Friday, February 7, 2020

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 13 JAMADIL AKHIR 1441 / 7 FEBRUARI 2020


UJIAN DAN JANJI KEMENANGAN


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، الرَّحْمَةِ الْمُهْدَاةِ وَالنِّعْمَةِ الْمُسْدَاةِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ. 

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan (dunia dan akhirat) adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar firman Allah yang mengingatkan kita:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ ﴿٢١٤﴾ [سورة البقرة : ٢١٤]

(Maksudnya): Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, sedangkan belum sampai kepadamu ujian sebagaimana yang pernah berlaku ke atas umat yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan dengan pelbagai cubaan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: Bilakah lagi akan datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Ayat ini ditujukan kepada orang yang lemah semangat di kalangan umat Islam dan yang bertanya, bilakah Allah menunaikan janji untuk memenangkan Islam ini? Islam dihentam oleh musuh-musuhnya yang datang daripada segenap penjuru. Tidakkah Allah itu Maha Berkuasa? Firman-Nya:


إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ ﴿٨٢﴾ [سورة يس : ٨٢]

(Maksudnya): Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.

Mengapa Allah tidak jadikan kemenangan itu dalam sekelip mata? Tidakkah Allah itu Maha Berkuasa? Pertanyaan ini bukan sahaja oleh orang-orang Islam di zaman ini, tetapi termasuk di zaman Rasulullah s.a.w apabila mereka yang disiksa ketika mereka di Makkah, khususnya kalangan mereka yang lemah yang tidak ada pelindung dan tidak ada daya upaya mengadu kepada Rasulullah s.a.w melalui jurucakap mereka, Khabab bin Al-Arat r.a.

Kata Khabab:


أَلَا تَسْتَنْصِرُ لَنَا أَلَا تَدْعُو لَنَا

(Maksudnya): Mengapa Rasulullah tidak memohon pertolongan untuk kami? Mengapa Rasulullah tidak berdoa untuk kami?

Jawab Rasulullah s.a.w:


قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُ لَهُ فِي الْأَرْضِ فَيُجْعَلُ فِيهَا فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الْحَدِيدِ مَا دُونَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ فَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ. وَاللَّهِ لَيَتِمَّنَّ هَذَا الْأَمْرُ حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ لَا يَخَافُ إِلَّا اللَّهَ وَالذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ. [رواه البخاري]

(Maksudnya): Sesungguhnya umat sebelum kamu ada yang ditanam hidup-hidup, ada yang dibelah dari kepala dengan gergaji sehingga terbelah dua tubuhnya, ada yang disikat tubuh dengan sikat besi yang meluruhkan kulit, daging dan urat sehingga ke tulang, tetapi tidak menghalang ia dari agamanya. Demi Allah, akan disempurnakan urusan agama ini sehingga orang yang berjalan dari Sana'a ke Hadramaut tidak takut lagi melainkan kepada Allah dan serigala yang mengganggu kambing, tetapi kamu adalah orang-orang yang terlalu gopoh.

Kemenangan Allah itu sangat mahal harganya untuk dibayar dengan harta dan jiwa raga serta pengorbanan. Kemuliaan iman yang diberi oleh Allah kepada manusia mengatasi malaikat di langit dan makhluk-makhluk yang lain. Allah meletakkan manusia di dalam syurga pada hari kiamat, sedangkan malaikat itu menjadi pekerja-pekerja. Manusia akan mendapat nikmat di dalam syurga yang penuh dengan nikmat. Tetapi syurga itu mesti dibayar dengan harga yang mahal, iaitu dibayar dengan iman. Iman yang mahal itu diuji oleh Allah s.w.t dengan ikhlas dan jujurnya kepada Allah. Maka mereka yang beriman dihentam dan diganggu oleh musuh-musuh, serta disiksa diri, harta, keluarga dan kedudukannya. Kehidupannya sangat mencabar. Hanya mereka yang tahan uji sahaja mendapat kejayaan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Itulah yang dialami oleh umat di zaman dahulu sehingga orang menganggap Islam suatu yang mustahil untuk mencapai kemenangan. Ketika Nabi Nuh a.s berjuang selama 950 tahun, dalam perjalanannya, orang mengatakan Nabi Nuh mustahil mendapat kejayaan dan kemenangan dalam dakwahnya. Setelah mengalami masa selama tempoh itu, Allah membinasakan musuh-musuhnya dengan taufan yang besar, Nabi Nuh dan pengikutnya diberi kemenangan oleh Allah s.w.t.

Nabi Ibrahim a.s menghadapi Namrud yang menakluk dunia dengan bala tentera yang ramai. Nabi Ibrahim dihalau oleh raja dan ayahnya. Lalu meninggalkan tanahairnya dan hidup berdagang. Orang menganggap Ibrahim gagal mengalahkan Namrud. Tetapi apabila tiba masanya, Allah membinasakan Namrud dan bala tenteranya dengan nyamuk-nyamuk yang dianggap lemah.

Begitu juga dengan Nabi Musa a.s yang menghadapi Firaun, kuasa besar di zamannya yang mempunyai berjuta bala tentera. Nabi Musa yakin dengan pertolongan Allah s.w.t yang berjuang berpuluh-puluh tahun sehingga Allah memerintah Musa berhijrah meninggalkan negeri Mesir bersama dengan pengikutnya untuk dibinasakan Firaun. Tidak diberitahu bagaimana hendak dibinasakan Firaun itu. Apabila mereka sampai di tepi laut, mereka terkandas kerana laut di hadapan, sedangkan bala tentera Firaun yang ramai berada di belakang mereka. Ketika Bani Israil dalam keadaan cemas. Allah Ta'ala berfirman:

فَلَمَّا تَرَاءَى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَىٰ إِنَّا لَمُدْرَكُونَ ﴿٦١﴾ [سورة الشعراء : ٦١]

(Maksudnya): Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".

Nabi Musa meninjukkan keyakinannya kepada Allah:

قَالَ كَلَّا ۖ إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ ﴿٦٢﴾ [سورة الشعراء : ٦٢]

(Maksudnya): Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolongan-Nya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku".

Firaun dibinasakan oleh Allah s.w.t bersama bala tenteranya. Nabi Musa menuju ke Palestin dan wafat di tengah jalan, menang di akhirat. Kemenangan dunia disambung oleh pengikut-pengikutnya yang setia dan beriman.

Begitulah Nabi kita Muhammad s.a.w, mempunyai keyakinan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t ketika berhijrah hanya bersama Abu Bakar As-Siddiq r.a dan pemandu unta, diburu oleh Suraqah bin Malik, pahlawan Quraisy dengan senjata yang terhunus. Allah menahan Suraqah, kaki kudanya dipegang oleh bumi sehinga dia jatuh tersungkur beberapa kali dan akhirnya melutut di hadapan Nabi s.a.w. Nabi bersabda: "Wahai Suraqah, aku janjikan kepadamu hadiah gelang emas kebesaran kerajaan Parsi".

Belum lagi sampai ke Madinah, sudah yakin dengan janji Allah s.w.t bahawa kerajaan Rom dan Parsi akan tumbang. Jatuhnya Parsi dan Rom bukan di zaman Rasulullah s.a.w, tetapi berlaku di zaman Khalifah 'Umar bin Al-Khattab r.a. Saiyidina 'Umar mengambil gelang itu dan menyerahkan kepada Suraqah bin Malik r.a yang sudah masuk Islam.

Itulah kemenangan Islam. Allah jadikan perjalanan para anbiya' bersama dengan Islam, pasang dan surut. Itulah perjalanan umat Islam setelah wafatnya Nabi s.a.w. Kita menghadapi zaman Islam dalam keadaan surut. Umat Islam ditekan dan ditindas di mana-mana, tetapi percayalah laut tidak selama-lamanya surut, akan tiba masanya pasang. Hari tidak selama-lamanya malam, akan tiba masanya siang. Itulah perjalanan alam ini, akan tiba giliran kepada Islam. Itulah janji Allah s.w.t.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٤٠﴾ [سورة الحج : ٤٠]

(Maksudnya): Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.

2 comments:

  1. Did you know there is a 12 word sentence you can tell your crush... that will induce deep feelings of love and impulsive appeal for you buried inside his heart?

    That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, worship and guard you with all his heart...

    12 Words That Trigger A Man's Love Response

    This instinct is so hardwired into a man's mind that it will make him try harder than before to make your relationship as strong as it can be.

    Matter-of-fact, triggering this mighty instinct is absolutely important to having the best ever relationship with your man that once you send your man one of these "Secret Signals"...

    ...You'll immediately notice him open his mind and soul to you in such a way he haven't experienced before and he'll identify you as the one and only woman in the galaxy who has ever truly tempted him.

    ReplyDelete

  2. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 8 permainan seru :)

    ReplyDelete