Thursday, June 23, 2022

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 24 ZULQAEDAH 1443 / 24 JUN 2022

  KEWAJIPAN AMAR MA'ARUF NAHI MUNGKAR

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَهْدِيهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا. مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ.

أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَقُدْوَتِنَا وَإِمَامِنَا مُحَمَّدٍ، الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُ وَوَالَاهُ. 

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Dan carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Saudara muslimin yang dirahmati Allah,

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ ٧٨ كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ ٧٩ ] سورة المائدة : ٧٨-٧٩   [


(Maksudnya):  Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.

Ini adalah satu peringatan yang besar daripada Allah SWT bagi menunaikan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dalam kehidupan sesama manusia untuk memakmurkan bumi supaya mendapat berkat daripada Allah SWT, sehingga Nabi kita Muhammad SAW mewajibkan di atas tiap-tiap orang Islam.

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ. [ رواه مسلم ]


(Maksudnya): Sesiapa yang melihat sesuatu yang mungkar, hendaklah mencegah dengan tangannya (kekuasaan yang ada padanya). Sekiranya tidak mampu, maka dengan lidah (memberi nasihat). Dan sekiranya tidak mampu juga, hendaklah benci di dalam hati. Itulah selemah-lemah iman.

Dalam masa yang sama, Nabi kita Muhammad SAW memberi amaran:

لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ الْمُنْكَرِ أَوْ لَيُسَلِّطَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ شِرَارَكُمْ فَيَدْعُو خِيَارُكُمْ فَلا يُسْتَجَابُ لَكُمْ. [ رواه البزار ]


(Maksudnya): Suruhlah berbuat kebaikan dan cegahlah daripada kemungkaran atau Allah akan menjadikan orang-orang yang jahat menguasai kamu. Kemudian kamu memohon kepada Allah (agar siksaan itu dihentikan) maka permohonan kamu tidak diterima lagi.

Allah SWT memerintah supaya orang-orang Islam berganding bahu dalam menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Firman Allah Ta'ala:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ٧١ ] سورة التوبة : ٧١   [


(Maksudnya): Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Kewajipan ini juga adalah tanggungjawab mereka yang berkuasa memerintah dengan lebih besar lagi. Firman Allah Ta'ala:

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ٤١ ] سورة الحج : ٤١   [


(Maksudnya): Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.

Thursday, June 16, 2022

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 17 ZULQAEDAH 1443 / 17 JUN 2022

 JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا حَامِدِينِ وَحَمْدًا شَاكِرِينِ وَحَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِي مَزِيدَهُ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ.

أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَقُدْوَتِنَا وَإِمَامِنَا مُحَمَّدٍ، الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُ وَوَالَاهُ. 

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Dan carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah mereka yang bertaqwa kepada Allah.

Saudara muslimin yang dirahmati Allah,

Seterusnya marilah kita mendengar firman Allah Ta'ala dan memahaminya dengan sungguh-sungguh:

قُل لِّعِبَادِيَ الَّذِينَ آمَنُوا يُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُنفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ فِيهِ وَلَا خِلَالٌ ٣١ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ الْفُلْكَ لِتَجْرِيَ فِي الْبَحْرِ بِأَمْرِهِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ الْأَنْهَارَ ٣٢ وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ٣٣ وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ ۚ وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ ٣٤  ]سورة إبراهيم : ٣١-٣٤  [


(Maksudnya): Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan). Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa juga yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

Ayat ini memberi makna yang besar kepada kita, betapa seluruh kehidupan kita adalah pemberian daripada Allah SWT; bermula daripada diri kita sendiri yang dijadikan, bumi tempat kita berpijak, langit yang kita bernaung di bawahnya, semua rezeki kehidupan kita di alam dunia dan segala kemudahannya adalah pemberian daripada Allah SWT.

Kita wajib bersyukur kepada nikmat Allah SWT yang tidak terhingga itu sekadar mengenal Dia adalah Tuhan Yang Satu, tiada tuhan yang lain daripadaNya, dengan kita melakukan ibadat yang diwajibkan, mendirikan sembahyang yang memerlukan sedikit masa daripada kita, menunaikan zakat yang memerlukan sedikit harta yang disumbangkan serta sedekah dan nafkah wajib dan sunat, sama ada secara sembunyi atau terangan sebagai menyatakan syukur terhadap nikmat Allah SWT.

Allah SWT mengurniakan rezeki. Kita tidak boleh hidup di alam dunia tanpa rezeki daripada Allah SWT, tanpa kurniaan daripadaNya. Setiap denyut nadi dan degup jantung kita adalah pemberian daripada Allah SWT. Segala makanan dan minuman juga adalah pemberian daripada Allah SWT. Yang menurunkan hujan dari langit, keluarnya buah-buahan dan biji-bijian yang menjadi makanan dan air minuman kita. Sunagi dan laut yang ada di dalamnya rezeki dan perhiasan untuk kita. Dikurniakan kemampuan melayarkan kapal yang besar dan perahu untuk mencari rezeki. Boleh bergerak di atas air yang lembik dengan kurnia Allah SWT.  Terlalu banyak kurniaan Allah itu. Allah SWT tidak berhajat kepada manusia, tetapi manusia berhajat kepada Allah.

وَقَالَ مُوسَىٰ إِن تَكْفُرُوا أَنتُمْ وَمَن فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا فَإِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ حَمِيدٌ ٨ ] سورة إبراهيم : ٨   [


(Maksudnya): Dan Nabi Musa berkata: "Kalau kamu dan sesiapa yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."

Sekiranya seluruh makhluk ini derhaka melawan Allah SWT, tidak akan kurang kekuasaan Allah SWT. Sekiranya manusia meminta daripada Allah SWT sejak Adam sehingga hari kiamat, sejak jin yang pertama sehingga yang akhir, segala pohon  dan binatang meminta kepada Allah SWT, Allah beri kepada semuanya rezeki dan kurniaNya, tidak mengurangkan apa yang ada pada Allah SWT laksana mencelup jarum ke dalam lautan yang luas.

Itulah kekuasaan Allah SWT. Allah hanya meminta kita bersyukur kepadaNya dengan beribadat, mengaku tidak ada tuhan yang lain melainkan Allah SWT sahaja, mengurniakan sumbangan harta sedikit sahaja, bukan banyak untuk menolong sesama kita, bukan untuk menolong Allah SWT kerana Allah Maha Berkuasa. Tetapi kebanyakan manusia itu sangat zalim lagi sangat kufur, melawan Allah SWT, tidak bersyukur kepada nikmat Allah SWT. Yang paling celaka ialah mereka yang melantik tuhan-tuhan yang lain daripada Allah SWT, menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah SWT, mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah SWT yang merosakkan diri sendiri.

Itulah perangai kebanyakan manusia, melainkan mereka yang beriman. Allah SWT menyerukan kepada mereka yang beriman supaya mendirikan sembahyang, menunaikan kewajipan harta, menandakan kesyukuran kepada Allah SWT, menegakkan agamaNya di atas muka bumi ini. Kerana kebesaran kurniaan Allah SWT itu, maka Nabi kita Muhammad SAW berdoa:

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى شَكُورًا وَاجْعَلْنِى صَبُورًا.


(Maksudnya): Ya Allah, jadikanlah aku orang yang paling bersyukur dan jadikanlah aku orang yang paling bersabar.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.