Thursday, January 14, 2010
AMANAT DR. YUSUF AL-QARDHAWY
AMANAT DR. YUSUF AL-QARDHAWY
TOKOH MA’AL HIJRAH KEBANGSAAN (1431H-2010M)
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ . رَوَاهُ مُسْلِمٌ
TERJEMAHAN: “SESIAPA DIKALANGAN KAMU YANG MELIHAT KEMUNGKARAN MAKA HENDAKLAH DIA MERUBAHNYA DENGAN TANGAN, SEKIRANYA DIA TIDAK MEMPU MAKA DENGAN LIDAH, SEKIRANYA TIDAK MAMPU MAKA DENGAN HATINYA DAN ITU ADALAH SELEMAH-LEMAH IMAN”
“ADALAH SATU SANGKAAN YANG SILAP BAHAWA KEMUNGKARAN HANYA TERHAD PADA ZINA, MEMINUM ARAK DAN APA YANG SEERTI DENGAN KEDUANYA. SEBENARNYA
MENGHINA KEHORMATAN RAKYAT ADALAH SUATU KEMUNGKARAN YANG BESAR. MENIPU DI DALAM PILIHANRAYA ADALAH KEMUNGKARAN YANG BESAR. TIDAK MEMBERIKAN KESAKSIAN DI DALAM PILIHANRAYA ADALAH KEMUNGKARAN YANG BESAR KERANA IA MENYEMBUNYIKAN KESAKSIAN. MENYERAHKAN PEMERINTAHAN KEPADA BUKAN AHLINYA ADALAH KEMUNGKARAN YANG BESAR. MENCURI HARTA AWAM ADALAH KEMUNGKARAN YANG BESAR. MEMONOPOLI BARANGAN YANG DIPERLUKAN OLEH ORANG RAMAI UNTUK KEPENTINGAN INDIVIDU ATAUPUN KUMPULAN ADALAH KEMUNGKARAN YANG BESAR. MENAHAN MANUSIA TANPA JENAYAH YANG DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH YANG ADIL ADALAH KEMUNGKARAN YANG BESAR. MENYIKSA MANUSIA DI DALAM PENJARA DAN PUSAT TAHANAN ADALAH KEMUNGKARAN YANG BESAR. MEMBERI, MENERIMA DAN MENJADI ORANG TENGAH BAGI RASUAH ADALAH KEMUNGKARAN YANG BESAR. MENGAMBIL HATI DAN MEMUJI-MUJI PEMERINTAH YANG BATIL ADALAH KEMUNGKARAN YANG BESAR. MENJADIKAN MUSUH ALLAH DAN MUSUH UMAT SEBAGAI PEMIMPIN DENGAN MENGENEPIKAN ORANG YANG BERIMAN ADALAH KEMUNGKARAN YANG BESAR.
BEGITULAH KITA MENDAPATI RUANG BAGI KEMUNGKARAN SEMAKIN MELUAS HINGGAKAN IA MENCAKUPI KEBANYAKAN PERKARA YANG DIANGGAP OLEH MANUSIA SEBAGAI URUSAN POLITIK. APAKAH SEORANG MUSLIM YANG CINTAKAN AGAMANYA; YANG SENTIASA BERUSAHA MEMPEROLEHI KEREDHAAN TUHANNYA AKAN BERDIAM DIRI? ATAU LARI BERUNDUR DARIPADA MEDAN APABILA BERHADAPAN DENGAN KEMUNGKARAN DAN SEBAGAINYA KERANA TAKUT ATAU MAHU MENYELAMATKAN DIRI?......”
Labels:
Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment