Thursday, October 1, 2015

KHUTBAH JUMAAT - 2 OKTOBER 2015 / 18 ZULHIJJAH 1436




FENOMENA JEREBU PERINGATAN ALLAH

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسلاَمُ عَلَى عَبْدِهِ الَّذِينَ اصْطَفَى، أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ. قَالَ اللهُ تَعَلَى فِى كِتَابِهِ الْعَزِيزِ:
وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ ﴿٥٢﴾

Maksudnya: "Dan wahai kaumku! Minta ampunlah kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya supaya Dia menghantar hujan yang lebat kepadamu serta menambahkan kekuatan kepada kekutanmu yang sedia ada dan janganlah kamu berpaling kepada orang yang berbuat dosa." (Surah Hud: Ayat 52)

Sidang Jamaah yang dirahmati Allah,

Saya berpesan dengan diri saya dan juga para jamaah sekalian agar kita benar-benar bertakwa kepada Allah SWT dengan menjunjung segala perintahnya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan itu kehidupan kita senantiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Beberapa minggu ini, kita diperlihatkan dengan kuasa Allah SWT yang Maha Agung iaitu kejadian jerebu. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera pada kepekatan yang tinggi sehingga menjejaskan kualiti udara. Begitulah kehebatan kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segalanya pada bila-bila masa yang tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat qadha' dan qadar Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam Surah Yaasin Ayat 82:

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ ﴿٨٢﴾

Maksudnya: "Sesungguhnya kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada benda itu: Jadilah engkau! Maka jadilah ia."

Oleh itu juka berlaku kejadian jerebu, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi atas sifat wajib bagi Allah SWT iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini.

Sidang hadirin sekalian,

Setiap perubahan yang berlaku terhadap cakrewala mengandungi hikmah yang tertentu, antaranya memberi peringatan kepada hamba-Nya agar tidak melampaui batas dan sentiasa bermuhasabah. Jika kita lihat dalam Al-Quran, banyak menceritakan fenomena alam berlaku. Antaranya peristiwa banjir besar, kemarau yang berpanjangan, gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya. Benar, semua fenomena alam ini menceritakan tentang kekuasaan Allah SWT dan mengajak umatnya untuk berfikir dan merenung tentang hubungan antara seorang hamba dengan Tuhan-Nya dan hubungan antara seorang manusia dengan alam tabi'i. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil peringatan dan kembali melakukan muhasabah diri akan kelalaian dan kealpaan kita selama ini. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ankabut Ayat 40:

فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ ﴿٤٠﴾

Maksudnya: "Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu diantaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiayai mereka, akan tetapi merekalah yang menganiayai diri sendiri."

Sesungguhnya bencana jerebu merupakan Allah SWT untuk seluruh manusia agar patuh dan setia di atas perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan akan berlaku sepanjang zaman sebagai amaran Allah SWT di atas segala keterlanjuran yang dilakukan oleh hamba-Nya.

Sidang jemaah yang dimuliakan,

Kita dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berlaku bencana jerebu untuk bertaubat dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah, beristighfar dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar mengharapkan kejadian fenomena jerebu ini akan menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT semoga fenomena jerebu yang berlaku ketika ini tidak mengakibatkan berlakunya malapetaka alam seperti perubahan angin dan kemarau berpanjangan yang akan memungkinkan kesan kepada alam sekitar dan memberi kesan kepada perubahan tabi'i alam, tumbuh-tumbuhan serta kehidupan di dunia. Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita berdoa agar pencemaran udara akibat jerebu yang sedang melanda akan semakin pulih dan seluruh rakyat di negeri ini dan negara kita terpelihara dari wabak penyakit akibat kesan sampingan darinya. Sesungguhnya kuasa Allah SWT mengatasi segalanya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنُؤْمِنُ بِهِ وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْهِ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ،
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، سَيِّدُنَا الْخَلَائِقِ وَالْبَشَرِ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ عَبْدِكَ وَرَسُلِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأً فِيهِ بِنَفْسِهِ وَثَنَّى بِمَلآئِكَتِهِ الْمُسَبِّحَةِ بِقُدْسِهِ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ يُرْسِلَ الرِّيَاحَ مُبَشِّرَاتٍ وَلِيُذِيقَكُمْ مِنْ رَحْمَتِهِ وَلِتَجْرِيَ الْفُلْكُ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٤٦﴾

Maksudnya: "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Dia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan dan untuk merasakan kamu dari rahmat-Nya dan supaya kapal belayar laju dengan perintah-Nya dan juga supaya kamu dapat menuntut kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur." (Surah Ar-Rum: Ayat 46)

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Saya berpesan dengan diri saya dan jugasekalian yang hadir supaya kita benar-benar bertakwa kepada Allah SWT dan menjunjung segala perintahnya dan menjauhi akan segala larangannya. Semoga dengan itu hidup kita di bawah lindungan Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran Ayat 46  Surah Ar-Rum tadi bahawa disediakan kepada kepada umat manusia di bumi Allah ini akan cuaca yang cukup selesa, aliran angin yang membawa berita dengan limpahan rezeki, kapal-kapal dengan muatan barang dagangan bergerak merentasi lautan menyuburkan lagi rezeki kurniaan Allah SWT untuk dinikmati bersama. Semoga dengan pelbagai habuan yang diperolehi itu, melahirkan rasa sykur kita ke hadrat Allah SWT.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari ini kita berhimpun dan berkumpul dengan penuh harapan agar doa, rayuan dan taubat kita dimakbulkan oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT memulihkan cuaca yang kita saksikan sekarang ini, supaya kita terus sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah hendaknya. Berdoalah wahai jemaah sekalian, semoga selepas perhimpunan ini bermulanya aliran angin yang membawa hujan dan aliran air yang mencukupi keperluan, cuaca dan peralihan musim yang lebih baik untuk dinikmati bersama. Firman Allah SWT dalam Surah Shad Ayat 36:

فَسَخَّرْنَا لَهُ الرِّيحَ تَجْرِي بِأَمْرِهِ رُخَاءً حَيْثُ أَصَابَ ﴿٣٦﴾

Maksudnya: "Maka Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya." 

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ يَا دَافِعَ الْبَلَاءِ وَيَا كَاشِفَ الْوَبَاءِ، إِصْرِفْ عَنَّا الْبَلَاءَ الْوَبَاءَ وَالْمَرَاضَ وَالْأَسْقَامَ وَالْفِتَنَ وَالْمِحَنَ، وَأَزِلَّ عَنَّا وَعَنْهُمُ الشُكُوكَ وَالْأَوْهَامَ بِمَنِّكَ وَكَرَمِكَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ.

Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk melaksanakan ibadat zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan pewakaf-pewakaf yang telah menginfaqkan harta mereka ke jalan-Mu. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, kindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ،
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang Google Drive. Klik sini.

No comments:

Post a Comment