MENGHABISI SISA RAMADHAN
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ :
وَقِيلَ لِلَّذِينَ ٱتَّقَواْ مَاذَآ أَنزَلَ رَبُّكُمْ ۚ قَالُواْ خَيْرًا ۗ لِّلَّذِينَ أَحْسَنُواْ فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۚ وَلَدَارُ ٱلَأخِرَةِ خَيْرٌ ۚ وَلَنِعْمَ دَارُ ٱلْمُتَّقِينَ
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Saudara Sidang Jumaat Sekalian,
Ramadhan sudah kita lalui sepertiga daripadanya. Kita akan menempuh dan menghabisi hari-hari yang berbaki dan jika kita masih gagal meningkatkan amalan kita kepada Allah maka masih jauhlah kita dengan martabat taqwa. Masih layakkah kita untuk bersaing mengejar kurniaan Allah yang selama ini kita persiakan begitu sahaja. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾
Wahai orang yang beriman telah diwajibkan puasa ke atas kamu sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat terdahulu, mudah-mudahan kamu bertaqwa .
Sidang Jumaat Sekalian,
Ramadhan merupakan kurniaan Allah yang amat besar kepada umat Islam yang beriman, namun hanya orang-orang yang benar-benar beriman sahaja akan mampu menghayati Ramadhan dan menjadi insan yang benar-benar bertaqwa. Demi mengejar Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan telah menjadikan para sahabat dan Tabiin melipat gandakan ibadah mereka sehingga dikatakan mereka kepenatan di siang hari akibat kelaparan berpuasa dan kelelahan di malam hari akibat bermunajat kepada Yang Maha Esa. Berbeza dengan kita hari ini kerana masih ramai yang kelaparan di siang hari akibat kurangnya makan tetapi kepenatan di malam hari akibat terlalu kekenyangan.
Sidang Jumaat Sekalian,
Terlalu banyak bezanya ramadhan di zaman awal Islam dengan Ramadhan yang kita sambut pada masa ini. Ramadhan yang sepatutnya menyatukan umat Islam kini masih memperlihatkan perbalahan sesama Umat Islam. Sudah hilang perbalahan mengenai Terawih 20 atau 8, timbul pula isu tazkirah boleh dibuat ataupun tidak. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan berjimat cermat dan peluang terbaik untuk mengekang hawa nafsu kini, menjadi menjadi bulan yang penuh dengan pembaziran dan ketundukan kepada hawa nafsu. Inilah yang digambarkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya :
كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ اِلا الْجُوْعِ وَالْعَطْشِ
Berapa ramai yang berpuasa sedangkan tiada satu faedah pun baginya daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga.Sidang Jumaat Sekalian,
Ramadhan dalam sejarah menjadi titik tolak kepada kemenangan umat Islam di sepanjang zaman. Banyak peperangan yang berlaku di Bulan Ramadhan yang membawa kemenangan gemilang kepada umat Islam dahulu kerana ketaqwaan mereka berbeza dengan umat Islam hari ini yang hanya mampu menyaksikan pembunuhan terang-terangan ke atas umat Islam di merata dunia. Ramadhan hari ini memaparkan tragedi pembunuhan Umat Islam oleh golongan Syiah di Syria dan tragedi rampasan kuasa daripada pemimpin yang dipilih oleh rakyat jelata di Mesir. Tanpa kita sedar entah apalah nasib saudara kita di Palestin, Rohingya dan di seluruh dunia yang tidak mendapat liputan berita walaupun selama ini mereka begitu menderita.
Sidang Jumaat Sekalian,
Hikmah pensyariatan puasa iaitu untuk melahirkan manusia bertaqwa hendaklah menjadi sasaran dan impian setiap orang yang beriman. Tiada gunanya kita menyambut kehadiran Syawal nanti jika ketaqwaan kita tidak langsung bertambah malah semakin berkurangan. Apakah sebenarnya kemenangan yang kita raikan di pagi syawal nanti jika umat Islam bukan sahaja diganyang semahunya oleh musuh-musuh Islam malah masih bertuankan hawa nafsu sendiri. Marilah kita bersama-sama mengembalikan penghayatan Ramadhan pada baki-baki hari yang ada sebelum kita diuji dengan ujian nafsu sebaik berakhirnya Ramadhan nanti. Semoga kita akan tergolong dalam golongan yang dianugerahkan dengan syurga (الرَّيَّانُ) seperti dalam hadis Rasulullah S.A.W :
حَدِيثُ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لاَ يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَدْخُلُونَ مِنْهُ فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ
Hadis riwayat Sahal b. Said, (r.a) berkata sabda Rasulullah S.A.W : “Sesungguhnya dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan ( الرَّيَّانُ ). Orang yang berpuasa akan masuk ke dalamnya pada hari kimat dan tidak akan masuk bersama mereka seorangpun selain dari mereka . Maka dikatakan: Dimanakah orang yang berpuasa. Maka mereka masuk melaluinya. Apabila telah masuk orang yang terakhir maka pintu itupun ditutup dan tiada lagi orang akan memasukinya.”بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ لله الْقاَئِلِ :
اَلْحَمْدُ لله الْقاَئِلِ :
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًۭا فِى كِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۭ ۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَـٰتِلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ كَآفَّةًۭ كَمَا يُقَـٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةًۭ ۚ وَٱعْلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ ﴿٣٦﴾(التوبة:٣٦)
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang lurus. Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu. Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,Sepatutnya Umat Islam mengambil kesempatan Ramadhan untuk mencapai kemenangan dalam kehidupan sebagaimana umat-umat terdahulu. Kita menghadapi berbagai musuh yang menuntut kita berjihad melawannya. Di samping musuh-musuh yang nyata melibatkan orang-orang kafir dan munafiq, kita juga berhadapan dengan iblis, syaitan dan nafsu syahwat sendiri. Kemenangan tidak akan dicapai jika kita tidak meletakkan asas taqwa sebagai senjata yang paling ampuh untuk menghadapi musuh. Oleh yang demikian, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai martabat taqwa. Benih dan tunas taqwa yang sudah disemai di awal Ramadhan janganlah dilayukan dengan kesibukan membuat persiapan menyambut 1 Syawal. Kita masih ada lagi kesempatan untuk meraih fadhilat-fadhilat Ramadhan yang dikurniakan oleh Allah. Jadikanlah Ramadhan tahun ini sebagai Ramadhan yang terbaik bagi kita kerana mungkin ianya adalah yang terakhir buat kita.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
Ya Allah,Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang menunaikan zakat bagi membantu saudara-saudara mereka.
Ya Allah Ya Rahim,
Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka mampu untuk meningkatkan zakat dan bantuan yang mereka sumbangkan selama ini. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun daripada laman sesawang www.4shared.com
No comments:
Post a Comment