Monday, January 29, 2018

KHUTBAH GERHANA BULAN - 14 JAMADIL AWWAL 1439 / 31 JANUARI 2018 (RABU)



“KHUTBAH GERHANA BULAN”

14 Jamadil Awwal 1439 / 31 Januari 2018

Khutbah Pertama

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْقَيُّم واَتُوبُ إِلَيْهِ (٩ کالي)
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ . اَللَّهُمَّ صَلِّى وَسَلِّم عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعَيْنَ
اَماَّ بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُونَ اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,


Firman Allah dalam ayat 38 hingga 40 Surah Yaasiin:

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ۚ ذَ‌ٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ ﴿٣٨﴾ وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ ﴿٣٩﴾ لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ ﴿٤٠﴾

Maksudnya: “Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing”.

Pada malam ini kita dapat sama-sama saksikan bagaimana kejadian gerhana bulan. Kejadian ini mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan. Tentang kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah s.w.t jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.

Pergerakan matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh manusia untuk dijadikan kalendar tahunan sama ada berdasarkan pergerakan matahari bagi kalendar Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang berlaku termasuk gerhana bulan pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita agar bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa diminta agar berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah.

Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah, 

Firman Allah s.w.t dalam Surah Ibrahim Ayat 33:

وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ﴿٣٣﴾

Maksudnya: “Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu”. 

Kejadian gerhana bulan dan matahari menunjukkankepada kita bagaimana kedua kejadian ini walau pun hebat tetapi berada arahan dan perintah Allah. Walau bagaimana pun hebat dan kuat sesuatu kejadian Allah namun ia mempunyai kelemahan di mana kehebatan dan kekuatan yang tidak akan kurang walaun sedikit hanya milik Allah. Betapa malangnya sekira ada umat manusia yang menjadikan bulan, matahari dan sesuatuselain Allah sebagai tuhan yang disembah akibat terpesona dengan kehebatannya yang tidak seberapa sehingga mereka gagal memahami bahawa adanya kuasa yang lebih hebat yang menciptakan setiap sesuatu yang mereka kagumi selama ini iaitu Allah. Begitu juga lahirnya ramai manusia yang hanya merasa bagaimana hebatnya pergerakan bulan, matahari dan segala cakerawala yang lain di atas landasan orbitnya tanpa berlakunya perlanggaran antara satu sama lain tetapi golongan ini gagal menjejaki tentang adanya Allah yang mengatur segala pergerakan tersebut. Inilah antara kelemahan akal manusia yang terbatas had kemampuannya di mana tanpa panduan agama maka manusia tidak mampu mengenali Allah Tuhan Pencipta walau pun terlalu kagum dengan alam ciptaan-Nya. 

Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian, 

Kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan sebaliknya ia menunjukkan antara kehebatan dan kekuasaan Allah. Kejadian gerhana juga bukanlan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah s.a.w terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim lalu sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا حَتَّى يَنْكَشِفَ مَا بِكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu maka berdoalah kepada Allah, dirikanlah sembahyang sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kamu”.

Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah, 

Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

Maksudnya: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala di mana kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana itu maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah sembahyang dan bersedekahlah”.

Di samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah.

Firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 dan 191:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٠﴾ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿١٩١﴾

Maksudnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab Neraka”.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian, 

Pernah suatu masa Rasulullah s.a.w terus melakukan solat sunat apabila berlakunya gerhana dengan bacaan yang panjang dalam kedaan seolah-olah seperti akan berlaku qiamat. Ini semua mengajar kita semua agar sentiasa ingat kepada hari kematian kita serta hari qiamat yang begitu dahsyat dengan kehancuran langit dan bumi termasuk bulan dan matahari. Peringatan ini sewajarnya kita perbanyakkan terutama bila berlakunya gerhana sebagaimana malam ini.

Firman Allah swt di dalam ayat 6 hingga 12 Surah Al-Qiyamah:

يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ ﴿٦﴾ فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ ﴿٧﴾ وَخَسَفَ الْقَمَرُ ﴿٨﴾ وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ ﴿٩﴾ يَقُولُ الْإِنسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ ﴿١٠﴾ كَلَّا لَا وَزَرَ ﴿١١﴾ إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ ﴿١٢﴾

Maksudnya: “Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpindar-pindar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara”.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ  أَقُولُ قَوْلِ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.


Khutbah Kedua

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْقَيُّم واَتُوبُ إِلَيْهِ (٧ کالي)
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا . وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . اَللَّهُمَّ صَلِّى وَسَلِّم عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعَيْنَ
اَماَّ بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُونَ اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Firman Allah dalam Ayat 5 dan 6 Surah Yunus:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَ‌ٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ ﴿٥﴾ إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَّقُونَ ﴿٦﴾

Maksudnya: “Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, danpada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا . اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، فِي الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجيد .
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَتُدَلِّلُ الْأَعْدَاءِ  ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُم وَالْأَمْوَاتْ ، إِنَّكَ سَمِيعٌ قَرِيبُ مُجِيبٌ الدَّعَوَاتِ وَيَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ ، وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ  اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ وَلَا يَرْحَمُنَا ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الْمُجَاهِدِينَ الَّذِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سًبِيلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ ، اَللَّهُمَّ اَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ ، وَدَمِّرْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ الْمُؤْمِنِينَ ، رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ ،
عِبَادَ الله ! إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

Friday, January 26, 2018

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 9 JAMADIL AWWAL 1439 / 26 JANUARI 2018


NASIB YANG MENIMPA ORANG-ORANG YAHUDI

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ حَبِيْبِنَا وَشَفِيعِنَا وَقُدْوَتِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ.

أَمَّا بَعْدُ: 
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa. Maka demi sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ ﴿٥﴾ [سورة الجمعة : ٥]

(Maksudnya): (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam kitab Taurat tetapi orang-orang yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

Demikianlah nasib yang menimpa orang-orang yahudi Bani Israil. Walaupun mereka daripada keturunan yang mulia, keturunan Nabi Ya'akub bin Ishaq bin Ibrahim 'alaihimus salam, baka nabi-nabi dan rasul-rasul 'alaihimus sholatu wassalam. Dikurniakan kepada mereka kitab-kitab Allah s.w.t seperti Taurat, Zabur, Injil dan lain-lain. Dilantik daripada kalangan mereka nabi-nabi dan rasul-rasul 'alaihimus sholatu wassalam, juga raja-raja, para ulamak dan orang-orang yang bijak. Tetapi apabila mereka meninggalkan kitab Allah s.w.t dan tidak mengikut petunjuk Allah s.w.t, mereka dilaknat oleh Allah s.w.t dan menjadi bangsa yang hina walaupun kaum mereka paling banyak disebut di dalam Al-Quranul Karim. Pada awalnya dipuji oleh Allah s.w.t:

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ ﴿٤٧﴾ [سورة البقرة : ٤٧]

(Maksudnya): Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).

Dilantik daripada kalangan mereka nabi-nabi dan rasul-rasul serta diberikan kepada mereka perjuangan menegakkan aqidah tauhid لَا اِلَٰهَ اِلَّا اللَّه (tidak ada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah). Itulah yang menjadi ucapan mereka.

Mereka berjuang menghadapi kezaliman Firaun yang zalim dan kejam. Diberi kemuliaan perjuangan itu, ditolong oleh Allah s.w.t memenang dan menyelamatkan mereka secara mukjizat. Tetapi mereka tidak bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t iaitu nikmat kemuliaan yang diberi oleh Allah s.w.t, kerana mengejar harta benda dan kemewahan dunia tanpa mengira halal dan haram. Mereka mengejar pangkat dan kedudukan yang tinggi tanpa mengira betul dan salah. Mereka meninggalkan kitab Allah sw.t dan tidak beramal dengan hukum-Nya.

Allah s.w.t menyebut kisah mereka di dalam Al-Quranul Karim untuk menjadi pengajaran kepada kita dan diambil iktibar. Para ulamak mengatakan:

الْعِبْرةُ بِعُمُومِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُوصِ السَّبَبِ.

(Maksudnya): Pengajaran diambil daripada lafaz yang umum, buka sebab yang khusus.

Kewajipan umat Islam adalah mengambil petunjuk Allah s.w.t. Umat Muhammad s.a.w yang dikurniakan Al-Quranul Karim, kitab mukjizat ilmu yang menjadi petunjuk di sepanjang zaman. Adalah menjadi kewajipan mereka bukan sahaja mengaji dan membaca Al-Quranul Karim, tetapi mengikut petunjuk Al-Quranul Karim, beramal dengan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Jangan sekali-kali menjadi seperti kaum Bani Israil yang hanya memelihara kitab Taurat tetapi menyeleweng daripadanya dan tidak beramal dengannya. Mereka dilaknat oleh Allah s.w.t.

Sebagai umat Islam dan umat Muhammad s.a.w yang dipilih oleh Allah s.w.t pada akhir zaman ini, marilah kita meneruskan petunjuk yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Ajaran Islam adalah ajaran yang benar yang menyelamatkan kita daripada dunia sehingga hari akhirat.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ... ﴿١١٠﴾ [سورة آل عمران : ١١٠]

(Maksudnya): Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.

Friday, January 19, 2018

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 2 JAMADIL AWWAL 1439 / 19 JANUARI 2018


PERANCANGAN YAHUDI

الْحَمْدُ لِلَّهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ حَبِيْبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ الْمُتَّقِينَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِينَ وَعَلَى آلِهِ وََصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. 

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa. Maka demi sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar peringatan daripada Allah s.w.t:

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الْأَنبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ ﴿١١٢﴾ [سورة آل عمران : ١١٢]

(Maksudnya): Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).

Dilakarkan di dalam sejarah betapa orang-orang yahudi ahlul kitab membuktikan apa yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dan dilakukan sehingga hari ini. Umat Islam menjadi sasaran mereka. Sejak zaman Rasulullah s.a.w mereka menunggu kedatangan rasul akhir zaman yang dijanjikan di dalam kitab suci mereka, diberitahu oleh rasul-rasul, nabi-nabi dan ulamak-ulamak mereka. Apabila  datangnya Rasulullah s.a.w, mereka tidak beriman. Bukan sahaja mereka tidak beriman, mereka merancang menentang Islam sehingga membunuh Rasulullah s.a.w. Mereka merancang barisan bersekutu bala tentera Ahzab yang menggabungkan kabilah-kabilah arab dengan disokong oleh orang-orang munafik. Mereka menyerang Madinah dengan bala tentera yang besar. Allah s.w.t tidak mengizinkan perancangan jahat mereka. Mereka dibinasakan oleh Allah s.w.t dengan bala tentera Allah s.w.t.

Mereka merancang di abad yang lalu menjatuhkan kerajaan Islam Khilafah Uthmaniyyah. Mereka bekerjasama dengan penjajah eropah dan bekerjasama dengan orang-orang yang bodoh dalam kalangan orang-orang arab yang mengaku menjadi orang Islam. Dimeteraikan Perjanjian Balfour, perjanjian Sykes Picot. Setelah dijatuhkan Kerajaan Uthmaniyyah, mereka berjaya menubuhkan negara haram Israel yang juga diharamkan oleh ulamak-ulamk mereka yang berpegang dengan ajaran mereka.

Mereka mendirikan negara itu dengan impian untuk menakluk dunia, menguasai pilihanraya negara-negara kuasa besar dan menggunakan harta kekayaan kerana mereka menguasai ekonomi dunia.  Mereka menggunakan media dan sebaran. Dengan kekayaan mereka menguasai media yang bukan sahaja merosakkan manusia dengan akhlak yang buruk melalui filem-filem yang merosakkan perangai. Mereka menyebarkan maklumat-maklumat yang bohong dan mengelirukan. Allah s.w.t mengizinkan mereka melakukan demikian supaya mereka melakukan sepuas-puasnya dan berfikir sepuas-puasnya. Namun percayalah, akhirnya mereka akan dibinasakan dengan izin Allah s.w.t oleh bala tentera umat Islam.

Hari ini mereka merampas Masjidil Aqsa dengan satu perisytiharan yang disokong oleh Amerika, tetapi ditentang oleh negara-negara Islam dan negara-negara barat. Hanya segelintir sahaja yang menyokong mereka. Mereka mengemukakan tawaran abad ini dengan satu tawaran yang sangat mahal menjanjikan duit yang banyak untuk mendirikan negara baharu bagi orang-orang Palestin di semenanjung Sinai supaya orang-orang Palestin berhijrah ke situ mendirikan bandar baharu untuk menyerahkan percuma Baitul Muqaddis kepada Israel. Tawaran itu ditolak oleh pemimpin-pemimpin Palestin. Didedahkan di dalam media, terdapat beberapa pemimpin negara arab yang terlibat dengan tawaran yang lumayan itu bersekongkol dengan zionis dan ejen-ejen Israel.

Apa yang berlaku adalah petanda awal bagi membangkitkan semula umat Islam walaupun kebangkitan itu dilihat pada zahirnya berlaku di Palestin melalui intifadah kebangkitan rakyat menentang negara haram Israel walaupun hanya menggunakan batu dan kayu sanggup menghadapi senjata-senjata moden. Tetapi percayalah, rangkaian umat Islam di seluruh pelusuk dunia, persaudaraan iman yang dijalinkan oleh Allah s.w.t akhirnya memerangkapkan mereka. Mereka akan dikuburkan di akhir zaman seperti janji Allah s.w.t.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٤٠﴾ [سورة الحج : ٤٠]

(Maksudnya): Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari pautan ini.

KHUTBAH JUMAAT - 2 JAMADIL AWWAL 1439 / 19 JANUARI 2018


MUKMIN YANG MELAKUKAN AMALAN TERBAIK

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:
وَلَقَدْ خَلَقْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعَ طَرَائِقَ وَمَا كُنَّا عَنِ الْخَلْقِ غَافِلِينَ ﴿١٧﴾

Maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan (tujuh buah langit); dan Kami tidaklah lalai terhadap ciptaan (Kami)". (Surah Al-Mukminun Ayat 17)

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita perbaiki diri dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t yakni dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebelum meneruskan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang jamaah sekalian agar menumpukan perhatian dan jangan bercakap-cakap dan melakukan perbuatan sia-sia sewaktu khutbah disampaikan. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan tentang; "Mukmin Yang Melakukan Amalan Terbaik".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita hari ini hidup di atas segala nikmat yang Allah s.w.t kurniakan tanpa mengenal siapa pun hamba-Nya sama ada beriman ataupun tidak. Sedarilah bahawa juga, Allah s.w.t menciptakan alam seluruhnya dan menentukan kehidupan dan kematian, ada permulaan dan ada kesudahan. Ini adalah ujian untuk sekalian manusia yang hidup di atas muka bumi Allah s.w.t ini agar mereka sentiasa berlumba-lumba melakukan amal ibadah dan menjadi dalam kalangan insan yang terbaik dalam amalan dan tindakannya menurut kaca mata dan kehendak syarak. Seperti mana firmah Allah s.w.t di dalam Surah Al-Mulk Ayat 2:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ ﴿٢﴾

Maksudnya: "Dialah (Allah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".

Ayat "أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا" itu telah diperjelaskan oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitab "Fiqhul Aulawiyyat" berdasarkan soalan yang dikemukakan kepada Al-Imam Abu 'Ali Fudhail bin 'Iyad. Maksudnya: "Al-Imam Abu 'Ali Fudhail bin 'Iyad telah ditanya tentang amalan yang terbaik di dalam firman Allah "أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا", maka beliau menjawab: Amalan terbaik ialah yang benar-benar ikhlas lagi betul. Beliau ditanya lagi: Apakah maksud benar-benar ikhlas lagi betul? Beliau menjelaskan lagi; Bahawa sesungguhnya Allah s.w.t tidak menerima sesuatu amalan selama mana tidak ada keikhlasan dan tidak betul. Sekiranya amalan itu betul (pelakunya) tidak ikhlas, maka tidak dimakbulkan, demikian juga sekiranya (pelakunya) ikhlas, tetapi amalan itu tidak betul, maka tidak juga dimakbulkan. Keikhlasan hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t dan betulnya amalan hendaklah menepati syarak dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Kelebihan manusia terletak kepada ilmu, iman dan amal. Amal yang dikehendaki adalah yang mencapai tahap (martabat) "Al-Ihsan" dan berdasarkan Ayat "أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا" Ayat 2 Surah Al-Mulk yang telah dibacakan sebelum ini. Oleh itu kita perlu merujuk kembali kepada kehendak Islam dan nilai syarak serta nilai yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w supaya setiap amalan yang dilaksanakan menepati apa yang telah ditetapkan dan moga-moga amalan itu menjadi amalan yang lebih baik.

Persaingan di atas muka bumi Allah ini bukanlah semata-mata melakukan banyak kebaikan dan meninggalkan keburukan, akan tetapi persaingan dan perlumbaan yang sebenarnya ialah menjadi mukmin yang terbaik dan lebih baik.

Sewajarnya, orang-orang mukmin sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu yang terbaik dan berkualiti, serta berprestasi tinggi kerana Allah s.w.t telah menuntut orang-orang mukmin melakukan sesuatu yang terbaik dalam semua perkara seperti dinyatakan di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 148:

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٤٨﴾

Maksudnya: "Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu".

Hal ini menggambarkan dan mengisyaratkan bahawa Allah s.w.t menuntut orang-orang mukmin melaksanakan apa juga amalan dan kerja-kerja dan urusan dengan cara yang terbaik, sama ada di dalam melaksanakan ibadah seperti solat, contohnya, sekiranya solat dilakukan dalam jumlah banyak tetapi tidak menjaga rukun dan syaratnya, maka solat itu adalah sia-sia. Akan tetapi, sekira satu solat itu dilakukan dengan cermat dan teratur, menjaga rukun dan syaratnya, dilakukan dengan jiwa yang bersih, maka solat itulah menjadi amalan yang paling baik. Begitu juga dengan amal dengan amal ibadah yang lain, mahupun di dalam semua urusan hidup individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Semua urusan hidup orang-orang beriman di dunia ini juga akan menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t apabila diikuti syarat-syaratnya dan caranya yang telah ditetapkan.

Sidang hadirin yang berbahagia,

Sekali lagi kita merujuk kepada rumusan penjelasan Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya - Al-Ibadatu fil Islam - yang menyatakan bahawa amalan hidup dan pengurusan orang-orang mukmin akan dikira sebagai ibadah kepada Allah s.w.t dengan syarat yang berikut:

Pertama: Kerja-kerja dan usaha yang dilakukan itu 'masyruk' (diharuskan oleh syarak, yakni tidak bertentangan dengan ajaran Islam).

Kedua: Disertakan dengan niat yang soleh iaitu mencari keredhaan Allah s.w.t.

Ketiga: Dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan penuh ketaqwaan.

Keempat: Sentiasa iltizam dan mematuhi batas hukum Allah, tidak melakukan kezaliman, penganiayaan, penipuan, menceroboh hak-hak orang lain dan seumpamanya.

Kelima: Tidak lalai daripada melaksanakan amalan-amalan fardhu (perkara-perkara wajib) di dalam agama, contohnya; sibuk bekerja sehingga lalai daripada mendirikan solat yang diwajibkan.

Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Najm Ayat 39 hingga 41:

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ ﴿٣٩﴾ وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَىٰ ﴿٤٠﴾ ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَىٰ ﴿٤١﴾ 

Maksudnya: "Bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya pada hari akhirat kelak). Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna".

Justeru, apabila seseorang mukmin itu taat dan menepati syarat-syarat yang tersebut di dalam urusan hidup sehariannya, maka ia tergolong di dalam golongan yang disebut "Al-'Abidun" iaitu orang-orang uang beribadah kepada Allah s.w.t dan dikira "fi-sabilillah". Dan setiap amalan yang dilakukan di atas muka bumi ini akan dihitung oleh Allah s.w.t dan akan diberikan balasan yang setimpal atas segala apa yang kita kerjakan. Jika baik dilakukan, maka baiklah balasan yang diterima akan tetapi sekiranya buruk yang kita lakukan maka buruk jugalah yang akan menanti kita. Ingatlah bahawa, Allah s.w.t tidak pernah lupa akan janji-janji-Nya dan janganlah kita sesekali lupa bahawa azab Allah itu amatlah pedih.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru kepada sidang Jumaat sekalian, supaya kita bersama-sama memakmurkan rumah-rumah Allah dengan melakukan ibadah dan amal soleh secara istiqamah terutama solat fardhu berjamaah. Sabda Rasulullah s.a.w daripada Anas bin Malik r.a:

مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنْ النِّفَاقِ

Bermaksud: "Barangsiapa menunaikan solat kerana Allah selama 40 hari dengan mendapat takbiratul ihram bersama imam, ditulis baginya dua kebebasan, kebebasan daripada api neraka dan kebebasan daripada sifat munafik". (Hadits riwayat Imam At-Tirmidzi)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،  اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي سُوْرِيَا وَفِي فَلَسْطِينِ وَفِي مِيَنْمَر وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.  

Ya Allah, ampunilah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat serta kurniakanlah kepada kami hidayah dan inayah-Mu untuk melaksanakan perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu.

Ya Allah, berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan kurnikanlah rezeki yang berlipat ganda kepada para pewakaf serta sucikanlah harta dan jiwa mereka, kurniakanlah kekuatan dan kebijaksanaan serta keadilan kepada para pentadbir zakat, lindungilah golongan fuqara' dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Friday, January 12, 2018

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 24 RABI'UL AKHIR 1439 / 12 JANUARI 2018


HIDAYAH ALLAH

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، ٱلرَّحْمَةِ المُهْدَاةِ وَالنِّعْمَةِ المُسْدَاةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُ وَوَالَاهُ.
أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa. Maka demi sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita memberi perhatian kepada seruan dan peringatan daripada Allah s.w.t:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ ﴿٢٤﴾ وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥﴾ [سورة الأنفال: ٢٥-٢٤]

(Maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan. Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.

Ayat ini mengingatkan kita supaya sungguh-sungguh memberi perhatian kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang menerimanya dengan amanah daripada Allah s.w.t dan menyampaikannya juga dengan amanah serta diteruskan oleh ulamak-ulamak yang menyampaikan ajaran itu secara amanah juga.

Walaupun demikian, Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana menentukan sesiapa yang layak untuk mendapat hidayah (petunjuk), lalu menerima Islam, iaitu mereka yang benar hatinya dan ikhlas kepada Allah s.w.t. Ada pun mereka yang sombong dan takbur serta merasakan dirinya bijak dan pandai, tetapi lupakan Allah s.w.t. Walaupun dia bijak dan pandai, tetapi tidak mendapat hidayah daripada Allah s.w.t.

Di sinilah kita diajar pada tiap-tiap rakaat sembahyang berdoa:

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ [سورة الفاتحة: ٦]

(Maksudnya): Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

Termasuk nabi Muhammad s.a.w, para sahabat radhiAllahu 'anhum, para ulamak yang paling alim dan orang yang sejahil-jahil mestilah menyebut اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (tunjukkanlah kami jalan yang lurus).

Allah s.w.t telah menunjukkan makhluk yang sangat cerdik dan sangat bijak yang mengenal Allah s.w.t berada di alam malakut bersama dengan malaikat, tetapi sifat sombong ada di dalam dirinya iaitu iblis tidak mendapat hidayah daripada Allah s.w.t.

Begitu juga kalangan ulamak-ulamak ahli kitab daripada orang-orang yahudi dan orang-orang nasrani yang membaca di dalam kitab-kitab mereka, mengetahui tanda-tanda nabi akhir zaman Muhammad s.a.w, tetapi kerana taksubnya kepada bangsanya, dirinya, keluarganya dan puaknya, merasa diri mereka bijak, mereka tidak mendapat hidayah daripada Allah s.w.t.

Di sinilah perlunya kita belajar dan mengaji dengan bersungguh-sungguh, mendengar perkara agama Islam dan seterusnya dengan hati yang ikhlas memohon petunjuk daripada Allah s.w.t.

Firman Allah Ta'ala:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ ﴿٦٩﴾ [سورة العنکبوت: ٦٩]

(Maksudnya): Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Sesiapa yang berbuat baik tetapi tidak ikhlas kerana Allah s.w.t juga tidak mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.

Sesungguhnya perkara hidayah ini sangat penting di zaman mutakhir atau di akhir zaman ini, zaman manusia dilanda oleh fitnah dan bencana yang mengelirukan mereka. Disebut peristiwa akhir zaman oleh Rasulullah s.a.w apabila berlakunya masa yang panjang wafatnya Nabi s.a.w:

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ. [رواه ابن ماجه عن أبي هريرة]

(Maksudnya): Akan datang tahun-tahun yang penuh dengan pendustaan yang menimpa manusia; orang yang benar didustakan, pendusta dipercayai, amanah diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati. Dan Al-Ruwaibidhah turut berbicara. Lalu beliau ditanya, "Apakah Al-Ruwaibidhah itu?" Beliau menjawab: "Orang-orang yang bodoh yang mengurus urusan perkara umum".

Manusia akan menjadi hanyut dalam keadaan yang sangat mengelirukan serta tidak mengetahui benar dan salah. Semua bercakap tentang agama Islam, khususnya Islam menjadi perkara yang laku dan laris. Setelah gagalnya agama-agama dan ajaran-ajaran yang lain daripada Islam, mereka yang menentang juga bercakap dengan Islam dan bersama dengan Islam, tetapi memesongkan manusia daripada ajaran Islam. Namun Nabi kita Muhammad s.a.w telah meninggalkan pesaka yang wajib dipegang oleh umat Islam. Sabdanya:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. [رواه امام مالک]

(Maksudnya): Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan keduanya. Iaitulah kitabullah dan sunnah nabi-Nya. 

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَ‌ٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا ﴿٥٩﴾ [سورة النساء: ٥٩]

(Maksudnya): Maka jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.



KHUTBAH JUMAAT - 24 RABI'UL AKHIR 1439 / 12 JANUARI 2018


SEMANGAT JIHAD PELAJAR

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿٩﴾

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad); Apakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran". (Surah A-Zumar Ayat 9)

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita perbaiki diri dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t yakni dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebelum meneruskan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang jamaah sekalian agar menumpukan perhatian dan jangan bercakap-cakap dan melakukan perbuatan sia-sia sewaktu khutbah disampaikan. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan tentang; "Semangat Jihad Pelajar".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, kita telah memasuki tahun 2018. Maka bermulalah perjalanan baru dalam tahun ini. Bercakap mengenai tahun baharu, apabila kita diizinkan oleh Allah s.w.t untuk terus hidup, marilah kita menginsafi segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Bukanlah menyambut tahun baharu dengan rasa ghairah dan gembira hingga leka, serta turut sama menyertai pesta-pesta yang berunsur maksiat seperti percampuran antara lelaki dan perempuan dengan disertai hiburan melampau yang ditegah oleh syarak. Ini semua mengundang kemurkaan Allah s.w.t semata-mata. Maka, mimbar menyeru agar kita kembali bertaubat kepada-Nya dengan sebenar-benar taubat agar Allah tidak menimpakan bala bencana kepada kita sepertimana umat yang terdahulu. Kita seharusnya sedar, saat-saat kematian yang semakin hampir dengan kita dan ingatlah, makin meningkat umur kita, makin dekat juga kematian dengan kita semua. Kematian yang pasti ini datang tanpa diundang dan akan datang pada bila-bila masa sama ada kita bersedia ataupun tidak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sesi persekolahan para pelajar telah pun bermula. Dalam meneruskan tanggungjawab mereka dalam mencari ilmu pengetahuan, sesebuah negara yang menitik beratkan soal masa depan sudah tentu sangat mengambil berat isu pendidikan generasi yang bakal mengganti generasi sedia ada. Anak-anak ini di samping berbekalkan pakaian yang baru, juga perlu dibekalkan dengan semangat baru untuk bersungguh-sungguh pada sesi pembelajaran yang baru.

Kecemerlangan yang merupakan perkataan keramat bagi ibu bapa, guru dan sekolah, perlu diistilahkan semula pemahamannya agar kecemerlangan yang diburu tidak tersasar. Kecemerlangan yang sebenar ialah cemerlang di dunia dan di akhirat. Kecemerlangan di dunia sebagai jambatan mencapai kecemerlangan hakiki di akhirat. Sepertimana doa yang sering kita ungkapkan berdasarkan firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah Ayat 201:

وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿٢٠١﴾

Maksudnya: "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa; Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".

Dunia ini adalah medan ujian bagi manusia manakala akhirat adalah medan kita dibalas atas prestasi ujian tersebut. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mulk Ayat 2:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ ﴿٢﴾

Maksudnya: "(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Di samping mengejar kecemerlangan yang ditanda dengan pencapaian cemerlang di dalam peperiksaan, anak-anak kita juga mesti diusahakan agar juga cemerlang akhlaknya, cemerlang ibadahnya adn cemerlang sebagai insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Boleh membaca, cekap mengira, mampu berfikir aras tinggi adalah sesuatu tanda kejayaan anak-anak kita. Namun jika mereka tidak mampu membaca Al-Quran, gagal menghitung dosa dan pahala, berfikir aras tinggi yang negatif adalah simptom gagal memahami istilah kecemerlangan yang sebenar. Sesuai sepertimana laungan azan, 'haiya 'alas sholah' , 'haiya 'alal falah' saban waktu yang mengingatkan kita akan kepentingan mencapai kejayaan secara seimbang.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tanamkan dalam jiwa anak-anak kita untuk mewakafkan kejayaan akademik mereka nanti demi kebangkitan Islam dan umatnya. Biasakan kepada mereka slogan "mumtaz lil ummah" yakni kecemerlangan untuk ummah. Naikkan semangat mereka agar menjadi umat yang mengembalikan kegemilangan ilmuan dan kemajuan Islam. Kaitkan dan tunjukkan kepada mereka keadaan umat Islam hari ini dalam keadaan sangat lemah serba serbinya bertujuan untuk membakar semangat dan mengubah keadaan sedia ada kepada yang lebih baik. Marilah kita menggembeling tenaga dan fikrah anak-anak kita agar dapat belajar sehingga menjadi pakar di dalam pelbagai bidang termasuk bidang sains dan teknologi supaya dapat menyumbang untuk ketamadunan Islam era moden.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah sekalian,

Semua kejayaan di atas menjadi sia-sia sekiranya tanpa adab dan akhlak. Perkembangan mutakhir yang berlaku di negara kita menuntut supaya perlu diulang-ulangkan selalu kewajipan menjaga adab antara murid dan guru. Akhir tahun 2017 dicemari dengan konflik yang berlaku antara guru dan murid sehingga melibatkan mahkamah, polis dan sebagainya.

Di dalam Islam unsur keberkatan adalah elemen penting di dalam menuntut ilmu. Oleh kerana itu, memang terbukti di hadapan kita, lahir dari sebuah sekolah, kualiti murid yang berbeza-beza walaupun mempunyai sukatan, buku teks, para guru dan kelengkapan sekolah yang sama. Ini disebabkan unsur keberkatan ilmu yang juga memainkan peranan di dalam membezakan pencapaian murid. Jangan sampai berlaku biadap kepada guru sehingga hilang keberkatan ilmu dan hilang keberkatan dalam kehidupan. Jika ada perkara yang tidak memuaskan hati salurkanlah kepada pihak berkenaan melalui saluran yang betul dan apa juga permasalahan hendaklah diselesaikan secara perundingan supaya salah sangka tidak berlaku. Ibu bapa mestilah menjalinkan hubungan baik dengan para guru dan pihak pentadbiran sekolah anak-anak. Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) hendaklah menjadi jambatan penghubung antara anak-anak, guru-guru dan ibu bapa.

Sidang Jumaat sekalian,

Masyarakat sekeliling dengan segala institusinya seperti masjid dan sebagainya boleh turut sama menyumbang dalam proses kemenjadian generasi pewaris ini. Syeikh Fathi Yakan menegaskan bahawa tiga institusi ini bersama-sama mendidik, memantau dan memberikan perhatian kepada anak-anak ini dengan baik maka kita bakal melahirkan generasi akan datang yang cemerlang dan berkualiti tinggi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru kepada sidang Jumaat sekalian, supaya kita bersama-sama memakmurkan rumah-rumah Allah dengan melakukan ibadah dan amal soleh secara istiqamah terutama solat fardhu berjamaah. Sabda Rasulullah s.a.w daripada Anas bin Malik r.a:

مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنْ النِّفَاقِ

Bermaksud: "Barangsiapa menunaikan solat kerana Allah selama 40 hari dengan mendapat takbiratul ihram bersama imam, ditulis baginya dua kebebasan, kebebasan daripada api neraka dan kebebasan daripada sifat munafik". (Hadits riwayat Imam At-Tirmidzi)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،  اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي سُوْرِيَا وَفِي فَلَسْطِينِ وَفِي مِيَنْمَر وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.  

Ya Allah, ampunilah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat serta kurniakanlah kepada kami hidayah dan inayah-Mu untuk melaksanakan perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu.

Ya Allah, berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan kurnikanlah rezeki yang berlipat ganda kepada para pewakaf serta sucikanlah harta dan jiwa mereka, kurniakanlah kekuatan dan kebijaksanaan serta keadilan kepada para pentadbir zakat, lindungilah golongan fuqara' dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.