HIJRAH : MENGUKUH SOLIDARITI UMMAH
Khutbah Jumaat
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ الْهِجْرَةَ سُنَّةً
مِنْ سُنَنِ أَنْبِيَآئِهِ، وَوَسِلَةً مِنْ وَ سَآئِلِ نَشْرِ رِسَالَتِهِ
وَإِقَامَةِ شَرِيعَتِهِ.
بَلَّغَ الرِّسَالَةَ وَأَدَّى الْأَمَنَةَ
وَنَصَحَ لِلْأُمَّةَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا
وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَالِينَ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اتَّقُوا
اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُون. قَالَ اللهُ تَعَالَى فِى كِتَابِهِ الْعَزِيزِ:
الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ
اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّهِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ
هُمُ الْفَائِزُونَ ﴿٢٠﴾ (سورة التوبة : ٢٠)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Di kesempatan pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: "Hijrah: Mengukuh Solidariti Ummah".
Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian,
Kita sudah berada di penghujung tahun1436 hijrah dan tahun baru 1437 hijrah pula bakal tiba pada 1 Muharam nanti. Cepat sungguh masa berlalu dan meninggalkan pelbagai peristiwa yang berlaku, sama ada yang menggembirakan atau yang menyedihkan. Saat ini pun, kita masih lagi dilanda masalah jerebu yang menyebabkan beberapa institusi tertentu ditangguhkan operasinya bagi memastikan kesihatan warganya tidak terganggu dan selamat. Mimbar mengingatkan sidang jamaah sekalian, agar mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dari masa ke semasa dan tidak menyampaikan maklumat yang tidak tepat mengenainya. Di samping itu, bersama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT, semoga masalah jerebu di negara kita pulih seperti sediakala dan kita dapat meneruskan rutin seharian dengan selesa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Setiap kali menjelang Ma'al Hijrah, kita sering memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana kedatangannya telah membawa begitu banyak perubahan kepada diri kita. Namun, persoalan besar yang timbul ialah apakah sebenarnya yang ingin kita hijrahkan dalam hidup ini? Mimbar berpendapat bahawa sesiapa yang ingin melakukan hijrah, dia perlu menjadikan tuntutan iman dan takwa sebagai faktor pendorong di samping kesempurnaan ilmu agar ia menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah Ayat 20:
Maksudnya: "Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang yang berjaya."
Muslimin yang dirahmati Allah,
Ma'al Hijrah adalah antara bukti ingatan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang menjadi salah satu langkah yang amat strategik dalam memperluaskan syiar Islam. Ternyata, hijrah yang bersandarkan keimanan dan ketakwaan yang padu telah berjaya mengubah landskap pegangan akidah, amalan ibadah, akhlak, sosial dan ketamadunan serta masa depan ummah. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' Ayat 100:
Maksudnya: "Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati di bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Hari ini kita hidup dalam sebuah dunia yang sering menimbulkan pelbagai konflik baharu yang mengancam kedaulatan agama Islam dan keselamatan negara. Ancaman ini jika tidak ditangani dengan baik akan menimbulkan kemusnahan atas apa yang kita nikmati hari ini. Apa yang membimbangkan, terdapat kumpulan tertentu yang berusaha melebarkan ideologi sesatnya untuk membangkitkan perasaan benci dan permusuhan.
Menyedari hakikat ini, langkah penting seperti pengukuhan sifat sebenar Islam perlu disampaikan kepada masyarakat melalui penjelasan yang berterusan terhadap fahaman-fahaman yang bertentangan dengan prinsip maqasid syariah. Secara tidak langsung, kita mendidik diri dengan penggayaan ilmu pengetahuan dalam memastikan kesucian Islam terpelihara serta mengekalkan perpaduan sesama kita.
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Aspek pendidikan adalah sangat penting di dalam membina masa depam umat. Namun peredaran zaman telah memberi kesan kepada perubahan gaya hidup manusia termasuklah cara bertindak dan berfikir. Bagi memastikan Ma'al Hijrah tahun ini lebih bermakna, maka marilah kita sehati sejiwa menjana kualiti diri dengan ilmu agar menjadi benteng keutuhan iman.
Syeikh Doktor Yusuf Al-Qardawi menyatakan, "Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku, ia bertujuan untuk membentuk manusia menghadapi masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan kepahitan."
Kita yakin umat Islam yang berilmu serta terbangun rohaninya tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat. Mimbar bimbang, umat Islam yang lemah ilmu dan rohaninya akan menyebabkan kepincangan dalam pelbagai perkara seperti krisis akidah, akhlak, institusi keluarga dan masyarakat. Marilah kita mengatur semula urusan kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh syarak demi kebaikan bersama. Hijrah memerlukan pengorbanan yang besar dari segi harta, masa dan tenaga. Apalah ertinya hijrah tanpa pengorbanan kerana pengorbanan itu bukan untuk kepentingan diri dan orang lain, tetapi semata-mata untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Salah satu aspek pendidikan yang perlu diberi penekanan juga ialah penjagaan kesihatan yang merangkumi fizikal, mental dan psikologi. Langkah-langkah seperti bersukan, sebaik-sebaiknya dipupuk semenjak dari awal lagi supaya menjadi budaya. Bahkan bersukan dapat mengurangkan tekanan yang ada semasa bekerja dan belajar. Mimbar juga ingin menegaskan bahawa membudayakan gaya hidup sihat saling berkait rapat antara kesihatan jasmani dan rohani. Gabungan sihat jasmani dan rohani akan menentukan prestasi dan tempoh hayat seseorang. Sebab itu kesihatan menjadi harta yang amat bernilai kepada kita dan Islam menuntut untuk menjaganya. Antara yang ditekankan oleh Islam adalah bersederhana dalam pengambilan makanan dan minuman kerana amalan ini mampu mengelakkan kita daripada pelbagai penyakit kronik. Justeru itu terdapat beberapa aktiviti bersukan atau beriadhah yang menjadi sunnah Rasulullah SAW seperti diberitahu oleh Saiyidina Umar RA bahawa:
Maksudnya: "Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda."
Sidang Jumaat yang dimulikan Allah,
Hidup sihat dan kedatangan tahun baru hijrah, memberi banyak pengajaran dan ujian kepada kita supaya kita sentiasa kuat, bersabar dan bersaing dalam menjadi yang terbaik. Kunci kepada kekuatan tersebut adalah disebabkan sikap kesederhanaan yang kita amalkan. Kesederhanaan yang dimaksudkan adalah kebenaran dan menunjukkan kekuatan untuk menegakkan keamanan dan meletakkan kepentingan umat sebagai keutamaan. Justeru, tuntutan hijrah pada hari ini bukan lagi sekadar perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tetapi ianya adalah suatu transformasi atau perubahan minda dan budaya hidup yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-'Ankabut Ayat 26:
Maksudnya: "Maka Lut membenarkannya dan Ibrahim berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru marilah kita sama-sama bertindak secara pro-aktif bagi memastikan masa depan umat lebih cemerlang dengan mengambil usaha-usaha seperti berikut:
Pertama: Melakukan penghijrahan dengan memperkasa ilmu yang menjadi teras membina masa depan keluarga, generasi dan negara.
Kedua: Membuat kajian dari semasa ke semasa tentang kekuatan, kelemahan, cabaran dan ancaman yang dihadapi dalam membina umat yang cermerlang dan
Ketiga: Merancang dan menyediakan plan tindakan supaya matlamat membina masa depan umat yang cemerlang memenuhi keperluan dunia dan akhirat.
Maksudnya: "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" (Surah al-Zalzalah:7 - 8)
الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ
اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّهِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ
هُمُ الْفَائِزُونَ ﴿٢٠﴾
Maksudnya: "Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah dan mereka itulah orang yang berjaya."
Muslimin yang dirahmati Allah,
Ma'al Hijrah adalah antara bukti ingatan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang menjadi salah satu langkah yang amat strategik dalam memperluaskan syiar Islam. Ternyata, hijrah yang bersandarkan keimanan dan ketakwaan yang padu telah berjaya mengubah landskap pegangan akidah, amalan ibadah, akhlak, sosial dan ketamadunan serta masa depan ummah. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' Ayat 100:
وَمَن
يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً
ۚ وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ
الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
﴿١٠٠﴾
Maksudnya: "Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati di bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Hari ini kita hidup dalam sebuah dunia yang sering menimbulkan pelbagai konflik baharu yang mengancam kedaulatan agama Islam dan keselamatan negara. Ancaman ini jika tidak ditangani dengan baik akan menimbulkan kemusnahan atas apa yang kita nikmati hari ini. Apa yang membimbangkan, terdapat kumpulan tertentu yang berusaha melebarkan ideologi sesatnya untuk membangkitkan perasaan benci dan permusuhan.
Menyedari hakikat ini, langkah penting seperti pengukuhan sifat sebenar Islam perlu disampaikan kepada masyarakat melalui penjelasan yang berterusan terhadap fahaman-fahaman yang bertentangan dengan prinsip maqasid syariah. Secara tidak langsung, kita mendidik diri dengan penggayaan ilmu pengetahuan dalam memastikan kesucian Islam terpelihara serta mengekalkan perpaduan sesama kita.
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Aspek pendidikan adalah sangat penting di dalam membina masa depam umat. Namun peredaran zaman telah memberi kesan kepada perubahan gaya hidup manusia termasuklah cara bertindak dan berfikir. Bagi memastikan Ma'al Hijrah tahun ini lebih bermakna, maka marilah kita sehati sejiwa menjana kualiti diri dengan ilmu agar menjadi benteng keutuhan iman.
Syeikh Doktor Yusuf Al-Qardawi menyatakan, "Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku, ia bertujuan untuk membentuk manusia menghadapi masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan kepahitan."
Kita yakin umat Islam yang berilmu serta terbangun rohaninya tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat. Mimbar bimbang, umat Islam yang lemah ilmu dan rohaninya akan menyebabkan kepincangan dalam pelbagai perkara seperti krisis akidah, akhlak, institusi keluarga dan masyarakat. Marilah kita mengatur semula urusan kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh syarak demi kebaikan bersama. Hijrah memerlukan pengorbanan yang besar dari segi harta, masa dan tenaga. Apalah ertinya hijrah tanpa pengorbanan kerana pengorbanan itu bukan untuk kepentingan diri dan orang lain, tetapi semata-mata untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Salah satu aspek pendidikan yang perlu diberi penekanan juga ialah penjagaan kesihatan yang merangkumi fizikal, mental dan psikologi. Langkah-langkah seperti bersukan, sebaik-sebaiknya dipupuk semenjak dari awal lagi supaya menjadi budaya. Bahkan bersukan dapat mengurangkan tekanan yang ada semasa bekerja dan belajar. Mimbar juga ingin menegaskan bahawa membudayakan gaya hidup sihat saling berkait rapat antara kesihatan jasmani dan rohani. Gabungan sihat jasmani dan rohani akan menentukan prestasi dan tempoh hayat seseorang. Sebab itu kesihatan menjadi harta yang amat bernilai kepada kita dan Islam menuntut untuk menjaganya. Antara yang ditekankan oleh Islam adalah bersederhana dalam pengambilan makanan dan minuman kerana amalan ini mampu mengelakkan kita daripada pelbagai penyakit kronik. Justeru itu terdapat beberapa aktiviti bersukan atau beriadhah yang menjadi sunnah Rasulullah SAW seperti diberitahu oleh Saiyidina Umar RA bahawa:
عَلِّمُوْا
أَوْلَادَكُمُ السِّبَاحَةِ وَالرِّمَايَةِ وَمُرُوهُمْ فَلْيَبُثُّوْا عَلَى
ظُهُورِ الْخَيْلِ وَثْبًا
Maksudnya: "Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda."
Sidang Jumaat yang dimulikan Allah,
Hidup sihat dan kedatangan tahun baru hijrah, memberi banyak pengajaran dan ujian kepada kita supaya kita sentiasa kuat, bersabar dan bersaing dalam menjadi yang terbaik. Kunci kepada kekuatan tersebut adalah disebabkan sikap kesederhanaan yang kita amalkan. Kesederhanaan yang dimaksudkan adalah kebenaran dan menunjukkan kekuatan untuk menegakkan keamanan dan meletakkan kepentingan umat sebagai keutamaan. Justeru, tuntutan hijrah pada hari ini bukan lagi sekadar perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tetapi ianya adalah suatu transformasi atau perubahan minda dan budaya hidup yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-'Ankabut Ayat 26:
فَآمَنَ لَهُ لُوطٌ ۘ وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَىٰ
رَبِّي ۖ إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿٢٦﴾
Maksudnya: "Maka Lut membenarkannya dan Ibrahim berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru marilah kita sama-sama bertindak secara pro-aktif bagi memastikan masa depan umat lebih cemerlang dengan mengambil usaha-usaha seperti berikut:
Pertama: Melakukan penghijrahan dengan memperkasa ilmu yang menjadi teras membina masa depan keluarga, generasi dan negara.
Kedua: Membuat kajian dari semasa ke semasa tentang kekuatan, kelemahan, cabaran dan ancaman yang dihadapi dalam membina umat yang cermerlang dan
Ketiga: Merancang dan menyediakan plan tindakan supaya matlamat membina masa depan umat yang cemerlang memenuhi keperluan dunia dan akhirat.
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿٧﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ
ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ ﴿٨﴾
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي
وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ
مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ
مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ
هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.
Khutbah Kedua
الْحَمْدُ
لِلَّهِ الْذِي نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنُؤْمِنُ بِهِ
وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْهِ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ
أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ
لَهُ،
أَشْهَدُ
أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ
سَيِّدَنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ سَيِّدُ
الْخَلَائِقِ
وَالْبَشَرِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ عَبْدِكَ
وَرَسُلِكَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
أًجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اِتَّقُوْا
اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ
وَتَعَالَى أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأً فِيهِ بِنَفْسِهِ وَثَنَّى بِمَلآئِكَتِهِ
الْمُسَبِّحَةِ بِقُدْسِهِ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى مُخْبِرًا وَآمِرًا:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾
Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan Malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الْأَرْبَعَةِ الْحُلَفَاءِ الرَّشِدِينَ،
سَادَاتِنَا أَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ،
وَعَنْ أَزْوَاجِ نَبِيِّنَا الْمُطَهَّرَاتِ مِنَ الْأَدْنَاسِ، وَعَنْ أَهْلِ
بَيْتِهِ وَقَرَابَتِهِ وَسَائِرِ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ
إِلَى يَوْمِ الدِّينِ، وَارْضَ عَنَّا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ
قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ
اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ
وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ
اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan-Mu, negara kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan, tanamkanlah rasa kasih sayang di antara kami, kekalkanlah perpaduan di kalangan kami, semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, makmur dan selamat sepanjang zaman.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ وَخَيْرِ مَا
فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ وَنَعُذُبِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ
وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya san kenaikan apa yang diperintahkan dengannya dan kami memohon dengan-Mu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.
Ya Allah, bukakanlah hati kami untukmelaksanakan ibadat zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan pewakaf-pewakaf yang telah menginfaqkan harta mereka ke jalan-Mu. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.
Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.
رَبَّنَا
ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ،
فَيَاعِبَادَ
الله، اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي
الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ
لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ
وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ
وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang Google Drive. Klik sini.
No comments:
Post a Comment