MALAM SERIBU BULAN
Khutbah Pertama
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ شَهْرَ الْكَرِيْمَةِ. اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. أَمَّا بَعْدُ، أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sidang Jumaat sekalian, supaya bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Di penghujung bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersungguh-sungguh mengambil peluang keemasan untuk membaiki dan meningkatkan prestasi ibadah supaya kita dapat melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sebelum memulakan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang Jumaat sekalian agar menumpukan perhatian terhadap khutbah yang bakal disampaikan. Fahami dan hayatilah isi kandungan serta jangan bercakap-cakap dan membuat bising. Mudah-mudahan puasa kita kali ini menjadikan kita insan yang bertaqwa. Mimbar hari ini membicarakan khutbah yang bertajuk; "Malam Seribu Bulan."
Sidang hadirin sekalian,
Sekarang kita berada di saat kemuncak dalam bulan Ramadhan ini. Bulan Ramadhan, Al-Quran dan Malam Lailatul Qadr mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam Al-Quran dan hadith Rasulullah صلى الله عليه وسلم di antaranya Firman Allah سبحانه وتعلى dalam Surah Al-Qadr Ayat 1 hingga 5:
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ
فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ
خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ
رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥﴾
Bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang barokah) itu hingga terbit fajar".
Para ulamak antaranya Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyebut bahawa tarikh malam Lailatul Qadr sengaja disembunyikan oleh Allah سبحانه وتعلى agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya. Ia adalah satu anugerah Allah سبحانه وتعلى kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم yang tidak ternilai fadhilatnya. Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ
مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Bermaksud: "Carilah malam Lailatul Qadr di malam ganjil 10 hari terakhir bulan Ramadhan". (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Sepuluh malam akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan tertentu. Pada sepuluh malam yang terakhir inilah terdapat malam Lailatul Qadr yang begitu istimewa sekali fadhilatnya. Dan amalan pada malam itu lebih baik dari seribu bulan. Ia juga merupakan malam yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku satu malam sahaja sepanjang tahun. Maka beruntunglah sesiapa yang memperolehinya dan rugilah sesiapa yang melepaskannya.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم apabila berada pada sepuluh malam yang terakhir, baginda menghidupkan malam-malam tersebut dengan melakukan ibadah sebagaimana yang dinyatakan oleh Saiyidatina 'Aisyah رضي الله عنها katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan amal ibadah) mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam ibadat) dan 'uzlah dari isteri-isterinya". (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Selain itu, kita juga dituntut memperbanyakkan berdoa terutama doa khusus untuk malam Lailatul Qadr iaitu sepertimana yang diriwayatkan daripada Saiyidatina 'Aisyah رضي الله عنها:
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم seandainya saya mengetahui malam Lailatul Qadr dengan tepat, apa yang patut saya akan doakan pada saat itu? Baginda menjawab, berdoalah dengan doa berikut: Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan sentiasa memberi keampunan di atas kesalahan hamba-Mu oleh itu maafkanlah segala kesalahanku". (Riwayat Abu Daud)
Sidang jamaah sekalian,
Namun, persoalannya pada hari ini apa yang diperhatikan oleh mimbar, kebanyakan dari kalangan kita bila berada di penghujung Ramadhan, kita sibuk dengan urusan lain seperti membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya. Kita melihat masjid-masjid dan surau-surau menjadi lengang dan sepi, para jamaah solat terawih semakin berkurangan, pasaraya-pasaraya menjadi tempat tumpuan dan golongan suri rumah sibuk dengan persediaan untuk Hari Lebaran seperti mengemas rumah, membuat kuih-muih sehinggakan ada di kalangan mereka tidak melakukan ibadah puasa kerana keletihan. Bahkan ada juga yang sanggup melakukan maksiat pada malam itu sehingga mendapat kemurkaan Allah سبحانه وتعلى.
Mimbar ingin menyatakan bahawa suasana yang sebegini sebenarnya tidak sepatutnya dilakukan oleh kita kerana pada saat inilah kita mesti melipat gandakan ibadah dengan tidak mensia-siakan peluang yang ada, kerana kita belum pasti lagi samada kita berpeluang atau tidak untuk terus bersama dengan Ramadhan pada tahun hadapan.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Ramadhan yang sedang kita lalui ini datang bersamanya pengsyariatan zakat fitrah, ia sebagai pelengkap kepada puasa Ramadhan. Ramai di kalangan umat Islam akan mengambil peluang untuk menunaikan zakat. Zakat fitrah ini sebagai titik tolak untuk kita menunaikan zakat yang lain dan akhirnya menghidupkan nilai kasih sayang serta perasaan cinta mencintai sesama insan yang lahir daripada keikhlasan kita membelanjakan harta dan pengagihan kemewahan yang telah terkumpul. Asas ini sangat penting agar segala bentuk perbezaan sesama insan dapat didekatkan. Bayangkan, di waktu kita berasa seronok dan gembira untuk menyambut Hari Raya Eidul Fitri, anak-anak kita mendapat baju dan kasut baru, isteri kita seronok dengan kuih-muih beraneka jenis dan rumah kita dihias indah, namun, ada di kalangan insan yang sedih dan berduka kerana tidak mampu memberikan makan dan minum yang cukup untuk anak-anak mereka. Siapakah yang sanggup untuk menggembirakan hati-hati mereka kalau tidak kita sendiri. Ingatlah! Dengan kita menunaikan zakat fitrah, ia menjadi penawar kepada kesedihan dan menyerikan wajah golongan miskin untuk meraikan Hari Raya Eidul Fitri dengan penuh bermakna.
Muslimin yang dihormati sekalian,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, Ramadhan semakin hari semakin meninggalkan kita. Agak malang sekali bagi kita jika merasa terlalu gembira dengan pemergian Ramadhan seolah-olah terlepas daripada suatu beban dan kepayahan. Oleh itu, marilah sama-sama kita merebut peluang keemasan yang diberi oleh Allah سبحانه وتعلى pada akhir Ramadhan ini. Janganlah kita lalai dengan kesibukan mengejar dunia hingga kita lupa mempersiapkan amalan soleh sebagai bekalan bertemu Allah سبحانه وتعلى. Mudah-mudahan Ramadhan yang kita tempuhi tahun ini akan menjadi titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi insan yang bertaqwa dan diredhai Allah سبحانه وتعلى di dunia dan di akhirat kelak. Marilah kita sama-sama merenung firman Allah سبحانه وتعلى dalam Surah Al-Ahqaf Ayat 13 dan 14:
Bermaksud: "Sesunggunya orang yang berkata; Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetapkan pendirian, maka tidaklah mereka takut dan tidak akan berdukacita. Merekalah ahli syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah lakukan".

قُلْتُ : يَا رَسُوْلُ الله، أَرَأَيْتَ
إِنْ عَلِمْتُ أَيَّ لَيْلَةٍ لَيْلَةَ الْقَدْرِ، مَا أَقُوْلُ فِيْهَا ؟ قَالَ :
قُوْلِيْ : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي.

إِنَّ الَّذِينَ
قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
﴿١٣﴾ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
﴿١٤﴾
Bermaksud: "Sesunggunya orang yang berkata; Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetapkan pendirian, maka tidaklah mereka takut dan tidak akan berdukacita. Merekalah ahli syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah lakukan".
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ
العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ
وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.
Khutbah Kedua
الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَمَا أَمَرَ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، سَيِّدُنَا الْخَلَائِقِ وَالْبَشَرِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأً فِيهِ بِنَفْسِهِ وَثَنَّى بِمَلآئِكَتِهِ الْمُسَبِّحَةِ بِقُدْسِهِ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى مُخْبِرًا وَآمِرًا:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾
Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Al-Ahzab: 56)
Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk melaksanakan ibadat zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan para pewakaf yang telah menginfaqkan harta mereka ke jalan-Mu. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.
Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk melaksanakan ibadat zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan para pewakaf yang telah menginfaqkan harta mereka ke jalan-Mu. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.
Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ،
عِبَادَ الله، اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman Google Drive. Klik sini.
No comments:
Post a Comment