KESUSAHAN DAN KESENANGAN UJIAN ALLAH
Khutbah Pertama
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ. اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا الله، اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا الله، اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah marilah kita mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah سبحانه وتعالى dengan sebenar-benarnya. Laksanakan yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang ditegah. Sebelum meneruskan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang Jumaat sekalian agar menumpukan perhatian terhadap khutbah yang akan disampaikan. Semoga dengan itu kita akan rahmati dan diberkati oleh Allah سبحانه وتعالى. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk; "Kesusahan Dan Kesenangan Ujian Allah".
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Apabila kita menyebut nikmat, maka terbayang di fikiran kita tentang kesenangan, kemewahan, kejayaan dan sebagainya. Dan apabila kita memperkatakan tentang kesusahan, maka berlegar di fikiran kita pula tentang kesempitan, kesukaran, kesakitan, kemiskinan dan sebagainya. Apa pun gambarannya, kita yang berpegang dengan kepercayaan Ahlus Sunnah wal Jama'ah wajib beriman dan meyakini bahawa segala ketentuan susah atau senang adalah qadha' dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah سبحانه وتعالى ke atas hamba-hamba-Nya. Mari kita hayati firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Al-A'ala Ayat 1 hingga 3:
سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى ﴿١﴾ الَّذِي خَلَقَ فَسَوَّىٰ ﴿٢﴾ وَالَّذِي قَدَّرَ فَهَدَىٰ ﴿٣﴾
Bermaksud: "Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu yang Maha Tinggi (dari sifat-siafat kekurangan). Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. Dan yang telah mengatur serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan kesempurnaannya)".
Dalam tafsir Al-Jalalain, yang menyentuh khusus Ayat وَالَّذِيْ قَدَّرَ فَهَدَى menjelaskan bahawa hanya Allah سبحانه وتعالى yang menentukan apa yang dikehendaki-Nya dan Allah jualah yang memberi petunjuk kepada apa yang ditentukan-Nya sama ada berupa amal kebaikan atau amal keburukan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam situasi hari ini, ada yang beranggapan apabila dirinya tertimpa kesusahan seperti banjir besar, rumah terbakar, kehilangan nyawa dan harta, huru hara, kesempitan wang atau seumpamanya, maka dia merasakan bahawa dia sedang diuji oleh Allah سبحانه وتعالى sehingga membawa kepada sangkaan yang Allah tidak kasih dan belas kepada dirinya. Namun pada saat dirinya diulit kesenangan, dia terlupa bahawa sebenarnya itu juga ujian Allah سبحانه وتعالى bahkan menyebabkannya hanyut, lalai dan alpa. Berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Yunus Ayat 12:
وَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا إِلَىٰ ضُرٍّ مَّسَّهُ ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٢﴾
Bermaksud: "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami, sama ada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri, maka setelah Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia kembali dengan cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang yang menimpanya. Demikianlah diperelokkan pada pandangna orang yang melampau apa yang mereka lakukan".
Ayat ini memberitahu kita bahawa dalam menghadapi apa jua bentuk kesusahan hidup yang kita lalui, kita hendaklah berfikiran positif, mengkaji dan menilai apa-apa kelemahan dan kekurangan, membuat analisis, merancang tindakan, cuba mencari formula atau jalan keluar daripada masalah atau kemelut yang melanda, bertanya kepada mereka pakar dalam menentukan hala tuju dan matlamat yang jelas dan paling penting hendaklah meletakkan kebergantungan kita kepada Allah سبحانه وتعالى dengan bertawakkal dan berserah diri sepenuh jiwa dan raga.
Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Dalam menikmati kesenangan pula, kita diingatkan supaya tidak lalai dan leka kerana semuanya hanya pinjaman yang bersifat sementara. Penggunaan nikmat kesenangan ini merupakan amanah Allah سبحانه وتعالى kepada kita supaya tidak kufur nikmat. Lupakah kita kisah yang menimpa Qarun yang Allah سبحانه وتعالى kurniakan kesenangan berupa harta yang melimpah ruah tetapi semua itu tidak menjadikan dirinya dekat kepada Allah سبحانه وتعالى. Bahkan segala kekayaan dan kemewahan itu menyebabkannya sombong, takbur, lalai dan leka tenggelam dalam kesesatan dan kekufuran.
Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Justeru, mimbar ingin berpesan berdasarkan tajuk khutbah pada minggu ini iaitu:
Pertama: Sebagai orang yang beriman, saat kita ditimpa musibah ucapkanlah إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ , maknanya, "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". Dan selayaknya kita berusaha mengembalikan hati, diri dan jiwa untuk mendekatkan diri kepada-Nya.
Kedua: Saat kita diberi kebahagiaan, kecukupan dan kenikmatan, sebenarnya ia adalah salah satu ujian yang besar buat kita. Adakah dengan kenikmatan itu boleh menjadikan kita dekat atau menjauhkan diri kita dari Allah سبحانه وتعالى.
Ketiga: Saat kita diberi kesulitan, kesedihan dan cubaan ditimpa musibah, janganlah kita menganggap bahawa kitalah orang yang paling malang atau orang yang paling dibenci oleh Allah سبحانه وتعالى. Sebaiknya kita menyingkap ujian itu dengan berusaha mencari jalan keluar, berdoa dan bertawakkal.
Keempat: Hendaklah kita sentiasa bersyukur di waktu senang dan bersabar dengan ketentuan di waktu susah.
Kelima: Ketika berhadapan dengan kesulitan atau kesenangan, kita hendaklah sentiasa dekat kepada Allah سبحانه وتعالى.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, mari sama-sama kita renungi firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Al-'Ankabut Ayat 1 hingga 3:
الٓمٓ ﴿١﴾ أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ﴿٢﴾ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ ﴿٣﴾
Bermaksud: "Alif Lam Mim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan sesungguhnya! Nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang oarng yang berdusta".
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.
Khutbah Kedua
الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَمَا أَمَرَ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأَ فِيهِ بِنَفْسِهِ وَثَنَّى بِمَلآئِكَتِهِ الْمُسَبِّحَةِ بِقُدْسِهِ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾
Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab: Ayat 56)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ
عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى
آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Mimbar menyeru marilah sama-sama kita menunaikan solat-solat fardhu secara berjamaah. Sesungguhnya solat secara berjamaah itu adalah lebih baik daripada solat solat secara bersendirian sepertimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
عَنْ ابْنِ عُمَرَ
رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً.
Bermaksud: "Daripada 'Abdullah bin 'Umar رضي الله عنهما, telah menceritakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda: Solat berjamaah lebih utama dua puluh tujuh bahagian daripada solat bersendirian". (Muttafaqun 'alaih)
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
وَلَوْ يَعْلَمُونَ
مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
Bermaksud: "Seandainya mereka mengetahui apa yang terkandung dalam Solatul 'Atamah (yakni solat Isyak) dan Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak". (Hadith riwayat Al-Bukhari)
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ
وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ
رَسُوْلِ اللهِ.
Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk melaksanakan ibadat zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan para pewakaf yang telah menginfaqkan harta mereka ke jalan-Mu. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.
Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ
حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ
اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ
الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا
اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ
مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang Google Drive. Klik sini.
No comments:
Post a Comment