Thursday, March 26, 2015

KHUTBAH JUMAAT - 27 MAC 2015M / 06 JAMADIL AKHIR 1436H



“KITAB MUKJIZAT : BUDAYAKAN AL-QURAN”

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَن لا إِلَهَ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ   فَازَ الْمُتَّقُونَ
قَالَ اللهُ تَعَالىَ

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿٢٩﴾

(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu, Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna (beringat mengambil iktibar) (Surah as-Shod : ayat 29)

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kita hendaklah menjadikan ajaran-ajaran Islam dihayati dan diamalkan dalam seluruh kehidupan kita. Oleh itu, marilah kita jadikan al-Quran sebagai pegangan hidup kita, kerana sesungguhnya al-Quran merupakan petunjuk dan penyelamat kepada kita di dunia dan di akhirat. Kita hendaklah yakin bahawa al-Quran sahaja yang mampu menjadi ubat dan penawar kepada segala macam penyakit rohani atau jasmani yang sedang menimpa masyarakat manusia dewasa ini.

Sidang Jumaat sekalian,

Al-Quran merupakan mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada umatnya. Sehingga tiada sesiapa pun yang mampu mencipta ayat-ayat al-Quran walaupun sepotong ayat yang setanding dengan kehebatan al-Qur’an. al-Quran adalah kitab suci yang kekal sifatnya, sangat istimewa dan sesuai untuk semua zaman dan tempat. Ia bukan panduan untuk satu-satu bangsa atau masa-masa tertentu sahaja tetapi merupakan pembawa rahmat kepada seluruh alam.

Manakala perbahasan dan pengajaran yang diketengahkan di dalamnya pula membawa banyak manfaat kepada umat manusia. Contohnya hasil kajian sains berkaitan biologi manusia (tubuh badan manusia) telah mengesahkan bahawa setiap manusia mempunyai cap jari yang berbeza antara satu sama lain.

Demikian juga kajian saintifik semasa telah menemui bahawa kulit manusia mempunyai sel-sel yang banyak serta paling sensitif. Perkara ini sebenarnya telah digambarkan oleh al-Quran ketika mana (orang-orang berdosa) penghuni neraka diazab kelak, setiap kali kulit-kulit mereka yang terbakar hangus akan diganti dengan kulit lain untuk menggandakan azabnya ditimpakan ke atas mereka.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Al-Quran merupakan kitab wahyu dan mukjizat kepada Baginda Rasulullah SAW dan kepada umat Islam. Membaca dan mempelajarinya adalah ibadah. Al-Quran mempunyai rahsia dan hikmah yang tinggi. Kunci kerahsiaannya perlu digali, pintu hikmahnya perlu diterokai supaya arah tuju perjalanan hidup kita sentiasa dalam keredhaan Allah SWT. Lebih-lebih lagi kita wajib mempercayai kitab al-Quran, kerana ia merupakan salah satu daripada rukun iman seorang Muslim.

Justeru, kita sebagai umat yang mengaku beriman dengan al-Quran, mestilah menjadikan al-Quran sebagai kitab bacaan dan rujukan utama dalam kehidupan. Menjadikan al-Quran sebagai benteng kepada godaan dunia serta sentiasa memohan dilindungi Allah SWT. Oleh yang demikian, dalam kesibukan harian, kita sewajarnya memberikan sedikit waktu dan ruang kepada diri dan keluarga kita untuk mencari keredhaan Allah SWT melalui pembacaan al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Yunus ayat 57 yang berbunyi :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ﴿٥٧﴾

Maksudnya : "Wahai ummat manusia ! sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakIt batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman ".

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekelian,

Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan bagi membudayakan al-Quran, antaranya :-

Menjadi kewajipan kepada kita sebagai ibu bapa, menunjukkan contoh teladan yang baik kepada ahli keluarga. Ibu bapa hendaklah sentiasa membaca al-Quran di rumah dan memastikan al-Quran dibaca oleh setiap ahli keluarga. Mengapa kita mempunyai masa untuk membaca akhbar, majalah, menonton TV, melayari internet, WhatsApp, Facebook dan lain-lain? Mengapa tidak boleh kita memperuntukkan sedikit masa untuk membaca al-Quran? Marilah sama-sama kita merenungi sabda Rasulullah SAW yang berbunyi :

اقْرَوُوا القُرْءآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِيْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا ِلأَصْحَابِهِ.

Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya ". (Riwayat Muslim )

Kita sebagai umat Islam sepatutnya menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa. Mereka yang membaca al-Quran, mendengar malah melihat al-Quran pun akan diberi pahala oleh Allah SWT. Kita hendaklah memperuntukkan masa untuk membaca al-Quran dalam sehari. Umpamanya selepas solat Maghrib adalah waktu membaca, mempelajari dan mentadabbur al-Quran dengan memanfaatkan masa emas tersebut bersama ahli keluaga.

Mengapa ada di kalangan ibu bapa merasa sangat sedih, kecewa atau dukacita sekiranya anak-anak kita gagal dalam pelajaran akademik? Tetapi, kenapa tidak ramai di kalangan ibu bapa akan merasa sedih atau kecewa jika anak-anak tidak tahu atau buta membaca al-Quran?

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekelian,

Akhirnya, ingin ditegaskan di sini bahawa Al-Quran bukan seperti kitab warisan yang hanya dibungkus kemas untuk dipamerkan atau untuk melariskan jualan atau memagari rumah dan sebagainya. Tetapi hakikat sebenarnya, al-Quran adalah sumber rujukan yang mampu menjadi penunjuk arah dalam kehidupan, di samping berupaya menangani pelbagai halangan, cabaran dan ancaman terhadap akhlak dan moral masyarakat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْآنِ الْعَظِيْم، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بما فيه من الآْيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْم، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْم.


Khutbah Kedua

الحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْ لاَ أَنْ هَدَانَا الله.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُه،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَىْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ، إِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Bersempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak pada tahun ini yang akan diadakan pada 29 dan 30 Mac 2015 bertempat di Hotel Casuarina Meru Ipoh, marilah sama-sama kita melapangkan masa menghadirkan diri bersama keluarga menjayakan program tersebut dan dalam masa yang sama kita cuba menghayati isi kandungan Al-Quran. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa disinari dengan nur dan hidayah dari Allah SWT.

Suka saya mengingatkan kepada sidang hadirin beberapa perkara yang perlu dihadamkan dan diamalkan dalam kehidupan kita seperti berikut:-

1. Kita wajib mengimani kitab al-Quran kerana ia merupakan pelengkap kepada kesempurnaan rukun Iman seseorang Muslim.
2. Kita yakin dan percaya bahawa isi kandungan al-Quran secara umum mempunyai prinsip dan dasar yang mengatur seluruh kehidupan manusia bermula dari sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besar urusan.
3. Kita jadikan amalan membaca Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya satu ayat dengan mengikut kaedah yang betul.
4. Kita berusaha menjadikan diri dan keluarga kita sentiasa dalam keredhaan Allah dengan beramal dengan akhlak al-Quran.
5. Kita menghayati pengajaran yang terkandung di dalam al-Quran, di samping menjadikan al-Quran sebagai benteng kepada godaan dunia serta sentiasa memohon dilindungi Allah SWT.

الم ﴿١﴾ ذَ‌ٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣﴾

Alif, Lam, Mim, Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. (Surah al-Baqarah : ayat 1-3)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِىْ بِلَادِنَا هَذَا وَفِىْ الْعِرَاقِ وَفِىْ فَلَسْطِيْنِ وَفِىْ كُلِّ مَكَانٍ وَفِىْ كُلِّ زَمَانٍ.

اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah! Muliakanlah Islam dan pendukung-pendukungnya, bantulah Islam dan perkembangannya, bantulah pendakwah-pendakwah Islam dan para mujahidinnya. Ya Allah, hancurkanlah kekufuran serta golongan munafik dan musyrikin, binasakanlah musuh-musuh agamamu dan segala sekutunya, engkau eratkanlah hubungan kami sesama Islam. Elakkan kami dari permusuhan yang boleh menyebabkan terlerainya persaudaraan Islam. Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com



Thursday, March 19, 2015

KHUTBAH - 20 MAC 2015M / 29 JAMADIL AWWAL 1436H



“YAHUDI NASRANI MENGUASAI MEDIA MASA”

Khutbah Jumaat

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْن
 أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

 أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله. إِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Sidang Jumaat rahimakumullah,

Saya berpesan kepada sidang Jumaat sekalian apatah lagi diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih tinggi nilainya di sisi Allah SWT selain daripada ketaqwaan seorang hamba kepadanya. Mudah-mudahan, kita akan beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Sebelum khatib memulakan khutbah pada hari jumaat yang mulia ini, ingin khatib mengingatkan kepada sidang jemaah sekelian supaya dapat memberi perhatian kepada isi khutbah agar dapat disampaikan kepada ahli keluarga yang tidak dapat bersama kita pada hari ini. insyALLAH.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Dewasa ini media massa telah menjadi suatu elemen yang amat penting sehinggakan seolah-olah ia tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan setiap hari. Media massa yang merangkumi majalah, radio, televisyen, telefon bimbit, dan alam maya (internet) mempunyai pengaruh yang amat berleluasa sehingga menjadi penyumbang kepada corak kehidupan masyarakat. Lihatlah sendiri bagaimana ia mampu menmpengaruhi tingkah laku masyarakat disekeliling kita dari aspek kehidupan sehinggakan ia mampu membina identiti baru dalam bangsa dan budaya kita.

Menyedari kekuatan pengaruh yang ada media massa, Yahudi dan Nasrani telah menggiatkan usaha mereka untuk memonopoli industri ini sejak berlakunya Perang Dunia Kedua di mana agenda mereka ialah untuk memesongkan akidah umat islam secara halus dan mengawal ekonomi dunia melalui dakyah media massa. Allah swt telah mengingatkan kita didalam surah al-baqarah ayat 120 yang berbunyi :

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾

Yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Pelbagai usaha dan agenda yang telah di lakukan oleh mereka dalam usaha untuk memastikan orang islam tergelincir daripada ajaran islam yang sebenar salah satunya melalui industri perfileman. Sedarkah kita bahawa hampir kesemua syarikat perfileman gergasi dunia dimiliki oleh orang yahudi? Hampir kesemua filem-filem yang diterbitkan berunsur lucah, pergaulan bebas, seks, keganasan dan keseronokan yang kesemuanya pasti akan merosakkan akhlak masyarakat umat islam.

Banyak kesan kerosakan akhlak yang telah dapat kita perhatikan disekeliling kita diantaranya pergaulan bebas diantara lelaki dan wanita. Cuba kita tanya kepada anak-anak kita, siapakah kawan-kawan mereka. Pastinya nama yang akan disebut bercampur diantara lelaki dan perempuan seolah-olah ianya tidak menjadi satu kesalahan untuk mereka. Walhal agama islam telah meletakkan satu benteng pemisah diantara lelaki dan perempuan semata-mata untuk menjaga maruah diri orang islam. Ketahuilah bahawasanya Allah telah mengharamkan ikhtilat iaitu pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang mana hukum ini adalah disepakati oleh ulama dalam pengharamannya kecuali berlaku dharurat syarie yang tidak dapat dielakkan.

Pergaulan bebas yang dikatakan sebagai berfikiran terbuka atau open minded tanpa di kawal oleh syariat islam akan menyebabkan kerosakan yang banyak dan akan mengusik naluri nafsu manusia sehingga berleluasa perlakuan seks bebas, sumbang mahram, anak luar nikah.

Sidang jumaat sekelian,

Bukan itu sahaja, terdapat juga rancangan realiti yang diwujudkan untuk meruntuhkan institusi kekeluargaan islam antaranya American idol, america got talent yang kemudian telah diikuti oleh masyarakat kita dengan akademi fantasia, mentor, sehati berdansa, kilauan emas dan sebagainya sehinggakan ada ibubapa yang menyokong anak-anak mereka mengejar populariti tanpa memikirkan tentang isu aurat, pergaulan bebas dan tanggungjawab mereka dalam menjaga maruah anak-anak perempuan mereka yang akan dipersoalkan oleh Allah di padang mahsyar kelak.

Para hadirin sekelian,

Tanpa kita sedari, masyarakat kita sudah mula untuk kembali mengikuti akhlak umat zaman jahiliyah sepertimana yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw didalam hadisnya yang berbunyi:


عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الخُدْرِيِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوْا فِي حُجْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ ؛ قُلْنَا: يَارَسُولَ الله (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) اليَهُودُ وَالنَّصَارَى؟ قَالَ: فَمَنْ؟ 
(رواه مسلم)

Dari Abu Said al-Khudri RH katanya: Nabi Muhammad SAW bersabda: Kamu semua akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak sekali kamu tetap akan mengikut mereka. Kami bertanya adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Sabda Nabi SAW: Siapa lagi kalau bukan mereka? (Riwayat Muslim no: 2669)

Lihatlah sekeliling kita. Hampir semua cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) telah menyerap masuk ke dalam kehidupan masyarakat kita. Cara kita menyapa saudara kita, fesyen berpakaian kita, kehidupan berumahtangga kita, cara kita berinteraksi dan cara kita berfikir telah hampir-hampir sama dengan mereka. Atau mungkin sudah sama dengan mereka?!!

Media telah berperanan dengan sangat cemerlang dalam mengubah sedikit demi sedikit masyarakat kita sejak puluhan tahun lamanya. Idea Yahudi dan Nasrani telah mencorak luar dan dalam jiwa kita. Televisyen telah menjadi alat yang paling efisyen merubah tanggapan dan mengelirukan minda ummat. Yang salah pada pandangan agama diperdanakan lalu menjadi paradigma. Yang benar pada pandangan agama dituduh dengan pelbagai label negatif. Sehingga Islam dilabelkan pengganas pada mata dunia.

Mana rancangan televisyen yang apabila barat mengadakannya, televisyen kita tidak mengikutnya? Hampir semua program rancangan televisyen yang dicipta Yahudi dan Nasrani ditiru lalu dicorakkan dengan versi tempatan. Dari rancangan berita, dokumentari, hiburan, kanak-kanak dan terkini program-program rancangan realiti memenuhi menu hidangan mata dan minda masyarakat kita.

Ya, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta telah kita tiru mereka. Kini ramai sudah berada hampir dengan lubang sempit yang kotor(lubang biawak), malah ada yang sudah bergelumang di dalamnya!!! Na`udzu billahi min dzalik!

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٣٢﴾ 

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (At-Taubah : 32)

 أَشْهَدُ أَنْ لاَإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ وَ حَبِيْبُهُ وَ خَلِيْلُهُ سَيِّدُ الإِنْسِ وَ الْبَشَرِ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى اَلِهِ وَ اَصْحَابِهِ وَ سَلَّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا.

عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat Sekelian,

Sebenarnya terlalu banyak media massa yang telah digunakan oleh Yahudi dan Nasrani untuk memesongkan masyarakat Islam kita daripada ajaran yang sebenar melalui hiburan, konsert, fesyen, sukan dan banyak lagi. Persoalannya, siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Apakah yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan zuriat kita daripada terus dihanyutkan oleh gelombang hedonisma yang dialunkan oleh Yahudi dan Nasrani?

Menyedari hakikat ini kerajaan telah menggiatkan usaha dalam penerbitan pelbagai saluran media massa seperti AL-HIJRAH, IKIM.FM, memperbanyakkan syarikat pengeluaran majalah-majalah islamik dan mempergiatkan lagi usaha-usaha di jabatan agama negeri untuk membuat kempen keagamaan bagi menghalang usaha jahat Yahudi dan Nasrani ini antaranya kem biah solehah, kem tahfiz, kem solat, ceramah-ceramah agama dan lain-lain lagi.

Walau bagaimanapun usaha seharusnya dimulakan dari rumah. Ibubapa perlu memantau program televisyen yang ditonton oleh anak-anak, siapakah kawan-kawannya, buku atau majalah apa yang dibaca. Dan pemantauan ini seharusnya dari kecil bukan setelah rebung menjadi buluh.

Kaum muslimin sekelian,

Kita perlulah membina benteng pertahanan dalam jiwa generasi umat islam yang akan datang iaitulah anak-anak kita. Adakah kita mahu membiarkan anak-anak kita semakin runtuh akhlaknya?

Katakanlah TIDAK kepada yahudi dan nasrani yang ingin memesongkan masyarakat kita daripada ajaran islam yang suci murni ini. Didiklah zuriat kita menjadi muslim dan muslimah yang sejati.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات،إِنَكَ سَمِيعٌ قَرِيبٌ مُجِيبُ الْدَعَوَات،وَيَاقَاضِيَ الْحَاجَات. 

Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah.

Ya Allah, hanya padamu kami berserah memohon keampunan kepadaMU, redakanlah bencana yang kami alami, lindungilah kami semua dari murkamu, hindarkanlah kami dari bencana-bencana yang lebih besar yang tidak mampu kami tanggungi. Kasihanilah kami semua Ya Allah! Sesungguhnya engkaulah penentu segalanya, bantulah kami menghadapinya. Kami bermohon kepadamu dengan penuh kerendahan hati, engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Makbulkan lah doa kami Ya Allah..... amin ya rabbal ‘alamin.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com


Thursday, March 12, 2015

KHUTBAH JUMAAT - 13 MAC 2015M / 22 JAMADIL AWWAL 1436H



“MEMARTABATKAN AL-QURAN”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَ‌ٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا ﴿٥٩﴾

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.- Surah An-Nisa’ : 59

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya serta sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, semoga kita akan mendapat keredhaan dan kemuliaan hidup di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar Jumaat pada kali ini ingin mengajak hadirin sekalian untuk sama-sama kita kembali kepada sumber hidayah kita yang utama, petunjuk dan penyuluh kehidupan kita, iaitu – tidak lain dan tidak bukan - al-Qur’an al-Karim. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:

الم ﴿١﴾ ذَ‌ٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾

Alif, Lam, Mim, Kitab al-Qur’an Itu, tiada keraguan padanya, sebagai sumber hidayah bagi mereka yang bertaqwa.

Justeru, jika kita ingin menjadi hamba Allah yang bertaqwa, berpeganglah kepada al-Qur’an, jadikanlah al-Qur’an sebagai sumber hidayah, panduan dan petunjuk hidup kita. Firman Allah Ta’ala lagi:

فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿٣٨﴾
Barangsiapa yang mengikuti hidayah petunjukKu nescaya mereka tidak akan merasa takut dan tidaklah mereka berdukacita. – Surah Al-Baqarah.: 38

Allah berfirman lagi:

فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ ﴿١٢٣﴾ 

Barangsiapa yang mengikuti hidayahKu nescaya dia tidak akan sesat dan tidak akan sengsara. Surah Toha : 123

Sidang Hadirin Sekalian,

Dengan berpegang kepada al-Qur’an sebagai sumber hidayah, Allah akan menghindarkan kita daripada empat (4) perkara;

- daripada rasa takut menghadapi hari mendatang,
- daripada rasa sedih dan dukacita terhadap apa yang telah berlaku,
- daripada kesesatan
- dan daripada kesengsaraan.

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah sekalian,

Sesungguhnya kemuliaan dan kehebatan sesuatu generasi di sisi Allah adalah diukur menerusi sejauh mana mereka berpegang kepada al-Qur’an, memahaminya dan melaksanakan tuntutan-tuntutannya. Sebaliknya, umat Islam akan menjadi umat yang hina dan terburuk di sisi Allah jika mereka tidak mengambil al-Qur’an sebagai sumber hidayah dan berpaling dari ajarannya. Marilah kita renungkan amaran daripada Allah bagi mereka yang meninggalkan Al-Qur’an sebagai panduan hidup. Firman Allah:

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ أَعْمَىٰ ﴿١٢٤﴾

Barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu (al-Qur’an) nescaya baginya kehidupan yang sempit (di dunia) dan kami akan bangkitkannya pada hari kiamat kelak dalam keadaan buta… Surah Toha : 124

Lalu ia akan bertanya Tuhannya:

قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنتُ بَصِيرًا﴿١٢٥﴾

“Tuhanku, kenapa Engkau membangkitkan aku dalam keadaan buta, sedangkan aku di dunia dulunya celik? – Surah Toha : 125

Lantas Allah menempelak:

قَالَ كَذَ‌ٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَ‌ٰلِكَ الْيَوْمَ تُنسَىٰ ﴿١٢٦﴾
Begitulah balasannya, dulu telah datang kepadamu ayat-ayatKu tapi kamu telah melupakannya, maka pada hari ini – kerana kamu melupakan ayat-ayat peringatanKu – kamu juga dilupakan”. Surah Toha :126

Demikianlah, saudara-saudaraku sekalian, membelakangi al-Qur’an seumpama buta hati, dan di akhirat kelak balasannya Allah akan butakan matanya dan melupakannya.

Sidang Jumaat sekalian,

Bagaimanakah cara kita hendak kembali kepada al-Qur’an? Bagaimanakah dikatakan kita sudah berpegang teguh dengan al-Qur’an?

Asy-Syeikh Fathi Yakan rahimahullah, dalam buku kecilnya yang berjudul, “ مَاذَا يَعْنِيْ اِنْتِمَائِيْ ِللإِسْلاَم " - (Apa Ertinya Saya Menganut Islam) telah menukilkan antara kewajiban kita selaku seorang muslim dari sudut amal ibadah kita adalah dengan kita menunaikan tuntutan-tuntutan al-Qur’an, dengan kata beliau:

“Selaku seorang muslim saya mestilah meluangkan waktu untuk membaca al-Qur’an dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya, terutama pada waktu pagi, kerana Allah berfirman bahawa bacaan al-Qur’an di waktu pagi adalah disaksikan oleh para Malaikat (al-Isra’: 78)… Saya mesti membacanya degan penuh tadabbur, berfikir, merenungi dengan khusyu’, merintih dan menangis di hadapan kata-kata Allah… Saya juga mesti akur dan melaksanakan segala apa yang diperintahkan al-Qur’an dan meninggalkan segala larangannya, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda “tidaklah beriman dengan al-Qur’an sesiapa yang menghalalkan apa yang diharamkan Al-Qur’an (Tirmidzi)”

Firman Allah:

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَـٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ ﴿١٢١﴾
Mereka yang kami datangkan kepada mereka akan al-Kitab (al-Qur’an) lalu mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan, mereka itulah dikatakan orang-orang yang benar-benar beriman dengannya, sebaliknya barangsiapa yang menolaknya, merekalah orang-orang yang rugi”- Surah Al-Baqarah : 121.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :


أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا ﴿٢٤﴾

Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?- Surah Muhammad:24

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Hadirin yang dirahmati Allah,

Apabila Allah menurunkan Al-Qur’an sebagai sumber hidayah dan petunjuk ke jalan yang lurus, Allah telah memberi kemudahan kepada kita selaku hamba-hambaNya untuk menggapai hidayah tersebut, dengan kata lain, Allah telah menjadikan kitab al-Qur’an itu mudah dipelajari. Allah Ta’ala telah menegaskan perkara ini sebanyak empat kali dengan kalimah yang sama dalam Surah al-Qamar ayat ke 17, 22, 32 dan 40 dengan firmanNya:

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا ٱلْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ ﴿١٧﴾

“Sesungguhnya kami telah memudahkan al-Qur’an untuk dipelajari, maka di manakah orang-orang yang ingin mempelajarinya?”

Buktinya, kita dapat lihat hari ini pelbagai kaedah yang memudahkan kita mempelajari al-Qur’an, sama ada dari segi bacaan mahupun hafazan. Kita dapat lihat, betapa ramai di kalangan kita yang dapat membaca al-Qur’an dengan baik walaupun ianya berbahasa Arab, berapa ramai para huffaz yang dada mereka diisi dengan al-Qur’an, tidak ada suatu bukupun yang dapat dihafaz dengan sedemikian tepat dan jitu selain al-Qur’an. Begitu juga dalam memahami al-Qur’an, saudara-saudaraku sekalian, bahasanya juga mudah dipelajari dan difahami dengan izin Allah Ta’ala.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِىْ بِلاَدِنَا هَذَا وَفِىْ الْعِرَاقِ وَفِىْ فَلَسْطِيْنِ وَفِىْ كُلِّ مَكَانٍ وَفِىْ كُلِّ زَمَانٍ.

اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah! Muliakanlah Islam dan pendukung-pendukungnya, bantulah Islam dan perkembangannya, bantulah pendakwah-pendakwah Islam dan para mujahidinnya. Ya Allah, hancurkanlah kekufuran serta golongan munafik dan musyrikin, binasakanlah musuh-musuh agamamu dan segala sekutunya, engkau eratkanlah hubungan kami sesama Islam. Elakkan kami dari permusuhan yang boleh menyebabkan terlerainya persaudaraan Islam. Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com


Thursday, March 5, 2015

KHUTBAH JUMAAT - 06 MAC 2015M / 15 JAMADIL AWWAL 1346H



“PERANAN YAHUDI DALAM KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIAH : PENGAJARAN BUAT KITA”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ  ﴿البقرة : ١٢٠
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ  وَاَصْحَابِهِ  وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،

أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !   اِتَّقُواْ  اللَّهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ  وَلاَتَمُوْتُنَّ  إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْن

Sidang Jumaat yang dihormati,

Marilah sama-sama kita mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya sebagai pembuktian kepada dakwaan bahawa kita sebagai orang yang bertaqwa.

Tarikh 3 Mac 1924 merupakan tarikh hitam bagi Umat Islam apabila diisytiharkan sebagai tamatnya Khilafah Uthmaniyyah yang menaungi umat Islam selama ini sebagai penerus kepada ketuanan Islam di atas muka bumi ini. Tarikh ini terus dilupai oleh masyarakat bahkan semakin hambar semangat umat Islam untuk mengembalikan sistem khilafah ini. Bukan itu sahaja, bahkan sekadar melabelkan sesebuah itu sebagai Negara Islam pun umat Islam masih malu-malu untuk menyebutnya. Sedangkan hanya dengan penubuhan Negara dan seterusnya khilafah Islam sahaja , seluruh peraturan kehidupan Islam dapat disempurnakan. Sedihnya umat Islam semakin lupa bahawa perjuangan hidupnya mestilah berakhir dengan cita-cita melihat sistem Islam dapat terlaksana di atas bumi Allah ini. Umat Islam semakin selesa dengan sistem yang ada .

Jika kita meneliti sejarah kita dapati usaha menggagalkan pemerintahan Islam adalah usaha yang sangat konsisten sejak zaman Nabi dahulu lagi. Usaha menghalang Islam muncul sebagai sebuah Negara berlaku semenjak sebelum hijrah dan di awal penubuhan Negara Islam Madinah lagi. Siri konspirasi pembunuhan untuk menggagalkan perintah Allah ini berlaku dengan pembunuhan Saidina Umar r.a, pemberontakan terhadap Saidina Uthman r.a. Namun Umat Islam kembali berkuasa dan bangkit semula di zaman Saidina Ali. Khilafah dijatuhkan lagi di tangan Mongol pada 656, tetapi berjaya ditebus kembali dan bangkit semula bahkan generasi Mongol selepas itu beramai-ramai masuk Islam . Persoalannya kenapa apabila khilafah jatuh di zaman Uthmaniah umat Islam tidak mampu bangun sampai sekarang tidak seperti sebelum-sebelumnya? Umat Islam sudah hilang kekuatan dan taring yang menggigit dan kuku yang mencengkam.

Sidang Jemaah Sekelian,

Yahudi zionis dari dulu sampai sekarang memainkan peranan sangat konsisten dalam melemahkan umat Islam. Sebelum kejatuhan Khilafah Uthmaniah, Yahudi dan sekutunya telah menjatuh dan menghancurkan satu persatu Negara –negara Islam sejak kurun ke 16 lagi. Negara umat Islam telah dirosakkan struktur bernegara mereka dan dirosakkan juga pemikiran umat Islam . Kerajaan Islam di Sepanyol , pulau Cyprus dan sekitarnya, Asia Tenggara telah dijatuhkan, berjuta umat Islam Afrika tengah diculik oleh syarikat milik Yahudi - the Royal Africa Company lalu dijadikan hamba-hamba Kristian sehingga membentuk umat kulit gelap Amerika sekarang. Struktur pemikiran umat Islam juga cuba dirosakkan dengan fahaman liberal penyembah nafsu manusia diasaskan oleh tokoh-tokoh seperti John Locke , John Smith dan lain-lain. Semua ini berlaku secara terancang berkurun-kurun lamanya.

Episod ini hampir ke kemuncak apabila berlaku persidangan Yahudi Antarabangsa pada 1897 untuk merampas Palestin namun batu penghalangnya ialah Kerajaan Uthmaniah terutamanya Sultan Abdul Hamid II. Baginda cuba di rasuah dan dibunuh tetapi gagal. Akhirnya Yahudi Daunamah yang berada di Turki telah bekerjasama denganYahudi Antarabangsa dengan inisiatif Kamal Atartuk telah berkonspirasi menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II dan menaikkan boneka Sultan Abdul Majid untuk memudahkan laluan penjajahan Palestin. Dalam majlis pemecatan itu telah hadir 2 orang Yahudi menyaksikan saat kemenangan mereka. Kamal Atarturk semakin berpengaruh dan akhirnya mengisytiharkan pengakhiran Khilafah uthmaniah pada 3 Mac 1924 dan dia menjadi Presiden Turki dan telah melakukan banyak reformasi dan antara yang terbesar ialah mengisytihar Turki sebagai Negara secular.

Sidang Jumaat sekelian,

Kita di Malaysia juga menjadi mangsa perancangan Yahudi di zaman penjajahan Inggeris . Francis light, Brooke dan Raffles yang sinonim dengan penjajahan di Negara ini adalah antara agen-agen Jesuit iaitu ahli pertubuhan rahsia zionis yahudi yang menyamar sebagai Kristian bertujuan menjauhkan manusia dari agama dan mengajak bertuhankan syaitan. Begitu juga dengan campur tangan serangan ideologi ciptaan Yahudi. Sudah kah kita lupa bahawa Tok Janggut dibunuh kerana dengan rasmi melancarkan kempen menyokong Khilafah Uthmaniah melawan Inggeris semasa Perang Dunia Pertama.

بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ  وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ 

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Untuk akhirnya khutbah ini menitipkan isi surat Sultan Abdul Hamid II kepada salah seorang gurunya Syekh Mahmud Abu Shamad yang menzahirkan semangatnya mempertahankan setiap inci tanah umat Islam dan tidak melayan sebarang tolak ansur yang merugikan umat Islam.

Marilah kita menghayati isi surat baginda agar umat Islam di Negara ini mempertahankan struktur Negara ini yang meletakkan Islam sebagai Agama Negara dan Islam masih mempunyai peranan dalam bernegara dan tidak hanya terpenci mengurus hal peribadi sahaja dan tidak mudah bertolak ansur terhadap hak-hak umat Islam atas nama toleransi dan jangan cepat tersilau dengan slogan-slogan indah yang bersalut racun ideologi-ideologi Yahudi.

"...Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu, melainkan kerana tipu daya dengan pelbagai tekanan dan ancaman dari para tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga dengan berat hati dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan tersebut yang datang bertubi-tubi tanpa ada rasa malu. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pounsterling emas. Saya tetap dengan tegas menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan mengatakan, "Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian." Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan gerakan rahsianya memaksa saya meninggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka. Saya banyak bersyukur kepada Allah, kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri Yahudi di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada Allah SWT, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu. Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia. mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, semoga anda beserta jama'ah yang anda dapat memaklumi semua itu. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. ……. Pelayan Kaum Muslimin (Abdul Hamid bin Abdul Majid)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .



Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com