Friday, June 17, 2016

KHUTBAH JUMAAT - 12 RAMADHAN 1437 / 17 JUN 2016


KEAGUNGAN AL-QURAN

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا ۜ ﴿١﴾ قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا ﴿٢﴾
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ عَبْدِكَ وَرَسُلِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَقَالَ اللهُ تَعَالَى فِي كِتَابِ مُحْكَمِهِ:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ ... ﴿١٨٥﴾

Bermaksud: "Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeza antara hak dan batil". (Surah Al-Baqarah Ayat 185)

Muslimin yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah سبحانه وتعالى dengan sebenar-benar taqwa, kerana sesungguhnya hanya orang yang bertaqwa sahajalah yang akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sebelum memulakan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang Jumaat sekalian agar menumpukan perhatian terhadap khutbah yang bakal disampaikan. Mudah-mudahan kita memperolehi keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah سبحانه وتعالى pada bulan yang mulia ini.

Sidang Jumaat sekalian,

Penurunan Al-Quran secara sekali-gus dari Lauh Mahfuz ke Baitul 'Izzah di langit dunia, berlaku pada 17 Ramadhan. Al-Quran seterusnya diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengikut ketetapan dan perintah Allah سبحانه وتعالى dalam jangka masa lebih kurang 23 tahun. Dengan segala keistimewaan yang ada pada Al-Quran,semestinya semua umat Islam meraikan hari penurunan Al-Quran ini agar kita dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran sepenuhnya.

Sidang hadirin sekalian,

Berapa ramai di kalangan umat Islam yang benar-benar menyedari bahawa Al-Quran adalah merupakan mukjizat yang paling besar yang diberikan oleh Allah kepada manusia dengan kehebatan bahasaNya, keindahan ayatNya dan keunggulan isi kandunganNya menjadikan Al-Quran tidak mampu ditandingi oleh mana-mana kitab lain. Kebanyakan kita gagal mempelajari dan menguasai bahasa Al-Quran dan gagal memahami apakah yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Al-Quran diturunkan adalah untuk menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeza antara hak dan batil. Al-Quran menjelaskan bagaimana mengesakan Allah dan melakukan ketaan dengan mematuhi syariat yang ditentukan. Al-Quran juga jelas menentang kesyirikan dan fahaman yang membawa kepada penyelewengan agama. Hanya agama Islam sahaja yang diiktiraf oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam Surah Ali-Imran Ayat 19:

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ ﴿١٩﴾

Maksudnya: "Sesungguhnya agama (yang benar dan redhai) di sisi Allah ialah Islam dan prang-orang (yahudi dan nasrani) yang berikan kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah kebenarannya, (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan Ayat-Ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya".

Semua agama selain Islam dan ideologi seperti sekularisme, pluralisme dan liberalisme agama adalah tidak diredhai oleh Allah سبحانه وتعالى. Fahaman-fahaman ini adalah jelas bertentangan dengan akidah Islam yang sebenar kerana ia bersumberkan ideologi anutan agama di barat. Fahaman yang menyatakan semua agama adalah sama atas dasar toleransi antara agama tidak dapat diterima kerana ianya bercanggah dengan akidah Islam.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Selain itu, Al-Quran merupakan petunjuk kepada syariat yang mana ia selari dengan fitrah kejadian manusia. Setiap ibadah yang telah disyariatkan adalah memberi manfaat dan faedah kepada manusia. Firman Allah dalam Surah Ar-Rum Ayat 30:

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذَ‌ٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ﴿٣٠﴾ 

Bermaksud: "(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan, (turutkanlah terus) agama Allah iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semula kejadian lagi) untuk menerimanya, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu, itulah agama yang betul lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Al-Quran telah terbukti berjaya membentuk para sahabat menjadi generasi Al-Quran yang unik di bawah pentarbiyahan secara langsung oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Generasi ini telah membawa panji-panji kebenaran Islam sehingga dikecapi oleh umat manusia sejagat. Generasi ini berjaya membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah. Generasi ini telah berjaya mengeluarkan segala bentuk penindasan dan kezaliman sistem dan undang-undang ciptaan manusia kepada keadilan sistem dan undang-undang Allah. Semua ini disebabkan mereka benar-benar menghayati seluruh ajaran Al-Quran tanpa memilih-milih. Malangnya sebahagian umat Islam hari ini mengambil Al-Quran jika dirasakan sesuai dengan kepentingan mereka, namun mencari berbagai alasan untuk tidak mengamalkan ajaran Al-Quran jika tidak memenuhi kehendak hawa nafsu mereka. Apa yang peliknya mereka masih tanpa segan silu menganggap diri mereka sebagaimuslim mukmin yang terbaik tanpa merasa gerun dengan ancaman dan peringatan Allah سبحانه وتعالى yang disebut dalam Surah Al-Baqarah Ayat 85 dan 86:

... أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَاءُ مَن يَفْعَلُ ذَ‌ٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ ﴿٨٥﴾ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۖ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ﴿٨٦﴾ 

Bermaksud: "Apakah kamu hanya beriman kepada sebahagian kitab dan kufur kepada sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu daripada kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat kelak akan ditolak mereka ke dalam azab siksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai tentang apa akan apa yang kamu lakukan. Mereka itulah orang-orang yang membli kehidupan dunia dengan menggadaikan kehidupan mereka di akhirat, maka tidak akan diringankan azab siksa mereka dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan".

Sidang Jumaat sekalian,

Ramai antara kita yang takut dilaknat oleh Al-Quran jika salah ketikamembacanya. Namun, berapa ramai yang benar-benar takut dilaknat oleh Allah kerana meninggalkan Al-Quran sepenuhnya ataupun sebahagian daripadanya. Imam Ibnu Kasir menjelaskan maksud meninggalkan Al-Quran sebagai berikut:

1. Tidak membaca dan tidak mahu mendengarnya.
2. Tidak beriman dengan ajaran Al-Quran.
3. Tidak membenarkan isi kandungan Al-Quran.
4. Tidak mengamalkan ajaran Al-Quran.
5. Berpaling daripada Al-Quran kepada yang lain.

Maka bulan Ramadhan inilah peluang yang terbaik bagi kita untuk mengelakkan kita daripada tergolong dalamkalangan mereka yang meninggalkan Al-Quran. Bacalah, fahamilah dan hayatilah isi kandungan Al-Quran jika kita benar-benar beriman dan berfikir.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا ﴿٣٠﴾

Bermaksud: "Dan berkatalah Rasulullah, wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadukan Al-Quran ini sesuatu yang ditinggalkan". (Surah Al-Furqan Ayat 30)

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اتَّقُوا اللَّهَ، اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah seorang Nabi dan Rasul yang amat mengasihi umatnya. Sehebat manapun kejahatan dan kefasikan umatnya terhadap Allah dan Rasul, tidak pernah menyebabkan baginda berputus asa terhadap tugas dakwah yang dilakukan. Seboleh mungkin baginda tidak sekali-kali akan merintih dan mengadu kepada Allah سبحانه وتعالى terhadap perbuatan umatnya melainkan jika dilakukan boleh mendatangkan kemurkaan Allah terhadap umatnya. Kembalilah kita kepada Al-Quran dan jangan sekali-kali kita meninggalkan Al-Quran dalam segala tindak-tanduk kita sepanjang kita menumpang di bumi Tuhan.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Al-Ahzab: 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.

Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk melaksanakan ibadat zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan para pewakaf yang telah menginfaqkan harta mereka ke jalan-Mu. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ،
عِبَادَ الله، اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari laman sesawang Google Drive. Klik sini.

No comments:

Post a Comment