Friday, May 29, 2020

KHUTBAH JUMAAT - 6 SYAWAL 1441 / 29 MEI 2020

SYAWAL PENGUKUR IMPAK RAMADAN

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلْ:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ ﴿٢﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t, dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang bertaqwa di dunia, dan di akhirat kelak kita berjaya memasuki syurga Allah s.w.t. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk; "Syawal Pengukur Impak Ramadan".

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Kehadiran bulan Syawal bukanlah semata-mata meraikan kejayaan melipat gandakan amal ibadat sepanjang bulan Ramadan, sebaliknya ia adalah kayu ukur, sama ada puasa yang kita laksanakan itu benar-benar memberi impak kepada jiwa kita atau sebaliknya. Justeru, antara amalan sunat yang menjadi rebutan umat Islam ialah berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Antara nikmat yang sungguh hebat untuk mereka yang berpuasa ialah syurga yang dikhaskan kepada orang yang berpuasa sahaja, seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ 

Maksudnya: "Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Ar-Raiyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka, tidak ada yang dibenarkan masuk". (Hadits riwayat Muttafaqun 'alaih)

Dalam menilai sejauh mana kedudukan puasa Ramadan seseorang muslim, maka puasa sunat 6 boleh dianggap antara kayu pengukur tahap ketaqwaan selepas berjaya berpuasa sebulan.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Amalan berpuasa sunat 6 hari Syawal lebih afdal dilakukan berturut-turut di awal bulan Syawal, iaitu bermula daripada 2 Syawal. Namun sekiranya tidak mampu, ia boleh dikerjakan secara berselang-seli sepanjang Syawal kerana kelebihannya tetap ada. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w menganjurkan puasa sunat 6, baginda menyebut Syawal secara umum tanpa menentukan hari-harinya.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Berpuasa sunat di bulan Syawal pada sebelum-sebelum ini memang mencabar kerana bukan mudah melihat orang lain bebas makan, minum dan menikmati hidangan yang enak. Begitu juga dengan amalan rumah terbuka 'Eidilfitri yang menjadi lumrah setiap tahun. Maka Allah s.w.t memberikan ganjaran yang besar kepada mereka yang berjaya melepasi 'ujian' ini.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Pada tahun ini, amalan ziarah menziarahi tidak dibenarkan kecuali pada hari raya pertama. Justeru, tidak ada alasan lagi bagi umat Islam, untuk tidak berpuasa sunat Syawal. Puasa mendekatkan diri kepada awal (hablum minAllah), manakala memenuhi jemputan pula adalah menjaga hubungan sesama manusia (hablum minannas). Jadi marilah kita sama-sama meraikan kemenangan umat Islam pada Ramadan yang lalu dengan berpuasa sunat 6 hari Syawal sebaik-baiknya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini.

Bermula 1 Syawal yang lalu, terdapat peningkatan jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan oelh Kementerian Kesihatan Malaysia. Para jamaah diingatkan untuk berhati-hati, jaga kebersihan, amalkan penjarakkan sosial, elakkan pergi ke tempat orang ramai, dan banyakkan berdoa kepada Allah memohon kesejahteraan dan keselamatan daripada wabak Covid-19. 

قَالَ اللهُ تَعَالَى:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ. اللَّهُمَّ أدْفَعْ عَنَّا الْبَلَاء، وَالْوَبَاء خُصُوصًا وَيْرُوس الْكُورُونَا، وَالْغَلَاء، وَالْمِحَنِ وَالْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَنْ بَلَدِنَا خَاصَّةً وَعَنْ بُلْدَانَ عَامَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah, Engkau peliharalah negara Malaysia daripada wabak Covid-19, Engkau jauhilah negara kami daripada bala bencana, wabak penyakit, huru-hara, fitnah dan khianat.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 

Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

Thursday, May 21, 2020

KHUTBAH JUMAAT - 29 RAMADAN 1441 / 22 MEI 2020

RAMADAN PERGI SYAWAL MENANTI

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلْ:
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ ﴿١٥٢﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t, dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya taqwa adalah sebaik-baik bekal di akhirat, maka beruntunglah orang-orang yang menjadikan taqwa sebagai bekalan. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk; "Ramadan Pergi Syawal Menanti".

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Kita sekarang berada di penghujung Ramadan. Dua hari lagi kita akan meraikan hari kemenangan umat Islam iaitu Hari Raya 'Eidil Fitri. Justeru mimbar ingin menyeru kita semua agar bermuhasabah. Tanyakan diri kita, apakah Ramadan tahun ini benar-benar memberikan kesan kepada diri kita, atau ia berlalu begitu sahaja seperti bulan-bulan yang lain.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Apakah yang dilakukan oleh generasi salafus soleh di hujung Ramadan? Pada waktu inilah, mereka semakin kuat beramal daripada sebelumnya. Pada waktu inilah, mereka berlumba-lumba mengejar keampunan Tuhan, sedang generasi kita masih leka dibuai nafsu dan perkara sia-sia. Malam mereka meriah disimbah nur Al-Quran, sedang malam kita tidak bermaya akibat banyak makan di waktu berbuka. Hati mereka bercahaya digilap taqwa, sedang jiwa kita hitam dilumur dosa. Mereka bersedih dengan perginya Ramadan, sedang kita gembira dengan berlalunya Ramadan. Takbir mereka di pagi Syawal adalah takbir kemenangan, hadiah mujahadah sebulan Ramadan. Takbir kita pula lesu tidak bermaya, kerana puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Sebagai umat Islam yang cintakan Rasulullah s.a.w, tidakkah kita mahu mencontohi baginda s.a.w? Hayatilah firman Allah s.w.t dalam Surah Ali 'Imran ayat 31:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣١﴾ 

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Justeru, marilah kita jadikan akhir Ramadan dan Syawal yang bakal tiba ini sebagai kesempatan untuk meningkatkan ibadah. Mudah-mudahan setiap ibadah kita, dihitung sebagai amal soleh di sisi Allah s.w.t.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Mengakhiri khutbah pertama, marilah kita penuhkan dua hari Ramadan yang terakhir ini dengan amal soleh, kerana kita tidak pasti adakah kita dapat bertemu lagi bulan Ramadan akan datang. Manfaatkanlah kesempatan ini dengan sebaiknya, sebelum Ramadan berlalu meninggalkan kita.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini.

Menjelang 'Eidil Fitri tidak lama lagi, mimbar ingin memberikan ingatan mesra kepada para jamaah yang belum menunaikan zakat fitrah untuk segera menunaikannya. Mimbar juga menyarankan kepada para jamaah untuk sentiasa menjaga kebersihan, elakkan pergi ke tempat orang ramai, dan banyakkan berdoa kepada Allah memohon kesejahteraan, keamanan dan keselamatan daripada wabak Covid-19. Firman Allah Ta'ala:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ. اللَّهُمَّ أدْفَعْ عَنَّا الْبَلَاء، وَالْوَبَاء خُصُوصًا وَيْرُوس الْكُورُونَا، وَالْغَلَاء، وَالْمِحَنِ وَالْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَنْ بَلَدِنَا خَاصَّةً وَعَنْ بُلْدَانَ عَامَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 

Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

Thursday, May 14, 2020

KHUTBAH JUMAAT - 22 RAMADAN 1441 / 15 MEI 2020

GANJARAN DI AKHIR RAMADAN

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلْ:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Marilah kita tingkatkan kepada Allah s.w.t dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadan kali ini dapat mendidik kita menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk; "Ganjaran Di Akhir Ramadan".

Para tetamu Allah yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, hari ini kita sudah memasuki tempoh 10 hari terakhir di bulan Ramadan. Allah s.w.t telah menjanjikan dalam bulan Ramadan ini, terdapat satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar. Ganjaran pahala beribadah pada malam itu menyamai pahala seribu bulan, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Qadar ayat 1 hingga 3:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah turunkan Al-Quran pada malam Al-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kebesaran malam Al-Qadar itu? Malam Al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan".

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Rasulullah s.a.w apabila memasuki sepuluh malam akhir Ramadan, baginda mencari kelebihan Lailatul Qadar dengan menghidupkan malam-malam tersebut sebagaimana disebut dalam sebuah hadits:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan membangunkan ahli keluarga baginda". (Hadits riwayat Imam Al-Bukhari)

Marilah kita mencari ganjaran Lailatul Qadar dengan mempertingkatkan amal-amal soleh seperti mengadakan qiamullail di rumah, bertadarus Al-Quran, memperbanyakkan zikir, berdoa dan solat sunat, bersedekah kepada fakir miskin, anak yatim dan sesiapa sahaja yang memerlukan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dalam merebut ganjaran di akhir Ramadan ini, kita juga diwajibkan membayar zakat fitrah bagi menghayati erti kesusahan dan kelaparan orang faqir dan miskin. Zakat fitrah seolah-olah menjadi kemuncak kepada menghayati kesusahan dan erti kelaparan mereka. Sebab itulah, orang yang berpuasa dengan sepenuh hati, mereka akan benar-benar memahami kewajipan zakat fitrah dan segera menunaikannya, demi mendapat ganjaran besar di sisi Allah.

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pertama pada hari ini, marilah kita menghayati beberapa kesimpulan:

Pertama: Mempertingkatkan amal ibadah dengan mencari kelebihan Lailatul Qadar.

Kedua: Janganlah kita lalai dengan kesibukan mengejar dunia dan persiapan hari raya hingga kita lupa mempersiapkan amal soleh sebagai bekalan.

Ketiga: Sebagai pelengkap ibadah pada bulan Ramadan, janganlah kita lupa menunaikan zakat fitrah bagi mendapat ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t.

Mudah-mudahan Ramadan tahun ini akan menjadi titik perubahan dalam diri kita, menjadi insan bertaqwa dan diredai Allah s.w.t di dunia dan di akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini.

Mimbar juga menyarankan kepada para jamaah untuk sentiasa menjaga kebersihan, elakkan pergi ke tempat orang ramai, dan banyakkan berdoa kepada Allah memohon kesejahteraan, keamanan dan keselamatan daripada wabak Covid-19. Firman Allah Ta'ala: