Thursday, January 21, 2010

Kerasulan Nabi Muhammad SAW adalah suatu rahmat besar kepada seluruh alam untuk menyelamatkan umat manusia dari penyembahan/pengabdian yang palsu kepada ibadat yang sebenar-benarnya, dari perhambaan agama kepada kebebasan dan kemerdekaan Islam, dari kezaliman kepada keadilan syari’ah dan perundangan yang adil. Sesungguhnya manusia ini kiranya dibebaskan dari hawa nafsu, dan bebas dari tawanan akal pastinya mereka akan mengenal kebenaran dan pastinya mereka akan beriman serta mengaku kebenaran kerasulan Nabi Muhammad SAW. Sebagai contohnya Heraklius pembesar Rum mengetahui kebenaran kenabian Nabi Muhammad SAW setelah terbukti kepada beliau bukti-bukti demikian menerusi jawapan Abu Sufian terhadap beberapa soalan yang diajukannya lantas beliau menyeru rakyatnya dengan berkata: “hai orang-orang Rum adakah anda mahu kejayaan dan kebijaksanaan dan kerajaan kamu berkekalan justeru, berilah persetiaan kamu kepada Nabi ini”. Heraklius pembesar Rum sebelum itu telah bertanya Abu Sufian dan merumuskan dengan katanya: “ Beta bertanya anda tentang nasab keturunannya, lalu anda nyatakan beliau (Nabi Muhammad) orang yang berkedudukan dikalangan kamu, begitulah para rasul diutuskan dikalangan yang berkedudukan dari kaumnya. Beta juga tanyakan anda tentang adakah ada orang lain menyeru seperti mana seruannya, anda katakan: Tidak ada! Beta katakan: “Kalau ada orang lain menyampaikan seruan seperti ini sebelum beliau tentunya beta boleh katakan orang ini meniru seruan yang pernah diucapkan sebelumnya. Beta juga tanyakan anda adakah dikalangan datuk nenek beliau pernah menjadi raja? Lalu anda katakan: Tidak, Beta tegaskan: Sekiranya dikalangan datuk neneknya menjadi raja pastinya Beta boleh katakan beliau sebenarnya menuntut kerajaan keturunannya. Beta tanyakan anda, adakah pernah kamu menuduhnya berdusta sebelum beliau mendakwa kenabian? Anda katakan, tidak pernah.Beta yakin bahawa tak mungkin beliau yang tidak pernah berbohong kepada manusia sanggup pula berbohong terhadap Allah. Beta tanyakan anda: Adakah orang kenamaan dan berkedudukan yang mengikut beliau atau golongan bawahan. Anda sebutkan bahawa golongan bawahan yang menjadi pengikut beliau. Beta katakana bahawa itulah golongan yang menjadai pengikut para rasul. Beta tanyakan anda, adakah pengikut beliau itu semakin bertambah atau merosot? Anda sebutkan bahawa mereka sentiasa bertambah. Begitulah penangan iman sehingga ianya lengkap sempurna. Beta tanyakan anda, ada atau tidak sesiapa yang murtad kerana marahkan agama beliau setelah memasukinya? Anda tegaskan tidak ada. Begitulah halnya iman bila sudah teradun sebati dengan jantung hati yang ceria. Beta tanya anda, pernahkan beliau berbuat khianat? Anda jawab, tidak! Begitulah para rasul tidak ada yang khianat!! Beta tanya anda lagi, apa yang beliau suruh kamu? Anda sebutkan bahawa beliau menyuruh kamu menyembah Allah dan jangan menyengutukan sesuatu apapun jua denganNya. Dan beliau melarang kamu dari penyembahan berhala, dan menyuruh kamu bersolat, bersadakah dan menjaga kesuacian diri. Beta ingin tegaskan sekiranya apa yang anda katakan itu benar ertinya beliau kelak akan menguasai tempat beta berdiri ini. Sebenarnya beta sudahpun tahu bahawa beliau akan keluar cuma beta tidak menyangka yang beliau adalah dari kalangan kamu.Kalau beta tahu beta boleh terus pergi kepadanya sanggup beta menanggung segala-galanya untuk menemui beliau. Kalau beta berada disisi beliau beta akan mandi dari air kedua telapak kakinya. Kemudian Heraklius membaca surat Nabi Muhammad yang diutuskan kepadanya berbunyi: (بسم الله الرحمن الرحيم ، من محمد عبد الله ورسوله إلى هرقل عظيم الروم ، سلام على من اتبع الهدى ، أما بعد : فإني ادعوك بدعاية الإسلام ، أسلم تسلم يؤتك الله أجرك مرتين . فإن توليت فإن عليك إثم الأريسيين ، و ( يا أهل الكتاب تعالوا إلى كلمة سواء بيننا وبينكم أن لا نعبد إلا الله ولا نشرك به شيئا ، ولا يتخذ بعضنا بعضا أربابا من دون الله ، فإن تولوا فقولوا اشهدوا بأنا مسلمون) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dari Muhammad Hamba Allah dan RasulNya kemajlis Heraklius Pemerintah Bizantin. Salam sejahtera keatas siapa yang mengikut petunjuk.Selanjutnya saya sesungguhnya ingin menyeru anda dengan seruan Islam; Islamlah anda pasti akan selamat dan Allah pastinya mengurniakan ganjaran berganda kepada anda, sekiranya anda berpaling diri sesungguhnya dosa Arisiyiin akan tertanggung keatas anda

No comments:

Post a Comment