Friday, June 29, 2018

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 15 SYAWAL 1439 / 29 JUN 2018


PERISTIWA AHZAB

الْحَمْدُ لِلَّهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ حَبِيْبِنَا وَشَفِيعِنَا وَقُدْوَتِنَا نَبِيِّ الرَّحْمَة وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ. 
أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa. Maka demi sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita memperingati peristiwa Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal tahun kelima hijrah, apabila kabilah-kabilah yahudi yang telah mengadakan perjanjian damai dengan Islam melakukan khianat, bergabung dengan kabilah-kabilah musyrikin mengumpulkan bala tentera yang besar, lebih besar daripada penduduk Madinah, untuk membunuh Nabi s.a.w dan para sahabatnya serta menghapuskan agama Islam ini.

Peristiwa yang dirakamkan oleh Allah s.w.t di dalam Surah yang dinamakan Suratul Ahzab menjadi ujian kepada umat Islam.

هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا ﴿١١﴾ [سورة الأحزاب : ١١]

(Maksudnya): Di situ diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat.

Peristiwa yang menapis penduduk Madinah dan menapis orang-orang beriman yang murni, yang ikhlas imannya kepada Allah dan rasul dan menapis kalangan munafik serta mereka yang lemah imannya yang berakhir dengan pertolongan Allah s.w.t. Ia melahirkan mereka yang beriman yang disebut oleh Allah s.w.t:

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢﴾ [سورة الأحزاب : ٢٢]

(Maksudnya): Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan yang bersekutu itu, mereka berkata; Inilah yang dijanjikan Allah dan rasul-Nya kepada kita. Dan benarlah Allah dan rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan".

Dengan kumpulan yang benar-benar beriman ini, akhirnya Allah s.w.t memberi kemenangan kepada umat Islam dengan menggagalkan segala perancangan musuh-musuh Islam.

Peristiwa yang dirakamkan di dalam Al-Quranul Karim itu adalah petunjuk yang berlangsung sehingga hari kiamat. Peristiwa Ahzab tiak habis di zaman Nabi s.a.w. Ia berlangsung sehingga hari ini. Umat Islam dikepung daripada seluruh pelusuk dunia oleh semua kumpulan-kumpulan bukan Islam, sama ada ahli kitab dan musyrikin yang bersatu untuk menentang umat Islam. Allah s.w.t tetap memelihara Islam ini dengan adanya mereka yang benar-benar beriman.

Marilah kita bersama dengan mereka yang benar-benar beriman dan yakin dengan pertolongan Allah s.w.t yang menyelamatkan kita di dunia sehingga hari akhirat.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٤٠﴾ [سورة الحج : ٤٠]

(Maksudnya): Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.

No comments:

Post a Comment