BEBERAPA PERINGATAN DI AWAL MUHARRAM
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ﴿٣٣﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ.
Ayat yang dibacakan tadi dipetik daripada Surah At-Taubah Ayat 33 yang bermaksud: "Dialah yang telah mengutuskan rasul-Nya (Nabi Muhammad SAW) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (Agama Islam) untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukainya."
Wahai hamba-hamba Allah,
Bertakwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang ditegah-Nya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Hari ini 3 Muharram 1437 hijriyah, bermakna sudah 3 hari kita berada dalam tahun baru Islam 1437 hijriyah. Bagi umat Islam, bulan Muharram terlalu banyak meninggalkan sejarah untuk dijadikan sebagai ibrah atau pengajaran dalam kita menjalani kehidupan di bumi Allah ini. Di antaranya sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah Ayat 166 dan 167:
إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا وَرَأَوُا الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ ﴿١٦٦﴾ وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا ۗ كَذَٰلِكَ يُرِيهِمُ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ ۖ وَمَا هُم بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ ﴿١٦٧﴾
Bermaksud: "Ketika mana orang-orang yang diikuti (pemimpin-pemimpin) itu berlepas diri dari mereka yang mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika itu) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Berkatalah para pengikut mereka: Sekiranya kami dapat kembali (ke dunia) sudah pasti kami akan berlepas diri daripada mereka (pemimpin-pemimpin tadi) sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang akan menjadi kekesalan bagi mereka dan mereka tidak sekali-kali akan dikeluarkan dari api neraka."
Muslimin yang berbahagia,
Islam menyuruh umatnya agar berhijrah daripada sesuatu yang tidak baik kepada sesuatu yang baik dan daripada keadaan yang baik kepada yang lebih baik berdasarkan pertimbangan wahyu Al-Quran, bukan nafsu. Selagi mana wahyu Allah SWT diletakkan ditempat yang sepatutnya, maka segala godaan nafsu dapat dihindarkan, sebaliknya jika nafsu yang dihasut oleh syaitan dibiarkan menguasai setiap tindakan maka kita akan binasa.
Kita melihat bagaimana peristiwa Hijratur Rasul yang sentiasa dibincangkan setiap kali datangnya bulan Muharram telah melakukan satu perubahan besar bukan sahaja pada peranan Rasulullah SAW itu sendiri malah perlaksanaan syariat Allah di muka bumi ini. Syariat Islam dilaksanakan secara lebih meluas bukan sekadar berkisar berkaitan akidah, ibadah khusus, dan akhlak sahaja sebagaimana ketika baginda berada di Makkah. Islam semakin kuat dan umat Islam semakin gagah apabila berdirinya negara Islam pertama di Madinah di bawah kepimpinan Rasululllah SAW dengan menjadi pemimpin negara yang mempunya kuasa dan suaka politik, Rasulullah SAW dengan mudah dapat memperlihatkan keindahan dan keadilan Islam. Ianya dapat dirasai bukan sahaja oleh umat Islam malah semua bangsa yang terdiri dari berbagai agama ada di Madinah. Mereka dapat merasakan kehebatan dan keizzahan (kemuliaan) undang-undang Islam dalam segenap aspek kehidupan merangkumi soal ibadah, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Ini menjelaskan kepada kita bahawa betapa syumulnya agama Islam sehingga ia telah mengatur seluruh kehidupan manusia dengan selengkapnya.
Kepimpinan baginda SAW kemudian diikuti pula oleh Al-Khulafa'ur Rasyidin telah menjelmakan keindahan Islam melalui pelaksanaan syariat secara sempurna dan penonjolan akhlak yang mulia. Justeru, tidak ada lagi model dan teori kepimpinan dan pentadbiran yang lebih sempurna yang mengatasi apa yang pernah ditunjukkan oleh baginda SAW. Kemuliaan kita hanya dengan Islam dan kehinaan kita kerana meninggalkan Islam.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bulan Muharram turut mengingatkan kita tentang kewafatan khalifah Islam yang kedua Saiyidina Umar bin Al-Khattab. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Saiyidina Umar berwasiat agar dipilih pemimpin selepasnya dari kalangan ahli majlis syura yang terdiri daripada sahabat-sahabat utama. Ini membuktikan bahawa kepimpinan yang merupakan suatu amanah yang besar dalam memastikan kesucian dan maruah Islam sentiasa dipelihara. Tugas kepimpinan dalam Islam bukan semata-mata membuat pembangunan fizikal, malah lebih yang lebih penting ialah membina tamadun kemanusiaan dan kebendaan secara seimbang sehingga rakyat jelata dapat hidup dalam suasana tunduk dan patuh kepada kebesaran Allah, mencari redha-Nya dan hanya takut kepada-Nya. Inilah cita-cita tertinggi sesebuah kepimpinan Islam.
Hadirin yang berbahagia sekalian,
Kepimpinan terlalu banyak mempengaruhi rakyat dalam kehidupan mereka. Renungkanlah bagaimana kisah dua orang pemimpin sebelum khalifah Umar bin Abdul Aziz di mana salah satu pemimpin itu suka bercakap berkaitan perempuan sehingga rakyat jelata turut banyak bercakap mengenai perempuan, manakala seorang lagi pemimpin suka berhibur dengan hiburan yang melalaikan sehingga rakyat pun ramai yang hidup sebagaimana pemimpin tersebut. Apabila khalifah Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi khalifah dan sentiasa bercakap mengenai ketakwaan maka rakyatnya juga turut menjadi rakyat yang bertakwa kepada Tuhan. Pepatah arab ada menyebutkan:
Maksudnya: "Manusia mengikut agama pemimpin mereka."
Rasulullah SAW menyebut dalam sebuah hadis:
"Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: "Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah pada hari akhirat nanti iaitu pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Tuhannya, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah; mereka bersama dan berpisah kerana Allah, lelaki yang dipujuk untuk melakukan maksiat oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan lantas dikatakan kepada wanita itu; sesungguhnya aku takut kepada Allah, lelaki yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang ada diberikan oleh tangan kanannya dan lelaki yang mengingati Allah secara bersendirian lalu bertitisanlah air matanya." (HR Imam Al-Bukhari)
Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Tidak ada maknanya kita menyambut Muharram setiap tahun tanpa melakukan sebarang hijrah. Hijrah mestilah melibatkan semua lapisan masyarakat bermula dari rakyat di peringkat bawahan, pertengahan sehinggalah kepimpinan atasan. Pembangunan adalah suatu yang perlu namun usaha dan gerak kerja yang berterusan untuk melahirkan rakyat yang beriman dan bertakwa agar negara sentiasa akan mendapat keberkatan dari Allah jauh lebih perlu diutamakan. Firman Allah dalam Surah Al-'Araf Ayat 96:
Bermaksud: "Dan jika sekiranya penduduk sesuatu kampung itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami bukakan bagi mereka keberkatan-keberkatan daripada langit dan bumi dengan apa yang mereka kerjakan."
Rakyat pula hendaklah berhijrah daripada kehidupan yang hanya sekadar mencari makan semata-mata kepada kehidupan yang menuju kepada keredhaan Allah. Keredhaan Allah amat bergantung kepada bagaimana mereka menjalani kehidupan samada berdasarkan keimanan dan ketakwaan ataupun mengikut hawa nafsu dan perasaan. Kehidupan yang berdasarkan keimanan dan ketakwaan ini akan sempurna dengan adanya kepimpinan yang memimpin mereka kepadanya. Oleh yang demikian, rakyat dan pemimpin mesti bersama-sama bergerak ke arah keredhaan dan keampunan Allah. Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita tekuni Surah Al-Hajj Ayat 41:
Maksudnya: "Mereka yang apabila diberi teraju kepimpinan di muka bumi, maka mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan kepada Allah lah kembalinya segala urusan."
النَّاسُ عَلَى دِيْنِ مُلُوْكِهِمْ
Maksudnya: "Manusia mengikut agama pemimpin mereka."
Rasulullah SAW menyebut dalam sebuah hadis:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
"Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: "Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah pada hari akhirat nanti iaitu pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Tuhannya, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah; mereka bersama dan berpisah kerana Allah, lelaki yang dipujuk untuk melakukan maksiat oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan lantas dikatakan kepada wanita itu; sesungguhnya aku takut kepada Allah, lelaki yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang ada diberikan oleh tangan kanannya dan lelaki yang mengingati Allah secara bersendirian lalu bertitisanlah air matanya." (HR Imam Al-Bukhari)
Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Tidak ada maknanya kita menyambut Muharram setiap tahun tanpa melakukan sebarang hijrah. Hijrah mestilah melibatkan semua lapisan masyarakat bermula dari rakyat di peringkat bawahan, pertengahan sehinggalah kepimpinan atasan. Pembangunan adalah suatu yang perlu namun usaha dan gerak kerja yang berterusan untuk melahirkan rakyat yang beriman dan bertakwa agar negara sentiasa akan mendapat keberkatan dari Allah jauh lebih perlu diutamakan. Firman Allah dalam Surah Al-'Araf Ayat 96:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾
Bermaksud: "Dan jika sekiranya penduduk sesuatu kampung itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami bukakan bagi mereka keberkatan-keberkatan daripada langit dan bumi dengan apa yang mereka kerjakan."
Rakyat pula hendaklah berhijrah daripada kehidupan yang hanya sekadar mencari makan semata-mata kepada kehidupan yang menuju kepada keredhaan Allah. Keredhaan Allah amat bergantung kepada bagaimana mereka menjalani kehidupan samada berdasarkan keimanan dan ketakwaan ataupun mengikut hawa nafsu dan perasaan. Kehidupan yang berdasarkan keimanan dan ketakwaan ini akan sempurna dengan adanya kepimpinan yang memimpin mereka kepadanya. Oleh yang demikian, rakyat dan pemimpin mesti bersama-sama bergerak ke arah keredhaan dan keampunan Allah. Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita tekuni Surah Al-Hajj Ayat 41:
الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ﴿٤١﴾
Maksudnya: "Mereka yang apabila diberi teraju kepimpinan di muka bumi, maka mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan kepada Allah lah kembalinya segala urusan."
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ .
Khutbah Kedua
الْحَمْدُ
لِلَّهِ الْذِي نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنُؤْمِنُ بِهِ
وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْهِ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ
أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ
لَهُ،
أَشْهَدُ
أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ
سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، سَيِّدُنَا
الْخَلَائِقِ وَالْبَشَرِ، اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ
الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَالِينَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
أًجْمَعِينَ
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأً فِيهِ بِنَفْسِهِ وَثَنَّى بِمَلآئِكَتِهِ الْمُسَبِّحَةِ بِقُدْسِهِ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى مُخْبِرًا وَآمِرًا:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
ِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesunggunhya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الْأَرْبَعَةِ الْحُلَفَاءِ الرَّشِدِينَ،
سَادَاتِنَا أَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ،
وَعَنْ أَزْوَاجِ نَبِيِّنَا الْمُطَهَّرَاتِ مِنَ الْأَدْنَاسِ، وَعَنْ أَهْلِ
بَيْتِهِ وَقَرَابَتِهِ وَسَائِرِ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ
إِلَى يَوْمِ الدِّينِ، وَارْضَ عَنَّا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ
قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ
اللهِ. اَللَّهُمَّ
أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ
وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ
دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ
الدِّيْنِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan-Mu, negara dan negeri kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan, tanamkanlah rasa kasih sayang di antara kami, kekalkanlah perpaduan dikalangan kami, semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, makmur dan selamat sepanjang zaman.
Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk melaksanakan ibadat zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan para pewakaf yang telah menginfaqkan harta mereka ke jalan-Mu. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.
Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.
رَبَّنَا
ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ،
عِبَادَ
الله، اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي
الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ
لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ
وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Teks asal khutbah ini oleh juga dimuat turun dari laman Google Drive. Klik sini.
No comments:
Post a Comment