Friday, February 28, 2020

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 4 REJAB 1441 / 28 FEBRUARI 2020


NIKMAT ISLAM MELALUI PERPADUAN UMMAH


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَكْرَمَنَا بِنِعْمَةِ الْإِسْلَامِ وَفَضَّلَنَا كَثِيْرٍ مِنَ الْأُمَمِ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، أشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ الْمُرْسَلِينَ، وَإِمَامِ الْمُتَّقِينَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجِاهِدِينَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالتَّابِعِيْنَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.  

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah,

Allah s.w.t menunjukkan jalan-jalan taqwa yang baik. Di antaranya firman Allah Ta'ala:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿١٠﴾ [سورة الحجرات : ١٠]

(Maksudnya): Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

Allah s.w.t juga mengingatkan generasi awal umat Islam yang dididik oleh Rasulullah s.a.w:

وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا ﴿١٠٣﴾ [سورة آل عمران : ١٠٣]

(Maksudnya): Dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.

Islam telah memulakan perpaduan umat dengan bangsa Arab yang terkenal dengan jahiliyah, keras hati mereka lebih daripada batu, tinggal di padang pasir yang sangat panas, payah berjumpa air dan tidak ada tumbuhannya. Mereka menjadi bangsa yang ganas. Peperangan berlaku di antara satu sama lain dengan mudah. Mereka sanggup mengambus anak perempuan hidup-hidup kerana tidak berguna untuk peperangan. Betapa peperangan menjadi amalan yang dikasihi dan disukai oleh mereka. Allah s.w.t melembutkan hati mereka dengan nikmat Islam. Mereka bersatu dengan persaudaraan Islam, disatukan dengan iman, hubungan iman yang menjalinkan kasih sayang laksana anggota dalam satu jasad yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى. [رواه البخاري ومسلم]

(Maksudnya): Perumpaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit dan demam.

Itulah persaudaraan yang dijalinkan oleh Islam sehingga mereka menjadi umat yang kuat dengan nikmat Islam, nikmat yang paling berharga daripada segala nikmat yang lain.

وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿١٨﴾ [سورة النحل : ١٨]

(Maksudnya): Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam. Islam yang membetulkan nikmat yang lain. Islam yang menjadikan nikmat yang lain itu membawa kebaikan dunia dan kebaikan hari akhirat. Yang menjadi perjalanan hidup manusia seluruhnya, hanya Islam yang menjadi petunjuk.

Ketika mereka berpegang dengan Islam, orang Arab menjadi umat yang kuat, mengajak bangsa-bangsa lain dalam dunia masuk Islam dan berjaya menyatukan manusia berbagai bangsa dengan Islam. Islam memberi kemuliaan kepada mereka dan menjadi kehebatan kepada mereka. Betapa besarnya kedudukan Islam itu, diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w:

لَا تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ. [رواه البخاري]

(Maksudnya): Jangan kamu menyeleweng (menjadi kufur) selepas aku wafat, nanti kamu akan memancung leher (berperang) di antara satu sama lain.

Hari ini kita menyaksikan berlakunya amaran Rasulullah s.a.w itu apabila orang Arab meninggalkan Islam. Walaupun mereka diberi harta kekayaan oleh Allah s.w.t dengan hasil bumi yang paling kaya dalam dunia, harta benda yang terlalu banyak melimpah ruah, tetapi apabila mereka meninggalkan Islam, ia tidak memberi apa-apa faedah dan manfaat kepada harta itu. Harta benda membakar diri mereka sendiri.

Hari ini kita menyaksikan peperangan yang berlaku di negara-negara Arab, walaupun Al-Quran diturunkan dengan bahasa mereka dan Nabi Muhammad s.a.w daripada bangsa mereka, tetapi bila mereka meninggalkan Islam, mereka menjadi bangsa yang musnah dan hancur lebur, berperang sesama sendiri. Ini menunjukkan bahawa bangsa yang bersama dengan Islam sahaja yang selamat dan bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja diberi berkat oleh Allah s.w.t.

Marilah kita jadikan perkara yang berlaku di hadapan mata kita hari ini sebagai iktibar dan pengajaran bagi menambahkan lagi keyakinan kita terhadap Islam. Lakukan muhasabah diri, hitung diri dan amalan kita supaya menepati ajaran Islam. Hanya Islam sahaja yang menyelamatkan kita daripada dunia sehingga hari akhirat. Tegakkan bangsa tanpa Islam, bangsa tidak selamat. Hanya Islam yang ditegakkan yang menyelamatkan bangsa dan manusia semuanya.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ ۚ وَأُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿١٠٥﴾ [سورة آل عمران : ١٠٥]

(Maksudnya): Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.

2 comments:

  1. If you're trying to lose weight then you certainly need to start using this brand new custom keto meal plan diet.

    To design this keto diet, certified nutritionists, fitness trainers, and professional cooks have united to provide keto meal plans that are powerful, painless, price-efficient, and fun.

    Since their grand opening in January 2019, thousands of clients have already transformed their body and health with the benefits a professional keto meal plan diet can provide.

    Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-proven ones given by the keto meal plan diet.

    ReplyDelete
  2. ada 8 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete