Thursday, January 7, 2021

KHUTBAH JUMAAT - 24 JAMADIL AWAL 1442 / 8 JANUARI 2021

 AKHIR ZAMAN : SEDARKAH KITA?

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي يَبْتَلِى عِبَادَهُ بِمَا تُحِبُّونَ لِيَشْكُرُوْا، وَبِمَا يَكْرَهُونَ لِيَصْبِرُوْا، وَبِمَا يُفْتَنُوْنَ لِيَحْذَرُوْا. قَالَ اللهُ تَعَالَى فِي كِتَابهِ الْعَزِيْزِ: 

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ ﴿٨﴾ 


أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan hidup kita diberkati di dunia dan di akhirat. Sebelum meneruskan khutbah, khatib ingin berpesan agar para jamaah tidak bercakap-cakap atau bermain telefon ketika khutbah disampaikan. Mudah-mudahan pahala Jumaat kita tidak sia-sia. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk; "Akhir Zaman: Sedarkah Kita?".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita baru sahaja memasuki tahun 2021. Dalam kesibukan kita meneruskan kehidupan di tahun baru, satu perkara yang amat perlu kita sedar adalah, jarak masa kita dengan Rasulullah s.a.w sudah semakin jauh. Baginda Nabi s.a.w sudah meninggalkan kita lebih 1400 tahun lamanya. Tetapi kasih baginda kepada umatnya amat luas dan mendalam. Antara bukti kasih Nabi Muhammad s.a.w kepada kita adalah, baginda banyak bersabda tentang keadaan umat di akhir zaman. Hal ini supaya kita dapat berhati-hati, dan membuat persiapan menghadapi fitnah-fitnah yang menanti di akhir zaman.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Covid-19 adalah salah satu siri wabak yang melanda umat manusia di akhir zaman. Ia merupakan satu peringatan daripada Allah s.w.t agar kita kembali bertaubat kepada-Nya. Saiyidina 'Auf bin Malik meriwayatkan, Nabi s.a.w bersabda:

اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ : مَوْتِي، ثُمَّ فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ، ثُمَّ مُوْتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ كَقُعَاصِ الْغَنَمِ...


Maksudnya: "Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat. (Antaranya, yang pertama) kewafatanku, kedua; pembukaan Baitul Maqdis, ketiga; kematian (yang banyak) yang menyerang kamu bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati secara tiba-tba...". (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Selain penularan wabak penyakit, tersebarnya aktiviti hiburan dan perzinaan juga menjadi tanda bahawa dunia sudah berada di penghujungnya. Rancangan-rancangan hiburan masih tetap berjalan, walaupun negara sedang dilanda dengan bencana alam dan wabak penyakit. Sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ : أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ، وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ، وَيَظْهَرَ الزِّنَا...


Maksudnya: "Di antara tanda-tanda terjadinya hari kiamat ialah; ilmu diangkat, kejahilan berleluasa, arak diminum dan zina dilakukan dengan terang-terangan...". (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Dalam sebuah hadits yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda:

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ. قِيلَ : وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قَالَ : الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ.


Maksudnya: "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya. Kata-kata pendusta dibenarkan dan kata-kata orang yang benar didustakan, diberi amanah kepada pengkhianat dan orang yang amanah dikhianati. Kemudian akan berkata-katalah golongan Al-Ruwaibidah. Baginda ditanya; Siapakah golongan Al-Ruwaibidah? Baginda menjawab; Orang jahil lagi fasik, yang berbicara (yakni mentadbir) urusan orang ramai". (Hadits riwayat Ibnu Majah)

Kaum muslimin yang dimuliakan Allah,

Untuk terselamat daripada ujian di akhir zaman, kita perlu kembali insaf dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Hari kiamat sudah benar-benar dekat. Jika kita perhatikan, banyak tanda-tanda kecil kiamat sudah muncul di tengah masyarakat. Dengan melihat tanda-tanda ini, masihkah kita mahu tenggelam dalam maksiat dan tetap berlumba-lumba mengejar dunia?

Islam melarang zina tetapi masih ramai orang Islam yang melakukan zina. Islam melarang riba tetapi masih ramai orang Islam yang terlibat dengan tranzaksi riba. Islam melarang mendedahkan aurat tetapi isteri dan anak perempuan kita masih dibiarkan mendedahkan aurat. Islam melarang mencuri dan rasuah, tetapi masih ramai orang Islam yang mencuri dan merasuah.

Islam mewajibkan zakat dan solat, tetapi masih ramai umat Islam yang tidak membayar zakat, masih ramai umat Islam yang melengahkan solat, bahkan tidak sedikit yang meninggalkan solat tanpa rasa bersalah dan gelisah dalam hatinya. Apakah jawapan yang mampu kita berikan, saat berdiri di hadapan Allah di hari kiamat kelak?

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dalam minggu terawal tahun 2021 ini, negara kita sudah ditimpa dengan beberapa musibah. Antaranya bencana alam seperti banjir, tanah runtuh yang meragut nyawa, kehilangan tempat tinggal dan berlaku banyak kemusnahan. Kejadian menyayat hati ini menuntut kita untuk sentiasa ingat kepada Allah s.w.t, bersabdar dengan ujian-Nya, dan membantu saudara-saudara kita yang terkesan dengan musibah ini. Bantulah mereka sedaya-upaya mengikut kemampuan kita, sekalipun hanya dalam bentuk kiriman doa.

Mudah-mudahan Allah s.w.t melindungi kita daripada bentuk musibah mahupun fitnah, baik yang nampak maupun yang tidak nampak. Dan semoga Allah s.w.t menunjukkan kepada kita pintu-pintu kebaikan, sehingga kita dapat mengikutinya, dan menunjukkan kepada kita pintu-pintu kebatilan, sehingga kita dapat menjauhinya.

Sebelum mengakhiri khutbah, marilah kita hayati maksud firman Allah s.w.t yang khatib bacakan di awal khutbah tadi:

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ ﴿٨﴾


Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap teguh berpegang kepada aqidah Islamiyah berteraskan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini. Jagalah hubungan baik dengan Allah dan sesama manusia. Makmurkanlah rumah-rumah Allah dengan istiqamah melakukan ibadat, terutamanya solat fardu berjamaah. Sabda Nabi s.a.w:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَةً


Maksudnya: "Solat berjamaah mengatasi solat bersendirian dua puluh tujuh darjat". (Hadits riwayat Al-Bukhari no. 645)

Mimbar juga berpesan agar para jamaah terus bersabar mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Hadirlah ke masjid dalam keadaan berwuduk, diwajibkan membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka. Marilah kita sama-sama berwaspada, agar masjid-masjid kita tidak menjadi kluster baru yang menggagalkan usaha membendung penularan wabak Covid-19.

قَالَ اللهُ تَعَالَى:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.

اللَّهُمَّ أدْفَعْ عَنَّا الْبَلَاء، وَالْوَبَاء خُصُوصًا وَيْرُوس الْكُورُونَا، وَالْغَلَاء، وَالْمِحَنِ وَالْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَنْ بَلَدِنَا خَاصَّةً وَعَنْ بُلْدَانَ عَامَّةً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا السُّلْطَانُ نَزْرِين مُعِزُّالدِّين شَاه ابْنِ الْمَرْحُوم السُّلْطَان أزلن مُحِبُّ الدِّين شَاه الْمَغْفُورُلَهُ، وَكَذَلِكَ رَاجَ فرمايسوري فيراق دار الرضوان توانكو زَارَ سَالِم. كَمَا نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ أَنْ تُصْلِحَ أَئِمَّتَنَا وَوُلَاتَ أُمُوْرِنَا، وَاجْعَلْ وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

No comments:

Post a Comment