Friday, July 24, 2020

KHUTBAH JUMAAT - 3 ZULHIJJAH 1441 / 24 JULAI 2020

RAHSIA DAN HIKMAH IBADAH HAJI

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلْ:
فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَّقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَن دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ ﴿٩٧﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar ingin berpesan agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t, dengan mentaati segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang bertaqwa dan berjaya di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk; "Rahsia dan Hikmah Ibadah Haji".

Para tetamu Allah yang dikasihi,

Ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima. Ia wajib ditunaikan oleh setiap muslim lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulamak, ibadah haji mula diwajibkan pada tahun 6 hijrah. Pada tahun itulah turunnya firman Allah Ta'ala:

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ ۚ... ﴿١٩٦﴾

Maksudnya: "Dan tunai atau sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah". (Surah Al-Baqarah ayat 196)

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Haji adalah ibadah yang mempunyai keistimewaannya tersendiri. Para jamaah haji dituntut untuk menghimpunkan di antara kedua-dua ibadah jasmani dan ibadah harta seperti solat, puasa dan zakat. Waktu pelaksanaan haji telah ditetapkan pada bulan Zulhijjah setiap tahun. Ia diwajibkan hanya sekali seumur hidup dan wajib dilakukan di Makkah al-Mukarramah. Dalam hadits riwayat Imam Al-Bukhari, Nabi Muhammad s.a.w bersabda tentang keutamaan ibadah haji:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ فَقَالَ إِيمَانٌ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ قِيلَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قِيلَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ حَجٌّ مَبْرُورٌ

Maksudnya: "Daripada Saiyidina Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w ditanya; Amal apakah yang paling utama? Beliau menjawab; Iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Lalu ditanya lagi; Kemudian apa? Beliau menjawab; Jihad di jalan Allah. Lalu ditanya lagi; Kemudian apa? Beliau menjawab; Haji yang mabrur". (Riwayat Imam Al-Bukhari, hadits no. 25)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Antara hikmah ibadah haji adalah kesatuan umat Islam, yakni kesatuan akidah tanpa mengira warna kulit, pangkat mahupun keturunan. Kesatuan ini juga menghimpunkan umat Islam di seluruh pelusuk dunia demi mentaati titah perintah Allah s.w.t. Dalam Surah Al-Hujurat ayat 13, Allah s.w.t berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ... ﴿١٣﴾

Maksudnya: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenali". (Surah Al-Hujurat ayat 13)

Selain itu, ibadah haji juga bertujuan mendidik jiwa kita menghadapi kesukaran dan menguji kesabaran. Bukan sahaja kesabaran dalam memenuhi setiap rukun dan manasik haji, tetapi juga kesabaran dalam mengumpul dan membelanjakan harta, meninggalkan perniagaan, keluarga, tanahair, dan meluangkan masa serta tenaga untuk Allah s.w.t. Kerana itulah haji mabrur dapat menghapuskan dosa-dosa yang lalu. Nabi s.a.w bersabda:

مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّهُ

Maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan haji dalam keadaan dia tidak bercakap perkataan yang buruk dan keji, serta tidak melakukan perkara yang fasik, maka dia akan kembali seperti mana dia dilahirkan oleh ibunya (yakni suci bersih daripada dosa)". (Riwayat Imam Al-Bukhari, hadits no. 1819)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sebelum mengakhiri khutbah pertama, mimbar ingin berpesan kepada para jamaah yang tidak dapat menunaikan haji pada tahun ini, agar bersabar dan jangan berputus asa. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bermunajatlah kepada Allah, agar terus diizinkan untuk menjadi tetamu-Nya di masa hadapan.

Kepada para jamaah yang belum menunaikan haji, tanamlah azam untuk segera menunaikannya. Menabunglah di usia yang muda, kerana ibadah haji bukan sahaja memerlukan bekalan dari sudut harta, tetapi juga tubuh badan yang sihat.

Sebagai kesimpulan, yakinlah kita dengan janji Allah. Ibadah haji merupakan panggilan agung daripada Allah. Sebab itulah kita melihat satu orang biasa, yang pada mata kasar tidak mungkin dia dapat mengumpul belanja untuk ke Makkah, tetapi berjaya menunaikan haji. Sebaliknya, tidak sedikit orang-orang kaya yang berkemampuan dari sudut harta, namun sampai tahun ini masih belum berangkat menunaikan haji. Marilah kita sama-sama berdoa, agar Allah s.w.t memudahkan jalan untuk kita semua menjadi tetamu-Nya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَمَرَنَا بِالْإِحْسَان. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini. Jagalah hubungan baik dengan Allah dan sesama manusia. Makmurkanlah rumah-rumah Allah dengan istiqamah mengerjakan ibadah, terutamanya solat fardu berjamaah.

Kepada jamaah yang menyertai ibadah korban, maka disunatkan untuk tidak memotong rambut dan kuku, sehingga selesai disembelih binatang korban. Hal ini berpandukan sebuah hadits Rasulullah s.a.w:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga selesai berkorban". (Riwayat Imam Muslim, hadits no. 1977)

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Akhir-akhir ini, terdapat peningkatan jumlah kes Covid-19 seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mimbar berpesan agar kita semua bersabar mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Hadirlah ke masjid dalam keadaan tenang, sudah berwuduk, membawa sejadah sendiri, dan memakai penutup muka. Setelah selesai solat, para jamaah diminta untuk beredar dalam keadaan teratur dan jangan berhimpit-himpit ketika keluar.

قَالَ اللهُ تَعَالَى:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.

اللَّهُمَّ أدْفَعْ عَنَّا الْبَلَاء، وَالْوَبَاء خُصُوصًا وَيْرُوس الْكُورُونَا، وَالْغَلَاء، وَالْمِحَنِ وَالْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَنْ بَلَدِنَا خَاصَّةً وَعَنْ بُلْدَانَ عَامَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah, Engkau peliharalah negara Malaysia daripada wabak Covid-19, Engkau jauhilah negara kami daripada bala bencana, wabak penyakit, huru-hara, fitnah dan khianat.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 

Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

Thursday, July 16, 2020

KHUTBAH JUMAAT - 25 ZULQAEDAH 1441 / 16 JULAI 2020

IBADAH KORBAN : PAHALA DICARI DOSA DIHINDARI

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلْ:
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ﴿٣٧﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Khatib ingin berpesan kepada diri sendiri dan sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa yakni dengan memelihara diri kita daripada melakukan dosa besar atau kecil, yang boleh memudaratkan diri dan agama. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk; "Ibadah Korban: Pahala Dicari Dosa Dihindari".

Para tetamu Allah yang dikasihi sekalian,

Ibadah korban sudah menjadi satu ibadah tahunan bagi umat Islam di seluruh dunia. Lebih istimewa di Malaysia, pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh masyarakat awam dalam melaksanakan ibadah korban, sebagai tanda syukur kepada Allah di atas segala nikmat kurniaan-Nya.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Perintah melaksanakan ibadah korban telah Allah firmankan di dalam ayat kedua Surah Al-Kautsar:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ﴿٢﴾

Maksudnya: "Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban".

Menurut pandangan jumhur ulamak, hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkad bagi mereka yang berkemampuan. Sebaik-baiknya waktu penyembelihan bermula setelah menunaikan sembahyang sunat 'Eidil Adha, sehingga terbenam matahari pada hari tasyrik 13 Zulhijjah. Binatang yang boleh dikorbankan hanyalah haiwan ternakan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Islam mensyariatkan ibadah korban sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Ia juga lambang kehambaan dan tanda kerendahan hati terhadap setiap perintah Allah. Malah Rasulullah s.a.w amat menyukai ibadah korban. Sabda baginda s.a.w:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا، وَأَشْعَارِهَا، وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا.

Maksudnya: "Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban, yang lebih disukai Allah daripada mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang [ada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah, sebelum ia jatuh ke tanah. Maka ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban". (Hadits riwayat At-Termidizi hadits no. 1493)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Antara hikmah ibadah korban ialah dapat mendidik jiwa kita ke arah kebaikan. Ia mengajar kita untuk mengikis sifat terlalu sayangkan harta. Sebahagian harta kesenangan yang kita miliki mesti dikongsi bersama dengan golongan fakir miskin yang lebih memerlukan. Cuba kita bayangkan, bilakah kali terakhir saudara kita yang kurang bernasib baik dapat makan nasi berlaukkan daging? Maka dengan ibadah korbanlah, kita dapat memahami keperitan hidup yang mereka lalui.

Kaum muslimin yang dimuliakan Allah,

Bersempena dengan musim 'Eidil Adha tidak lama lagi, mimbar ingin mengambil kesempatan untuk berpesan beberapa perkara yang wajib diberi perhatian melibatkan ibadah korban:

Pertama: Kepada yang menjual haiwan korban, janganlah mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati. Jangan menipu dengan menukar binatang korban tidak seperti yang dijanjikan.
Kedua: Kepada peserta korban, ikhlaskan hati dan niatkan ibadah anda semata-mata kerana Allah.
Ketiga: Kepada pihak pengurus korban, jangan mengambil keuntungan tanpa persetujuan peserta. Laksanakan amanah anda sebaik yang mungkin, serta buatlah pembahagian yang tepat mengikut syarak.
Keempat: Kepada petugas, jangan mencuri daging, tulang, ekor binatang korban. Jangan memilih-milih bahagian daging yang baik-baik sahaja, sebaliknya buatlah pembahagian yang adil kepada semua yang berhak. Petugas tidak harus mengambil upah daripada binatang korban melainkan bayaran lain sebagai saguhati.

Mudah-mudahan, semua pihak yang terlibat melaksanakan ibadah korban tahun ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah, dan bukannya dosa serta kemurkaan Allah.

Kaum muslimin yang dimuliakan Allah,

Sebelum mengakhiri khutbah pertama minggu ini, marilah kita sama-sama menghayati firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Hajj ayat 37:

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ﴿٣٧﴾

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal ikhlas kamu yang berdasarkan taqwa. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَمَرَنَا بِالْإِحْسَان. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini. Mimbar turut berpesan, jagalah hubungan baik kita dengan Allah dan sesama manusia. Makmurkanlah rumah-rumah Allah dengan istiqamah mengerjakan ibadah, terutamanya solat fardu berjamaah.

Kepada para jamaah yang hadir hari ini, mimbar sekali lagi ingin berpesan agar bersabar mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Hadirlah ke masjid dalam keadaan tenang, sudah berwuduk, membawa sejadah sendiri, dan memakai penutup muka. Setelah selesai solat, para jamaah diminta untuk beredar dalam keadaan teratur dan jangan berhimpit-himpit ketika keluar.

قَالَ اللهُ تَعَالَى:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.

اللَّهُمَّ أدْفَعْ عَنَّا الْبَلَاء، وَالْوَبَاء خُصُوصًا وَيْرُوس الْكُورُونَا، وَالْغَلَاء، وَالْمِحَنِ وَالْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَنْ بَلَدِنَا خَاصَّةً وَعَنْ بُلْدَانَ عَامَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah, Engkau peliharalah negara Malaysia daripada wabak Covid-19, Engkau jauhilah negara kami daripada bala bencana, wabak penyakit, huru-hara, fitnah dan khianat.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 

Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

Friday, July 10, 2020

KHUTBAH JUMAAT - 18 ZULQAEDAH 1441 / 10 JULAI 2020

JOM KEMBALI BERJAMAAH DI MASJID

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلْ:
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ ﴿٤٣﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Marilah kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t dengan mentaati segala suruhan dan perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang bertaqwa di dunia, dan di akhirat kita berjaya memasuki syurga Allah s.w.t. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk; "Jom Kembali Berjamaah Di Masjid".

Para tetamu Allah yang dikasihi,

Sudah sebulan masjid dan surau di buka setelah beberapa bulan ditutup kepada jamaah awam. Maka marilah kita mengambil peluang ini, untuk sama-sama hadir ke masjid bagi menunaikan solat fardu berjamaah, ketika solat Jumaat masih belum dapat dihadiri sepenuhnya.

Solat berjamaah merupakan satu tuntutan dan kewajipan kepada umat Islam. Selagi tidak mempunyai keuzuran, maka laksanakanlah solat berjamaah di masjid dan surau. Sepertimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 43:

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ ﴿٤٣﴾

Maksudnya: "Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk".

Para jamaah yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya solat berjamaah mengandungi banyak kelebihan dan fadilat. Setiap muslim yang menunaikan solat berjamaah dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah s.w.t berbanding solat secara bersendirian. Ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui haditsnya yang diriwayatkan daripada Saiyidina 'Abdullah bin 'Umar radiAllahu 'anhuma bahawa Nabi s.a.w bersabda:

صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksudnya: "Solat berjamaah lebih afdal daripada solat secara bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat". (Riwayat Muslim hadits no. 650)

Hadirin yang dikasihi Allah sekalian,

Alhamdulillah, kesedaran untuk solat berjamaah di masjid dilihat semakin baik. Namun ia perlu dipertingkatkan lagi supaya lebih ramai yang hadir mengimarahkan masjid. Daripada Saiyidina Abu Sa'ied Al-Khudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمْ الرَّجُلَ يَتَعَاهَدُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ

Maksudnya: "Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka saksikanlah bahawa dia adalah orang yang beriman". (Riwayat At-Termidzi hadits no. 3093)

Para jamaah yang dirahmati Allah,

Sebagai kesimpulan, setelah berbulan-bulan masjid dan surau dilarang untuk dikunjungi melainkan orang tertentu, kini masjid dan surau dibuka lebih sedikit terutama waktu-waktu solat fardu. Pihak berkuasa sudah memberi kebenaran untuk kita kembali berjamaah dengan syarat mematuhi SOP yang ditetapkan seperti wuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri.

Rebutlah peluang ini kerana nampaknya rata-rata masjid dan surau masih mempunyai banyak ruang kosong walaupun sudah ditetapkan saf mengikut penjarakkan sosial. Di manakah kerinduan kita kepada masjid dan surau seperti yang ramai laungkan ketika masjid dan surau ditutup sementara sebelum ini? Jom! Kembali berjamaah di masjid.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَمَرَنَا بِالْإِحْسَان. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini. Mimbar turut berpesan, jagalah hubungan baik kita dengan Allah dan sesama manusia. Makmurkanlah rumah-rumah Allah dengan istiqamah mengerjakan ibadah, terutamanya solat fardu berjamaah.

Dirikanlah solat ketika lapang mahupun sempit, sihat ataupun sakit. Walaupun sesibuk mana pun kita bekerja, janganlah sekali-kali kita tinggalkan solat. Mudah-mudahan kita mendapat kasih sayang dan naungan Allah, di dunia dan akhirat.

قَالَ اللهُ تَعَالَى:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.

اللَّهُمَّ أدْفَعْ عَنَّا الْبَلَاء، وَالْوَبَاء خُصُوصًا وَيْرُوس الْكُورُونَا، وَالْغَلَاء، وَالْمِحَنِ وَالْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَنْ بَلَدِنَا خَاصَّةً وَعَنْ بُلْدَانَ عَامَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah, Engkau peliharalah negara Malaysia daripada wabak Covid-19, Engkau jauhilah negara kami daripada bala bencana, wabak penyakit, huru-hara, fitnah dan khianat.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 

Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

Thursday, July 2, 2020

KHUTBAH JUMAAT - 11 ZULKAEDAH 1441 / 2 JULAI 2020

LARANGAN BICARA SOAL AGAMA TANPA DASAR ILMU

Khutbah Pertama

إِنَّ الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ. 
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar ingin berpesan kepada diri sendiri dan jamaah sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, yakni dengan melaksanakan segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan di akhir hayat kita nanti, kita dapat meninggalkan dunia dalam keadaan husnul khotimah, amin ya Robbal 'alamin. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk; "Larangan Bicara Soal Agama Tanpa Dasar Ilmu".

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Hendaklah kita tahu dan sedar, bahawa Allah s.w.t akan menyoal hamba-Nya di hari kiamat tentang segenap perkataan, pendengaran, penglihatan dan hatinya. Firman Allah s.w.t:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا ﴿٣٦﴾

Maksudnya: "Dan janganlah engkau mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui; kerana pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya". (Surah Al-Isra' ayat 36)

Para ulamak telah menjadikan ayat ini sebagai dalil untuk mengharamkan perbuatan berbicara soal agama tanpa dasar ilmu.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Salah satu punca tersebarnya kejahilan di tengah-tengah masyarakat, adalah disebabkan banyaknya orang yang berbicara soal agama tanpa dasar ilmu. Perkara ini berlaku kerana wujudnya golongan yang memilih untuk bertanya soal agama kepada orang-orang yang tidak berilmu. Rasulullah s.a.w bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dengan mencabutnya begitu sahaja dari pada hamba, melainkan Allah mengambil ilmu dengan mewafatkan para ulamak, sehingga apabila Allah tidak menyisakan seorang ulamak pun, maka orang-orang akan mengangkat mereka yang tidak berilmu sebagai pemimpin mereka. Lalu mereka ditanya (tentang hukum agama), maka mereka menjawab tanpa dasar ilmu sehingga diri mereka sendiri tersesat dan mereka menyesatkan orang-orang lain". (Hadits riwayat Imam Al-Bukhari no. 100)

Dalam hadits ini Rasulullah s.a.w menyatakan, bahawa orang yang berfatwa tanpa ilmu akan terjerumus dalam kesesatan, dan menjerumuskan orang yang bertanya dalam kesesatan. Kedua-duanya sama-sama tersesat. Orang yang berfatwa dengan kejahilan telah berfatwa tanpa dasar ilmu. Sedangkan orang yang bertanya pula, telah merujuk orang yang tidak layak dari sudut kelilmuannya.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Sebelum mengakhiri khutbah pertama minggu ini, marilah kita hayati sebuah kata-kata daripada Saiyidina 'Ali bin Abi Talib. Kata-kata ini diriwayatkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqolani, bahawa Saiyidina 'Ali bin Abi Talib berkata:

"Alangkah tenteramnya hatiku, jika aku ditanya tentang sesuatu yang tidak aku tahu jawapannya, lalu aku mengatakan: Aku tidak tahu". (Tahqiq kitab Mukhtasar Ibnul Hajib)

Saiyidina 'Ali bin Abi Talib merupakan sahabat Nabi yang paling banyak ilmunya. Jika beliau yang ilmunya seluas samudera pun tidak malu untuk berkata; "Saya tidak tahu", maka bagaimana pula dengan orang-orang yang sangat terbatas ilmunya seperti kita?

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita buang jauh-jauh rasa malu untuk berkata; "Saya tidak tahu", pada saat kita tidak mampu menjawab persoalan agama. Golongan selebriti dan berpengaruh di media sosial bukan tempat untuk kita merujuk ilmu agama. Hormatilah para alim ulamak, golongan agamawan dan institusi fatwa di negara kita. Semoga cahaya Islam terus bersinar, memandu umat ke arah kejayaan, dan memadamkan kejahilan dalam dada-dada manusia.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini. Mimbar turut berpesan, jagalah hubungan baik kita dengan Allah dan sesama manusia.

Makmurkanlah rumah-rumah Allah dengan istiqamah mengerjakan ibadah, terutamanya solat fardu berjamaah. Dirikanlah solat ketika lapang mahupun sempit, sihat ataupun sakit. Walaupun sesibuk mana pun kita bekerja, janganlah sekali-kali tinggalkan solat. Semoga kita mendapat naungan Allah, di dunia dan akhirat.