Saturday, January 23, 2010

BERITA IKHWAN MUSLIMUN

Dr. Mahdi ‘Akif Contoh Demokrasi

Kaherah. Mursyidul ‘Am Ikhwan Muslimin ke 7 Dr. Mahdi ‘Akif yang memimpin gerakan Islam terbesar dan paling berpengaruh seantero dunia telah menunjukkan contoh terbaik apabila melaksanakan janjinya untuk hanya memimpin jamaah Ikhwan Muslimin Mesir selama satu penggal sahaja. Tindakan beliau ini telah mendapat pujian dari pelbagai pihak di Mesir dan juga menjadi satu tamparan kepada Presiden Hosni Mubarak pemimpin antik paling lama memerintah dan sedang rancak berusaha untuk melantik anaknya Jamal Mubarak menggantikannya.

Dr. Mahdi telah mengisytiharkan pengganti beliau memimpin jamaah Ikhwan Muslimin pada 16.1.2010 sebagai mursyidul ‘am ke 8 Dr. Muhammad Badi’ Samy dalam satu sidang media antara bangsa disini. Dalam ucapan beliau dimajlis itu Dr. Mahdi berkata: “Ikhwan Muslim memiliki metoda yang jelas untuk peengislahan dan sentiasa menilai semula metoda dan perlembagaan tubuh jamaah dan pendirian dan pemikiran mereka secara anjal yang tidak bercanggah perkara-perkara tetap juga tidak merobek prinsip yang menjadi keyakinannya. Ahli Ikhwan sangat memahami bahawa mereka selamanya menjadi baik selagi mereka menerima nasihat. Beliau menyeru seluruh ikhwan agar berpegang dengan dakwah dan prinsip mereka dan tidak teragak-agak dan tidak mundur kebelakang berhadapan penyalahgunaan kuasa yang menafikan kebebasan mereka disamping serangan zalim terhadap mereka, mencekik sumber rezeki dan usaha jahat merosak nama baik perjuangan dan kepimpinan mereka”.

Sementara Mursyidul ‘Am ke 8 Dr. Muhammad Badi’ dalam ucapan sulungnya berkata: “ Saya ingin mengucapkan terimakasih tidak terhingga kepada Ustaz Muhammad Mahdi ‘Akif mursyid ke 7 jamaah kita yang telah menerajui bahtera jamaah ditengah badai dan taufan dan beliau telah berjaya melepasi semua rintangan kemudiannya telah mempersembahkan contoh yang luar biasa kepada seluruh pemimpin dan semua pihak bertanggung jawab sama ada dalam kerajaan, badan-badan dan parti-parti politik tentang menunaikan janjinya dan menyerahkan kepimpinan selepas satu penggal memimpin. Tiada bahasa yang mampu mengungkapkan apa yang tersemat dihati betapa kasih dan tingginya penghargaan kita kepada mursyid. Hanya kita mampu menyampaikan JazakalLah khairan semoga Allah mengganjari anda dengan ganjaran para siddiqin”.

No comments:

Post a Comment