Friday, June 5, 2020

KHUTBAH JUMAAT - 13 SYAWAL 1441 / 5 JUN 2020


TABAIYUN : SEMAK SEBELUM SEBAR

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلْ:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ ﴿٦﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t, dengan mentaati segala suruhan dan perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang bertaqwa di dunia, dan di akhirat kelak kita berjaya memasuki syurga Allah s.w.t. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk; "Tabaiyun : Semak Sebelum Sebar".

Para tetamu Allah yang dikasihi,

Seiring dengan kecanggihan teknologi global, tidak menjadi satu kemustahilan dan kesukaran bagi seseorang untuk menyebarkan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Apatah lagi kita kini berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), semua media sosial kita buka dan baca, dan setiap perkara baru yang kita terima, suka kita sebar dan kongsikan di media sosial.

Isunya, adakah maklumat yang mudah untuk diperoleh ini, mampu ditapis dan dipastikan kebenarannya? Jika perkhabaran itu satu kebenaran, maka ia adalah baik bagi yang menerimanya, namun jika sebaliknya, maka pasti akan mengundang kepada permusuhan dan perselisihan.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Allah s.w.t memerintahkan kita supaya menyelidik kebenaran sesuatu berita yang disampaikan seseorang. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Allah s.w.t menjelaskan perkara ini di dalam Al-Quran, menerusi firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat ayat 6:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ ﴿٦﴾

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Oleh itu penelitian di dalam menerima sesuatu berita itu mestilah diambil berat bagi memastikan kebenarannya. Ini supaya dapat mengelak daripada berlakunya penyebaran berita palsu dan perbuatan ini akan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t dan fitnah dalam masyarakat.

Jika kita tidak pasti tentang kesahihan sesuatu berita, maka rujuklah kepada pihak yang berautoriti. Contohnya berita tentang bekalan makanan yang tidak mencukupi, maka rujuklah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Berkaitan perintah kawalan pergerakan, rujuklah kepada Majlis Keselamatan Negara. Berkaitan jumlah pesakit dan kematian Covid-19, rujuklah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Golongan yang suka menyebarkan semua yang didengarinya tanpa menyemak terlebih dahulu, layak digelar pendusta sepertimana hadits yang diriwayatkan oleh Saiyidina Abu Hurairah r.a, sabda Nabi s.a.w:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Maksudnya: "Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabaiyun)". (Hadits riwayat Muslim)

Kesimpulannya, dalam konsep menerima atau menyampaikan sesuatu berita, dan dalam memastikan kebenaran dan keabsahan sesuatu berita, ia mestilah melalui beberapa proses supaya dapat diteliti terlebih dahulu. Oleh itu ada beberapa faktor yang perlu diambil berat. Antaranya ialah:

1. Mestilah berhati-hati di dalam menyampaikan sesuatu berita.
2. Memastikan tidak akan berlakunya salah faham dan kesalahan dalam fakta yang boleh menyebabkan fitnah.
3. Memastikan kesahihan dan kebenaran berita yang diterima atau yang akan disampaikan.
4. Tidak terburu-buru dalam membuat kesimpulan sesuatu berita.
5. Menanamkan prasangka yang baik dan menjauhi su'uz zhon (prasangka buruk) sesama manusia.
6. Menjaga silaturrahim dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim di antara masyarakat.


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini.

Walaupun kes Covid-19 menunjukkan penurunan, jangan kita leka dan lalai. Para jamaah diingatkan untuk berhati-hati, menjaga kebersihan, amalkan penjarakkan sosial, elakkan ke tempat orang ramai, dan jangan lupa memperbanyakkan berdoa kepada Allah, memohon keselamatan daripada wabak Covid-19. 

قَالَ اللهُ تَعَالَى:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ. اللَّهُمَّ أدْفَعْ عَنَّا الْبَلَاء، وَالْوَبَاء خُصُوصًا وَيْرُوس الْكُورُونَا، وَالْغَلَاء، وَالْمِحَنِ وَالْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَنْ بَلَدِنَا خَاصَّةً وَعَنْ بُلْدَانَ عَامَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah, Engkau peliharalah negara Malaysia daripada wabak Covid-19, Engkau jauhilah negara kami daripada bala bencana, wabak penyakit, huru-hara, fitnah dan khianat.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 



Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

1 comment:

  1. Pengen main Poker di Anapoker? Main sekarang dengan hanya modal deposit 10rb Rupiah saja lho

    Untuk minimal WD 25rb, Anapoker Menyediakan Layanan demi kenyamanan member setia Kami, Gabung sekarang yuk bersama Situs Terpercaya di Indonesia

    Contact Anapoker Via Chat Only
    Whatsapp : 0852 2255 5128
    Line ID : agenS1288
    Telegram : agenS128

    Promo Bonus Untuk Member Baru AgenS128, Casino IDNLive :
    Freebet Casino Online

    sbobet alternatif

    Freebet Casino Online Terbaru IDN Live

    link sbobet

    sabung ayam online

    adu ayam

    casino online

    sabung ayam bangkok

    ayam laga birma

    poker deposit pulsa

    deposit pulsa poker

    deposit pulsa

    deposit pulsa

    deposit pulsa

    ReplyDelete