Thursday, September 3, 2020

KHUTBAH JUMAAT - 16 MUHARRAM 1442 / 4 SEPTEMBER 2020


SELAMAT DI DUNIA, SEJAHTERA DI AKHIRAT

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا.
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهِ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t, dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya serta berbakti kepada agama dan masyarakat. Semoga kita berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Mimbar hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk; "Selamat Di Dunia, Sejahtera Di Akhirat".

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Di dalam peristiwa hijrah, Rasulullah s.a.w telah bersabda setibanya di kota Madinah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ! أَفْشُوا السَّلَامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ.

Maksudnya: "Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, berilah makan (kepada orang yang kelaparan), hubungkanlah silaturrahim, dan laksanakanlah solat malam ketika manusia nyenyak tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat". (Hadits riwayat Ibnu Majah no. 2648)

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Melalui hadits ini, Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan 4 perkara kepada kita selaku umat baginda s.a.w. Barangsiapa yang mengerjakan 4 perkara ini, nescaya dia akan memasuki syurga Allah dengan selamat dan sejahtera.

Pertama, Afsyu Salam, yang bermaksud sebarkan salam, Kata "As-Salam" mempunyai dua makna yang pertama adalah ucapan "Assalamu'alaikum" yang bermaksud sejahtera ke atas kamu semua. Ucapan ini diberikan saat kita bertemu dengan orang lain, terutamanya sesama muslim. Tuntutan ini berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam Surah An-Nisa' ayat 86:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا ﴿٨٦﴾

Maksudnya: "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu".

Makna kedua bagi "As-Salam" adalah keselamatan atau keamanan. Kita diperintah oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya untuk menyebarkan keamanan di muka bumi ini. Kita memelihara daratan, lautan, mahupun udara daripada sebarang bentuk pencemaran dan kerosakan. Dalam hubungan sosial pula, kita membina suasana penuh kedamaian di tengah-tengah masyarakat, aman tanpa permusuhan, aman tanpa pertikaian dan konflik yang memecah-belahkan.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Kedua, At'imut To'am, yang bermaksud memberi makan. Perintah ini bersifat umum, iaitu memberi makan kepada siapa sahaja yang kelaparan. Baik fakir miskin, atau anak-anak yatim yang memerlukan.

Kelak di syurga, golongan yang memberi makan ini akan digelar sebagai "Al-Abrar", iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan. Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Insan ayat 8:

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا ﴿٨﴾

Maksudnya: "Mereka memberi makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan".

Yang ketiga, Shilu Arham, yang bermaksud hubungkan tali silaturrahim. Hakikat silatuurahim adalah menyambung kembali hubungan kekeluargaan dan persaudaraan. Yang jauh didekatkan, yang keruh dijernihkan. Maka akan lahirlah masyarakat yang saling menyayangi di antara satu sama lain.

Yang keempat, Shollu billail wannasu niyam, maksudnya solat di malam hari ketika manusia tidur. Solat yang dimaksudkan di sini adalah solat sunat tahajjud. Dua kelebihan menanti orang-orang yang memelihara solat sunat tahajjud. Pertama, mendapat ganjaran pahala yang sangat besar. Kedua, mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah dan disenangi makhluk-makhluk ciptaan-Nya.

Jika 4 perkara ini selalu kita amalkan dalam kehidupan seharian, kelak syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan menanti kita sebagai penghuninya. Itulah tanda kejayaan yang sebenar, yang kekal abadi buat selamanya.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah berkenan menerima kita sebagai hamba yang diredai-Nya. Marilah kita sama-sama menghidupkan tradisi mengucapkan salam, dan menyebarkan keamanan di muka bumi, memberi makan kepada orang susah, menyambung silaturrahi, dan bangun mendirikan solat malam, kerana inilah sumber kekuatan umat Islam di akhir zaman. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 25:

وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٥﴾

Maksudnya: "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلَا عُدْوَانَ عَلَى الظَّالِمِيْنَ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini. Jagalah hubungan baik dengan Allah dan sesama manusia, makmurkanlah ruma-rumah Allah dengan istiqamah melakukan ibadat, terutamanya solat fardu berjamaah.

Sama-samalah kita mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Hadirlah ke masjid dalam keadaan berwuduk, digalakkan membawa sejadah sendiri, dan memakai pelitup muka.

قَالَ اللهُ تَعَالَى:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.

اللَّهُمَّ أدْفَعْ عَنَّا الْبَلَاء، وَالْوَبَاء خُصُوصًا وَيْرُوس الْكُورُونَا، وَالْغَلَاء، وَالْمِحَنِ وَالْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَنْ بَلَدِنَا خَاصَّةً وَعَنْ بُلْدَانَ عَامَّةً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

No comments:

Post a Comment