Membanteras Penyelewengan Aqidah Syiah
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ
أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
أعوذبالله من الشيطان الرجيم…
وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
{الأنعام :١٥٣}
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenarnya di mana sahaja kita berada. Dengan sifat Taqwa yang sebenarnya dapatlah membentuk Aqidah, Syariat dan Akhlak kita yang murni dan diredhai oleh Allah swt. Tuntutan taqwa hendaklah diperjuangkan supaya dapat bertapak di dalam diri sanubari kita. Rasulullah saw telah mengambil masa yang panjang selama 13 tahun berdakwah di kota Mekah Al-Mukarramah dan ditambah 10 tahun lagi di Madinah Al-Munawwarah sebelum wafatnya Baginda Rasulullah saw bagi membina ketaqwaan. Asas dakwah Rasulullah ini adalah untuk menyeru kepada mentauhidkan Allah swt, menjauhkan segala bentuk syirik, haram, bid’ah, kufur dan murtad serta membentuk syariat dengan membetulkan semua bentuk ibadah dilakukan kerana Allah. Ditambah lagi dengan pembentukkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian, maka taqwa kepada Allah adalah untuk membersihkan dari berbagai ajaran dan fahaman jahiliyyah yang berlaku dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
Hadirin Jumaat yang dimuliakan,
Isu fahaman Syiah yang masih hangat di Negara-negara Islam di luar juga telah memberi kesan pengaruhnya dalam Negara kita. Fahaman Syiah yang menyeleweng dari aqidah Islam ini akan meningkat jumlah pengikutnya dari sehari ke sehari jika tidak dibendung dengan serius oleh pihak berkuasa dan masyarakat. Kini pengikut-pengikut Syiah di Negara kita secara terang terangan menyebar fahaman mereka melalui ceramah-ceramah, penulisan dan internet malah hingga berani membuat deklarasi di Mahkamah. Justeru itu, Pihak berkuasa agama mengambil beberapa langkah dengan memberi penerangan melalui majlis-majlis ilmu, ceramah, seminar dan forum yang diadakan di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan dan kawasan orang ramai. Media dan masyarakat juga harus mengambil peranan dalam membanteras penyelewengan aqidah Syiah ini. Selain itu, pihak berkuasa agama juga telah mengambil tindakan yang tegas dengan membuat beberapa tangkapan terhadap pengikut fahaman syiah ini termasuk di negeri kita Perak Darul Ridzuan. Sehingga kini Jabatan Agama Islam Perak telah membuat enam tangkapan ke atas pengikut Syiah di Negeri ini.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Negeri Perak telah mewartakan ajaran dan fahaman Syiah yang menyeleweng dari aqidah Islam pada 1 Mac 2012 di mana telah menyebut bahawa:
Ajaran dan Fahaman Syiah didapati bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Perak berdasarkan kepercayaan dan perbuatan seperti berikut:
i. Menambah atau mengurangi lafaz dan kandungan syahadah yang berlainan daripada lafaz dan syahadah yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
ii. Mentaati Imam-Imam dan mempercayai mereka sebagai maksum serta mempunyai sifat-sifat dan kelebihan yang luar biasa;
iii. Mempercayai bahawa berlakunya penyelewengan (tahrif) sama ada pengurangan atau penambahan di dalam Al-Quran serta mempercayai bahawa Al-Quran mengandungi tujuh belas ribu ayat;
iv. Menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah S.A.W. dan hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam 12;
v. Mencerca dan menghina para sahabat yang diredai oleh Allah S.W.T. dan para isteri Rasulullah SAW dengan menuduh mereka sebagai pembohong, pengkhianat dan murtad;
vi. Mempercayai Al-Raja’ah iaitu Allah SWT akan menghidupkan semula orang yang telah mati ke dunia sebelum berlakunya Qiamat bersama-sama Imam Mahadi;
vii. Mengamalkan Al-Taqiah iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, pendapat yang menjadi pegangan dan amal perbuatan yang ingin dilakukan;
viii. Mengamalkan nikah Mut’ah;
ix. Mempercayai amalan menziarah maqam Saidina Ali akan memperolehi ganjaran Syurga; dan
x. Melakukan upacara memukul dan menyeksa tubuh sempena 10 Muharam.
Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil keputusan bahawa:
i. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi pengikut ajaran dan fahaman ini adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
ii. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
iii. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
iv. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; atau
v. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai unsur-unsur ajaran, pegangan atau fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang;
vi. Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan;
vii. Apa jua bentuk tindakan
Hadirin yang dirahmati Allah,
Oleh yang demikian,marilah kita sama-sama berhati-hati dan sentiasa mendapat panduan dan rujukan dari ahli-ahli agama dan pihak berkuasa agama jika menerima sebarang ajaran yang meragukan. Justeru itu, ajaran dan fahaman yang selamat dipegang oleh kita adalah fahaman ahlu sunnah waljamaah. Pegangan ini adalah pegangan para sahabat, para ulama’, para fuqaha’ mazhab yang muktabar, para tabiin, salafu soleh dan seluruh umat Islam.
Secara umumnya ahlul sunnah waljamaah dalam aspek pengajaran Islam adalah berteraskan kepada empat sumber dimana diperakui oleh jumhur ulama’ iaitu al-Quran, As-sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qias. Jika berpegang selain daripada empat perkara tersebut maka pegangan mereka adalah jelas menyeleweng dan membawa kesesatan. Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya Bani Israel telah terpecah kepada 72 golongan. Umatku pula akan terpecah kepada 73 golongan. Kesemuanya akan masuk neraka kecuali satu golongan. Tanya sahabat siapakah yang satu itu. Rasulullah menjawab; Golongan yang mengikut cara hidupku dan para sahabatku.
Seterusnya Imam Tirmizi meriwayatkan dalam kitabul iman, dari sahabat dan dari jalan yang sama, dengan ada pertambahan pertanyaan “Siapakah golongan yang selamat itu?” Rasulullah saw menjawab:
وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلاَّ مِلَّةً وَاحِدَةً قَالُوا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي - رواه الترميذي
Sesungguhnya Bani Israel telah terpecah kepada 72 golongan. Umatku pula akan terpecah kepada 73 golongan. Kesemuanya akan masuk neraka kecuali satu golongan. Tanya sahabat siapakah yang satu itu. Rasulullah menjawab; Golongan yang mengikut cara hidupku dan para sahabatku.
Seterusnya Imam Tirmizi meriwayatkan dalam kitabul iman, dari sahabat dan dari jalan yang sama, dengan ada pertambahan pertanyaan “Siapakah golongan yang selamat itu?” Rasulullah saw menjawab:
مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي
“Iaitu golongan yang mengikuti jalanku dan jalan sahabatku”
Dalam riwayat yang lain Rasulullah berpesan “apabila berlaku sesuatu perselisihan maka hendaklah kamu sentiasa berpihak kepada kumpulan yang banyak dari kaum muslimin” ….
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ﴿٨٣﴾ (آل عمران :٨٣)
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kita wajib mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana hanya itulah pegangan yang diterima oleh Allah dan rasulNya. Pengaruh Syiah yang sudah meresap sekian lama di kalangan umat Islam di Negara ini wajib dihentikan segera sebelum mereka berkuasa dan memerangi kita.
Sidang Jumaat Sekelian,
Adalah suatu yang pasti bahawa golongan Syiah ini terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mereka adalah salah satu daripada 72 golongan yang bakal menjadi ahli neraka. Selain daripada mengkafir dan memaki hamun para sahabat, tindakan mereka memerangi Umat Islam juga jelas menunjukkan bahawa mereka bukan dari kalangan kita. Kelemahan pemimpin-pemimpin Islam hari ini yang tidak berpegang teguh dengan Syariat Allah telah menyebabkan kita tidak mampu berbuat apa-apa terhadap mereka. Kita masih gagal mengambil tindakan dan menyekat penyebaran ajaran sesat mereka di Negara-Negara Islam. Mereka masih lagi dibenarkan masuk ke tanah haram untuk beribadat bersama kita dan mengambil kesempatan mencaci dan melaknat maqam khalifah Ar-Rasyidin tatkala menziarahi maqam rasulullah. Namun itu semua tidak langsung menjadi bukti bahawa aqidah dan ajaran mereka masih diterima oleh Allah dan Rasulnya.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، خصوصا في فَلَسْطِيْنَ وَفِيْ مِصْرَ وَفِيْ وَسُوْرِياَّ وَفِيْ ماَلِيْزِياَّ. اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com
No comments:
Post a Comment