MENTAATI RAJA TONGGAK KESEJAHTERAAN NEGARA
Khutbah Pertama
الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلْ:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي
الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ
فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ
ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا ﴿٥٩﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t, yakni dengan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah-Nya, dan bersabar menjauhi segala larangannya. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Bersempena dengan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada tahun ini, Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibni al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulah, mimbar akan membicarakan khutbah yang bertajuk; "Mentaati Raja Tonggak Kesejahteraan Negara".
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Ketaatan kepada Ulil Amri adalah satu perintah yang wajib ke atas semua umat Islam. Ia merupakan ketaatan peringkat ketiga selepas ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Di dalam prinsip Rukun Negara pula, Kesetiaan Le[ada Raja dan Negara merupakan rukun kedua yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia. Hal ini membuktikan, betapa pentingnya kesetiaan dan ketaatan kepada raja di dalam negara kita. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 247:
...
وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاءُ ۚ
وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٤٧﴾
Maksudnya: "... dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Dan Allah Maha Luas (rahmat dan kurnia-Nya), lagi Maha Meliputi ilmu-Nya".
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Ketaatan kepada raja dalah jaminan kepada kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara. Kuasa yang dimiliki institusi diraja melangkaui kepentingan politik dan segala titah perintahnya adalah berasaskan kepada kepentingan rakyat jelata. Selain melindungi kepentingan agama Islam, institusi diraja juga menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum dan agama. Daripada Saiyidina Abi Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
مَنْ
أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ
يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي
Maksudnya: "Barangsiapa yang mentaatiku maka dia telah mentaati Allah, dan barangsiapa yang mengingkariku maka dia telah mengingkari Allah, dan barangsiapa yang mentaati pemimpin maka dia telah mentaatiku, dan barangsiapa yang mengingkari pemimpin, maka dia telah mengingkariku". (Hadits riwayat Imam Al-Bukhari no. 2957)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Sebagai rakyat negeri Perak, kita hendaklah sentiasa menunjukkan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada raja atau sultan kita, khususnya kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada tahun ini, Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibni al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Baginda sultan merupakan Ulil Amri di negeri kita. Baginda telah mendaulatkan agama Islam dengan meletakkan Islam di tempat yang tertinggi, terpelihara daripada anasir-anasir yang cuba menggugat kesucian agama Islam yang kita cintai.
Baginda bukan sahaja menjadi lambang sebuah negeri berdaulat, bebas dan merdeka, malah juga lambang perpaduan rakyat berbilang kaum serta agama. Lebih-lebih lagi pada waktu ini, di saat negara kita dan seluruh dunia sedang berhadapan dengan penularan wabak Covid-19. Menerusi titah ucapan baginda dalam pelbagai majlis rasmi peringkat negeri, jelas terpancar rasa kasih dan prihatin baginda kepada kesusahan yang dilalui rakyat. Betapa baginda sangat mengharapkan agar keadilan dan keharmonian dapat dirasakan dalam setiap nadi kehidupan rakyat jelata.
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Pada 12 Mei 2020 yang lalu, Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah telah merasmikan mesyuarat Dewan Negeri Perak keempat belas, bertempat di Dewan Negeri Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Baginda bertitah, agar kebajikan rakyat jangan dikorbankan. Masa hadapan negeri jangan dimusnahkan kerana kepentingan peribadi, kerana percaturan politik yang keterlaluan atau kerana dorongan sifat tamak dan haloba untuk mengumpulkan kekayaan diri bagaikan tidak mengenal batasan.
Berhubung wabak Covid-19 pula, baginda menitahkan agar rakyat negeri ini bersedia melakukan pengubahsuaian dalam gaya hidup. Cara kita bekerja, cara kita berurus niaga, mengurus kewangan, cara beribadah, cara keraian, cara bereakreasi dan menjalani kehidupan seharian, akan berubah selari dengan pembudayaan norma baharu.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada tahun ini, Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibni al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulah pada tahun ini, marilah kita sama-sama mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Paduka Tuanku dipanjangkan umur dalam keberkatan dan kerahmatan Allah s.w.t, serta dianugerahkan kekuatan bagi meneruskan pemerintahan secara adil dan saksama, bagi memastikan kestabilan politik dalam negeri kita yang tercinta ini terus terjaga dan terpelihara sebaiknya.
Marilah kita bersatu padu mendukung, menjunjung kasih taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sepanjang takhta pemerintahan baginda. Semoga Duli Yang Maha Mulia Paduka Tuanku dikurniakan taufik dan hidayah serta kekuatan untuk meneruskan pemerintahan di negeri Perak Darul Ridzuan ini. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nisa' ayat 83:
وَإِذَا
جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ
وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ
يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ
وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ
إِلَّا قَلِيلًا ﴿٨٣﴾
Maksudnya: "Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus
menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada
Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara
mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil
keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia
Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan
kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di
antara kamu)".
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.
Khutbah Kedua
الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Mimbar menyeru para jamaah agar berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah berteraskan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini. Jagalah hubungan baik dengan Allah dan sesama manusia, makmurkanlah rumah-rumah Allah dengan istiqamah melakukan ibadat, terutamanya solat fardu berjamaah. Sabda Nabi s.a.w:
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَةً
Maksudnya: "Solat berjamaah mengatasi solat bersendirian dua puluh tujuh darjat". (Hadits riwayat Al-Bukhari)
Mimbar berpesan agar kita sama-sama mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Hadirlah ke masjid dalam keadaan berwuduk, diwajibkan membawa sejadah sendiri, dan memakai pelitup muka. Marilah kita berwaspada, agar masjid-masjid kita tidak menjadi kluster baru yang menggagalkan usaha memutuskan jangkitan Covid-19.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.
اللَّهُمَّ أدْفَعْ عَنَّا الْبَلَاء، وَالْوَبَاء خُصُوصًا وَيْرُوس الْكُورُونَا، وَالْغَلَاء، وَالْمِحَنِ وَالْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَنْ بَلَدِنَا خَاصَّةً وَعَنْ بُلْدَانَ عَامَّةً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا السُّلْطَانُ نَزْرِين مُعِزُّالدِّين شَاه ابْنِ الْمَرْحُوم السُّلْطَان أزلن مُحِبُّ الدِّين شَاه الْمَغْفُورُلَهُ، وَكَذَلِكَ رَاجَ فرمايسوري فيراق دار الرضوان توانكو زَارَ سَالِم. كَمَا نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ أَنْ تُصْلِحَ أَئِمَّتَنَا وَوُلَاتَ أُمُوْرِنَا، وَاجْعَلْ وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun
dari sini.
No comments:
Post a Comment