Friday, February 7, 2020

KHUTBAH JUMAAT – 13 JAMADIL AKHIR 1441 / 7 FEBRUARI 2020


BEKERJALAH DENGAN CEMERLANG

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ.
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوْا اللهَ، أُصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ. فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t, semoga kita diberikan ketaqwaan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik seterusnya membuktikan keimanan yang sebenar-benar kepada-Nya. Sebelum meneruskan khutbah, para jamaah diingatkan agar menumpukan perhatian dan jangan bercakap-cakap. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat dan pahala Jumaat kita tidak sia-sia. Dan semoga Allah meletakkan kita pada tahap yang terbaik hari ini, esok dan hari yang mendatang. Khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk; “Bekerjalah Dengan Cemerlang”.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Setiap manusia yang diciptakan Allah perlu melaksanakan setiap amanah yang diberikan. Antara amanah tersebut, adalah melakukan ibadah sebaik mungkin kepada Allah s.w.t. Jangan ada dalam kalangan kita yang bersikap sambil lewa dan melakukan pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh, kerana ia membuktikan keculasan kita di hadapan yang Maha Pencipta. Justeru, setiap tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita mesti dilakukan dengan cara yang terbaik, yakni dengan bersungguh-sungguh atau dengan kata lain, melaksanakannya dengan cemerlang bagi mencapai keredaan Allah. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t dalam Surah At-Taubah ayat 62:

يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَكُمْ لِيُرْضُوكُمْ وَاللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَقُّ أَن يُرْضُوهُ إِن كَانُوا مُؤْمِنِينَ ﴿٦٢﴾

Maksudnya: "Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, padahal Allah dan Rasul-Nya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaan-Nya, jika betul mereka orang-orang yang beriman".

Sebagai umat Islam, kita dituntut melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat duniawi yang telah ditetapkan. Namun adalah molek dan elok sekiranya tugasan yang dilakukan itu dapat dilaksanakan dengan rasa sedar dan yakin, bahawa ia akan dikira Allah sebagai amal soleh.

Kebertanggung jawaban tidak hanya lahir daripada kesedaran diri semata-mata tetapi ia adalah bukti hubungan kita dengan Tuhan yang menciptakan dan kita tidak boleh bersikap culas, malas dan sambil lewa dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan. Oleh kerana itu, tanggungjawab sebagai makhluk Allah mestilah yang terbaik, iaitu melaksanakan tugas dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh yang akhirnya membawa kepada kecemerlangan bukan sahaja kepada diri kita tetapi kepada masyarakat.

Sidang Jumaat sekalian,

Matlamat usaha dan bekerja berteraskan konsep itqan adalah penting untuk menuju al-falah, iaitu kecemerlangan. Itqan bermaksud tekun dan bersungguh-sungguh. Sabda Nabi s.a.w:

إِنَّ اللهَ تَعَالَى يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala suka sekiranya seseorang melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh". (Hadits riwayat Al-Baihaqi dalam Sya'bul Iman)

Kecemerlangan pula bermaksud pencapaian tertinggi yang mampu diraih seseorang dalam satu-satu bidang. Bagi agama Islam, kecemerlangan adalah suatu usaha yang mampu dicapai dengan matlamat untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Dengan kata lain, kecemerlangan mutlak sebagai umat Islam, adalah untuk mendapat kejayaan secara fizikal, mental dan spiritual, agar semuanya dapat membawa kepada hasanah di dunia dan hasanah di akhirat. Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 201:

وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿٢٠١﴾

Maksudnya: "Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Apakah tujuan kita meletakkan kecemerlangan sebagai kayu ukur kejayaan? Jawapannya adalah, kita diturunkan ke atas muka bumi untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Kita tidak diciptakan untuk hidup tanpa melakukan apa-apa, atau tidak meletakkan Allah sebagai matlamat. Setiap perkara yang dilakukan sama ada urusan keluarga, pekerjaan, hal kemasyarakatan, mestilah meletakkan kecemerlangan sebagai matlamat. Ini termasuklah urusan diri sendiri yang harus terlebih dahulu diperbetulkan, agar setiap urusan lain akan menjadi ikutan sebaiknya.

Seorang sarjana Islam bernama 'Abdullah Nasih 'Ulwan, telah menggariskan 5 ciri-ciri kecemerlangan. Lima perkara asas ini hendaklah menjadi pegangan jika kita ingin berjaya dalam kehidupan dan seterusnya mara ke hadapan:

1. Iman yang teguh dan tidak mudah goyah

2. Keikhlasan yang benar, bukan kepura-puraan atau riya'

3. Kemahuan yang kuat, tidak kenal takut dan gentar

4. Kerja keras yang tidak kenal lelah

5. Berkorban demi mencapai kemenangan

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Sebagai seorang khalifah Allah, kita seharusnya bersiap sedia untuk memastikan kita tidak terjerumus ke dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan kecemerlangan diri. Antara ciri-ciri yang boleh merosakkan misi kecemerlangan adalah seperti berikut:

Pertama: Sentiasa bersikap sambil lewa dan culas dalam pekerjaan

Kedua: Bersikap lemah dan kurang daya untuk melakukan yang terbaik

Ketiga: Bersikap negatif dalam setiap perkara

Sidang Jumaat sekalian,

Syarat kepada kecemerlangan memerlukan dua faktor. Faktor pertama adalah meletakkan kerja dan tugas yang diamanahkan sebagai tanggungjawab demi Allah yang Maha Kuasa. Ini selaras sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam Surah Az-Zariyaat ayat 56:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥٦﴾

Maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku".

Khatib menyeru para jamaah sekalian di hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama menyemat tekad, bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk menuju kejayaan.

Faktor kedua, kita bekerja dengan semangat untuk mengangkat martabat keinsanan. Laksanakan tugas dengan jiwa yang murni dan tolaklah sebarang unsur negatif yang boleh merosakkan. Firman Allah dalam Surah An-Najmi ayat 39:


وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ ﴿٣٩﴾

Maksudnya: "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya". 

Oleh yang demikian, marilah kita berganding bahu menjayakan misi kecemerlangan ini. Jangan jadikan tempat kita mencari rezeki sebagai tempat untuk menghimpun dosa. Sebaliknya, himpunlah segala pahala dan ganjaran untuk kita bawa bertemu Allah s.w.t, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Firman Allah s.w.t dalam Surah At-Taubah ayat 105:

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿١٠٥﴾

Maksudnya: "Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia akan memberitahukan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita bekerja dengan penuh kesungguhan dan ketekunan. Hindarilah sikap sambil lewa, membuang masa, menggunakan masa bekerja untuk mengadu domba yang amat merugikan kita sebagai petugas Islam dan hamba Allah. Laksanakanlah tugas dengan amanah dan bersungguh-sungguh supaya matlamat untuk mendapat keredaan Allah tidak sia-sia.

Yakinlah kepada janji Allah, sekiranya kita melaksanakan tugas dengan baik, hasilnya dapat dituai bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat, negeri yang abadi. Mengakhiri khutbah pertama hari ini, marilah kita menghayati tausiyah penting untuk iktibar bersama:

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa bekerja kerana Allah, adalah tuntutan yang utama dalam hidup di atas muka bumi.

2. Umat Islam hendaklah menanamkan niat yang ikhlas kepada Allah atas segala usaha dan pekerjaan kerana ianya akan mendapat pahala di dunia dan di akhirat.

3. Umat Islam hendaklah berusaha melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh kerana ianya sifat yang dididik oleh baginda Nabi s.a.w. Firman Allah dalam Surah Ghafir ayat 39:

يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ ﴿٣٩﴾

Maksudnya: "Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal abadi".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru para jamaah agar tetap berpegang teguh kepada aqidah Islamiyah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang menjadi warisan Rasulullah s.a.w, sahabat dan tabi'in, hingga kepada kita hari ini. Mimbar turut berpesan, jagalah hubungan baik kita dengan Allah dan sesama manusia. Makmurkanlah rumah-rumah Allah dengan istiqamah mengerjakan iabadah, terutamanya solat fardu berjamaah. Walaupun sesibuk mana pun kita bekerja, janganlah sekali-kali tinggalkan solat. Mudah-mudahan kita mendapat naungan Allah, di dunia dan akhirat.

قَالَ اللهُ تَعَالَى:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي فَلَسْطِينِ وَفِي الأُوْيغُوْر وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ. 

اللَّهُمَّ سَلِّمْنَا، وَسَلِّمْ دِينَنَا، وَسَلِّمْ أَوْلَادَنَا، وَسَلِّمْ إِخْوَانَنَا، وَسَلِّمْ مِنْ مُسْلِمِينْ، وَسَلِّمْ شَعْبَ مَالِيزِيَا يَا الله مِنْ كُلِّ بَلَاءٍ، وَوَبَاءٍ، وَضِيقٍ، وَهَمٍّ، وَفِتْنَةٍ، وَغَمٍّ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَنْ بِلَادِنَا هَذَا خَاصَّة، وَعَنْ بُلْدَان مُسْلِمِينَ عَامَّة، يَا أَكْرَمَ الأَكْرَمِين، يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

2 comments:

  1. Did you know there is a 12 word sentence you can tell your crush... that will induce deep emotions of love and instinctual appeal to you buried inside his heart?

    Because deep inside these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, look after and look after you with all his heart...

    ====> 12 Words Will Fuel A Man's Desire Response

    This impulse is so hardwired into a man's mind that it will make him try better than before to make your relationship as strong as it can be.

    Matter-of-fact, fueling this powerful impulse is absolutely binding to achieving the best ever relationship with your man that once you send your man one of the "Secret Signals"...

    ...You will immediately find him expose his heart and soul for you in such a way he never experienced before and he'll distinguish you as the one and only woman in the universe who has ever truly interested him.

    ReplyDelete
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    ReplyDelete