Saturday, July 2, 2016

KHUTBAH EIDUL FITRI TUAN GURU PESIDEN PAS 1437 / 2016


HIDUP BERTAQWA

Khutbah Pertama

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا.
وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا. 
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَلَهُ الْأَسْاءُ الْحُسْنَىٰ وَالصِّفَاتُ الْعُلَا. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ وَالْبَدْرُ الدُّجَىٰ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْمُجْتَبَىٰ، وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَمَسَّكَ بِالْهُدَىٰ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dan carilah bekalan, maka sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa.

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Hari ini kita menyambut Hari Raya, setelah menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang sangat mulia. Dalam masa sebulan kita menjadi tetamu atau dhoif Allah سبحانه وتعالى, kita dihidangkan dengan makanan jasad (tubuh kita) dengan berbuka puasa dan makan sahur mengikut masa yang ditetapkan oleh Allah. Dihidangkan juga dengan makanan roh melalui ibadah puasa, sembahyang yang telahpun diwajibkan, sembahyang sunat, bersedekah, jamuan, bertasbih, berzikir, berdoa dan membaca Al-Quran. Dihidangkan makanan akal majlis ilmu dan berfikir apabila lapar dan dahaga kerana menahan diri tidak mengisi perut dengan makanan dan minuman, serta menahan hawa nafsu keinginan dan kemarahan. Di waktu malamnya kita kenyang dengan makanan dan lain-lain.

Semuanya mengajar kita supaya berfikir dengan akal menjadi orang yang sabar apabila ditimpa kesusahan dan bersyukur apabila mendapat kenyang dan senang. Seterusnya kita berhari raya dengan penuh suka hati, memakan hidangan makanan dan minuman sekenyang-kenyangnya, serta memakai pakaian baharu dan bertemu kaum keluarga dan saudara mara dengan penuh kasih sayang.

Semuanya adalah pemberian daripada Allah, supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa (mengikut petunjuk Allah) di masa senang dan susah, dalam hubungan kita dengan Allah, Tuhan kita yang Maha Esa lagi Maha Melimpah Rahmat-Nya.

Bertaqwalah juga dalam semua aspek kehidupan kita, samada diri sendiri, keluarga, hubungan dengan dengan semua manusia yang wajib kita berhubung dengan mereka kerana hidup bermasyarakat dalam dunia yang luas sehingga berbagai bangsa dan agama, di sepanjang umur kita. Dan bertaqwalah juga dalam hubungan dengan nikmat rezeki Allah yang ada di atas muka bumi ini dan dengan semua makhluk yang ada di bawah kerajaan Allah yang mencipta dan mentadbir seluruh alam. Sehingga semua makhluk dan kerajaan manusia berada di bawah kerajaan Allah yang menjadikan seluruh alam dan memerintahnya, serta menetapkan peraturan mengikut batas dan sempadan sifat-sifat makhluk yang ditetapkan oleh Allah yang menjadikan semuanya. Dengan pengakuan kita pada tiap-tiap rakaat sembahyang setelah memuji dan memuja, serta memohon pertolongan Allah:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah Tuhan yang menjadikan dan mentadbir seluruh alam. Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang (dengan segala rahmat-Nya). Yang mempunyai Hari Pembalasan. Akan Engkau sahajalah kami menyembah (dengan memperhambakan diri) dan akan Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Tunjukkanlah kepada kami jalan yang betul. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka. Bukannya jalan orang-orang yang dimurkai ke atas mereka dan bukannya jalan orang-orang yang sesat." (Surah Al-Fatihah Ayat 1 hingga 7)

Pertolongan Allah yang terpentingnya ialah meminta hidayah petunjuk ke jalan yang benar dan betul, kerana di alam dunia ini terlalu banyak jalan-jalan dan cara hidup yang lebih payah daripada berjalan di jalan-jalan raya yang bersimpang siur. Petunjuk yang mewajibkan kita meminta pertolongan Allah, yang tidak boleh menggunakan akal fikiran sahaja, kerana sebijak-bijak manusia yang berakal tetap ada kelemahannya, sehingga menjadi sesat di dunia dan dihumban ke dalam neraka di hari akhirat, dengan sebab mengikut jalan yang salah , sehingga beribadat kepada yang lain daripada Allah dan menolak hidayah petunjuk Allah, sehingga mereka mereka-cipta sendiri petunjuk, undang-undang dan peraturan sendiri dengan menggunakan akal yang lemah dalam perkara yang tidak diizin Allah, kerana akan merosakkan diri sendiri.

Allah telah berfirman di dalam kitab Al-Quran yang diturunkan di bulan Ramadhan:

الم ﴿١﴾ ذَ‌ٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾

Maksudnya: "Alif, Lam, Mim. Kitab (Al-Quran) ini, tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa." (Surah Al-Baqarah Ayat 1 hingga 2)

Allah berfirman juga:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۗ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿٢١﴾

Maksudnya: "Adakah mereka itu mempunya sekutu-sekutu (yang lain daripada Allah) membuat hukum-hukum syariat dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah? Kalau tidak kerana danya keputusan (untuk dibicarakan pada hari kiamat nanti) nescaya dihukum ke atas kalangan mereka azab yang sangat menyakitkan." (Surah As-Syura Ayat 21)

Bulan Ramadhan pula yang dipilih Allah untuk menurunkan Al-Quran, setelah kita diajar dalam masa sebulan menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah. Marilah kita menghisab atau menilik dengan mengira diri kita sendiri, berkenaan iman kita kepada Al-Quran, yang sangat berkait rapat dengan iman kita kepada Allah, kerana Al-Quran adalah Kalamullah, ilmu dan adilnya yang menjadi sifat-sifat kepujian yang wajib kepadanya, berkait juga dengan beriman kepada malaikat yang membawanya daripada Allah dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang dipilih dan dilantik Allah bagi menyampaikan Al-Quran kepada umat manusia. Dan juga mengajar membaca Al-Quran, menafsir dan beramal dengannya mengikut petunjuk Allah dalam semua perkara, daripada beribadat sehinggalah cara hidup diri sendiri seperti makan dan pakai dan juga berkeluarga, serta bermasyarakat yang wajib adanya politik (memerintah negara) dan berekonomi. Mengajar segala undang-undang, daripada undang-undang berkeluarga sehinggalah perlembagaan negara, undang-undang perdagangan, pertanian, jenayah, dalam negara dan undang-undang antarabangsa. Bahkan melebihi undang-undang manusia kerana termasuk ke dalam angkasa lepas di alam langit dan segala isinya, alam ghaib, sehingga akhirat yang panjang selama-lamanya.

Allah menegaskan kepada orang-orang yang beriman dengan firman-Nya yang sangat tegas:

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ.... ﴿٣﴾

Maksudnya: "Pada hari ini orang-orang kafir telah berputus asa daripada agama kamu (Islam). Maka jangan kamu takut kepada mereka, takutlah kepada-Ku (Allah). Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu (Islam) dan aku sempurnakan juga nikmatku kepada kamu dan Aku telah redha hanya Islam menjadi ajaran petunjuk (agama dan cara hidup) kepada kamu." (Surah Al-Maidah Ayat 3)

Inilah Ayat penutup kepada tunjuk hukum-hukum ibadah, syariat dan akhlak, yang diturunkan di hari himpunan umat di Padang Arafah ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم menunaikan Haji Wada' (haji selamat tinggal), selepasnya adalah Ayat-Ayat yang menjadi pengajaran umum, selepas lapan puluh satu hari, Allah mewafatkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Allah membuktikan kejayaan petunjuk Islam yang sempurna dalam perkara akidah, syariat, akhlak dan segala pengurusan atau sistemnya yang dilaksanakan telah mematikan segala hujjah daripada kalangan orang bukan Islam, sehingga pengikut agama-agama yang lain meninggalkan agama mereka dengan menganut Islam beramai-ramai dengan tidak dipaksa atau mereka redha berada di bawah Kerajaan Islam, sehingga jatuhnya kerajaan kuasa-kuasa besar yang terdekat, Parsi dan Rom Baizantin (Rom Timur) kerana ditolak oleh rakyat mereka sendiri, seterusnya cahaya Islam masuk ke pelusuk dunia, termasuk di Asia Tenggara di mana negara kita berada di dalammya.

Keadaan menjadi berubah apabila umat Islam sendiri telah lalai dan menjadi jahil, lalu meninggalkan sebahagian besar daripada petunjuk Islam. Maka berlakunya perkara-perkara yang diberi amaran oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berlaku di akhir zaman selepas wafatnya:

لَيُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ

Maksudnya: "Demi sesungguhnya simpulan yang mengikat setiap ajaran Islam akan dirungkai (dirombak) satu demi satu (satu selepas satu). Maka setiap kali satu ikatan dirungkai, nescaya orang ramai terpaksa bergantung dengan ikatan simpulan yang masih ada lagi. Maka yang mula-mula dirungkai ialah perkara hukum (Allah) dan yang paling akhirnya ialah sembahyang". [Riwayat Imam Ahmad]

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Sedarlah bahawa kita berada di zaman ikatan ajaran Islam dirombak, samada oleh musuh-musuh yang telah memerintah orang-orang Islam setelah dapat mengalahkan kerajaannya, atau orang Islam yang diheret dan disesatkan oleh musuh Islam. Sehingga tanahair umat Islam di seluruh dunia dijajah dan ditakluk oleh musuh-musuh Islam. Maka berlakulah perkara yang diberi amaran oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Sedarlah, terlalu banyak hukum-hukum Islam ditinggalkan. Yang tinggal hanyalah ibadah sembahyang, puasa, sedikit zakat, haji dan doa, tasbih dan tahmid. Dalam perkara kehidupan dunia pula hanyalah hukum nikah kahwin dan bercerai, membahagi harta pusaka dan lain-lain yang terlalu sedikit. Maka umat Islam menjadi rosak di dunia sebelum hari akhirat.

Allah memberi amaran dengan firman-Nya di dalam Al-Quran:

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ ﴿١٢٤﴾ قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنتُ بَصِيرًا ﴿١٢٥﴾ قَالَ كَذَ‌ٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَ‌ٰلِكَ الْيَوْمَ تُنسَىٰ ﴿١٢٦﴾

Maksudnya: "Dan barangsiapa yang berpaling (tidak mahu) mengikut ajaran dan petunjuk Aku (Al-Quran) maka baginya hukuman kehidupan yang panjang (salah), huru-hara dan celaka. Dan Kami himpunkannya di Padang Mahsyar (di hari kiamat) dalam keadaan buta. Lalu di masa itu dia berkata; Wahai Tuhanku, mengapalah Engkau jadikan aku buta di tempat mahsyar ini, padahal aku dahulunya (di dunia) berada dalam keadaan dapat melihat? Lalu dikatakan kepadanya; Begitulah dahulunya (di dunia) telah didatangkan kepadamu Ayat-Ayat-Ku, tetapi kamu melupakannya, maka pada hari ini kamu dilupakan". (Surah Taha Ayat 124 hingga 126)

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Tahukah bahawa Islam yang dibawa oleh para pendakwah di negeri kita ini adalah Islam yang cukup sempurna, sehingga penduduk asal di sini semuanya masuk Islam, kecuali hanya sedikit orang-orang yang tinggal di dalam hutan rimba. Tiba-tiba tanahair kita ditakluk oleh penjajah bukan Islam. Mereka telah menghapuskan banyak hukum Islam yang telah diamalkan dengan adil yang dahulunya menyebabkan penduduk asalnya masuk Islam, tiba-tiba meninggalkan ajaran Islam sedikit demi sedikit.

Selepas penjajah bukan Islam itu datang, negeri kita menjadi huru-hara dan tidak senang. Sekarang ini walaupun penjajah sudah keluar meninggalkan kita kerana dikatakan kita sudah merdeka. Sebenarnya kita belum lagi merdeka sepenuhnya dengan sempurna, kerana masih banyak undang-undang yang direka-cipta oleh penjajah itu masih diamalkan, sehingga memasukkan ke dalamnya nama hukum Islam dan Mahkamah Syariah dalam perkara yang tidak ada kaitan sedikitpun dengan hukum syariat Islam, bahkan di antaranya menghina hukum Islam dan kedudukan Mahkamah Syariah yang dinamakan Mahkamah Syariah,sehingga kuasa dan kedudukannya lebih rendah daripada mahkamah yang paling rendah mengikut ciptaan atau rekaan mereka. Inilah perkara yang pernah berlaku kepada Bani Israil di zaman dahulu, sehingga Allah menyebut kisah ceritanya di dalam Al-Quran supaya mengambil pengajaran tidak menjadi seperti mereka. Firman Allah:

فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـٰذَا مِنْ عِندِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۖ فَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا يَكْسِبُونَ ﴿٧٩﴾

Maksudnya: "Maka celakalah (dan nerakalah) bagi orang-orang yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata ini daripada Allah, supaya mereka membeli dengannya harga yang murah (habuan kesenangan di dunia), maka celakalah (di dalam neraka) bagi mereka dengan sebab apa yang telah ditulis oleh tangan-tangan mereka, dan celaka (di dalam neraka) kepada mereka dengan sebab apa yang telah diusahakan oleh mereka." (Surah Al-Baqarah Ayat 79)

Bahawa mereka yang mencipta dan menulis paling banyak di dalam perlembagaan dan undang-undang yang diamalkan kepada orang-orang Islam sebenarnya daripada kalangan penjajah dan pengikut-pengikutnya di zaman penjajahan dahulu. Maka berlakulah kedudukan hina kepada Islam, petunjuk Allah yang paling mulia. Walau sudah dicatat di dalam perlembagaan persekutuan bahawa Islam adalah agama negara dan agama-agama yang lain daripada Islam hendaklah diberi kebebasan. Tetapi menjadikan Islam tidak berkuasa dan mulia mengikut kedudukan di sisi Allah yang wajib diperjuangkan oleh umat Islam.

Maka usaha meminda perlembagaan dan undang-undang mengikut kemampuan kita, wajib dilakukan dan disokong oleh seluruh umat Islam yang beriman kepada benar dan mulianya Islam. Allah melarang kita melayan semua pihak yang menentang atau menghalang dengan apa-apa cara sekalipun bagi menyekat perjalanan menegakkan Islam.

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ ﴿٤٩﴾ أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ ﴿٥٠﴾ 

Maksudnya: "Dan hendaklah kamu berhukum dengan apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah, dan jangan sekali-kali kamu mengikut hawa nafsu mereka (orang-orang kafir). Dan berwaspadalah (beringat-ingat) daripada kamu dikuda (ditipu) oleh mereka (orang-orang kafir itu) menyebabkan kamu meninggalkan sebahagian daripada yang telah diturunkan oleh Allah. Maka jika sekiranya mereka berpaling (tidak mahu mengikut kamu), maka ketahuilah bahawa Allah sebenarnya hendak mengenakan hukuman bencana ke atas diri mereka, dengan sebab sebahagian daripada dosa-dosa mereka. Dan sebenarnya kebanyakan manusia terdiri daripada orang-orang yang fasik (jahat). Apakah mereka berkehendakkan hukum jahiliyyah? Dan siapakah lagi yang lebih baik hukumannya daripada Allah kepada mereka yang yakin (percaya)." (Surah Al-Maidah Ayat 49 dan 50)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.



Khutbah Kedua

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ. أَمَّا بَعْدُ، 
فَيَاعِبَادَ الله، اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَوَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Marilah pada Hari Raya ini kita merasakan betapa besarnya nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah سبحانه وتعالى. Dan hanya kematian di dalam Iman dan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾  

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu di dalam keadaan beragama Islam." (Surah Ali-Imran Ayat 102)

Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya nikmat persaudaraan Islam yang dianjurkan di dalam Islam. Tanda iman seseorang ialah dia kasih kepada saudara seagama dengannya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

(Maksudnya): "Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri."

Sehubungan itu hendaklah lahir di dalam hati setiap orang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam di serata dunia. Samada mereka yang ditimpa gempa bumi, dilanda peperangan, kemiskinan dan kebuluran di negara-negara Afrika, dan umat Islam yang sedang dijajah, dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti yang sedang berlaku di Palestin, Mesir, Syria, Iraq, Selatan Thailand, Rohinghya dan sebagainya.

Jika tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa san munajat kepada Allah supaya Allah memberi pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka daripada penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi mereka.

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Pada hari yang mulia dan penuh barakah ini marilah kita membanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang telah menyampaikan Islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada baginda dirakamkan melalui ucapan selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah di dalam Al-Quran:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

(Maksudnya): "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi, maka wahai yang orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam ke atasnya dengan sesungguh-sungguhnya." (Surah Al-Ahzab Ayat 59)

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، فِي الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ ، وَ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَذُنُوْبَ وَالِدِيْنَا وَارْحمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَرًا. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ. اللهم إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي أَعْدَآئِنَا وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ ، اللهم رُدَّ كَيْدَهُمْ فِي نُحُوْرِهِمْ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.
اللهم انْصُرْ إِخْوِنَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ فِى فَلَسْطِيْنَ ، وَفِى غَزَّةِ ، وَفِى سُورِيَا ، وَفِى الْعِرَاقِ ، وَفِى كَشْمِيْر ، وَفِى جَنُوْبِ تَايْلَنْد ، وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اللهم قَوِّ عَزَائِمَهُمْ ، وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ ، وَثَبِّتْ أَقْدَاهُمْ ، وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدِائِهِمْ.
اللهم أَتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا ، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا ، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا. اللهم أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
اللهم أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا ، وَأَئِمَّتَنَا وَوُلاَةَ أُمُوْرِنَا ، وَاجْعَلْ وِلاَيَتِنَا فِى مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّ اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمدِ.


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang Tranungkite.com. Klik sini.

No comments:

Post a Comment