka dan lalai, bahkan sentiasa ingat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk menjadi orang yang bersyukur kepadaNya. Sifat sabar dan syukur ada di bulan Ramadan melalui ibadat puasa yang melatih diri kita menjadi orang yang bersyukur dan bersabar bagi mendapat pahala yang sangat besar.

Sifat orang yang beriman, dalam masa yang sama untuk sampai ke kemuncaknya bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Perkataan taqwa yang kita dengar tiap-tiap minggu dalam khutbah Jumaat dan khutbah-khutbah yang lain adalah sifat yang menentukan martabat diri manusia. Allah Subhanahu wa Ta'ala menentukan kedudukan manusia bukan dengan baka dan keturunan, bukan pangkat dan harta, bukan warna dan rupa paras, tetapi ketaqwaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala iaitu mengikut perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ١٣ ]سورة الحجرات  : ١٣ [


(Maksudnya): Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.

Thursday, February 2, 2023

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 12 REJAB 1444 / 3 FEBRUARI 2023

 TINDAKAN BODOH MEMBAKAR AL-QURAN

ٱلْحَمْدُلِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ لِيَكُونَ هُدَى لِلْعَالَمِينَ.

أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ الْمُرْسَلِينَ وَإِمَامِ الْمُتَّقِينَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِينَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. 

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamat orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita memahami sesungguh-sungguhnya untuk menambahkan keimanan kita akan firman Allah Ta'ala:

وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ٢٣ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا وَلَن تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ ٢٤ ]سورة البقرة : ٢٣-٢٤[


(Maksudnya): Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang apa yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surah (sahaja) yang sama dengan Al-Quran itu, dan ajaklah penolong-penolong kamu selain dari Allah, jika kamu orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuatnya, dan pasti kamu tidak akan dapat membuatnya, peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya: manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.

Kitab suci Al-Quran adalah mukjizat ilmu yang diberi kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, Nabi akhir zaman. Mukjizat adalah perkara yang luar biasa yang tidak boleh dilawan oleh sesiapa pun. Ia dikurniakan kepada sesiapa yang dilantik menjadi rasul untuk menjadi bukti kerasulan dan kenabiannya daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala mengikut zaman masing-masing.

Allah kurniakan mukjizat datang taufan yang besar yang tidak boleh dilawan di zaman Nabi Nuh 'alaihis salam menandakan kenabian dan kerasulannya serta benar perjuangannya. Dibakar Nabi Ibrahim 'alaihis salam oleh raja yang zalim ke dalam api yang besar yang dinyalakan tidak berjaya menghanguskan dan membunuh Nabi Ibrahim 'alaihis salam. Nabi Musa dikurniakan mukjizat tongkat mengalah semua ahli sihir menyebabkan ahli-ahli sihir itu beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Begitulah nabi-nabi yang lain, berakhir dengan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dikurniakan mukjizat ilmu daripada Al-Quranul Karim yang datang daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam keadaan Nabi dijadikan buta huruf (tidak tahu membaca dan menulis) di tengah-tengah masyarakat yang terpencil di tengah padang pasir jauh daripada segala tamadun dan kemajuan dan jauh daripada Ahli Kitab. Penduduknya adalah jahiliyyah yang sangat keras tiba-tiba dikurniakan wahyu yang berbentuk Al-Quranul Karim yang dibaca oleh Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam di mana yang terkandung di dalamnya melemahkan manusia untuk melawannya.

Orang-orang Arab yang terkenal dengan seni bahasa yang halus mencipta sya'ir dan sajak, menyampaikan ucapan-ucapan yang laksana sihir yang menarik, bila mendengar Al-Quran mereka kalah dan mereka tercengang. Ini bukan ciptaan manusia. Orang yang keras menentang Islam tetapi hatinya lembut seperti 'Umar bin Al-Khattab radiAllahu 'anhu apabila membaca Al-Quran terus masuk Islam. Kecuali manusia yang hatinya disifatkan oleh Allah lebih keras daripada batu yang tidak layak mendapat hidayah.

Sesungguhnya Al-Quran tidak boleh dicabar oleh semua ahli-ahli ilmu di dalam dunia. Mereka yang ditugaskan untuk melawan Al-Quran mengkaji dan membacanya, mencari kelemahan-kelemahan yang ada di dalamnya untuk mengelirukan manusia untuk mengalahkan Islam, akhirnya gagal. Ramai kalangan mereka yang insaf dan terus masuk Islam. Bukan sahaja ahli-ahli agama, bahkan juga ahli-ahli politik, ahli-ahli ekonomi dan ahli-ahli sains yang mengkaji Al-Quranul Karim, mereka menyerah kalah dan masuk Islam bila mendapat hidayah.

Adapun yang degil berhati keras dan sombong takbur tidak dapat menerima hidayah dan tidak diberi hidayah oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Mereka melawan dalam keadaan kelam kabut. Kita menyaksikan manusia yang mencipta pelbagai ideologi dan fahaman dalam dunia untuk memerintah negara, mentadbir urusan ekonomi dan kehidupan manusia yang lain telah menemui kegagalan. Di abad yang lalu dunia menyaksikan keruntuhan sebuah megara besar Soviet Union yang menganut ajaran Komunisme dan Sosialisme runtuh berkecai menjadi negara-negara yang kecil sehingga pendokong-pendokong komunis dan sosialis terpaksa meminda ideologi dan ajaran mereka.

Kita menyaksikan fahaman Liberal Kapitalisme dan Demokrasi Barat yang dianut oleh negara barat sedang merudum pada hari ini. Negaranya sedang merudum menunggu keruntuhan, keluarga yang runtuh dan rapuh serta rosak. Akhbar-akhbar melaporkan tingginya kadar jenayah dan berbagai-bagai penyakit dalam masyarakat. Bagaimana anak meninggalkan ibu bapa sehingga ibu bapa menulis wasiat hartanya kepada anjing peliharaannya. Itu menandakan keruntuhan dalam negara-negara barat yang liberal dan bebas itu.

Namun mereka berdegil, terus melawan Islam secara gila dan tidak berakal atau secara buta fikiran. Diberitakan Al-Quran dibakar hangus, kononnya menghina Islam. Al-Quran adalah cahaya Allah Subhanahu wa Ta'ala, tidak boleh dihancurkan ajarannya dengan dibakar menjadi abu. Kekuatan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana mereka tidak boleh menjatuhkan bulan dan matahari dengan alat-alat yang ada pada mereka sebelum berlakunya kiamat daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Begitulah mereka tidak boleh menghapuskan Al-Quranul Karim.

Apa yang berlaku menunjukkan kebodohan mereka. Sepatutnya mereka mengkaji Al-Quran. Banyak mereka yang mengkaji Al-Quran menyerah kalah. Terdapat satu cerita yang menarik, seorang paderi kristian di Amerika yang sangat bencikan Islam berusaha untuk mengkristiankan seorang pekerja muslim yang bekerja dengan bapanya dalam perniagaan. Melihat orang Islam ini sangat beradab, sangat baik dan bijak, alangkah baiknya kalau dia masuk kristian, boleh tolong mengembangkan agama kristian, lalu dipujuknya. Orang Islam itu minta supaya dibandingkan Al-Quran dengan Bible (Injil) yang ada padanya. Lalu diadakan perbincangan dengan dibaca Al-Quran dan dibaca Bible (Injil) dengan berbagai-bagai jenis Bible. Akhirnya paderi yang masuk Islam, bukan muslim yang masuk kristian. Al-Quran mengalahkan kitab-kitab Injil yang telah diubah itu. Ini adalah mukjizat Al-Quran yang perlu kita ketahui.

Tindakan membakar Al-Quran memang menimbulkan kemarahan umat Islam. Umat Islam yang jahil dan yang buta huruf atau buta Al-Quran akan marah apabila Al-Quran dibakar. Ini menandakan keimanan yang ada di dalam diri mereka.

Apa yang penting, orang Islam sendiri hendaklah membaca Al-Quran bukan sekadar mengaji dan membacanya dengan baik dan menulis dengan tulisan yang cantik, yang terpenting Al-Quran ini adalah petunjuk dalam semua urusan hidupnya. Perintah-perintah Al-Quran hendaklah diamalkan, jangan tinggal petunjuk Al-Quran.

Kita saksikan kelemahan yang dialami oleh umat Islam pada hari ini adalah kerana mereka jahil akan kitab suci mereka sendiri. Mereka tidak beramal dengan Al-Quran. Oleh sebab itu, kaji, baca, mengaji, faham, ikut petunjuknya dan kembali semula kepada Islam.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ ۚ وَلَا تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا ١٠٥ ]سورة النساء : ١٠٥[


(Maksudnya): Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.

Friday, January 20, 2023

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 27 JAMADIL AKHIR 1444 / 20 JANUARI 2023

 MAKNA BERKAT

ٱلْحَمْدُلِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا.

أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ الرَّحْمَة وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ.

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamat (di dunia sehingga akhirat) orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar dan memahami peringatan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala:

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ٩٦ ]سورة الأعراف : ٩٦[


(Maksudnya): Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berjanji kepada hamba dan makhlukNya memberi keberkatan yang banyak. Perkataan berkat maksudnya membawa kebaikan kehidupan dunia dan pahala di hari akhirat, memberi kebahagiaan dunia dan kebahagiaan akhirat, membawa kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Perkataan berkat tidak ada dalam istilah agama lain, tidak ada dalam istilah ideologi-ideologi ciptaan manusia, tetapi dia ada pada janji Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak sekali-kali memungkiri janjiNya. Ia mesti ditunaikan, sama ada janji dunia atau janji akhirat.

Dijanjikan kebaikan, bukan sewenang-wenang, bukan mudah untuk bercakap tentang berkat dan menerima keberkatan. Mestilah dengan syarat yang ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Syaratnya adalah ءَامَنُواْ (amanu - mereka itu beriman) dan وَاتَّقََوْاْ (wattaqau - dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala). Mesti beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan percaya kepada semua petunjuk Allah Subhanahu wa Ta'ala yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul 'alaihimus sholatuwas salam yang disebut di dalam kitabNya, percaya kepada hukum syariatnya, percaya kepada janji dunia dan janji akhirat, perkara dunia dan perkara akhirat, perkara nyata dan perkara yang baik, percaya adilnya Allah Subhanahu wa Ta'ala, mulianya Allah Subhanahu wa Ta'ala, sempurnanya Allah Subhanahu wa Ta'ala tiada bandingan dan tiada tandingan.

Seterusnya dinyatakan kepercayaan itu dengan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Taqwa yang seringkali kita mendengar tiap-tiap minggu di dalam khutbah Jumaat dan di dalam khutbah-khutbah yang lain. Taqwa adalah sifat yang ada di dalam hati manusia, hati perasaan dan akal yang menggerakkan anggota manusia, sama ada menunaikan perkara yang baik yang diwajibkan dan yang diizinkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan meninggalkan yang haram yang dilarang oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam seluruh kehidupan kita, dalam urusan ibadat dan urusan cara hidup kita semuanya mematuhi perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan meninggalkan segala laranganNya. Sekiranya syarat ini tidak dilakukan dan tidak disempurnakan, maka tidak berhak mendapat berkat yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Seringkali kalangan manusia mendabik dada berbangga dia sudah berbuat yang baik mengikut hukum dan perasaannya sendiri, bukan petunjuk Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah Subhanahu wa Ta'ala membinasakan umat-umat di zaman dahulu yang diberi kehebatan tamadun kebendaan yang membanggakan, kemewahan harta yang banyak, bangunan-bangunan yang teguh dan kuat, tetapi mereka tidak beriman dan tidak bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, bahkan mereka melawan nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan menolak petunjuk yang ada di dalam kitab Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi tempoh kepada mereka dalam masa yang lama supaya bertaubat, tetapi mereka degil tidak mahu bertaubat. Lalu mereka dihukum oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan dibinasakan dalam sekelip mata sahaja. Semua kemewahan dunia itu tidak ada faedah sedikit pun, seperti harta Qarun yang banyak, pembangunan Fir'aun yang megah, pembangunan Rom dan Parsi.

Begitulah yang berlaku di zaman kita ini, segala kemajuan dan pembangunan yang tiada berkat tidak memberi apa-apa faedah dunia dan apa-apa faedah akhirat. Bahkan akan merosakkan diri sendiri. Hukuman Allah Subhanahu wa Ta'ala itu tidak semestinya dalam bentuk bencana alam atau taufan seperti di zaman Nabi Nuh 'alaihis salam, ribut yang melanda kaum 'Ad, tempikan yang mematikan kaum Tsamud, laut yang menenggelamkan bala tentera Fir'aun atau pelbagai kesusahan hidup seperti kenaikan harga barangan, kesusahan mencari pekerjaan, rezeki yang sempit dan sebagainya. Itu adalah akibat kejahatan manusia sendiri.

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ٤١ ]سورة الروم : ٤١[


(Maksudnya): Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Kita saksikan kesusahan di darat, kesusahan di laut, kemalangan atau penyakit dan tekanan hidup merupakan bencana akibat tangan-tangan manusia sendiri yang menunjukkan tiada keberkatan. Walaupun harta banyak, tubuh sihat tetapi tidak ada manfaat, sedangkan keberkatan itu datang semuanya ada manfaat. Kalau susah mendapat pahala sabar, kalau senang mendapat pahala syukur. Tetapi mereka tidak beriman dan bertaqwa, susahnya tidak sabar dan senangnya tidak syukur. Hidupnya tidak membawa kebahagiaan di dunia, apa lagi kebahagiaan di akhirat.

Keimanan dan taqwa adalah syarat yang paling penting. Allah Subhanahu wa Ta'ala memperingatkan NabiNya Shallallahu 'alaihi wasallam:

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ ٤١ ]سورة الزمر : ٦٥[


(Maksudnya): Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalanmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.

Kalau rasul imannya tidak betul, ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai satu peringatan, bagaimana kita yang bukan rasul, untuk dapat berkat dalam keadaan iman yang tidak betul? Betulkan kepercayaan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, buktikan dengan taqwa mengikut perintah dan meninggalkan laranganNya, cari harta yang halal, kerja yang baik, bukan kerja yang buruk atau jahat, harta dan kekayaan yang haram.

Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:

أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ وَقَالَ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ. ]رواه مسلم[


(Maksudnya): Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu Baik, tidak diterimaNya melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintah kepada orang-orang yang beriman dengan apa yang Dia perintah kepada para rasul. Firman Allah Ta'ala: Wahai rasul-rasul, makanlah daripada benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh, sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. Dan firmanNya lagi: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah. Kemudian Rasulullah menyebut: Seorang lelaki yang jauh perjalanannya sehingga kusut masai dan berdebu rambutnya kerana banyaknya perjalanan. Lalu dia berdoa kepada Allah, wahai Tuhan, wahai Tuhan. Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, diberi sejak kecil lagi dengan benda-benda yang haram. Maka bagaimana Allah memperkenankan doanya?

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.

Friday, January 13, 2023

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 20 JAMADIL AKHIR 1444 / 13 JANUARI 2023

ISLAM DIHALANG BERDAULAT

ٱلْحَمْدُلِلَّهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ.

أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ الرَّحْمَة وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ.

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamat orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar peringatan dan amaran daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang berfirman:

... وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ٢١٧ ]سورة البقرة : ٢١٧[


(Maksudnya): Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka saggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni meraka, mereka kekal di dalamnya.

Ayat ini merupakan satu peringatan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala supaya kita menjaga agama Islam dalam diri masing-masing sehingga kita meninggal dunia, kerana Islam sahaja yang dapat menyelamatkan kita dalam kehidupan dunia sehingga hari akhirat. Islam adalah paling berharga dalam kehidupan kita dan nikmat paling besar kurnia Allah Subhanahu wa Ta'ala, lebih mahal daripada harta benda segala yang ada di dalam dunia ini.

Apabila seorang sahabat, Sufian bin 'Abdullah radiAllahu 'anhu bertanya kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam:

يَا رَسُولَ اللَّه قُلْ لِى فِي الْإِسْلَامِ لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا غَيْرَكَ، قَالَ: قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ. ]رواه مسلم[


(Maksudnya): Wahai Rasulullah, nasihatilah saya dengan suatu nasihat yang cukup lengkap yang tidak perlu lagi saya bertanya kepada orang lain. Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: Katakanlah, Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamah.

Beristiqamah iaitu berada di jalan Islam dan berpegang teguh dengan ajaran Islam mengikut ajaran Islam sampai bila-bila masa.

Oleh sebab Islam adalah berharga di dalam kehidupan kita, maka menjadi kerja musuh-musuh yang ramai seperti Iblis dan bala tenteranya yang menentang Islam sejak kejadian Nabi Adam 'alaihis salam akan berterus menerus menentang Islam, mengheret orang-orang Islam sampai menjadi sesat, keluar daripada Islam. Mereka menggunakan bala tentera daripada kalangan makhluk yang ghaib, mewas-waskan hati kita dan makhluk yang nyata daripada kalangan manusia untuk mengheret kita supaya keluar daripada Islam. Mereka menggunakan segala cara, sama ada cara hujjah, cara memujuk sehinggalah menggunakan bala tentera dan senjata untuk menyerang umat Islam.

Sejak zaman Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam semua kumpulan bukan Islam itu bersatu menentang Islam, walaupun mereka berbagai-bagai agama, berbagai-bagai fahaman dan akidah; ada Ahli Kitab yang sudah ada kitab tetapi tidak mahu ikut Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam dan menentang Islam. Ada yang bukan Ahli Kitab, penyembah berhala, syaitan dan sebagainya, menentang Islam sejak zaman Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Ada yang tidak beragama, menentang Islam sejak zaman Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Semua kumpulan ini bersatu sama-sama mereka walaupun mereka berkelahi sesama mereka, tetapi bersatu untuk menentang Islam.

Namun Allah Subhanahu wa Ta'ala tetap memelihara agamaNya, cahaya Islam tidak boleh dipadamkan sekali-kali. Cahaya Islam adalah kepunyaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, sebagaimana mereka tidak boleh menghapuskan kejadian Allah Subhanahu wa Ta'ala yang ada di langit dan di bumi. Mereka tidak ada kuasa untuk menghapuskan cahaya agama Islam ini sampai bila-bila.

Walaupun orang Islam dihentam habis-habisan di zaman mutaakhir, bila orang Islam sudah lemah sehingga meninggalkan ajaran Islam, mereka telah berjaya menjajah tanahair umat Islam, menjajah bangsa-bangsa yang menganut Islam. Mereka berpakat sesama mereka melalui berbagai-bagai perjanjian, seperti Perjanjian Sykes-Picot, Perjanjian Bangkok, Perjanjian London dan perjanjian-perjanjian yang lain. Sekiranya mereka dapat menjatuhkan kuasa besar Islam, mereka akan membahagi-bahagikan negara-negara Islam dan bangsa-bangsa umat Islam sesama mereka.

Sekarang ini sudah genap seratus tahun jatuhnya Khilafah 'Uthmaniah pada tahun 1924, hilangnya kuasa besar Islam yang menyedihkan. Tanahair umat Islam tidak ada pelindung dengan kejatuhan Kerajaan 'Uthmaniah. Malangnya negara-negara Arab menjadikan kejatuhan 'Uthmaniah sebagai hari-hari kebangsaan mereka. Lain daripada negara Arab, hari kemerdekaannya berjaya menghalau British, Belanda, Perancis dan lain-lain kuasa asing, tetapi negara Arab menyambut kemerdekaan dengan kejatuhan Khilafah 'Uthmaniah. Ia sangat mendukacitakan kita. Orang Arab lebih teruk daripada bangsa-bangsa yang lain. Benarlah firman Allah Ta'ala:

الْأَعْرَابُ أَشَدُّ كُفْرًا وَنِفَاقًا وَأَجْدَرُ أَلَّا يَعْلَمُوا حُدُودَ مَا أَنزَلَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ  ٩٧ ]سورة التوبة : ٩٧ [


(Maksudnya): Orang-orang A'raab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya, dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui batas-batas (dan hukum-hukum Syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sampai hari ini negara Arab menyambut hari kebangsaan pada tarikh kejatuhan Kerajaan 'Uthmaniah tahun 1924.

Seratus tahun adalah umur Allah Subhanahu wa Ta'ala akan melakukan perubahan. Kita percaya akan berlaku semula kebangkitan umat Islam, tetapi kebangkitan umat Islam itu tidak akan berlaku secara percuma. Ia akan terus menerus ditentang oleh musuh Islam. Mereka tidak akan mengizinkan sekali-kali orang Islam berkuasa dan memerintah semula di mana-mana muka bumi ini, mereka akan hentam habis-habisan.

Kita melihat semangat kebangkitan Islam di seluruh dunia di mana sahaja akan dipadamkan oleh mereka. Mereka akan jatuhkan dan mereka halang Islam itu berdaulat. Mereka merancang dengan cara yang halus setelah mereka gagal memurtadkan orang Islam. Hanya segelintir dengan jumlah yang sedikit orang Islam meninggalkan agama Islam. Banyak orang Islam tetap sayang akan agama mereka. Mereka masih ada kemanisan iman. Mereka gagal memurtadkan orang Islam untuk meninggalkan agama kerana amaran Allah Subhanahu wa Ta'ala:

...وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ٢١٧ ]سورة البقرة : ٢١٧[


(Maksudnya): ...Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni meraka, mereka kekal di dalamnya.

Dengan orang Islam terus memelihara agama mereka, tetapi dalam keadaan yang lemah apabila Islam dikurung di masjid-masjid dan di surau-surau sahaja, dalam urusan ibadat sahaja. Islam yang diperintah oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintah semua urusan dunia tidak diizin sekali-kali di mana-mana. Ini zaman yang kita hadapi sekarang. Berbagai-bagai perancangan dilakukan, mereka menyekat sebarang kemenangan Islam supaya syariat Allah Subhanahu wa Ta'ala dilaksanakan dengan sempurna. Mereka halang wujudnya Kerajaan Islam dengan apa cara sekalipun.

Pada tahun 1950 disaksikan kemenangan parti Islam Masyumi di Indonesia selepas kemerdekaannya yang telah berjaya menubuhkan kerajaan. Tetapi selepas itu Masyumi diharamkan, pemimpin-pemimpinnya ditahan, dan tidak dibenarkan bergerak. Kita juga menyaksikan kemenangan Islam di beberapa negara Arab, dan di Afghanistan, dihalang dengan berbagai-bagai cara, dengan fitnah, menggunakan media untuk menakutkan orang kepada ajaran Islam. Di mana tentangan mereka terhadap Islam ini bukan kerana benar, tetapi kerana salah dan jahat serta kerana hasad dengki terhadap Islam. Mereka tahu kedatangan Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam disebut di dalam kitab-kitab suci semua agama, sama ada agama Samawi (Yahudi dan Kristian) atau agama yang tidak Samawi (Hindu, Buddha dan Majusi) menyebut berita zahirnya Nabi di akhir zaman. Tetapi apabila datangnya Nabi akhir zaman, mereka tidak beriman bahkan menentang dengan sekeras-kerasnya, bukan kerana Islam ini zalim, jahat, atau salah. Islam adalah benar, betul dan adil, tetapi kerana jahat dan zalim mereka terhadap kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana hawa nafsu syaitan yang ada di dalam diri mereka.

Allah Subhanahu wa Ta'ala menguji umat Islam dengan ujian-ujian yang seperti ini untuk memberi pahala kepada sesiapa yang bersabar dan bertahan dengan ajaran Islam. Allah Subhanahu wa Ta'ala menjanjikan agamanya tidak boleh dihapuskan dan semua perancangan musuh itu akan digagalkan.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِندَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ وَإِن كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ ٤٦ ]سورة إبراهيم : ٤٦[


(Maksudnya): Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.

Friday, January 6, 2023

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 13 JAMADIL AKHIR 1444 / 6 JANUARI 2023

LARANGAN MENGAMBIL ORANG KAFIR SEBAGAI PEMIMPIN

ٱلْحَمْدُلِلَّهِ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ.

أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ الرَّحْمَة وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ.

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan (bagi kehidupan dunia sehingga akhirat) adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamat orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar peringatan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala: 

لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ ٢٨ ]سورة آل عمران : ٢٨ [


(Maksudnya): Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu yang bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyiksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali. 

Ayat ini merupakan amaran Allah terhadap umat Islam di seluruh dunia, walaupun dikatakan negara umat Islam telah mencapai kemerdekaan. Penjajah sudah keluar, tetapi pemikiran umat Islam masih dibelenggu oleh kefahaman-kefahaman penjajah, sehingga mereka tidak yakin kepada kemampuan Islam boleh memimpin kehidupan mereka yang selamat daripada dunia sehingga akhirat. Walaupun mereka tahu Allah Subhanahu wa Ta`ala itu Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Adil, tiada bandingan dan tandingan, tetapi amalan mereka menunjukkan tidak yakin kepada agama Allah Subhanahu wa Ta`ala. 

Banyak kerajaan di negara umat Islam dipimpin oleh mereka yang masih bergayut dengan penjajah musuh-musuh Islam, mengharapkan bantuan dan pertolongan musuh-musuh Islam itu dalam semua kehidupan mereka, daripada segi politik, ekonomi dan lain-lain. Mereka meninggalkan ilmuan Islam dan ajaran Islam, yang merupakan petunjuk Allah Subhanahu wa Ta`ala yang memberi kebaikan dunia dan akhirat. 

Allah Subhanahu wa Ta`ala memberi amaran yang keras kepada sesiapa dalam kalangan orang Islam yang memberi kepercayaan kepada orang-orang bukan Islam untuk memimpin dan menjadi wali-wali untuk mengurus kehidupan yang berkait dengan dasar kehidupan mereka, seolah-olah mereka tidak percaya kepada agama Allah Subhanahu wa Ta`ala, sedangkan kesempurnaan agama Islam itu cukup. 

Islam yang telah memberi kemuliaan kepada umat yang menganutnya lebih 1,000 tahun sehingga Islam yang mentadbir wilayah yang kecil di Madinah Al-Munawwarah telah berjaya membina satu kekuatan menjatuhkan kuasa besar dunia Parsi dan Rom, masuk ke wilayah-wilayah yang luas di Asia, Afrika dan Eropah, sehingga berjaya menarik penganut hari ini lebih 1,000 juta (1 billion) umat-Islam. Tetapi 1,000 juta lebih umat Islam tidak memberi makna sedikit pun sekiranya mereka tidak mengambil kekuatan dan kemuliaan daripada agama Allah Subhanahu wa Ta`ala. 

Khalifah 'Umar ibnu Al-Khattab radiallahu 'anhu telah menyampaikan ucapan yang terkenal ketika menyaksikan pembebasan Baitul Muqaddis, menyatakan kepada para sahabat yang masih hidup pada masa itu: 

نَحْنُ قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللَّهُ بِالْإِسْلَامِ، فَمَهْمَا نَبْتَغِ الْعِزَّةَ بِغَيْرِهِ أَذَلَّنَا اللَّهُ.


(Maksudnya): Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripadanya nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah. 

Kita menyaksikan sejarah hitam umat Islam, apabila kuasa Islam dihapuskan 100 tahun yang lalu. Umat Islam tidak ad pelindung yang kuat, tanahair mereka dijajah, bangsa mereka ditakluk, dipecah-pecah oleh kuasa penjajahan, dilaga-lagakan sesama sendiri dengan fahaman kebangsaan yang sempit tanpa hidayah Islam, memecahkan tanahair mereka sendiri, berperang di antara satu sama lain, menjadi wakil kepada musuh-musuh Islam untuk berperang sesama sendiri. Di peringkat masing-masing di tanahair umat Islam juga dalam keadaan yang lemah apabila kita merasakan orang Islam tidak mampu untuk memimpin dan memerintah, sehingga terpaksa meminta pertolongan orang-orang yang bukan Islam, mengharapkan bantuan mereka untuk membela kehidupan kita. Selama-lamanya musuh Islam itu tidak akan reda kepada kita. 

... وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ... ٢١٧ ]سورة البقرة : ٢١٧ [


(Maksudnya): Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. 

Malangnya hari ini kita melihat orang-orang Islam berkawan dengan musuh-musuh Islam yang nyata sifat permusuhannya. Tidak menjadi salah kita berkawan dengan orang bukan Islam yang berdamai dengan orang Islam dan yang tunduk di bawah pemerintahan Islam. Apa yang salah adalah berkawan dengan mereka yang bermusuh dengan Islam yang menunjukkan tanda-tanda permusuhan terhadap umat Islam, menentang syariat dan hukum Allah Subhanahu wa Ta`ala, menghina hukum Allah, orang Islam diheret sama menjadi sesat. Mereka membela orang-orang Islam yang murtad. 

Itu adalah tanda yang nyata mereka bermusuh dengan Islam. Apabila ada tanda-tanda ini, Allah Subhanahu wa Ta`ala melarang kita menjadikan mereka itu wali-wali (pemimpin) yang mengendalikan urusan pemerintahan kita. 

Firman Allah Ta`ala yang menyifatkan munafik orang Islam yang melakukan demikian. 

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا ١٣٨ الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا ١٣٩ ]سورة النساء : ١٣٨-١٣٩ [


(Maksudnya): Sampaikanlah berita kepada orang-orang munafik, bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab siksa yang pedih. (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat yang meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan itu semuanya adalah milik Allah (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.