Thursday, October 2, 2014

KHUTBAH EIDUL ADHA - 5 OKTOBER 2014 / 10 ZULHIJJAH 1435H



“BERKORBAN UNTUK ISLAM”

Khutbah Pertama

اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ 
اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ 
 اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ 
اَللهُ اَكْبَرُ  كَبِيرًا وَالْحَمْدُلِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى جَعَلَ يوْمًَ عِيْدِ الْأَضْحَى أَسْعَدَ الْأَيَّامِ لَنَا وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلَا نَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَلَنَا
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.  اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَرِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ
اَمَّا بَعْدُ،  فَيَا إِخْوَانِي! اِتَّقُوْ اللَّهَ وَأُوصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ ، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى فِي كِتَابِهِ الْعَزِيزِ :
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ، فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ، إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ  


 اَللهُ اَكْبَرُ  اَللهُ اَكْبَرُ  اَللهُ اَكْبَرُ  وَلِلَّهِ الْحَمْدُ ،
Muslimin Muslimat Rahimakumullah,

Saya berpesan kepada diri saya dan sekalian ahli jamaah, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, pencipta dan pengurus alam semesta. Tuhan yang melimpahkan rahmat dan nikmat kepada seluruh hamba-hamba-Nya, terutama umat manusia serta kehidupan lain di seluruh alam ini. Di saat yang sangat berbahagia seperti ini, kita ditakdirkan dapat bersama menunaikan solat berjamaah, bersimpuh di hadapan untuk membuktikan kerendahan diri dan rasa kesyukuran di hadapan zat yang maha mulia dan perkasa. Eidul Adha adalah hari kebesaran demi memperingati dan menghayati peristiwa besar dalam sejarah kemanusiaan yang tiada tandingannya. Pengorbanan besar yang dilakukan oleh manusia-manusia pilihan, Khalilullah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS diikuti isterinya Siti Hajar. Tidak dilupakan pengorbanan dan kesyukuran habibuna baginda Nabi Muhammad SAW. Kegigihan perjuangan dan baginda, telah berhasil menguatkan sendi iman dan tauhid di dada umatnya, seterusnya kepada keluarga dan sahabatnya serta pengikut-pengikutnya sehingga hari kiamat yang sentiasa bersedia berkorban demi memastikan Islam tersebar lagi terpelihara.

Eidul Adha adalah hari raya korban, tetapi korban yang dimaksudkan khatib bukan sekadar menyembelih haiwan korban kemudian dagingnya dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menerima. Korban yang dimaksudkan adalah melaksanakan pengorbanan hakiki, yakni mengorbankan sebahagian yang kita cintai, baik harta benda mahupun menguatkan kasih-sayang sesama Islam. Hal itu dilakukan semata-mata melaksanakan “Ubudiatillah”.

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Islam adalah agama kebenaran. Islam agama yang diredhai Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran Ayat 19:

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah adalah Islam. Dan orang-orang (yahudi dan nasrani) yang diberikan kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tenteang kebenarannya, (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabnya.”

Kebenaran Islam adalah kerana akidah yang sahih, ibadat yang tetap serta akhlak yang terpuji. Menahami dan mengamalkan Islam secara syumul akan membina ketamadunan. Sejarah lampau telah begitu jelas membuktikan kebenaran ini sehingga Islam menjadi agama yang dihormati, mudah diterima, kuat tanpa dapat dikalahkan. Umat Islam bersatu dalam kepelbagaian aliran pemikiran, bersama dalam berjihad menentang musuh yang jelas mahupun tersembunyi. Sejak zaman Nabi SAW umat Islam sudah terbiasa dengan kepelbagaian pendapat. Namun kepelbagaian ini diraikan sebaiknya bagi menjamin keutuhan persaudaraan sekaligus mengelak dari perpecahan. Saidina Umar RA pernah memberi pandangan berbeza tentang tawanan perang Badar, para sahabat pernah berbeza memahami arahan Rasulullah SAW dalam peperangan Khaibar. Namun perbezaan ini tidak sedikit pun melemahkan umat Islam. Para ulamak terdahulu juga sering berbeza pandangan dan berbahas dengan penuh keilmuan, beradab dan sopan. Natijahnya ilmu Islam semakin berkembang, umat Islam berterusan menakluk dunia.

اَللهُ اَكْبَرُ  اَللهُ اَكْبَرُ  اَللهُ اَكْبَرُ  وَلِلَّهِ الْحَمْدُ ،
Sidang jamaah yang dirahmati,

Setelah melalui zaman kegelapan dijajah kuasa barat, kini umat Islam berada dalam perpecahan yang ketara. Setiap bangsa dan kumpulan mempertahankan pemikiran dan pendapat tanpa mengira masa. Masing-masing berdiri atas keyakinan sendiri tanpa memberi perhatian apatah lagi peduli dengan adab perbezaan pendapat yang digariskan oleh Nabi SAW. Hari-hari yang berlalu dipenuhi dengan pertelingkahan dan perbalahan yang tiada kesudahan. Natijahnya umat Islam terus dijajah dalam kebebasan.

Mutakhir ini perpecahan umat Islam khasnya di negara kita semakin membesar dan membarah. Jarum perpecahan ciptaan kuffar semakin mendapat tempat. Tanpa sedar umat Islam yang sedang memusuhi yahudi dan nasrani tetapi dalam masa yang sama kita mengikut rentak mereka. Umat Islam perlu berhati-hati dengan agenda yang propaganda mereka, tidak kurang fitnah yang ditaburkan. Jangan kita turut sama memanjangkan lidah mereka dengan memberi gelaran buruk kepada umat Islam. Para pejuang mujahidin digelar pengganas. Pakaian wanita muslim digelar kolot dan hodoh. Perjuangan menegakkan hukum Islam digelar jumud dan ketinggalan zaman. Akibatnya umat Islam seperti sudah melupai persaudaraan sesama Islam. Kebanyakan pendapat didasari sikap taksub sesama kumpulan, bangsa mahupun negara. Jarang kedengaran umat Islam dapat bersatu walaupun hanya pada perkara kecil. Setiap perkara baharu yang muncul pasti akan melibatkan pertelingkahan. Sehingga seolah-olah kelihatan permusuhan dalaman umat Islam jauh lebih hebat berbanding menentang musuh sebenar sama ada golongan munafik mahupun kuffar. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran Ayat 103 yang berbunyi:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَ‌ٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ﴿١٠٣﴾
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Allah), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”

Justeru itu perpaduan adalah merupakan suatu yang perlu diusahakan. Kita juga mengakui kewujudan perbezaan yang merupakan suatu sunnatullah dalam alam ini. Sekiranya umat Islam memahami perkara ini dengan sejelas-jelasnya maka pintu perpaduan akan menjadi mudah dimasuki. Sebegitu juga menjadi tanggung jawab yang wajib bagi orang yang berkemampuan untuk menjadi orang tengah dua puak yang bertelagah. Allah SWT berfirman pada Ayat ke-9 Surah Al-Hujurat yang berbunyi :-

وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ ۚ فَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
“Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya. Jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain maka lawanlah puak yang zalijm itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah, jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara), sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Sidang jamaah yang dirahmati Allah sekalian,

Secara fitrah Islam sebenarnya menuntut keamanan dan perpaduan bukan persengketaan. Fitrah semula jadi manusia inginkan kehidupan yang aman damai kerana di situ letaknya kebahagiaan dan keharmonian yang diidamkan oleh oleh perpaduan. Imam As-Syafi’e pernah dikatakan menyebut satu kata-kata hikmah :-

“Pandangan kami benar, berkemungkinan silap dan pandangan orang lain salah namun berkemungkinan betul.”

Sidang muslimin muslimat yang dihormati sekalian,

Sempena hari raya Eidul Adha yang mulia, sempena penyatuan umat Islam berkumpul mengerjakan ibadah haji serta sempena ibadah korban yang kita lakukan, marilah kita sama-sama bermuhasabah. Apakah cukup pengorbanan kita selama ini demi kegemilangan Islam yang ditunggu-tunggu? Mimbar ingin mengajak kita semua berkorban. Berkorban demi kemenangan Islam. Berkorban untuk mengelak pertelingkahan dalam kepelbagaian pemikiran. Umat Islam mesti bersatu. Umat Islam menjadi agen kegemilangan Islam.

Sebagai permulaan, marilah umat Islam beramai-ramai mengimarahkan masjid dengan solat berjamaah. Solat berjamaah akan menyatukan kita. Apatah lagi solat berjamaah merupakan sunnah Nabi SAW yang disyari’atkan. Penuhkan masjid untuk solat fadhu seperti kita memenuhkan ketika solat Jumaat mahupun hari raya. Sabda Nabi SAW daripada Abdullah bin Mas’ud RA :

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَلْقَى اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ غَدًا مُسْلِمًا فَلْيُحَافِظْ عَلَى هَؤُلَاءِ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ فَإِنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى وَإِنَّ اللَّهَ شَرَعَ لِنَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُنَنَ الْهُدَى وَلَعَمْرِي لَوْ أَنَّ كُلَّكُمْ صَلَّى فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ
“Barangsiapa yang suka untuk berjumpa Allah Azza Wa Jalla nanti sebagaimana seorang muslim, hendaklah dia menjaga solat-solat fardhu lima waktu di mana ianya dilaungkan azan (di masjid). Sesungguhnya terdapat sunnah-sunnah yang membawa petunjuk, dan sesungguhnya Allah telah mensyari’atkan kepada Nabi kamu SAW sunnah-sunnah petunjuk itu. Demi umurku sekiranya setiap dari kamu semua menunaikan solat dirumah-rumah kamu, maka kamu semua telah meninggalkan sunnah Nabi kamu maka kamu semua pasti akan sesat.”

Sebagai tambahan, semua pihak hendaklah menjalankan peranan masing-masing dengan baik. Para pemimpin hendaklah memimpin dengan adil, para ustaz dan ustazah hendaklah membawa pengajaran yang menyatukan bukan yang memecah belah. Ahli politik hendaklah berpolitik dengan matang. Ahli pemikir hendaklah mengarah akal menyatukan umat, para muslimat hendaklah mencontohi akhlak ummahatul mukminin, para pelajar hendaklah mencari ilmu demi perpaduan bukan perpecahan. Pendek kata semua umat Islam berusaha mencapai kekuatan melalui perpaduan kerana kekuatan saf umat Islam pasti menggerunkan musuh. Beramal dengan ajaran Islam akan pasti mengalahkan mereka. Kekuatan musuh bukan terletak kepada kehebatan mereka tetapi atas kelemahan kita.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



Khutbah Kedua


اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ 
 اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ 
اَللهُ اَكْبَرُ  كَبِيرًا وَالْحَمْدُلِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
الْحَمْدُ لِلَّهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. 
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
اَمَّا بَعْدُ،  فَيَا أَيُّهَا الْمُسْلِمُونَ! اِتَّقُوْ اللَّهَ وَأَطِيعُوهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُتَّقُونَ

Firman Allah Ta’ala dalam ayat 103 – 107 Surah As-Shaaffat :

أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ ﴿١٠٣﴾ وَنَادَيْنَاهُ أَن يَا إِبْرَاهِيمُ ﴿١٠٤﴾ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَ‌ٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ﴿١٠٥﴾ إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ ﴿١٠٦﴾ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧﴾

“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tumpuk tanah (untuk disembelih) serta kami menyeru, “Wahai Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu.” Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.”

Muslimin muslimat sekalian,

Salam Eidul Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Marilah kita bersama melakukan ibadah korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi SAW. Sabda Nabi SAW :

مَا عَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلًا أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ هِرَاقَةِ دَمٍ وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَشْعَارِهَا وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
“Tiada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nantu dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu ikhlaskanlah hati kamu ketika melakukan korban.”

Perasaan kasih sayang sesama Islam perlu diperkukuh. Kekuatan kerjasama, kurangkan perdebatan dan pertelingkahan. Moga Allah memenangkan Islam.

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيعٌ قَرِيبُ مُجِيبٌ الدَّعَوَاتِ وَيَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ ، وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ وَلَا يَرْحَمُنَا ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الْمُجَاهِدِينَ الَّذِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سًبِيلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ ، اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِينَ فِي فَلَسْطِينَ وَفِي لُبْنَان وَفِي سُورِيَا وَفِي مِصْرَ وَفِي كَشْمِير وَفِي الْهِنْد وَفِي أَفْغَانِسْتَان وَفِي شِشَان وَفِي جُنُوبِ بِلِيبِين وَفِي إيندونيسيا وَفِي تَايْلَنْد وَفِي بَلَدِنَا مَالِيزِيَا ،  وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.

اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَالأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، اَللَّهُمَّ  عَلَيْكَ بِالْيَهُوْدِ وَمَنْ وَالَاهُمْ ، اَللَّهُمَّ  عَلَيْكَ بِالنَّصَرَى وَمَنْ وَالَاهُمْ ، اَللَّهُمَّ  عَلَيْكَ بِالْهُنَوْدِ وَمَنْ وَالَاهُمْ ، اَللَّهُمَّ  عَلَيْكَ بِالْأَمِيرِكَان وَمَنْ وَالَاهُمْ ، اَللَّهُمَّ  عَلَيْكَ بِالْبِرِيطَان وَمَنْ وَالَاهُمْ ، اَللَّهُمَّ  عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ الْمُشْرِكِينَ الطَّغِينَ الظَّالِمِينَ وَمَنْ وَالَاهُمْ ، اَللَّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيرًا وَتَبِّرْهُمْ تَتْبِيرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُورًا ، اَللَّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِينَكَ وَاخْذُلْ دِينَكَ
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَاَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِينَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّين وانْصُرْ عِبَادَكَ الْمُؤْمِنِينَ ،
اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلَاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الْكَرِيم . رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ وَآخِيرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ  وَلِلَّهِ الْحَمْدُ


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com. Versi Rumi di sini dan versi Jawi di sini.


No comments:

Post a Comment