Thursday, October 9, 2014

KHUTBAH - 10 OKTOBER 2014 / 15 ZULHIJJAH 1435H



“RIBA: JALAN PINTAS KE NERAKA”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ ﴿٧٧﴾ سورة القصص

اَشْهَدُ أَنْ لاَ إلَــهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ءالِــهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. 
اَماَّ بَعْدُ أَيُّهَا النَّاسُ اِتَّقُوْا الله أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita memperkasakan ketakwaan kita kepada Allah SWT, dengan mengerjakan segala suruhan-Nya, dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan, kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya, di dunia mahupun di akhirat. Khutbah pada hari ini membicarakan tajuk: "RIBA’ : JALAN PINTAS KE NERAKA".

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Islam merupakan agama yang syumul, yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Islam juga telah menggariskan peraturan dan sistem yang sangat tepat dengan fitrah manusia tentang cara untuk berinteraksi sesama mereka sama ada interaksi ekonomi, politik dan sosial. Salah satu cabang Muamalat ialah ekonomi yang melibatkan urusniaga, hutang-piutang, pinjaman dan sebagainya, di mana ianya bertujuan mencapai kehendak dan keperluan masing-masing.

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan Allah,

Keharusan di dalam Muamalat tidak semestinya membenarkan manusia untuk melakukan apa sahaja demi untuk mengaut keuntungan semata-mata, kerana manusia masih terikat dengan pelbagai hukum muamalat yang telah digariskan oleh Allah S.W.T dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Penipuan, rasuah, dan riba adalah di antara larangan Allah S.W.T, firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah Ayat 275:

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٧٥﴾

Maksudnya: “Mereka yang memakan (mengambil) riba itu, tidak dapat berdiri dengan betul, melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan, dengan terhuyung-hayang, kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian, ialah disebabkan mereka mengatakan:, “bahawa sesungguhnya, berniaga itu sama sahaja seperti riba”, padahal Allah, telah menghalalkan berjual-beli (berniaga), dan mengharamkan riba, oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari tuhannya, lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu, (sebelum pengharaman itu), adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi, (perbuatan mengambil riba itu), maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pengharaman RIBA bukan hanya semata-mata HARAM, malah Allah dan RasulNya telah memberikan ANCAMAN DAN PERINGATAN KERAS kepada mereka yang terlibat dengannya, di antaranya:

1) PERTAMA; Pengisytiharan perang daripada Allah dan RasulNya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 278-279 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٧٨﴾ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ ﴿٢٧٩﴾

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu, jika benar kamu orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan, (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu, akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian), kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa".

Imam Malik Bin Anas pula berkata: Ertinya : “Telahku buka lembaran-lembaran kitab Allah dan Sunnah Nabi S.A.W dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari riba, kerana Allah S.W.T mengisytiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya.”

2) KEDUA; Dilaknat oleh Rasulullah SAW:

عن جابر رضي اللَّه عنه قال :لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمَؤْكِلَهُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ، وَقَالَ : هُمْ سَوَاءَ

Maksudnya: "Daripada Jabir R.A berkata: Rasulullah S.A.W melaknat pemakan riba, pemberi makannya, penulisnya, dua orang saksinya. Rasulullah S.A.W bersabda: "Kesemua mereka itu sama sahaja." (Hadis Riwayat Muslim)

3) KETIGA; Mengundang bala daripada Allah S.W.T:

عن جابر رضي اللَّه عنهما, قال رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
(إِذَا ظَهَرَ الزَّنَا وَالرِّبَا فِي قَرْيَةٍ فَقَدْ أَحَلُّوْا بِأَنْفُسِهِمْ عَذَابَ اللهِ)

Maksudnya: “Apabila riba dan zina, menjadi-jadi di sesebuah kampung (negeri), maka sesungguhnya, mereka telah membenarkan mereka itu diazab oleh Allah.” (Riwayat Hakim)

4) KEEMPAT; Dicabut keberkatan dalam kehidupan:

يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ ﴿٢٧٦﴾

Maksudnya: "Allah susutkan, (kebaikan atau keberkatan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba', dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang, yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa." (Surah Al-Baqarah 276)

5) KELIMA; Dosa orang yang terlibat dengan riba sama seperti berzina dengan ibunya sendiri:

Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda:

الرِّبَا ثَلاَثَةٌ وَسَبْعُوْنَ بَابًا أَيْسَرُهَا مِثْلُ أَنْ يَنْكِحَ الرَّجُلُ أُمَّهُ

Maksudnya: “Riba itu (memiliki) tujuh puluh tiga pintu, yang paling ringan daripadanya adalah seperti (dosa) seorang laki-laki yang berzina ibunya (sendiri).” (Hadis Riwayat Al-Hakim)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ 
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ 
أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ 

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Umat Islam di Malaysia sangat mengambil berat soal halal dan haram dalam pemakanan agar tidak mengandungi elemen-elemen haram yang ditegah oleh syarak. Namun, adakah mereka turut sedar akan halal dan haramnya sumber pendapatan mereka? Terdapat sebilangan umat Islam menjadikan aktiviti dan perniagaan haram sebagai sumber pendapatan. Tidak kurang juga, pendapatannya halal, tetapi pada masa yang sama terlibat dengan amalan riba, rasuah, dan pecah amanah. Mereka membelanjakan wang, untuk memenuhi keperluan hidup dengan membuat pinjaman yang berteraskan riba. Umpamanya pinjaman rumah, kereta, dan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan yang berteraskan riba. Begitu juga dalam bidang perniagaan, sumber modal yang diperolehi adalah berteraskan Perbankan Riba. Malah, ada yang terlibat dengan along dan ceti haram.

Sesungguhnya seorang mukmin tidak layak untuk memilih di antara kebenaran dan kebatilan. Apabila Allah S.W.T. telah berkata ’benar’ maka benarlah ia, dan jika Allah mengatakan batil maka batillah ia. Ianya bukan lagi pilihan bagi kita untuk memilih di antara benar dan batil. Berbeza pula seorang mukmin yang benar-benar kukuh iman dan takwanya. Mereka akan taat dan patuh kepada apa sahaja, malah hati-hati mereka sentiasa bergetar apabila dibacakan ayat-ayat Allah.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah hari ini, mimbar ingin menyeru marilah kita sama-sama berusaha menjadikan ajaran dan nilai-nilai Islam sebagai teras dalam kehidupan kita supaya kehidupan dunia tenang dan berkat, seterusnya kehidupan akhirat beroleh syurga.

اللَّهُمَّ أَرِنَاالْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَاالْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

Maksudnya: “Ya Allah tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan mudahkan kami untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan, dan mudahkan kami untuk menjauhinya.”

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ،
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari lama sesawang www.4shared.com

No comments:

Post a Comment