Thursday, January 13, 2022

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 11 JAMADIL AKHIR 1433 / 14 JANUARI 2022

TERPENGARUH DENGAN NASIHAT ORANG BUKAN ISLAM

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ الرَّحْمَة وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُ وَوَالَاهُ.

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan (dunia dan akhirat) adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Saudara-saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Seterusnya marilah kita mendengar peringatan Allah kepada Nabi kita Muhammad s.a.w:

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ١٢٠ ]سورة البقرة : ١٢٠[


(Maksudnya): Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Walaupun firman ini ditujukan kepada Rasulullah s.a.w, tetapi menjadi pengajaran kepada umatnya sehingga hari kiamat supaya jangan terpengaruh dengan penganut-penganut agama lain, termasuk golongan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Walaupun kita disuruh berbaik dengan mereka untuk tujuan mengajak mereka kepada Islam atau berdamai dan memberi peluang untuk menunjukkan Islam kepada mereka, tetapi dalam masa yang sama tidak boleh terpengaruh dengan nasihat-nasihat mereka.

Kita dapati keseluruhan negara umat Islam terpengaruh dengan nasihat orang-orang bukan Islam, khususnya bekas-bekas penjajah mereka. Walaupun yang memulakan perjuangan kemerdekaan ialah kumpulan Islam yang menentang penjajah atas nama jihad untuk menegakkan agama Islam adn menghalau penjajah serta mengembalikan Islam supaya berkuasa semula, tetapi penjajah yang bijak menipu te;ah memberi peluang kemerdekaan kepada negeri-negeri Islam dengan cara damai, dengan syarat memilih orang-orang yang mengikut nasihat mereka setelah mereka meninggalkan negeri-negeri orang Islam, supaya amalan umat Islam mengikut cara-cara mereka, kononnnya untuk mendapat kemajuan, khususnya semasa orang Islam menghadapi zaman kelemahan, negara-negara Eropah dalam keadaan kemajuan, pengaruh kebendaan menguasai pemikiran orang Islam. Mereka merasakan dengan cara mengikut cara-cara orang Eropah itu mereka jadi maju seperti orang Eropah tanpa menyedari kemajuan yang telah membakar diri mereka pada hari ini.

Maka kebanyakan negara Islam melantik pemimpin-pemimpin yang menerima masihat penjajah-penjajah mereka dalam urusan politik, urusan ekonomi, urusan pendidikan dan urusan bermasyarakat mengikut pemikiran-pemikiran penjajah. Walaupun negara umat Islam telah mencapai kemerdekaan berpuluh-puluh tahun, mereka terus dalam keadaan lemah, bahkan menjadi makin bermasalah dalam negara mereka sendiri.

Dalam urusan politik, penasihat-penasihat penjajah berlaga sesama sendiri. Mereka berpecah dan tidak bersatu dengan sebab dunia, harta dan lain-lain kerana dunia jadi tujuan politik mereka, bukan Hari Akhirat.

Dalam masalah ekonomi, kita melihat ekonomi orang Islam dalam keadaan mundur, walaupun Allah s.w.t beri mereka hasil bumi yang banyak, tenaga manusia dan kepakarannya cukup, tetapi mereka tidak bergerak untuk memajukan negara dan diri mereka sendiri. Mereka menerima penasihat-penasihat penjajah dan meninggalkan cara-cara Islam.

Dalam masalah pelajaran dan pendidikan, kita menyaksikan hanya tinggal ibadat sahaja dalam pendidikan Islam. Sementara urusan kehidupan yang lain tiada petunjuk Islam. Kita menghadapi keadaan masyarakat yang sangat parah dengan keruntuhan akhlak, jenayah dan berbagai-bagai keburukan boleh berlaku yang merosakkan diri sendiri. Puncanya kerana kita menerima nasihat yang tidak betul atau nasihat yang salah yang bukan daripada petunjuk Allah s.w.t.

Sudah tiba masanya orang Islam menghisab diri mereka sendiri sebelum mereka dihisab di hadapan Allah s.w.t.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ٩ ]سورة الصّف : ٩[


(Maksudnya): Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.

No comments:

Post a Comment