Saturday, July 26, 2014

Khutbah Hari Raya Aidil Fitri 1435 Hijrah - Tuan Guru Presiden PAS


“AIDIL FITRI: PENGHAYATAN AL-QURAN SEPANJANG ZAMAN”


Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا.
ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّّهِ كَثِيرًا.
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرِ. وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الْبَشِرُ النَّذِيرُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمَ وَبَرِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، وَالتَّبِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
فَيَا عِبَادَ ٱللَّهُ! اِتَّقُواْ ٱللَّهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.

Wahai Hamba-Hamba Allah,

Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya), dan carilah bekalan, sebaik-baik bekalan itu bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah (di dunia dan di akhirat) orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi!

Hari ini kita berhari raya, setelah sebulan berpuasa. Kita telah mencapai perintah Allah daripada Firman-Nya;

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ  ﴿١٨٥﴾     ]البقرة : ١٨٥[

(Maksudnya): Dan kamu hendaklah menyempurnakan perintah Allah (berpuasa sebulan Ramadhan), kamu juga hendaklah memuliakan Allah (dengan takbir, tasbih dan tahmid) kerana petunjuk-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur di atas segala limpah kurnia-Nya.

Nikmat Allah yang paling besar dan tidak mampu dinilai betapa mahal harganya ialah memberi petunjuk menjadi penganut Islam. Satu-satunya petunjuk yang diredhai Allah ialah Islam, satu-satunya yang benar menyelamatkan di dunia dan di akhirat.

Islam itu ialah petunjuk Allah yang disebut di dalam kitab suci Al-Quran. Kata-kata Allah yang diwahyukan kepada Nabi akhir zaman, Muhammad SAW, Rasul yang dipilih dan dilantik oleh Allah, supaya mengajar manusia cara beramal yang di dalam Al-Quran itu. Inilah petunjuk yang diminta oleh setiap Islam yang bersembahyang pada tiap-tiap rakaat:

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ‌ٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَ‌ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴿٧﴾  ]الفاتحة : ٧ - ٦ [

(Maksudnya): (Wahai Tuhan) Tunjuklah kepada kami jalan yang betul. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka. Bukannya jalan orang-orang yang dimurkai ke atas mereka dan bukannya jalan orang-orang yang sesat.

Seterusnya Allah menafsirkan sendiri dengan Firman-Nya:

الٓمٓ ﴿١﴾ ذَ‌ٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ؞ فِيهِ؞ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾    ]البقرة : ٢ - ١ [

(Maksudnya): Alif, Lam, Mim. (Al-Quran) Ini tidak syak lagi memberi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa.

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi!

Allah telah memilih bulan Ramadhan diturun Al-Quran ke tempat yang mulia di langit, kemudian diwahyukan kepada Rasulullah SAW secara berperingkat dalam masa 23 tahun dan Allah juga memilih Ayat-Ayat yang pertama diturunkan pada bulan Ramadhan.

Al-Quran adalah petunjuk Allah kepada manusia sehingga hari kiamat, merupakan sambungan kepada kitab yang diturunkan kepada para Rasul di zaman dahulu, mengekalkan perkara rukun iman dan asas fitrah manusia yang tidak berubah, serta menasakh atau membatalkan hukum syariat yang tidak sesuai dengan akhir zaman dengan hukum syariat yang sesuai dan paling baik dunia akhir zaman dan Rasulullah SAW adalah penutup Rasul sebelum hari kiamat, menjadi contoh beramal dengan sepenuh petunjuk Al-Quran kepada seluruh manusia. Semuanya diriwayatkan secara lisan dan bertulis kepada umatnya, sehingga tidak boleh ditipu dan diselewengkan seperti kitab-kitab yang terdahulu. Perkara ini ditegaskan pemeliharaan secara langsung dari Allah sehingga tidak boleh ditembusi di sepanjang zaman, sehingga terlalu hampir ajal dunia dan tidak ada lagi manusia yang beriman kepadanya.

Rasulullah SAW telah berjaya memimpin bangsa Arab yang paling keras dengan petunjuk Al-Quran, sehingga berjaya menunjuk contoh Islam yang membawa rahmat kepada seluruh manusia di seluruh pelusuk dunia ini.

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi!

Allah SWT menetapkan Al-Quran juga adalah petunjuk yang bersifat peringatan dan amaran, menunujukkan betapa bahayanya kepada diri manusia dan seluruh alam sekiranya meninggalkan. Firman Allah:

تَبَارَكَ ٱلَّذِىٓ إِن شَآءَ جَعَلَ لَكَ خَيْرًا مِّن ذَ‌ٰلِكَ جَنَّـٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ وَيَجْعَل لَّكَ قُصُورًا ﴿١٠﴾  ]الفرقان : ١٠ [

(Maksudnya): Maha Suci Tuhan yang telah menurunkan Al-Furqan (kitab suci Al-Quran yang membezakan di antara betul dan salah) kepada hamba-Nya (Muhammad SAW) supaya menjadi amaran yang tegas kepada seluruh alam.

Firman Allah:

تَبَـٰرَكَ ٱلَّذِى بِيَدِهِ ٱلْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ ﴿١﴾   ]الملك : ١ [

(Maksudnya): Maha Suci Tuhan yang berada di dalam genggaman kuasa pemerintahan (seluruh alam) dan Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu semuanya.

Menunjukan Al-Quran adalah petunjuk dari Tuhan yang mencipta dan memerintah seluruh alam, petunjuk-Nya wajib dipatuhi secara hamba yang menyerah diri dengan tidak ada pilihan. Bukan sahaja percaya dengan ikhlas kepada ketuhanannya, bahkan percaya kepada rahmat, adil, bijaksana dan segala sifat kesempurnaan yang Maha Suci daripada segala sifat kekurangan. Maka bermakna, kalau menolak petunjuk Al-Quran maka terimalah akibat dunia dan akhirat yang merosak diri sendiri.

Bandingannya, kalau seseorang yang memandu kenderaan di jalan raya, tidak peduli segala penunjuk arah jalan, tidak peduli kepada undang-undang jalan raya dan tidak peduli kepada lampu isyarat hijau dan merah. Bukan sahaja akibatnya sesat jalan bahkan membunuh diri dengan kemalangan yang menghancurkan kenderaan dan segala penumpangnya.

Begitulah akibat balasan mereka yang meninggalkan petunjuk Al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW dalam perjalanan hidup di dunia ini. Bukan sahaja manusia yang bukan Islam yang menolak semuanya, bahkan termasuk orang Islam sendiri yang beriman dan meninggalkan sebahagian sebahagian yang lain. Walaupun sudah menghafaz rukun Iman 6 perkara, mengamalkan rukun Islam 5 perkara, kerana sudah mengucap 2 kalimah syahadah, sudah bersembahyang, sudah berpuasa, sudah membayar zakat, sudah mengerjakan haji dan umrah berulang kali, tetapi menolak petunjuk Al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW dalam urusan politik, ekonomi, undang-undang yang berkait dengan negara dan masyarakat, tidak percaya kepada pendidikan Islam dan segala ajaran-Nya dalam seluruh kehidupan manusia. Jasad dan roh, diri sendiri, keluarga dan masyarakat, menjadikannya tidak selamat dunia dan akhirat.

Allah telah memberi peringatan yang keras dengan Firman-Nya kepada orang-orang yahudi ahli kitab supaya menjadi pengajaran kepada umat Islam:

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ ٱلْكِتَـٰبِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفْعَلُ ذَ‌ٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْىٌ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰٓ أَشَدِّ ٱلْعَذَابِ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ ﴿٨٥﴾  أُوْلَئِكَ  ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُاْ   ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ  فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ﴿٨٦﴾    ]البقرة : ٨٦ - ٨٥ [

(Maksudnya): Adakah kamu beriman (percaya) kepada sebahagian daripada kitab (Allah) dan kamu kufur (tidak percaya) kepada sebahagian yang lain. Maka tidak ada balasan terhadap sesiapa yang melakukan demikian itu melainkan azab di dunia menjadi hina, gagal, kecewa dan lain-lain. Dan di akhirat pula dicampak ke dalam azab yang pedih menyeksakan (dalam neraka), dan Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa sahaja yang kamu lakukan. Mereka ialah orang-orang yang membeli kehidupan dunia sahaja dengan menolak hari akhirat. Maka tidak meringankan azab mereka dan mereka tidak diberi pertolongan.

Ketahui dan fahamlah, bahawa beriman dengan sebahagian kitab Al-Quran dan menolak sebahagian yang lain adalah mengikut contoh orang-orang yahudi yang dilaknat oleh Allah yang disebut oleh Allah dengan nama (الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ) - golongan yang dimurkai Allah. Alasannya ialah kerana takut rugi di dunia kalau beramal dengan Al-Quran, sehingga ada di kalangan kita orang-orang yang takut dan bimbang kalau menyebut Islam dalam urusan kehidupannya, seperti menyebut politik Islam, ekonomi Islam, undang-undang Islam dan lebih takut lagi kalau menyebut undang-undang jenayah syariat Islam seperti Qisas, Hudud dan sebagainya.

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi!

Marilah kita meninggalkan bulan Ramadhan dengan kejayaan mendidik atau mentarbiyah diri menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, kerana inilah tujuan puasa yang telah ditetapkan oleh Allah, iaitu Firman-Nya:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ  كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾  ]البقرة : ١٨٣ [

(Maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Telah dijadikan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan juga ke atas umat yang lebih dahulu daripada kamu, tujuannya supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.

Taqwa itu ialah mengikut perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya mengikut petunjuk Al-Quran (kata-kata Allah) yang diturunkan di bulan Ramadhan, dengan tunjuk ajar Nabi SAW yang diriwayatkan dengan shahih dari para ulamak yang menerimanya dengan amanah ilmu dari Allah.

Al-Quran dan petunjuk Rasulullah SAW itu, meliputi semua urusan kehidupan manusia di alam dunia ini. Semuanya diketahui oleh Allah yang Maha Mengetahui, Mendengar dan Melihat, dicatat oleh para malaikat dan dirakamkan oleh anggota yang pada tubuh manusia dan Allah Berfirman:

وَقُلِ ٱعْمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿١٠٥﴾    ]التوبة : ١٠٥ [

(Maksudnya): Katakanlah (wahai Muhammad SAW) Kamu semua beramallah, maka Allah akan Melihat (pada hari kiamat) segala amalan kamu dan juga orang-orang yang beriman, dan akan dikembalikan kepada Tuhan yang Mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, lalu Dia menceritakan apa-apa yang kamu amalkan.

Dan Firman Allah:

ٱلْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰٓ أَفْوَ‌ٰهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَآ أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ ﴿٦٥﴾    ] يس : ٦٥ [

(Maksudnya): Pada hari (kiamat itu) Kami simpulkan (kuncikan) mulut-mulut mereka dan kami jadikan tangan-tangan mereka bercakap dan kaki-kaki mereka menjadi saksi terhadap yang telah mereka usahakan (di dunia).

Semua keadaan ini menjadikan kita takut kepada Allah di mana sahaja kedudukan dan pangkat kita apabila bertugas dan bekerja. Samada raja dan pemimpin, menteri, pegawai dan pekerja, hakim dan orang yang dituduh dan menjadi saksi, peniaga atau petani dan nelayan, suami, isteri dan semua keluarga. Duit yang dihasil dan dibelanjakan, makanan, pakaian, kenderaan dan rumah kediaman, semuanya dicatat menjadi amalan yang kira betul dan salah di sisi Allah mengikut petunjuk Al-Quran.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah!

Percayalah juga bahawa Allah itu Maha Pengampun menerima taubat sesiapa yang beriman dan bertaubat, kembali semula kepada petunjuk Allah, setelah melakukan kesalahan dan dosa.

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
 إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِۦ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَ‌ٰلِكَ لِمَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفْتَرَىٰٓ إِثْمًا عَظِيمًا ﴿٤٨﴾   ] النساء : ٤٨ [

(Maksudnya): Sesungguhnya Allah tidak mengampun dosa syirik terhadapnya dan Dia mengampun apa-apa dosa yang lain daripada itu, kepada sesiapa yang Dia Kehendaki. Dan sesiapa yang berlaku syirik terhadap Allah, maka sesungguhnya Dia telah melakukan dosa yang besar.

  بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِاْلآيَاتِ  وَالْحِكْمَةِ ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا  وَاسْتَغْفِرُ اللهَ  ِليْ وَلَكُمْ وَ لِجَامِيعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ ،  إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمِ. 


Khutbah Kedua

ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمدِ. أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ. أَمَّا بَعْدُ،
فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّاىَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقوْنَ. وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى. 

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Marilah pada hari raya ini kita merasakan betapa besarnya nikmat iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah Ta’ala. Dan hanya kematian ddalam iman dan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾  
] آل عمران : ١٠٢ [

(Maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu di dalam keadaan beragama Islam.

Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya nikmat persaudaraan Islam yang dianjurkan di dalam Islam. Tanda iman seseorang ialah dia kasih kepada saudara seagama dengannya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri. Sabda Rasulullah S.A.W:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

(Maksudnya): Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri.

Sehubungan itu hendaklah lahir di dalam hati setiap orang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam di serata dunia. Samada mereka yang ditimpa gempa bumi, dilanda peperangan, kemiskinan dan kebuluran di negara-negara Afrika, dan umat Islam yang sedang dijajah, dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti yang sedang berlaku di Palestin, Mesir, Syria, Iraq, Selatan Thailand, Rohinghya dan sebagainya.

Jika tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa dan munajat kepada Allah supaya Allah memberi pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka daripada penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi mereka.

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Pada hari yang mulia dan penuh barakah ini marilah kita membanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang telah menyampaikan Islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada baginda dirakamkan melalui ucapan selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah di dalam Al-Quran:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾ ] الأحزاب : ٥٦ [

(Maksudnya): Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi, maka wahai yang orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam ke atasnya dengan sesungguh-sungguhnya.

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، فِي الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ ، وَ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَذُنُوْبَ وَالِدِيْنَا وَارْحمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَرًا. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ. اللهم إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي أَعْدَآئِنَا وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ ، اللهم رُدَّ كَيْدَهُمْ فِي نُحُوْرِهِمْ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.
اللهم انْصُرْ إِخْوِنَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ فِى فَلَسْطِيْنَ ، وَفِى غَزَّةِ ، وَفِى سُورِيَا ، وَفِى الْعِرَاقِ ، وَفِى كَشْمِيْر ، وَفِى جَنُوْبِ تَايْلَنْد ، وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اللهم قَوِّ عَزَائِمَهُمْ ، وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ ، وَثَبِّتْ أَقْدَاهُمْ ، وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدِائِهِمْ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
اللهم أَتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا ، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا ، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا. اللهم أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ. اللهم أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا ، وَأَئِمَّتَنَا وَوُلاَةَ أُمُوْرِنَا ، وَاجْعَلْ وِلاَيَتِنَا فِى مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّ اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمدِ.

Teks khutbah ini boleh juga dimuat turun dari lama sesawang www.4shared.com
Teks asal tulisan jawi boleh juga dimuat turun dari laman yang sama. Klik sini


No comments:

Post a Comment