Friday, June 15, 2018

KHUTBAH EIDUL FITRI DEWAN ULAMAK PAS PERAK - 1 SYAWAL 1439 / 15 JUN 2018


BIDUK BERLALU KIAMBANG BERTAUT

Khutbah Pertama

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. 
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ.
أَمَّا بَعْدُ. فَيَا عِبَادَ اللهِ،  اِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. بسم الله الرحمن الرحيم
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (١) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (٢) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا (٣)
“Apabila datang pertolongan Allah dan saat kemenangan, kamu semua akan melihat manusia kembali kepada agama Allah beramai-ramai, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan. Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat”. (Surah An-Nashr ayat 1 hingga 3)

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada sidang jamaah sekalian juga diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih tinggi nilainya di sisi Allah selain daripada ketaqwaan seorang hamba kepada-Nya. Mudah-mudahan kita akan beroleh kebahagiaan di dunia mahupun akhirat.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ

Sidang hadirin sekalian,

Kedatangan Eidul Fitri untuk sekian kalinya disambut dengan gembira. Gema takbir dan tahmid membesar serta memuji Allah oleh seluruh umat Islam sedunia tidak kira yang berpangkat ataupun yang berharta, tidak kira berdarjat ataupun ataupun orang biasa, tidak kira bangsa atau negara. Ucapan kalimah ini dilaungkan penuh semangat sebagai tanda kemenangan gemilang sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat selepas berjaya menewaskan musuh dalam peperangan Ahzab, peperangan Badar, pembukaan kota Makkah dan beberapa siri peperangan yang lain. Mereka berjaya memastikan Islam menjadi agama yang memerintah bukan hanya sekadar pegangan yang dipermudah. Laungan ini juga sebagai bukti tanda kesyukuran kepada Allah di atas nikmat dan anugerah yang dikecapi. Umat terdahulu terpaksa mengorbankan masa, harta, malah nyawa mereka semata-mata untuk memastikan Islam tersebar serata dunia. Sedangkan kita pada hari ini hanya mengamalkannya tanpa bersusah payah.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Negara masih lagi segar dengan suasana menyambut keputusan pilihanraya umum ke 14 yang memperlihatkan pertukaran kerajaan persekutuan dan beberapa buah kerajaan negeri. Ada pihak merasakan mereka mencapai kemenangan dan ada pihak yang merasakan sebaliknya.

Kita kini menghadapi cabaran yang amat besar sebagaimana titah Duli Yang Maha Tuanku Sulltan Perak Darul Ridzuan ketika majlis mengangkat sumpah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang lalu iaitu untuk menyatukan kembali warga dan rakyat jelata dalam semangat Biduk Berlalu Kiambang Bertaut. Kita tidak sepatutnya merasakan bahawa yang menang, menang semua dan yang kalah, kalah semua. Semua pihak perlu kembali kepada Allah dan memilih pendekatan agama Allah bagi menghadapi kemenangan dan kekalahan.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Allah memberikan panduan kepada pihak yang menang agar sentiasa bertasbih memuji Tuhan agar tidak hanyut dibuai perasaan. Tanpa ingatan terhadap nikmat Allah yang memberikan kemenangan tersebut, kita mungkin akan merasa ujub dan menganggap kemenangan itu hanya semata-mata hasil kebijaksaan dan jerih payah kita berusaha tanpa dikaitkan dengan keizinan Allah. Ini menjadikan kita begitu mudah melemparkan kata nista, cercaan dan hinaan kepada pihak yang kalah. Sering kali umat Islam mampu mengingati Allah di saat menghadapi kesusahan, ketika ditimpa kekalahan dan ketika benar-benar mengharapkan pertolongan Allah, namun bukan sedikit yang tewas dan melupakan Allah di saat terlepas dari kesusahan, di kala kemenangan menjelang tiba dan di waktu Allah memberikan pertolongan-Nya. Dalam Surah Al-‘Ankabut ayat 65, Allah s.w.t berfirman:

فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ (٦٥)

“Tatakala mereka menaiki bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepada-Nya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepada-Nya”.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ

Hadirin yang dirahmati Allah,

Selain daripada bertasbih, Allah memerintahkan kepada pihak yang menang agar beristighfar memohon ampun dari Allah atas keslahan yang mungkin mereka tidak sedari. Kalau pun tidak kerana ujub yang terlintas di sanubari, mungkin terfikir di fikiran mengenai habuan duniawi yang bakal diperolehi. Atau mungkin juga keterlanjuran kita menghina dan memperlekehkan pihak yang tewas. Atau mungkin ada kesalahan yang tidak kita sedari yang sebenarnya melayakkan Allah membatalkan kemenangan tersebut tetapi Allah masih mengekalkannya. Jika inilah keadaannya, sesungguhnya Allah sebenarnya sengaja mahu menguji kita apakah kita bersyukur dengan kemenangan ini ataupun kita semakin kufur dengan nikmat-nikmat Allah. Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ َلأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ (٧)

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan jika sekiranya kamu kufur ingkar, sesungguhnya Azab-Ku amatlah pedih”.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ

Muslimin muslimat sekalian,

Bagi pihak yang menerima kekalahan, inilah masanya untuk kita bermuhasabah, apakah selama ini kita bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah, atau ada sebab yang kukuh untuk kita menerima kemurkaan Allah. Tidak perlulah kita mengisytiharkan penyesalan dan kesilapan kita di hadapan manusia, cukuplah kepada Allah kita menyerah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat sama ada dari pihak yang menang atau dari pihak yang tewas. Mungkin ada hikmahnya kekalahan ini, kerana memberi peluang kepada kita untuk mendengar kebenaran yang mungkin datang dari pihak lawan yang mana selama ini kita nafikan hak kerana kita enggan mendengarnya.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Di antara kelebihan ibadat puasa adalah ianya akan diganjari oleh Allah tanpa had dan ketentuan sebagaimana ibadat-ibadat lain. Dalam hadits riwayat Imam Al-Bukhari menyatakan:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَلَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

“Daripada Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w bersabda; Setiap amalan anak Adam adalah baginya kecuali ibadat puasa. Sesungguhnya puasa adalah bagi-Ku dan Aku sendiri yang akan mengganjarinya. Dan perubahan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari bauan kasturi”.

Allah dan rasul memberikan penawar kepada kedua-dua pihak yang menang dan yang kalah. Sebagaimana ibadat puasa yang akan diganjari oleh Allah sekehendak-Nya, maka ada beberapa perkara yang turut boleh kita lakukan bagi mendapat ganjaran sedemikian rupa. Di antaranya adalah istiqamah dengan sifat sabar. Kita hendaklah bersabar ketika susah dan senang, bersabar ketika suka dan menderita, bersabar ketika kita tewas dan berjaya. Firman Allah s.w.t dalam Surah Az-Zumar ayat 10:

قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ (١٠)

“Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang beriman, bertaqwalah kepada Tuhanmu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah ini adalah luas. Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan pahala mereka tanpa batasan”.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Perkara kedua yang akan diberikan ganjaran yang tiada hadnya adalah memaafkan dan berbuat kebaikan kepada saudaranya. Walaupun kita berkempen berbagai perkara yang menimpa kita. Ada yang terlajak menghina, memaki dan mencerca, malah ada yang difitnah sedemikian rupa, namun kemaafan adalah merupakan dendam yang terindah. Balaslah segala keburukan saudara kita dengan berbuat baik terhadap mereka. Doakanlah mereka mendapat hidayah dan tidak menjadi penyambung dan penyebar fitnah dan Allah pasti memberikan balasan-Nya terhadap dosa-dosa yang sudah.

وَجَزَاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الظَّالِمِينَ (٤٠)

“Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas kehendak Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim”. (Surah As-Syura ayat 40)

Seterusnya Rasulullah s.a.w menerangkan dalam satu hadits bertaraf hasan li ghoirihi riwayat Abu Daud yang berbunyi:

عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَهُمْ أَنَّ عَبْدًا مِنْ عِبَادِ اللَّهِ قَالَ يَا رَبِّ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيمِ سُلْطَانِكَ فَعَضَّلَتْ بِالْمَلَكَيْنِ فَلَمْ يَدْرِيَا كَيْفَ يَكْتُبَانِهَا فَصَعِدَا إِلَى السَّمَاءِ وَقَالاَ يَا رَبَّنَا إِنَّ عَبْدَكَ قَدْ قَالَ مَقَالَةً لاَ نَدْرِي كَيْفَ نَكْتُبُهَا قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَا قَالَ عَبْدُهُ مَاذَا قَالَ عَبْدِي قَالاَ يَا رَبِّ إِنَّهُ قَالَ يَا رَبِّ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ فَقَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمَا اكْتُبَاهَا كَمَا قَالَ عَبْدِي حَتَّى يَلْقَانِي فَأَجْزِيَهُ بِهَا 

“Hadits Abdullah ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w menceritakan kepada mereka mengenai seorang hamba dari hamba Allah berdoa: Ya Robbi laKal hamdu kama yanbaghi li Jalali wajhiKa sultonik. Maka kalimah firman Allah ‘Azza wa Jalla; Kamu tulislah mengikut apa yang dikatakan oleh hambaKu itu. Biarkan sehingga dia menemuiKu dan Aku sendiri memberikan ganjaran kepadanya dengan ucapan tersebut”. (Sunan Abu Daud)

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ


Muslimin muslimat sekalian,

Semoga keputusan pilihanraya umum yang lalu benar-benar membawa kebaikan kepada semua dan menjadikan pemangkin kepada penyatuan umat Islam seluruhnya. Yang terbaik bukanlah yang menang atau yang kalah, tetapi siapakah yang mahu menyahut seruan Allah. Sebagaimana firman-Nya:

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي اْلأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلاَةَ وَءَاتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ (٤١)

“Mereka yang Kami berikan kedudukan yang tinggi di muka bumi ini nescaya mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menyeru kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran dan bagi Allah akibat segala urusan”. (Surah Al-Hajj ayat 41)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


Khutbah Kedua

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ،
اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ،
اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ.
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكَ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ وَجَاهَدَ جِهَادَهُ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى. 

Firman Allah Ta’ala dalam ayat 134 Surah Ali ‘Imran:

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (١٣٤)

"Orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di masa senang mahu pun ketika susah, dan orang-orang yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan ". 

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Bertaqwalah kepada Allah Ta’ala dengan sebenar-benar taqwa. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa di dunia dan di akhirat. Carilah bekalan, kerana sesungguhnya bekalan yang terbaik ialah bertaqwa kepada Allah.

Pada hari raya Eidul Fitri yang mulia ini, kita berkumpul di rumah Allah untuk membesarkan Allah, bertahmid dan bertakbir menandakan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat Iman dan Islam.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ

Sidang hadirin sekalian,

Sesungguhnya nafsu sentiasa akan mengajak manusia melakukan kejahatan. Manusia yang Berjaya dan mampu memimpin manusia kea rah kejayaan adalah mereka yang diberi Rahmat oleh Allah kerana kejayaan mereka mengekang hawa nafsu. Dalam perjuangan menegakkan kebenaran ada kalanya kita terpaksa menempuh berbagai penderitaan sama ada dicaci dan dihina, difitnah dan diadu domba, dibelasah dan di penjara, atau akhirnya kita syahid kerana-Nya.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِيْنَا وَعَنْ جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
 اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ إِيْمَانًا كَامِلاً، وَيَقِيْنًا صَادِقًا، وَلِسَانًا ذَاكِرًا، وَقَلْبًا خَاشِعًا، وَعَمَلاً صَالِحًا مُتَقَبَّلاً.
 اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا اْلإِيْمَانَ وَزَيِّنْهُ فِى قُلُوْبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوْقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِيْنَ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ. وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ، وَدَمِّرِ الْكَفَرَةَ أَعْدَآءَكَ أَعْدَآءَ الدِّيْنِ.
 اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا السُّلْطَان نزرين مُعِزُّ الدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُوْرُ لَهُ غَفَرَ اللهُ لَهُ، كَمَا نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ أَنْ تُصْلِحَ أَئِمَّتَنَا وَوُلاَتَ أُمُوْرِنَا، وَاجْعَلْ وِلاَيَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا. رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ. رَبَّنَا آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَآءِ ذِىْ الْقُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ. يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. وَاذْكُرُوا اللهَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ. وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ. وَاللهَ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.

No comments:

Post a Comment