Wednesday, June 16, 2010

AF Ustaz Ibrahim Di Tahan Di Mesir

Al Fadhil Ust Ibrahim Zakaria (Nama sebenar Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria) bekas calon PAS Lenggong 2008 dan AJK Dewan Ulama PAS Perak telah ditahan oleh pihak keselamatan Mesir. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Cairo selepas mendaftar masuk untuk pulang ke Kuala Lumpur. Beliau berada di Mesir selama dua bulan untuk mengikuti ujian kelayakan master di Universiti Zamalik, Cairo. Ketika ditahan beliau bersama dengan isteri dan anaknya, walau bagaimanapun isteri dan anaknya dilepaskan pulang ke tanah air, beliau pula dikenakan tahanan lokap yang tidak diketahui di mana tempatnya. Sehingga sekarang, tidak ada siapa yang tahu punca-punca penangkapan. Sebanyak 2 kali kami berhubung sepanjang tempoh singkat beliau di sini. Pertama kali aku menghubungi beliau ketika mana dimaklumkan oleh seorang sahabat mengenai beliau yang sudah berada di Kaherah. Kali kedua beliau menghubungiku dari Rumah Perak dan kedua-dua masa tersebut aku berada di dalam kelas menyebabkan pertemuan tidak dapat dibuat.
Dengan Kesibukan melayan Pak Tok Khir yang bertamu di sini bersama anak-anaknya menyebabkan kami gagal bertemu sehinggalah beliau terpaksa pulang ke tanahair.
Alangkah malangnya Umat Islam hari ini di mana pemimpin-pemimpin negara Islam hanya hebat menunjuk belangnya bila berhadapan dengan rakyat bawahan. tetapi menikus apabila bertemu dengan pemimpin Israel dan barat. Mesir tidak sangat menghairankan kerana mereka negara Arab dan tiada apa yang boleh diharapkan oleh Islam dari negara-negara Arab. Apatah lagi mereka tidak mungkin mengenali siapa Ustaz Ibrahim dan apa bahayanya beliau kepada mereka.
Masalahnya adalah pemimipin negara kita yang memberikan nama rakyatnya kepada pihak antarabangsa. Kerana menuntut di Pakistan beliau menjadi mangsa ISA. Namun wajarkah kezaliman ini berterusan sehinggakan urusan menyambung pelajaran juga dikaitkan dengan "keganasan" yang menjadi alasan kepada barat untuk menangkap para pejuang. Malunya kita mengaku sebagai pemimpin negara Islam sedangkan kita menzalimi rakyat sendiri, berbanding dengan khalifah terdahulu yang sentiasa melindungi rakyatnya daripada penganiayaan negara asing.