Friday, January 27, 2017

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 28 RABIUL AKHIR 1438 / 27 JANUARI 2017


PENGARUH SERANGAN PEMIKIRAN


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ ٱلرَّحْمَةِ  الْمُهْدَاةِ وَالنِّعْمَةِ الْمُسْدَاةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُۥ وَوَالَاهُ.
أَمَّا بَعْدُ:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ ﴿١٠٠﴾ وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنتُمْ تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ آيَاتُ اللَّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُ ۗ وَمَن يَعْتَصِم بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿١٠١﴾ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾ 

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus). Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam". (Surah Ali-'Imran Ayat 100 hingga 102)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita memperingati genapnya seratus tahun Perjanjian Lausanne, perjanjian yang dimeterai di antara kuasa-kuasa besar dunia pada tahun 1916 untuk membatalkan Khilafah Islamiyyah (pemerintahan Islam). Selepasnya dilaksanakan Perjanjian Sykes Picot, yang memecah belahkan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah untuk dibahagikan kepada kuasa-kuasa penjajah.

Kejatuhan umat Islam apabila mereka mengalami kelemahan, setelah mereka meninggalkan ajaran Islam secara menyeluruhnya. Allah s.w.t memerintah mereka supaya berpegang kepada seluruh ajaran Islam. Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 208:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ﴿٢٠٨﴾

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya,  dan janganlah kamu turut  langkah-langkah syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagimu". 

Apabila penjajah barat yang telah menakluk negeri-negeri umat Islam yang jauh daripada pusat kerajaan Islam, di Afrika dan Asia, mereka terus mendapat tentangan daripada umat Islam walaupun dalam keadaan yang lemah. Melalui kajian-kajian orientalis, orang-orang yang ditugaskan oleh mereka untuk mengkaji punca kekuatan jati diri umat Islam adalah berpegang dengan ajaran Islam. Mereka menukar pendekatan ataupun cara, bukan sahaja melalui ketenteraan, menggunakan senjata moden dipunyai oleh mereka, mereka menambah dengan serangan pemikiran melalui ilmu, pendidikan dan kebudayaan mempengaruhi umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Umat Islam yang terpengaruh dengan kemajuan kebendaan yang dicapai oleh barat, walaupun kemajuan itu diambil daripada tamaddun Islam, mereka mengambil ilmu-ilmu duniawi dan mereka meninggalkan syari'at Islam. Umat Islam yang terpengaruh dengan kemajuan duniawi, meninggalkan ilmu syari'at Islam. Maka menularlah pengaruh barat ke dalam masyarakat Islam yang menimbulkan berbagai-bagai fahaman khususnya fahaman yang memecahkan umat Islam, semangat kebangsaan dan kaum masing-masing, meninggalkan hukum-hukum Islam yang berkait dengan urusan duniawi.

Sebab turunnya ayat yang dibacakan tadi berkenaan orang-orang yahudi di zaman Nabi s.a.w yang telah berjaya meniupkan api permusuhan zaman jahiliyyah yang telah dipadamkan oleh Islam, di antara Aus dan Khazraj, dua kabilah yang tinggal di Madinah. Mereka berdamai setelah menjadi penganut Islam, dan bersaudara di antara satu sama lain. Apabila orang-orang yahudimembangkitkan semangat kabilah zaman jahiliyyah, mereka menjadi syaitan manusia yang menipu umat Islam. Ada kalangan pemuda-pemuda Islam yang terpengaruh, memuja pahlawan kabilah masing-masing yang hampir mencetuskan peperangan.

Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat yang dibacakan tadi bagi mengingatkan generasi awal umat Islam supaya jangan terpengaruh dengan hasutan Ahlul Kitab kaum yahudi. Sebaik sahaja mereka mendengar ayat Al-Quran yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w, mereka bertaubat dan bersatu semula.

Para ulamak tafsir menyatakan:

الْعِبْرَةُ بِعُمُوْمِ الْلَفْظِ لَا بِخُصُوْصِ السَّبَبِ

Maksudnya: "Pengajaran diambil daripada lafaz yang umum, bukan sebab yang khusus".

Al-Quran ada هُدَى لَّلنَّاسِ (petunjuk kepada manusia) sehingga hari kiamat. Al-Quran adalah mukjizat ilmu sehingga hari kiamat.

Apabila umat Islam di zaman mutaakhir jahil dan buta Al-Quran menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan hasutan serangan pemikiran penjajah yang menimbulkan fahaman kebangsaan masing-masing, kembali kepada zaman jahiliyyah kaum masing-masing, mengamalkan teori dan ideologi ciptaan manusia, menggantikan hidayah Allah s.w.t.

Hasilnya bukan sahaja umat Islam menjadi lemah dan hanyut, tetapi dalam masa yang sama mereka berpecah di antara satu sama lain menyebabkan mereka tidak lagi mendokong pemerintahan Islam yang berpusat di Istanbul. Orang-orang arab atas semangat kebangsaan menentang Turki, termasuklah kaum yang lain turut menentang sama. Turki pula dengan semangat kebangsaannya menentang kaum yang lain.

Timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam itu kita alami penyakitnya sehingga hari ini. Maka tidak ada ubat bagi mengembalikan semula 'izzah (kemuliaan) umat Islam melainkan menurut apa yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t.

Amirul mukminin 'Umar ibnu Al-Khattab r.a pernah mengingatkan kepada umat Islam ketika menyaksikan pembukaan Baitul Muqaddis menegaskan:

نَحْنُ قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللَّهُ بِالْإِسْلَامِ، وَمَهْمَا نَبْتَغِ الْعِزَّةَ بِغَيْرِهِ أَذَلَّنَا اللَّهُ.

Maksudnya: "Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain darinya nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah".

Mudah-mudahan kita kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Allah s.w.t berfirman dalam Surah Ali-'Imran Ayat 200:

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٢٠٠﴾

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.



Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari Google Drive. Klik sini - https://drive.google.com/open?id=0B_U6Muz3zhXMd1Nrbks2S0tVbnM

Friday, January 20, 2017

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 21 RABI'UL AKHIR 1438 / 20 JANUARI 2017


PENGARUH YAHUDI DAN KRISTIAN

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، الْأَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ الْمُرْسَلِينَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالتَّابِعِيْنَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. 

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita memahami peringatan dan petunjuk daripada Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ ﴿١٠٠﴾ وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنتُمْ تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ آيَاتُ اللَّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُ ۗ وَمَن يَعْتَصِم بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿١٠١﴾

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)". (Surah Ali-'Imran Ayat 100 hingga 101)

Peringatan Allah s.w.t pada awalnya ditujukan kepada generasi awal umat Islam, para sahabat radhiyallahu 'anhum daripada kalangan Muhajirin dan Anshar yang bercampur dengan masyarakat majmuk yang diizinkan di Al-Madinatul Munawwarah. Terdapat kalangan mereka orang-orang yahudi penganut agama kitab saki baki pengikut Nabi Musa a.s yang berpegang kepada kitab Taurat yang sudah dinasakhkan hukumnya. Walaupun orang-orang yang beriman itu diwajibkan beriman kepada semua nabi-nabi dan rasul-rasul serta kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka, termasuk Nabi Musa dan kitab Taurat. Masih ada di dalamnya perkara-perkara yang sama, perkara yang berkait dengan asas aqidah, halal dan haram.

Maka berlakulah perbincangan di dalam pergaulan sesama orang-orang yang bukan Islam. Terdapat dalam kalangan mereka yang tidak masuk Islam walaupun mereka mengetahui benarnya Nabi Muhammad s.a.w dan mereka wajib beriman dan menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w, tetapi mereka sengaja bermusuh dengan Islam, Rasul dan umatnya. Permusuhan itu dipanjangkan dengan kerja-kerja jahat untuk mempengaruhi orang-orang Islam supaya orang Islam mengikut cara mereka, meminda kitab Allah, meninggalkan hukum Allah, yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan mengikut hawa nafsu mereka.

Rasulullah s.a.w memberi peringatan kepada umatnya:

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ

Maksudnya: "Kamu akan terikut-ikut dengan orang-orang yang lebih dahulu daripada kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu akan ikut sama. Para sahabat bertanya: Adakah yang dimaksudkan itu orang-orang yahudi dan orang-orang kristian? Sabdanya: Siapa lagi? (Merekalah yang menggoda kamu supaya terpengaruh dengan cara mereka dan amalan mereka)". (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w memperingatkan betapa agama kitab yang sudah lalu yang diselewengkan ajaran mereka. Apabila datangnya 'Adi bin Hatim At-To'ie, seorang paderi untuk menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai lambang kristian, menggantung salib di lehernya, Rasulullah s.a.w terus menyebut Firman Allah Ta'ala:

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَـٰهًا وَاحِدًا ۖ لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ ﴿٣١﴾

Maksudnya; "Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan". (Surah At-Taubah Ayat 31)

Lalu 'Adi menjawab: "Wahai Muhammad, kami orang-orang kristian tidaklah menyembah paderi dan pendita-pendita".

Rasulullah s.a.w menjawab: "Kamu memakai hukum yang direka dan dibuat oleh paderi dan pendita kamu, meminda hukum Allah s.w.t, mengadakan hukum yang tidak diizinkan oleh Allah s.w.t".

Itulah yang boleh mempengaruhi umat Islam. Walaupun ayat dan hadits ini berhubung dengan umat Islam yang terawal, namun para ulamak mengatakan:

الْعِبْرَةُ بِعُمُوْمِ الْلَفْظِ لَا بِخُصُوْصِ السَّبَبِ

Maksudnya; "Pengajaran diambil daripada lafaz yang umum, bukan sebab yang khusus".

Kita menyaksikan zaman kini, zaman kita, zaman umat Islam tidak ada pemerintah yang menegakkan Islam melindungi mereka, Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hukumnya berselerak dan umat Islam dalam keadaan kejahilan. Mereka dijajah oleh musuh-musuh Islam itu, penjajah yang menakluk negeri umat Islam, bukan sahaja menakluk bumi, tetapi mereka juga menakluk pemikiran umat Islam. Mereka memasukkan cara hidup, budaya, amalan, pakaian dan berbagai cara yang bercanggah dengan ajaran Islam. Ia menyebabkan ada kalangan umat Islam yang terpengaruh dengan penjajah yang bukan Islam ini meninggalkan cara hidup, meninggalkan hukum hakam, meninggalkan peraturan dan petunjuk Al-Quranul Karim yang boleh memesongkan mereka daripada agama sedikit demi sedikit.

Kita menyaksikan masalah yang dialami oleh umat Islam pada hari ini berbagai-bagai masalah termasuk politik, ekonomi, akhlak dan lain-lain. Puncanya tidak lain dan tidak bukan bila mereka menukarkan petunjuk Islam dengan petunjuk yang lain daripada Islam. Itulah yang beri amaran oleh Allah s.w.t dan oleh Rasulullah s.a.w.

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ ... ﴿١١٠﴾

Maksudnya: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)". (Surah Ali-'Imran Ayat 110)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari laman Google Drive. Klik sini - https://drive.google.com/open?id=0B_U6Muz3zhXMNnQweXRWbDdEZ0E


KHUTBAH JUMAAT - 21 RABI'UL AKHIR 1438 / 20 JANUARI 2017


SEDARILAH BAHAYA SYIAH

Khutbah Jumaat

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:
إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِّنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ ۚ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ ﴿٤﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ عَبْدِكَ وَرَسُلِكَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ! فَإِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.

Ayat yang dibacakan tadi dipetik daripada Surah Al-Qasas Ayat 4 yang bermaksud: "Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita memperbaiki diri dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah سبحانه وتعالى yakni dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebelum meneruskan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang jamaah sekalian agar menumpukan perhatian terhadap khutbah yang akan disampaikan. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk, "Sedarilah Bahaya Syi'ah".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Fir'aun terhadap kaum Bani Israel, kini terjadi terhadap saudara seagama kita. Kita pernah menyaksikan umat Islam disembelih di Ambon, umat Islam menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai di Rohingya, umat Islam dibunuh dengan kejam di Syabra dan Syatila dan kini setiap hari umat Islam menjadi mangsa pembunuhan kejam di Syria.

Dunia seolah-olah tidak menghiraukan nasib rakyat Syria yang sebenarnya telah berpuluh tahun hidup dalam penindasan kerajaan mereka sendiri. Namun, nasib mereka tidak sebagaimana nasib rakyat di negara arab lain sama ada di Mesir, Libya dan Iraq kerana kekejaman terhadap mereka seolah-olah dibiarkan begitu sahaja. Sedar atau tidak, malangnya nasib mereka kerana tidak dizalimi oleh yahudi dan nasrani, tetapi diperangi oleh pemerintah yang kononnya Islam tetapi menganut fahaman sesat dan melampaui batas. Sekadar perbandingan yang boleh dikongsi, mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh yahudi zionis di Syabra dan Syatila yang diketuai oleh Ariel Sharon sekitar 5 ribu orang sedangkan penyembelihan yang dilakukan oleh HafizAl-Asad di Hamah, Syria pada tahun 1982 berjumlah hampir 40 ribu orang. Terkini anaknya Basyar Al-Asad telah mengorbankan ratusan ribu rakyatnya dan jutaan yang lain menjadi pelarian.

Sidang hadirin yang budiman,

Penentangan rakyat Syria berlaku semata-mata kerana mereka tidak tahan lagi dengan kezaliman demi kezaliman yang dilakukan yang dilakukan oleh Basyar Al-Asad. Manakala, tindakan balas zalim Basyar Al-Asad demi mengekalkan kekuasaannya. Apatah lagi beliau penganut Syi'ah yang sememangnya mempunyai doktrin membenci dan memusuhi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah. Syi'ah sekian lama memegang keyakinan bahawa umat Islam Ahlus Sunnah Wal Jama'ah adalah golongan yang berdosa kononnya merampas kedudukan khalifah daripada Saiyidina 'Ali رضي الله عنه. Maka itu zaman berzaman Syi'ah sentiasa memusuhi dan memerangi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.

Walaupun Syi'ah hanya menjadi golongan minoriti di Syria, namun mereka mempunyai kuasa pemerintahan, ketenteraan dan pentadbiran. Mereka menggunakan kuasa bagi menindas dan melenyapkan umat Islam Ahlus Sunnah Wal Jama'ah di bumi Syria.

Kemuncak kekejaman terhadap umat Islam di Syria bermula apabila tempias Arab Spring melanda seluruh dunia arab pada tahun 2011. Syeikh Khalid Hasan Hendawi, pembantu khas kepada Syeikh Yusf Al-Qardhawi mendedahkan bagaimana sehari sebelum kebangkitan rakyat si Syria pada 15 Mac 2011, sekumpulan pelajar di daerah Hauron, telah menulis dan menconteng dinding dengan perkataan "Rakyat Mahukan Kerajaan Dijatuhkan". Akibatnya, lebih dari 10 orang kanak-kanak itu ditangkap dan didera dengan dicabut kuku kaki dan tangan mereka. Apabila ibu bapa dan keluarga mereka datang menuntut dikembalikan anak mereka, dikatakan kepada mereka oleh pasukan keselamatan Syria, lupakan sahaja anak-anak kamu dan buatlah anak yang baru. Jika kamu tidak dapat menerima kenyataan, hantarkan sahaja isteri-isteri kamu dan kami boleh memberikan anak baru untuk kamu.

Maka keluarlah seribu orang awam ke jalan-jalan raya menentang kezaliman ini. Kerajaan Basyar pula, bertindak balas menghantar helikopter polis melepaskan tembakan dari udara sehingga membunuh 14 orang dan mencederakan puluhan yang lain. Akibatnya, semakin ramai rakyat keluar menentang dan semakin melampau Basyar Al-Asad mengganas menghukum rakyatnya sendiri. Sehingga kini berlakulah berbagai kekejaman terhadap umat Islam termasuk penderaan, perkosaan, pembakaran masjid dan kubur para nabi sehinggakan penghinaan seperti kencing dan menjirus arak ke atas Al-Quran.

Sidang jamaah yang berbahagia,

Sebagai umat Islam, kita mempunyai satu senjata yang paling ampuh bagi mengatasi segala masalah yang dihadapi. Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyatakan dalam haditsnya:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

Bermaksud: "Doa adalah ibadah".

Kita hendaklah memanjatkan doa ke hadrat Allah سبحانه وتعالى bagi kesejahteraan seluruh umat Islam terutamanya yang berada di Syria. Tidak ada yang mampu menyelamatkan nasib umat Islam kecuali Allah semata-mata. Mudah-mudahan akan ada di antara umat Islam di negara kita yang mengangkat tangannya bermunajat kepada Allah سبحانه وتعالى dan Allah سبحانه وتعالى tidak akan membiarkan doanya begitu sahaja.

Sudah sampai masanya kita berusaha bersungguh-sungguh (berjihad) bagi mengembalikan kekuatan umat Islam. Sampai bila kita berterusan mengharapkan musuh-musuh Islam agar bersimpati dengan nasib kita. Sampai bila kita meletakkan masa depan kita berada di tangan musuh-musuh kita. Sampai bila kita akan terus membiarkan saudara-mara kita berterusan diganyang semahunya sedangkan kita hanya mampu menjadi pemerhati sahaja.

Saudara kaum muslimin sekalian,

Adalah menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam yang bersaudara, menyalurkan bantuan yang boleh membantu mereka mengikut kemampuan yang ada. Bagi yang mempunyai lebihan kewangan hendaklah membantu dari segi kewangan. Bagi yang mempunyai kemahiran dan kepakaran, hendaklah memberikan khidmat bagi menyelesaikan masalah umat Islam di seluruh dunia. Allah سبحانه وتعالى berfirman dalam Surah Al-Anfal Ayat 60:

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٦٠﴾

Bermaksud: "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya".

Sidang hadirin yang budiman,

Umat Islam tidak ada pilihan lain kecuali berpegang kepada aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah. Berbagai masalah yang timbul daripada lahirnya berbagai aliran yang menyeleweng seperti Syi'ah, Mu'tazilah, Liberalisme dan sebagainya. Walaupun bermula daripada perbezaan fikrah, fahaman dan politik, akhirnya melahirkan gerakan yang ekstrim malah mencetuskan keganasan dan ketegangan. Syi'ah telah dibuktikan sebagai satu kelompok yang menyeleweng dan mengganggu ketenteraman umat Islam. Mereka bukan sahaja beramal dengan budaya sesat seperti amalan nikah muta'ah, mendewakan para imam dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.



Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab: Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar tidak pernah berhenti menyeru, marilah sama-sama kita menunaikan solat-solat fardhu secara berjamaah. Sesungguhnya solat secara berjamaah itu adalah lebih baik daripada solat secara bersendirian sepertimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً.

Bermaksud: "Daripada 'Abdullah bin 'Umar رضي الله عنهما, telah menceritakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda: Solat berjamaah lebih utama dua puluh tujuh bahagian daripada solat bersendirian". (Muttafaqun 'alaih)

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Bermaksud: "Seandainya mereka mengetahui apa yang terkandung dalam Solatul 'Atamah (yakni solat Isyak) dan Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak". (Hadith riwayat Al-Bukhari)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،   اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.  

Ya Allah, bantulah saudara Islam kami di Palestin, Syria, Myanmar dan negara umat Islam yang lain. Ya Allah, saudara kami itu dalam keadaan lemah maka kuatkanlah, mereka itu lapar maka kenyangkanlah, aurat mereka dicemari maka tutupkanlah, mereka dizalimi maka bantulah, bantulah segala kekurangan mereka, permudahkanlah segala urusan mereka. Tepatkanlah lemparan serangan mereka kepada musuh-musuh-Mu ya Allah يَا ذَاالْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman Google Drive. Klik sini - https://drive.google.com/open?id=0B_U6Muz3zhXMQV9RQVVqcHhHRW8

Thursday, January 12, 2017

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 14 RABI'UL AKHIR 1438 / 13 JANUARI 2017


BANGKIT BERSAMA AL-QURANUL KARIM

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، ٱلرَّحْمَةِ الْ مُهْدَاةِ وَالنِّعْمَةِ الْمُسْدَاةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُۥ وَوَالَاهُ. 
أَمَّا بَعْدُ:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾ وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَ‌ٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ﴿١٠٣﴾ 

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya". (Surah Ali-'Imran Ayat 102 hingga 103)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah adalah kata Allah سبحانه وتعالى yang diturunkan di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada generasi awal umat Islam, iaitu mereka yang pertama-tama masuk Islam  bersama dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Allah menyatakan betapa nikmat, kurnia dan kebesaran-Nya yang tiada bandingan dan tandingan melalui petunjuk Al-Quranul Karim telah berjaya menyatukan bangsa yang paling ganas dalam dunia iaitu bangsa arab jahiliyyah yang buta huruf lagi keras hatinya.

Mereka berperang di antara satu sama lain, sehingga malu mendapat anak perempuan yang tidak boleh digunakan untuk berperang, hanya menjadi tawanan untuk diabdikan. Kalau melahirkan anak perempuan, dikambus hidup-hidup. Bahkan bukan sahaja kerana peperangan, termasuk kerana tidak percaya kepada rezeki Allah سبحانه وتعالى.

Al-Quranul Karim yang diwahyukan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah berjaya memasukkan hidayah ke dalam hati orang-orang arab yang keras, jahil dan buta huruf itu. Dengan petunjuk Al-Quranul Karim masuklah iman ke dalam hati mereka. Lalu mereka mengerjakan amal-amal yang soleh dengan petunjuk Allah سبحانه وتعالى dengan ilmu wahyu, ilmu Al-Quranul Karim, kitab mukjizat ini. Bangsa arab yang ganas itu menjadi sebaik-baik umat di atas muka bumi. Firman Allah سبحانه وتعالى:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ... ﴿١١٠﴾

Maksudnya: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)". (Surah Ali-'Imran Ayat 110)

Sehingga mereka menjadi bangsa yang memimpin dunia yang menjatuhkan dua kuasa besar dunia dan menundukkan kuasa-kuasa besar yang lain serta menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Semua negeri-negeri yang dilalui oleh mereka meranapkan ajaran-ajaran yang lain daripada Islam. Itulah kehebatan Al-Quranul Karim apabila orang arab beramal dengannya.

Betapa pentingnya menegakkan Al-Quranul Karim petunjuk Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى menunjukkan kita pada hari ini orang-orang arab menjadi bangsa yang berpecah, berperang dan berbunuh di antara satu sama lain. Dengan kekayaan yang melimpah ruah apabila mereka meninggalkan Al-Quranul karim dan petunjuk Allah سبحانه وتعالى, mereka berpecah menjadi bangsa yang paling bodoh, berperang di antara satu sama lain. Kekayaan yang diberi oleh Allah سبحانه وتعالى digunkan untuk membeli senjata-senjata daripada kilang-kilang senjata yang datang dari seluruh pelusuk dunia digunakan untuk berperang sesama sendiri dengan berbunuh sesama sendiri. Dengan kekayaan mereka melakukan maksiat, menjadi orang-orang yang lupa daratan, hanya segelintir sahaja yang masih berpaut dengan Al-Quranul Karim dalam keadaan yang menderita. Itulah contoh yang hidup yang ditunjukkan di hadapan kita pada hari ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah dengan penuh kesedaran dan keinsafan kita melakukan muhasabah atau perhitungan diri kita sendiri di tempat ini sejauh mana kita berpegang dengan Al-Quranul Karim. Sekiranya kita yang telah Islam meninggalkan petunjuk Al-Quranul Karim akan menerima nasib yang sama. Marilah kita menjadikan amaran daripada Allah سبحانه وتعالى untuk bangkit bersama Al-Quranul Karim. Allah berfirman pada Ayat 104 hingga 105 Surah Ali-'Imran:

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿١٠٤﴾ وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ ۚ وَأُولَـٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿١٠٥﴾

Maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh juga di muat turun dari laman Google Drive. Klik sini -> https://drive.google.com/open?id=0B_U6Muz3zhXMZkxmNGxacVdEVFE

Wednesday, January 11, 2017

KHUTBAH JUMAAT - 14 RABIUL AKHIR 1438 / 13 JANUARI 2017


MUSIBAH SATU UJIAN DAN PERINGATAN

Khutbah Pertama

إِنَّ الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ. اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita perbaiki diri dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah سبحانه وتعالى dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebelum meneruskan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang jamaah sekalian agar menumpukan perhatian terhadap khutbah yang akan disampaikan. Midah-mudahan kita akan beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Khutbah pada hari ini kan membicarakan tajuk, "Musibah Satu Ujian Dan Peringatan".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Manusia yang hidup di dunia ini tidak dapat lari daripada menerima qodha' dan qodar Allah سبحانه وتعالى seperti musibah yang menyebabkan penderitaan dan kesusahan sebagai cabaran dan ujian daripada Allah سبحانه وتعالى malah harus dihadapi dengan penuh kesabaran. Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155:

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ﴿١٥٥﴾

Bermaksud: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".

Sesungguhnya sifat sabar dan tabah dalam menghadapi apa jua musibah seperti bala bencana amat perlu kepada seorang hamba Allah. Kerana dengan sifat-sifat tersebut akan membolehkan kita menjadi orang yang redho terhadap qodha' dan qodar Allah سبحانه وتعالى, bahkan ia boleh mengelakkan diri kita daripada bersikap marah, kecewa, putus asa dan resah gelisah dalam menghadapi musibah yang dialami.

Sidang jamaah yang berbahagia,

Ujian demi ujian datang silih berganti, terkadang berupa kemarau panjang, angin ribut, banjir besar, kebakaran dan lain-lain. Namun, seringkali manusia memandang hal ini dengan menganggap musibah itu hanyalah bencana biasa. Peringatan musibah dalam agama Islam mempunyai peringatan yang tersendiri. Musibah yang Allah سبحانه وتعالى berikan terhadap makhluk-Nya tidak selamanya dapat diertikan sebagai kemurkaan Allah سبحانه وتعالى. Begitu juga dengan nikmat yang diberikan, tidak selamanya sebagai petanda mendapat keredhoan Allah سبحانه وتعالى. Tetapi, bahagia dan musibah kedua-duanya akan kita dapat rasakan, semua itu dimaksudkan untuk menguji iman seseorang mukmin dengan kebaikan dan keburukan. Malah, dapat menilai tahap keimanan kita sebagaimana Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ

Maksudnya: "Sesungguhnya besar balasan (pahala) berdasarkan besar ujian, sesungguhnya jika ALlah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redho (terhadap ujian tersebut), maka baginya redho Allah dan barangsiapa yang marah (terhadap ujian tersebut), maka baginya murka Allah". (Hadith riwayat Imam At-Tirmidzi)

Muslimin yang berbahagia,

Musim tengkujuh adalah sesuatu yang kita akan lalui setiap kali hujung tahun atau awal tahun, kita mendengar kejadian banjir yang berlaku di merata tempat di dalam negara yang mana memberi kesan yang besar kepada kehidupan manusia seperti kehilangan nyawa, kerosakan harta benda yang besar dan kemusnahan tempat kediaman. Tentunya kita masih belum dapat lupakn, bagaimana banjir besar pada tahun 2014 yang melibatkan beberapa negeri seperti Pahang, Perak, Kelantan dan Terengganu dengan kerosakan harta benda yang agak besar dan menjejaskan hampir 200 ribu orang penduduk.

Banjir merupakan suatu yang sinonim dengan negara kita. Kebiasaannya, negara ini akan dilanda banjir pada musim tengkujuh iaitu sekitar bulan November dan berakhir pada bulan Mac tahun berikunya kerana dalam tempoh ini negara berada dalam musim monsun timur laut.

Adalah menjadi kewajipan semua pihak memastikan kawasan atau tempat kediaman terus selamat. Sebarang rancangan pembangunan dan kegiatan sisio ekonomi masyarakat mestilah tidak merosakkan kitaran alam sekitar. Perlu difahami bahawa bala bencana juga boleh berlaku disebabkan daripada kesilapan dan kerakusan manusia kerana mengejar kemewahan dunia. Demi wang ringgit, bukit bukau ditarah dan diruntuhkan, pembangunan dilaksana sesuka hati, pembakaran terbuka berleluasa, pembalakan haram menjadi-jadi dan pembuangan sampah di merata-rata. Akibatnya sistem keseimbangan alam terjejas. Insafilah peringatan Allah dalam Surah Ar-Rum Ayat 41:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٤١﴾

Bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

Saudara muslimin yang dirahmati Allah,

Cuba kita lihat juga keadaan di sekeliling kita. Pelbagai macam gejala maksiat berlaku secara terbuka seperti pergaulan bebas semakin menjadi-jadi dalam kalangan ank muda kita, malah pelacuran mudah didapati di kelab-kelab malam, demikian juga perjudian, penyeludupan dadah berleluasa, rasuah telah menjadi tradisi serta pembunuhan telah menjadi berita setiap hari. Dalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى menceritakan banyak tamaddun manusia dimusnahkan oleh Allah melalui bala bencana. Antara kaum Nabi Nuh dimusnahkan dengan banjir, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan gempa bumi dan kaum 'Ad dimusnahkan dengan ribut taufan. Jelasnya, bala bencana yang memusnahkan kaum-kaum tersebut adalah kerana hukuman Allah سبحانه وتعالى atas kekufuran dan kemungkaran mereka. Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Al-'Ankabut Ayat 40:

فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنبِهِ ۖ فَمِنْهُم مَّنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُم مَّنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُم مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُم مَّنْ أَغْرَقْنَا ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَـٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ ﴿٤٠﴾

Bermaksud: "Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri".

Peringatan Ayat Allah سبحانه وتعالى tersebut, sepatutnya menjadi pelajaran dan pengajaran bagi kita bahawa akibat daripada kekufuran dan perbuatan maksiat yang dilakukan, akan menjadi penyebab datangnya kemurkaan Allah سبحانه وتعالى.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.



Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab: Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar tidak pernah berhenti menyeru, marilah sama-sama kita menunaikan solat-solat fardhu secara berjamaah. Sesungguhnya solat secara berjamaah itu adalah lebih baik daripada solat secara bersendirian sepertimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً.

Bermaksud: "Daripada 'Abdullah bin 'Umar رضي الله عنهما, telah menceritakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda: Solat berjamaah lebih utama dua puluh tujuh bahagian daripada solat bersendirian". (Muttafaqun 'alaih)

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Bermaksud: "Seandainya mereka mengetahui apa yang terkandung dalam Solatul 'Atamah (yakni solat Isyak) dan Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak". (Hadith riwayat Al-Bukhari)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،   اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.  

Ya Allah, berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan kurniakanlah rezeki yang berlipat ganda kepada para pewakaf serta sucikanlah harta dan jiwa mereka, kurniakanlah ketaqwaan dan kebijaksanaan serta keadilan kepada para pentadbir zakat, lindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman Google Drive. Klik sini -> https://drive.google.com/open?id=0B_U6Muz3zhXMY3JyVEdDdnFrd1k

Friday, January 6, 2017

KHUTBAH JUMAAT - 7 RABIUL AKHIR 1438 / 6 JANUARI 2017


TAHUN BARU, DEMI ISLAM


Khutbah Pertama


الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ. اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita perbaiki diri dengan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah سبحانه وتعالى yakni dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebelum memulakan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang jamaah sekalian agar menumpukan perhatian terhadap khutbah yang akan disampaikan. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk, "Tahun Baru, Demi Islam".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Peredaran masa berlalu begitu pantas. Seminggu kini dirasa seperti seharian, setahun pula seperti sebulan. Masa semalam walaupun seperti baru berlalu, namun ia hanyalah sebuah kenangan. Benarlah seperti kata hukamak, masa yang paling jauh adalah masa yang berlalu, sedangkan masa yang paling hampir adalah kematian. Apatah lagi jika masa berlalu dengan sia-sia, tanpa usaha mahupun amalan.

Kita sekarang sudah berada pada minggu pertama tahun baru 2017. Tahun yang baru sahaja membuka tirainya. Setiap tahun baru, lazimnya kebanyakan orang menyambut kehadiran tahun baru dengan pelbagai rentak dan ragam. Ada yang bersorak gembira tanpa tujuan dan haluan, mengikut apa saja program kepuasan nafsu dan keseronokan syaitan. Sambutan tahun baru dianggap pesta maksiat yang bebas tanpa agama yang menjadi ikutan. Sebahagian yang lain pula memilih program keagamaan yang memberi ingatan dan keinsafan. Tahun baru disambut dengan kesederhanaan dan kesedaran menuruti perintah Tuhan. Moga Allah melindungi negara kita dari segala mala petaka dan ujian dengan pemeliharaan yang berterusan.

Sidang hadirin yang berbahagia,

Tahun baru lazimnya disambut dengan pelbagai azam dan tekad baru. Azam untuk memperbaiki diri, azam untuk melonjak ke tahap yang lebih baik. Tahun baru juga bagi segelintir manusia merupakan peristiwa yang penting dan bermakna dalam sejarah hidup sama ada akan meninggalkan kesan yang positif atau kesan yang negatif sepanjang tahun yang dilalui.

Apa pun tanggapan yang diberikan, mimbar ingin menyatakan bahawa setiap perkara baharu yang datang menuntut perubahan yang lebih baik bagi diri seseorang supaya dapat membaiki kehidupan. Apatah lagi sebagai seorang muslim yang memang sudah mempunyai matlamat hidup yang jelas demi mendapat keredhaan Ilahi dengan membanyakkan amal soleh dan meninggalkan segala larangan-Nya. Firman Allah سبحانه وتعالى di dalam Surah An-Nahl Ayat 97:


مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٩٧﴾


Bermaksud: "Sesiapa beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka akan pahala mereka dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan".

Kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Hari yang baru pada hakikatnya mengurangkan umur kita sehari. Tahun yang baru pada hakikatnya mengurangkan umur kita setahun. Semakin hari, dunia semakin menjauhi kita manakala liang lahad menggamit mesra. Sudah tentu kita semakin menghampiri suatu destinasi yang abadi iaitu alam kegelapan, alam penzahiran kebenaran janji Tuhan. Alam tiada pengharapan melainkan dengan amalan yang telah dilaksanakan sepanjang masa kehidupan. Berapa ramai penghuninya yang merayu agar dianugerahkan masa yang baru demi satu pengharapan. Gara-gara leka dan alpa dengan kehidupan dunia dan kemewahan yang penuh tipu daya dan nafsu dan syaitan.

Sebahagian manusia yang mahu berfikir, Al-Quran sentiasa memberi panduan serta gambaran tentang realiti kehidupan d dunia ini semata-mata sebahagian medan ujian dan mainan (tipu daya). Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Al-Kahf Ayat 45 dan 46:


وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِرًا ﴿٤٥﴾ الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا ﴿٤٦﴾


Bermaksud: "Kamu kemukakanlah kepada mereka misal (perbandingan); kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur baurlah tanaman di bumi antara satu sama lain dan kembang suburlah ia disebabkan air itu, kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan ingatlah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Harta benda dan anak pinak itu hanyalah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan".

Sidang jamaah yang dimuliakan,

Dalam kita mendepani tahun baru 2017 ini juga, umat Islam seharusnya menginsafi segala kesalahan dan kesilapan yang lalu agar menjadi pengajaran dan tidak berterusan mengulangi kesilapan. Umat Islam perlu mengurangkan sengketa dan pertelingkahan yang merugikan. Umat Islam mesti terus maju kehadapan, membina ketamadunan melalui kekuatan ilmu dipandu oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Umat Islam mesti mendahulukan Islam sebagai keutamaan dalam setiap tindakan sama ada mengikuti perintah mahupun menjauhi larangan. Usaha dakwah mesti berjalan berterusan kerana Islam adalah agama untuk seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa atau keturunan.

Jadikan tahun ini tahun kecemerlangan, tahun Islam kembali diangkat menjadi pembina ketamadunan dan diangkat menjadi agama pilihan manusia keseluruhannya. Masjid dan surau haruslah menjadi medan utama perpaduan dan keharmonian. Jauhi sikap ego, bermusuhan, melampau dalam politik kepartian serta menjadikan masjid dan surau tempat mengambil keuntungan agama dan kehidupan.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Mimbar juga ingin menyatakan pesanan sesuai seperti mana kehendak Allah dan Rasul pilihan. Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Az-Zariyat Ayat 55:

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٥٥﴾

Bermaksud: "Dan berilah peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang beriman".

Antara kekurangan dan kelemahan umat Islam pada akhir zaman, kita tidak lagi menjadi contoh dan ikutan disebabkan akhlak umat Islam itu sendiri tidak lagi dipandu Al-Quran dan As-Sunnah. Isu akhlak, disiplin, integriti umat Islam semakin jauh ketinggalan. Marilah sama-sama kita membuat pembetulan.

Sebagai pemimpin atau pihak yang diamanahkan kuasa dan jawatan, jauhi rasuah, salah guna kuasa dalam setiap tindakan kerana tindakan anda sentiasa menjadi perhatian. Lebih malang jika berterusan menjadi ikutan. Pemimpin yang adil bukan saja akan mendapat ganjaran di hari pembalasan, malahan akan menjadi lambang kepimpinan Islam yang dipandu Al-Quran dan As-Sunnah. Islam dipandang mulia sejajar tindakan yang menepati peraturan dan ajaran.

Sebagai peniaga, jadikan jujur dan amanah sebagai keutamaan kerana itulah sunnah Rasul dalam pengurusan perniagaan. Hentikan penipuan sama ada dalam bentuk tersembunyi mahupun terang-terangan. Peniaga muslim sepatutnya mempunyai sifat ehsan disamping mengambil keuntungan bukannya menaikkan harga asalkan cepat memperoleh keuntungan dan kekayaan. Sikap yang berbeza ditunjukkan oleh peniaga muslim pasti menaikkan imej Islam di mata masyarakat, manakala sikap buruk tidak lain menambah salah faham dan kebencian terhadap Islam.

Sebagai pasangan dalam perkahwinan, jadikan sabar sebagai kekuatan dalam ikatan perkahwinan. Statistik perceraian dalam kalangan pasangan umat Islam saban tahun meningkat dan semakin membimbangkan. Para suami, jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Lakukan setiap pekerjaan dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Para isteri, jauhi sikap gemar mencari kesalahan pasangan, terlalu mendesak atas keinginan kemewahan serta kurang mentaati suami dalam setiap keputusan. Redha atas setiap ujian dan muhasabah diri untuk mencari jalan penyelesaian. Kepada yang ingin berpoligami, buatlah permohonan yang sah melalui mahkamah syari'ah seluruh negeri kerana terlalu banyak kebaikan yang akan diperolehi pasangan yang membuat permohonan yang sah berbanding kahwin lari. Benar seperti pepatah melayu mengatakan, "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian".

Sidang hadirin yang diberkati Allah,

Sebagai masyarakat muslim pula, mari kita tingkatkan akhlak dan integriti seharian kita, umat Islam mesti menjadi contoh ikutan, agar Islam dipandang mulia seterusnya dakwah berterusan bergerak melalui tindakan mahupun lisan para penceramah yang budiman. Tidakkah kita malu apabila rakyat Jepun lebih dikenali dengan tata susila dan kesopanan, tidakkah kita malu apabila mereka lebih terkenal dengan disiplin menepati masa? Tidakkah kita malu mereka jauh lebih sopan ketika memandu di jalanan? Sedangkan mereka hidup mereka tanpa iman kepada Tuhan Yang Esa.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab: Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar tidak pernah berhenti menyeru, marilah sama-sama kita menunaikan solat-solat fardhu secara berjamaah. Sesungguhnya solat secara berjamaah itu adalah lebih baik daripada solat secara bersendirian sepertimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً.

Bermaksud: "Daripada 'Abdullah bin 'Umar رضي الله عنهما, telah menceritakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda: Solat berjamaah lebih utama dua puluh tujuh bahagian daripada solat bersendirian". (Muttafaqun 'alaih)

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Bermaksud: "Seandainya mereka mengetahui apa yang terkandung dalam Solatul 'Atamah (yakni solat Isyak) dan Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak". (Hadith riwayat Al-Bukhari)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،   اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.  

Ya Allah, bantulah saudara Islam kami di Palestin, Syria, Myanmar dan negara umat Islam yang lain. Ya Allah, saudara kami itu dalam keadaan lemah maka kuatkanlah, mereka itu lapar maka kenyangkanlah, aurat mereka dicemari maka tutupkanlah, mereka dizalimi maka bantulah, bantulah segala kekurangan mereka, permudahkanlah segala urusan mereka. Tepatkanlah lemparan serangan mereka kepada musuh-musuh-Mu ya Allah يَا ذَاالْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ.

Ya Allah, berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan kurniakanlah rezeki yang berlipat ganda kepada para pewakaf serta sucikanlah harta dan jiwa mereka, kurniakanlah ketaqwaan dan kebijaksanaan serta keadilan kepada para pentadbir zakat, lindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman Google Drive. Klik sini - https://drive.google.com/open?id=0B_U6Muz3zhXMaHdsb2VQYW9DdGs