Saturday, August 27, 2011

Sekitar Program Munajat Perdana Peringkat Negeri Perak

Malam 27 Ramadhan 1432H, Markas Negeri, Air Kuning - Alhamdulillah, Program Munajat Perdana yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyyah Badan Perhubungan PAS Perak dan Dewan Ulamak PAS Perak telah berjalan lancar malam tadi. Program ini sebenarnya berlangsung serentak seluruh negara yang mana ada memaparkan siaran langsung dari Terengganu yang mana berlangsungnya ucapan dan amanat Tuan Guru Presiden Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang.

 Web TV PAS dipancarkan secara langsung on air dari Terengganu dan Taman Melewar, Gombak
 sebahagian muslimat yang turut menonton amanat Tuan Guru Presiden sejurus sahaja kami menunaikan solat sunat terawikh
 sebahagian perserta muslimin yang turun dari 24 kawasan untuk mendengar amanat dalam Munajat Perdana di malam 27 Ramadhan ini
para peserta menikmati minuman ringan selepas menonton Web TV PAS 

Program bermula dengan pendaftaran, solat maghrib, iftar dan seterusnya solat isyak yang diimamkan oleh Timbalan Pesuruhjaya 2, AF Ustaz Misbahul Munir Masduki. Selanjutnya, solat terawikh pula diketuai oleh SUK Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Yop Halim.

 solat-solat sunat taubat, tahajjud, dan seterusnya ditutup dengan witir satu rakaat
 solat-solat sunat dan munajat ini dipimpin oleh Ketua Lajnah Tarbiyyah Badan Perhubungan PAS Perak,
AF Ustaz Sidek Nor
suasana bersahur yang meriah sekali, terasa kenikmatannya, syukur Alhamdulillah

Selepas Solat Subuh pula, satu tazkirah atau kuliah subuh yang menggetarkan hati-hati para peserta yang disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Ipoh Barat iaitu AF Ustaz Nor Azli Musa. Beliau juga menceritakan tentang pengalaman suka dukanya sepanjang program di Bait Hanun, Palestin. Beliau pergi ke sana selaku wakil Dewan Ulamak PAS Perak yang menghantar bantuan dalam misi kemanusiaan yang turut disertai misi RADIG2 dari satu pertubuhan NGO bernama MAPIM.

 AF Ustaz Nor Azli Musa, juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak sedang menceritakan pengalamannya sepanjang berada di Ghazah, Palestin
 AF Ustaz Saleh Mat Said, antara AJK Dewan Ulamak PAS Perak yang terlibat menjayakan program ini
 turut mengikuti Kuliah Subuh ini
Ustaz Azli menceritakan tentang salah seorang pejuang Hamas yang bercakap-cakap dengannya diperbatasan yang mana keadaannya dalam keadaan buta, "Kenapa kamu berada di sini? Sedangkan kamu buta." Jawab sibuta itu, "Sesungguhnya aku mahu darah dari badanku ini menitis menyusul syahid ke syurga yang mana mataku telah pun mendahului berada di syurga semasa pertempuran 22 hari yang lalu di sini."

Program Munajat Perdana peringkat Negeri Perak yang turut berlangsung seluruh negara secara serentak ini berakhir dan bersurai selepas subuh kira-kira jam 7.30 pagi.

Friday, August 26, 2011

KEMERDEKAAN MEMBANGUN JIWA BANGSA

(26 Ramadhan 1432H / 26 Ogos 2011M) KEMERDEKAAN MEMBANGUN JIWA BANGSA
اَلْحَمْدُللهِ الْقاَئِلِ : إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًۭا ﴿١٥﴾ وَأَكِيدُ كَيْدًۭا ﴿١٦﴾ فَمَهِّلِ ٱلْكَـٰفِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًۢا ﴿١٧﴾ – سورة الطارق : ۱٥ - ۱٧
Sesungguhnya mereka bermati-mati menjalankan rancangan jahat. Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau mengharapkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.
أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah sama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T kerana keimanan dan kesyukuran adalah asas kepada taqwa yang dituntut oleh Allah.
Muslimin Muttaqin Yang Berbahagia, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana pada tahun ini kita sekali lagi menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita. Kita juga harus bersyukur kerana sambutan kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada hari raya kedua yang merupakan saat kita mengecap kemenangan menundukkan hawa nafsu kita. Sesungguhnya kemerdekaan ini adalah salah satu nikmat Allah yang cukup besar kepada kita semua. Islam menuntut umatnya berjihad untuk mendapatkan dan mempertahankan kemerdekaan. Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah berjihad dengan berhijrah keluar dari kampung halaman sendiri semata-mata untuk mendirikan sebuah Negara Islam Madinah yang merdeka bagi tujuan melaksanakan Syariat Allah seluruhnya. Maka kemerdekaan adalah satu wasilah terpenting untuk melaksanakan Syariat Allah, bukan merupakan satu perayaan yang semata-mata diraikan, seolah-olah kita memberikan pengiktirafan kepada dosa-dosa penjajah yang memeras hasil bumi kita yang tercinta. Para Sahabat bukan sahaja mencari kemerdekaan di Madinah malah turut berjihad memerangi Negara-negara lain untuk memerdekakan rakyatnya daripada cengkaman pemerintahan kuffar kepada kebebasan memilih aqidah Islam.
Sidang Jumaat Sekelian, Sekian lama kita menyambut kemerdekaan, tidak banyak perubahan yang berlaku terhadap Umat Islam dan Bangsa Melayu keseluruhannya. Kita masih lagi menjadi Bangsa yang kerdil dan tidak menjadi pengatur dan penentu dalam kehidupan masyarakat dan negara. Anak-anak remaja kita masih menjadi beban kepada usaha pembudayaan masyarakat dan menghadapi krisis identiti yang tidak berkesudahan. Bangsa kita masih menjadi bangsa yang malas dalam segala hal, malas membaca, malas berfikir dan malas berusaha sehingga kita sering teraniaya.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Sudah merdekakah diri dan jiwa kita seiring dengan kemerdekaan Negara ? Ada orang berpendapat bahawa manusia menjadi merdeka apabila negaranya merdeka. Ada orang menganggap bahawa kemerdekaan itu mesti dihayati dan dinikmati sepenuhnya, dengan melakukan apa sahaja yang terlintas di hati dan terlihat di mata. Ada juga orang yang berpendapat bahawa kemerdekaan bermakna kita mesti berpuas hati terhadap apa sahaja yang ada pada hari ini, walaupun tiada sebarang pembaikan dan perubahan dengan semata-mata bersandar kepada konsep kesyukuran.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Untuk menilai sejauh mana kita telah menghayati kemerdekaan, maka kita perlu mengetahui apakah pandangan Islam terhadap kemerdekaan. Kemerdekaan atau kebebasan merupakan salah satu prinsip asas dalam Syariat Islam. Islam melihat kebebasan sebagai suatu keperluan asasi bagi setiap manusia. Sebab itulah disebutkan bahawa Islam membuka negeri-negeri ketika menawannya bukan menjajahnya kerana Islam tidak bertujuan menguasai tetapi bertujuan membebaskan manusia bagi menerima kebenaran Allah. Kita tidak melihat mana-mana kerajaan Islam yang memaksa rakyatnya memeluk Islam walaupun kita melihat ramai umat Islam disiksa dan dianiayai semata-mata kerana menerima Islam.
Kaum Muslimin Yang Berbahagia, Mungkin banyak kesilapan yang kita lakukan dalam menghayati semangat kemerdekaan selama ini. Kita mewarisi pendekatan penjajah yang menjadikan kita sebagai bangsa yang lemah. Melayu dan Umat Islam menjadi lemah kerana penjajah mahukan kita menjadi lemah. Kita dimomokkan dengan gelaran peribumi dan dibiarkan karam dengan ego sebagai Bangsa Tuan dan ujub yang ketuanan tersendiri. Bangsa asing dilatih dan didedahkan dengan aktiviti ekonomi sehingga mereka mampu berdikari. Jiwa Melayu tidak pernah dibangunkan dengan kekuatan semangat sehingga mereka hilang jati diri. Melayu dibiarkan terus lemah sehingga jiwa dan minda mereka sebati dengan kelemahan. Kebanyakan kita sudah menerima bahawa bangsa kita adalah bangsa yang lemah dan tidak akan ada jalan untuk menghilangkan kelemahan tersebut.
Sidang Jumaat Sekelian,Islam mempunyai kaedah dan pendekatan yang amat berkesan dalam membangunkan jiwa umatnya. Islam tidak pernah menghina manusia malah menaikkan semangat umatnya dengan pujian dan pengiktirafan.
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ ﴿٤﴾
Sesungguhnya kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian – At-Tin : 4
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩﴾
Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang terhebat jika kamu orang-orang yang beriman. – Ali Imram : 139.
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ .... ﴿١١٠﴾
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah. – Ali Imran : 110
Sidang Jumaat Sekelian, Kita tidak boleh lagi menganggap Bangsa kita adalah bangsa yang lemah. Jangan lagi kita mengulangi ungkapan “Melayu Mudah Lupa”, “Melayu Haprak”, “Janji Melayu” dan sebagainya. Tonjolkanlah kejayaan dan kehebatan yang ada pada bangsa kita agar generasi akan datang merasa malu untuk mengaku sebagai Islam dan Melayu selagi belum memiliki kehebatan tertentu. Anggaplah kelemahan yang ada pada kita sebagai satu cabaran untuk kita melakukan perubahan bukan isyarat kehancuran buat generasi akan datang.
Wahai insan-insan bertaqwa sekelian, Satu-satunya jalan untuk menjadi bangsa merdeka dan mengekalkan kemerdekaan adalah dengan membentuk masyarakat bertaqwa. Mana mungkin Allah akan mengangkat martabat bangsa yang terus-terusan menderhakaiNya. Apalah gunanya kebebasan fizikal. Jika hati masih terpenjara. Apalah gunanya sorakan kemerdekaan jika di sanubari tiada terdidik sebarang rasa untuk mempertahankannya. Apalah gunanya kibaran bendera merata-rata jika tiada lagi semangat juang untuk mempertahankan agama dan negara. Apa di bangga keamanan dan kemewahan negara jika hari yang berlalu hanya menambahkan dosa.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Thursday, August 25, 2011

KHUTBAH HARI RAYA EIDUL FITRI 1432 H

Khutbah keluaran Dewan Ulamak PAS Negeri Perak dalam format file pdf boleh dimuat turun di laman 4shared.com.  KLIK SINI.

Tuesday, August 23, 2011

TAKZIAH ATAS KEMATIAN AMMAR BIN ARMAN

Dewan Ulamak PAS Negeri Perak mengucapkan takziah atas kematian anak kepada salah seorang Ahli Jawatan kuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Perak, Ustaz Arman Bin Yusuf iaitu Ammar Bin Arman yang telah selamat dikebumikan di Felda Gunung Besout 1 jam 10.00 pagi tadi.

Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada semua ahli keluarga beliau agar tabah menghadapi segala ujian.

Monday, August 22, 2011

Khutbah Aidil Fitri

خطبة عيد الفطري
كواجيفن ممفرتاهنكن عقيدة أومت
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِلله ِالْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا ، وَالحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.
اَلحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتاَبِ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجاً
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَباَرِكْ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ.
فَياَ عِباَدَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقاَتِهِ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
واهي همب-همب الله،
برتقواله كامو كفد الله دغن سبنر-بنر تقوى، دان جاغنله كامو ماتي ملأينكن دالم كادأن كامو بنر-بنر سباضاي اورغ-اورغ إسلام.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِلله ِالْحَمْدُ
سيدغ حاضرين سكلين,
دانتارا كإيستيميوأن عيد الفطري دنضارا اين فد تاهون اين اداله كران اياث دسمبوت سلغ سهاري دغن سمبوتن هاري اولغ تاهون كمرديكأن نضارا. كيت مراعيكن دوا كضمبيرأن فد هاري اين دمان كيت تله برجايا منجالاني عبادة فواس سبولن رمضان دتمبه دغن كضمبيرأن مغنغ دتيك فمبيباسن نضارا داري كظاليمن فنجاجه. كضمبيرأن اين تيدق اكن كيت كخافي جك كيت ماسيه لاضي دبلغضو دان دفرينته اوليه فنجاجه يغ فستيث تيدق اكن ممبريكن حق سفنوهث باضي كيت اونتوق تروس بيباس برضرق، بيباس برضمبيرا دان بيباس مغعملكن اضام كيت.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِلله ِالْحَمْدُ
سيدغ حاضرين سكلين,
كضمبيرأن دان كبيباسن اين واجب كيت فرتاهنكن سلاضي اد حياة كيت. دسباليق حق كيت مراعيكن عيد الفطري دان مغنغ كمرديكأن نضارا، اد امانه دان تغضوغجواب يغ ترلتق دباهو ستياف كيت. سباضاي خليفة الله دموكا بومي، كيت واجب ممستيكن بهوا دنيا اين دتدبير اوليه مريك يغ مغتهوءي تغضوغجواب مريك أونتوق منجاض اضام دان منتدبير دنيا دغن فراتوران اضام الله.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِلله ِالْحَمْدُ
مسلمين يغ درحمتي الله سكلين,
أومت اسلام دنضارا اين سدغ مغهادافي انخامن ترهادف عقيدة دان كإيمانن مريك. كبيباسن فغانوت اضام لأين باضي مغعملكن اضام مريك تله مولا دسالهضوناكن اوليه موسوه-موسوه الله. افاكه أومت اسلام يغ تيغضل دنضارا يغ دفرينته اوليه أورغ-أورغ بوكن اسلام اكن دبنركن سبيباس- بيباسث مثيبركن اجاران اسلام كفد فغانوت اضام نضارا ترسبوت. ماله دسبهاضين بسر نضارا بوكن اسلام أومت اسلام دهالغ برعمل دغن اجاران اسلام ماله دكناكن برباضاي اوندغ-اوندغ كاروت سباضايمان مشاركت اسلام ( Xinjiang) ، بارت لاوت خينا يغ دحرامكن برفواسا، برصلاة تراويح دان منجالنكن اكتيؤيتي كأضمأن اوليه كراجأن مريك. باضي أومت اسلام يغ بردضيل اكن دكناكن برباضاي حكومن يغ دريكا سسوكا هاتي مريك. مك افاكه واجر كتيك كيت ممرينته كيت ممبياركن مريك برضرق بيباس ممرتدكن أومت اسلام. كضمبيرأن كيت مثمبوت رمضان تله دخماري دغن بريتا ساتو ضريجا خوبا ممرتدكن أومت اسلام دغن ممبري مكانن فرخوما دان بنتوان كواغن. كيت جوضا دضمفركن دغن كيس فوست تويشين (Tuisyen) يغ مماسوقكن فغاروه كريستيان (Kristian) كفد انق-انق أومت اسلام. مك افاكه تينداقكن كيت دالم مغهادافي كضاواتن اين. جك تيدق اد تيندافكن تضس درفد فيهق بركواس، مك افاكه جامينن بهوا فركارا اين تيدف اكن براولغ. سيا-سياله سمبوتن عيد الفطري دان سمبوتن كمرديكأن يغ كيت سمبوت فد تاهون اين جك كيت هاث ممبياركن سهاج سودارا سأضام كيت دمرتدكن، سدغكن دالم ماس يغ سام كيت بربغضا دغن كواس فمرينتاهن يغ اد فد كيت. نينيق مويغ كيت برقوربان ثاوا ممبيباسكن عقيدة كيت داري فنجاجه، مالغث كيت ممبياركن انق خوخو كيت دروسقكن عقيدة مريك سوينغ-وينغث دالم فمرينتاهن كيت.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِلله ِالْحَمْدُ
مسلمين يغ درحمتي الله سكلين,
كضاواتن اين منونجوقكن كضاضالن كيت دالم ملقساناكن أمانه سباضاي فمرينته يغ دبريكن ككواسأن اوليه الله. افاكه واجر ستله 54 تاهون كيت بيباس دري فنجاجاهن، عقيدة اومت اسلام ماسيه بضيتو لمه دان بوليه دمرتدكن سبضيتو موده. كنافاكه كتيك كيت ماسيه ممرينته دان ممفوثإي كواس اونتوق منغكف سسيافا سهاج، كيت مغواسإي ميديا (MEDIA) اونتوق ممبوات برباضاي فروفاضندا، نامون كيت ماسيه ضاضل ممفرتاهنكن عقيدة اومت. كنافاكه ستله سكين لاما كيت منجادي فمرينته، كيت ماسيه ضاضل منجاديكن اسلام دليهت سباضاي خارا هيدوف يغ ترباءيق. الله برفرمان دالم سوره الحج ايات 41 :
ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ أَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُوا۟ بِٱلْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا۟ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلْأُمُورِ ﴿٤١﴾
يإيت مريك يغ جك كامي بريكن مريك ككواسأن ممرينته دبومي نسخاي مريك منديريكن سمبهيغ سرتا ممبري زكاة، دان مريك مثوروه بربوات كبإيقكن سرتا ملارغ دري ملاكوكن كجاهتن دان فركارا يغ موغكر دان ﴿ايغتله باضي الله جواله كسودهن سضالا اوروسن.
ساله ساتو توضس ترفنتيغ فمرينته اداله "امر معروف نهي منكر". تيدق اد كموغكرن يغ لبيه بسر كخوالي كموغكرن بركاءيتن عقيدة دان مثكوتوكن الله. فرمان الله سبحان وتعالى :
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَ‌ٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيدًا ﴿١١٦﴾
سسوغضوهث الله تيدق اكن مغمفونكن دوسا اورغ يغ ممفرسكوتوكنث دغن سسواتو دان اكن مغمفونكن يغ لاين درفد كسالهن ايت باضي سسيافا يغ دكهندقكيث ; دان سسيافا يغ ممفرسكوتوكن الله دغن سسواتو، مك سسوغضوهث دي تله سست دغن كسساتن يغ امت جاوه – سوره النساء ايات 116.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِلله ِالْحَمْدُ
مسلمين مسلمات سكلين,
عقيدة اومت تيدق اكن ممفو دفرتاهنكن كخوالي اوليه مريك يغ سمفورنا كايماننث. كتيك سيدنا عمر الخطاب ممفرتيكايكن تيندقكن خليفة ابو بكر الصديق يغ مرنخغ ممراغي ضولوغن يغ اغضن ممباير زكاة، بضيندا دغن تضسث تله مثيندير سيدنا عمر دغن كاتث :
اكو مغهارفكن اغكاو اكن منولوغكو. تافي اغكاو داتغ مغخيواكنكو سباضاي سمسيغ دزمان جاهلية دان سباضاي فغخوت دزمان اسلام. دمي الله اكو اكن ممراغي مريك يغ ممبيذاكن انتارا كواجيفن زكاة دان كواجيفن صلاة.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِلله ِالْحَمْدُ
مسلمين مسلمات سكلين,
كالاو كيت مليهت كفد تيندقكن خليفة ابو بكر، اياث تيدق هاث ترحد كفد فرلاكوان مرتد سخارا جلس. باضي كيس ضولوغن يغ اغضن ممباير زكاة، مريك دأغضف سباضاي مرتد عقيبة منولق سباهاضين درفد حكوم-حكوم الله. الله ممرينتهكن كيت منريما اسلام سخارا كسلوروهنث تنفا مميليه-ميليه حكوم يغ كيت سوك سهاج يغ اونتوق دطاعتي. فرمان الله سبحانه وتعالى :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةًۭ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ‌ٰتِ ٱلشَّيْطَـٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّۭ مُّبِينٌۭ ﴿٢٠٨﴾
واهاي اورغ-اورغ يغ برايمان! ماسوقله كامو كدالم اضام اسلام ﴿دغن مماتوهي سضالا حكوم-حكومث دان جاغنله كامو منوروت جيجق لغكه شيطان; سسوغضوهث شيطان ايت موسوه باضي كامو يغ ترغ ثات.
اسلام مستيله دتريما دان دعمالكن سخارا مثلوروه. كيت تيدق دكيرا برايمان جك كيت برايمان دان فاتوه كفد سباهاضين اجارن القرءان دالم ماس يغ سام مغايغكاري دان منولق سباهاضين درفد اجارن القرءان. اندايث خليفة ابو بكر الصديق ماسيه اد هاري اين افاكه اوسها ممراغي ضولوغن مرتد اين ماسيه برتروسن سهيغض كهاري اين.
أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ ٱلْكِتَـٰبِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍۢ ۚ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفْعَلُ ذَ‌ٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْىٌۭ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰٓ أَشَدِّ ٱلْعَذَابِ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ ﴿٨٥﴾ أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ﴿٨٦﴾
مك فاتوتكه كامو هاث فرخاي كفد سباهاضين كتاب دان مغايغكاري اكن سباهاضين يغ لأين؟ مك تيادله بالسن باضي اورغ يغ بربوات دمكين ايت دانتارا كامو، سلاين دري كهينأن كتيك هيدوف ددنيا دان فد هاري قيامة اكن دتولق مريك كدالم عذاب سيقسا يغ امت برت دان ﴿ايغتله، الله تيدق سكالي-كالي لالاي اكن اف يغ كامو لاكوكن.
مريك ايتله اورغ-اورغ يغ ممبلي كهيدوفن دنيا دغن ﴿منيغضلكن فرينته-فرينته الله يغ ممباوا كبهاضيأن دالم كهيدوفن آخرة; مك تيدق اكن دريغنكن عذاب سيقسا مريك دان مريك فولا تيدق اكن دبريكن فرتولوغن.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ،
اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ،
اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ.
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكَ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ وَجَاهَدَ جِهَادَهُ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.
مسلمين دان مسلمات يغ درحماتي الله سكلين،
ساي برفسن كفد كامو سموا دان جوض كفد ديري ساي سنديري سفاي برتقوى كفد الله تعالى دغن سبنر-بنر تقوى. سسغضوهث برجاياله اورغ-اورغ يغ برتقوى ددنيا دان دآخرة. خاريله بكالن، كران سسغضوهث بكالن يغ تربأيك اياله برتقوى كفد الله.
فد هاري راي عيدالفطر يغ مليا اين، كيت بركمفول درومه الله انتوق ممبسركن الله، برتحميد دان برتكبير مننداكن كشكوران يغ تيدق ترهيغض كفد الله يغ تله مغورنياكن نعمة ايمان دان اسلام. كيت جوض برشكور دان برضمبيرا كران برجاي منجالني ساتو عبادة، يأيت عبادة فواس يغ فنوه دغن اوجيان. دهارفكن بضيتوله جوض دغن عبادة-عبادة لأين يغ كيت لقسناكن دغن فنوه كإخلاصن كفد الله.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِلله ِالْحَمْدُ
مسلمين دان مسلمات سكلين،
باثق لاضي توضس دان أمانه يغ سفاتوتث كيت لاكوكن تتافي كيت ابايكن بضيتو سهاج. اوليه كران جناية مرتد اداله مروفاكن جناية بسر ترهادف فنخيفتا مك تيندقكن تضس مستيله دكناكن ترهادف مريك دان سسيافا سهاج يغ برشبهة دغن مريك. اوليه كران سباهاضين فنجناية اين اداله اورغ بوكن اسلام مك محكمة عوام هندقله دضوناكن باضي مغمبيل تيندقكن. حق ضولوغن مرتد سباضاي بوميفوترا هندقله دلوخوتكن كران مريك بوكن لاضي ملايو مغيكوت تعريف فرلمباضأن فرسكوتوأن. بضيتو جوضله دغن حق مريك دالم مورايثي هرتا فساكا، حق منجادي والي، هوبوغن سوامي استري دان سباضايث.
جك مريك يغ ترليبت دالم مغضالقكن جناية اين برلاكو اداله اورغ-اورغ بوكن اسلام، مك حكومن كأتس مريك جوض مستيله دكناكن كران اياث ملغضر اوندغ-اوندغ نضارا.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آَلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آَلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِيْنَا وَعَنْ جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ إِيْمَانًا كَامِلاً، وَيَقِيْنًا صَادِقًا، وَلِسَانًا ذَاكِرًا، وَقَلْبًا خَاشِعًا، وَعَمَلاً صَالِحًا مُتَقَبَّلاً.
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ مِنْ كُلِّ بَلِيَّةٍ، وَنَسْأَلُكَ تَمَامَ الْغِنَى عَنِ النَّاسِ. اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا اْلإِيْمَانَ وَزَيِّنْهُ فِى قُلُوْبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوْقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِيْنَ.
اَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ.
اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَآخِذْنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَآءُ مِنَّا، وَلاَ تَحْرِمْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا فَضْلَكَ، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لاَ يَخَافُكَ وَلاَ يَرْحَمُنَا.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ. وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ، وَدَمِّرِ الْكَفَرَةَ أَعْدَآءَكَ أَعْدَآءَ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا السُّلْطَان أزلن محب الدين شاه ابن المرحوم سلطان يوسف عز الدين شاه غَفَرَ اللهُ لَهُ ، كَمَا نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ أَنْ تُصْلِحَ أَئِمَّتَنَا وَوُلاَتَ أُمُوْرِنَا، وَاجْعَلْ وِلاَيَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِناَ وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَآءِ ذِىْ الْقُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ. يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. وَاذْكُرُوا اللهَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ. وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ. وَاللهَ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.
Khutbah ini juga boleh dimuat turun dalam format pdf di 4shared.com. Klik di sini.

Sunday, August 14, 2011

PENGAJARAN ISU SIASATAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) TERHADAP PENGANJURAN PROGRAM DI DAMANSARA UTAMA METHODIST CHURCH


Islam mewajibkan penganutnya  mempertahankan aqidah masing-masing. Islam juga mewajibkan pemimpin-pemimpin Islam mempertahankan aqidah rakyatnya dari sebarang usaha mencemarkannya dari mana-mana pihak.
Dalam masa yang sama Islam juga membenarkan penganut agama lain mengamalkan agama mereka dengan bebas di dalam Negara Islam. Islam juga melarang mana-mana orang Islam dan pemimpin Islam melakukan kezaliman terhadap penganut agama lain. Al Quran meletakkan garis panduan dalam surah Al Haj, ayat 40 :
وَلَوْلَا دَفْعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍۢ لَّهُدِّمَتْ صَوَ‌ٰمِعُ وَبِيَعٌۭ وَصَلَوَ‌ٰتٌۭ وَمَسَـٰجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا ٱسْمُ ٱللَّهِ كَثِيرًۭا ۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِىٌّ عَزِيزٌ ﴿٤٠﴾
“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
Rasulullah S.A.W  telah menafsirkan perintah Allah secara amalan, apabila Islam melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika berlakunya perang. Walaubagaimanapun ini tidaklah menafikan hak pemerintah Islam dari mengawal gereja-gereja dan paderi-paderi daripada melakukan sesuatu yang salah dan menjejaskan keselamatan Negara. Jika sekiranya gereja digunakan sebagai tempat simpanan senjata untuk melakukan pemberontakan maka adalah menjadi tanggungjawab pemerintah Islam bagi melakukan pemeriksaan malah melakukan serbuan termasuk menutup gereja tersebut sehinggalah ianya digunakan bagi tujuan asal ianya didirikan. Maka apakah keselamatan yang lebih utama berbanding keselamatan agama dan aqidah Umat Islam yang tinggal di negara yang dipimpin oleh Umat Islam itu sendiri.
Dalam usaha menjaga kesucian Islam, Allah juga memerintahkan para pemimpin Islam agar memastikan tidak berlaku pencemaran terhadap aqidah dan kesucian Islam walaupun kelihatannya seolah-olah tidak berlaku adil terhadap penganut agama lain. Allah dengan jelas melarang umat Islam yang mempunyai kuasa daripada membenarkan orang bukan Islam daripada memasuki Masjidil Haram (termasuk Tanah Haram) bagi memastikan kesuciannya.
 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْمُشْرِكُونَ نَجَسٌۭ فَلَا يَقْرَبُوا۟ ٱلْمَسْجِدَ ٱلْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـٰذَا ۚ وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةًۭ فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦٓ إِن شَآءَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌۭ ﴿٢٨﴾
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjidilharam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Adalah  tidak wajar sama sekali mana-mana umat Islam menggadaikan aqidah mereka dengan harga yang begitu murah.  Jika para sahabat sangup mati dan menanggung berbagai penyiksaan bagi mempertahankan aqidah mereka, apakah wajar kita menggadaikan aqidah kita dengan hanya mengharapkan bantuan kewangan yang tidak seberapa daripada musuh-musuh Allah.
وَلَا تَشْتَرُوا۟ بِعَهْدِ ٱللَّهِ ثَمَنًۭا قَلِيلًا ۚ إِنَّمَا عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيْرٌۭ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩٥﴾ مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ ۖ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ بَاقٍۢ ۗ وَلَنَجْزِيَنَّ ٱلَّذِينَ صَبَرُوٓا۟ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ﴿٩٦﴾
Dan janganlah kamu jual belikan agama Allah dengan  keuntungan dunia yang sedikit, sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahuinya. Apa yang ada pada kamu akan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan ganjaran yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. – An-Nahl : 95-96

Kemiskinan yang berlaku ke atas Umat Islam tidak sepatutnya dituding ke atas pihak Baitulmal semata-mata. Kita seharusnya berlaku adil dalam melakukan penilaian dengan mengambilkira jumlah kutipan zakat yang tak seberapa berbanding pemohon bantuan yang mengaku layak menerimanya. Tidak kurang juga berlakunya cubaan menipu bagi mendapatkan peruntukan walaupun hakikatnya mereka tidak layk menjadi asnaf. Berbagai pihak termasuk agensi dan yayasan yang ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan, wakil-wakil rakyat, pemimpin tempatan dan para hartawan yang beragama Islam perlu bertanggungjawab terhadap nasib umat Islam di negara ini. Dengan kemewahan negara yang kita  kecapi ini tidak sepatutnya masih ada lagi rakyat yang melarat. Sikap kita yang sering melakukan diskriminasi dalam menyalurkan bantuan sering menyebabkan ada sesetengah pihak yang tidak mendapat hak mereka sebagai rakyat. Jika rasuah dan penyelewengan berjaya dihapuskan secara menyeluruh pastinya rakyat negara ini akan dapat hidup dengan selesa menikmati kemewahan negara bersama-sama.



Di antara pengajaran yang perlu diambil oleh semua pihak daripada isu adalah :
a.     Setiap pihak mestilah mendapatkan maklumat yang lengkap daripada semua pihak sebelum membuat apa-apa komen dan ulasan.
b.     Setiap umat Islam wajib mempertahankan aqidah dan menyokong apa sahaja usaha dari mana-mana pihak dalam mempertahankan aqidah.
c.      Umat Islam hendaklah menyerahkan perkara ini kepada kebijaksanaan pihak berkuasa agama memandangkan mereka lebih tahu arif berkaitan bidangkuasa mereka sendiri.
d.     Setiap pandangan yang dilontarkan oleh mana-mana pihak berkaitan hukum hakam terutamanya yang bersangkutan dengan isu pentadbiran dan Siasah Syar’iah hendaklah berdasarkan maklumat yang tepat dan menggunakan dalil yang tepat dan meraikan suasana dan keadaan semasa tanpa terlalu terikat dengan suasana zaman terdahulu semata-mata.
e.      Umat Islam mestilah melihat sesuatu isu dan mengambil pendirian berdasarkan keutamaan mengikut ketentuan Syarak. Persoalan aqidah wajib diutamakan berbanding persoalan lain seperti persoalan akhlak, persoalan dakwah bagi menjaga dan mengambil hati orang kafir dan sebagainya.
Setiap kita wajib berusaha mencari jalan mengatasi masalah dalam masyarakat kita dan jangan hanya pandai bercakap dan mencari kesalahan berbagai pihak .