Membantu Saudara Seagama Yang Zalim Dan Yang Dizalimi
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلاَعُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ، وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ.
أَشْهَدُ أَنْ لآ َإِلهَ إِلاَّالله ُوَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ، َالَمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الصَّادِقُ الْوَعْدُ الاَمِيْنُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَفْضَلِ الْمَخْلُوقِيْنَ، وَعَلى أَلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوا الله، أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله،ِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
(الإسراء: ١)
Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Wahai hamba-hamba Allah sekelian!
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Seringkali apabila mengingati Peristiwa Isra’ Mikraj kita membacakan ayat pertama daripada surah al-Isra’. Namun pada hari ini, saya ingin menarik perhatian Jemaah sekelian kepada tafsiran para mufassirin yang memasukkan maksud bumi yang diberkati sekelilingnya itu sebagai tanah Syam atau kita kenali hari ini sebagai Syria. Namun malang sekali, bumi yang barakah itu kini sedang terbakar dan penduduknya ditindas dengan zalim.
Mengenai tanah Syam, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda tentang keutamaannya:
Dalam sabdanya yang lain, baginda s.a.w bersabda :
“Beruntunglah Syam!” “Beruntunglah Syam!” “Beruntunglah Syam!”, Sahabat bertanya: “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Lalu beliau menjawab: “Kerana sungguh malaikat Allah membentangkan sayap-sayapnya kepada negeri itu.”- hadis riwayat al-Tirmidzi
Manakala dalam Sahih Bukhari diriwayatkan, Nabi kita yang tercinta itu mendoakan negeri Syam dengan doa yang luar biasa. Baginda mendoakan:
“Ya Allah, berkatilah untuk kami pada negeri Syam kami dan pada negeri Yaman kami.” (HR. Al-Bukhari)
Tidak hairanlah kenapa sebahagian sahabat berhijrah ke Syam dan melahirkan ulamak-ulamak besar, seperti Imam Nawawi, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim al-Jauziyah, al Auza`i dan Ibnu Katsir rahimahumullah.
Sidang jemaah yang berbahagia,
Hari ini saya mengajak tuan-tuan untuk sama-sama menginsafi peristiwa yang sedang berlaku di sana. Atas nama persaudaraan Islam dan kemuliaan insan atau karamah insaniah apa yang berlaku sangat memilukan kita. Pembunuhan dan kezaliman telah sampai ke kemuncaknya, sejak lebih kurang tiga tahun berlalu diberitakan sekitar 130 ribu umat Islam terbunuh, 4 juta orang menjadi pelarian dalam negeri dan hampir 2 juta lari ke negeri-negeri jiran seperti Jordan, Turki dan Lubnan.
Walaupun sepintas lalu kita boleh mengatakan bahawa peristiwa ini berlaku kerana perebutan kuasa antara dua puak, namun kita harus memahami sejarah dan situasi terkini untuk memahami permasalahan sebenar. Hakikatnya, apa yang berlaku kini adalah satu konflik antara kebenaran (al-Haq) dengan kebatilan (al-Batil). Ia adalah perjuangan rakyat yang menuntut perubahan setelah sekian lama ditindas oleh keluarga pemimpin diktator yang zalim. Merujuk sejarah tahun 1982, Presiden Syria ketika itu, Hafiz al-Asad iaitu bapa Bashar al-Asad (Presiden sekarang) dan Jenderal Rif’‘at al-Asad (bapa saudara Bashar al-Asad), telah membunuh sekitar 40,000 rakyat Syria, antara yang terbunuh ialah pejuang Islam yang dipimpin oleh Ikhwan Muslimin Syria. Peristiwa di Kota Hama telah menjadi sejarah hitam pemerintahan keluarga al-Asad. Berita tentang peristiwa Kota Hama telah digelapkan hingga hari ini.
Perang di Syria kini telah membongkar satu lagi sisi hitam pemerintah Syria yang bermazhab Syiah Alawi. Syiah Alawi adalah pecahan mazhab daripada Mazhab Syiah. Golongan Alawi adalah pewaris kepada fahaman Nusairiah yang merupakan keturunan puak murtad Rawafidh pada zaman Saiyidina Ali Abi Talib karamallahu wajhah. Bagi puak Alawi, Nusairi dan Rawafidh, Saiyidina Ali adalah unsur ketuhanan yang turut disembah. Sebaliknya majoriti rakyat Syria bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah sama seperti kita. Oleh itu, tidak hairanlah mereka membunuh dan menyembelih rakyat mereka yang bermazhab Sunni tanpa peri kemanusiaan.
Pergolakan di Syria juga telah mendedahkan rupa sebenar Iran dan Hizbullah kononnya membela Islam tetapi menyokong regim Bashar al-Asad membunuh rakyatnya sendiri. Dalam konteks sokongan Hizbullah yang pernah kita kagumi, Dr Yusuf al-Qaradhawi telah menyatakan bahawa perbuatan tersebut adalah salah kerana bersekongkol dengan kezaliman. Hizbullah telah memberi bantuan ketenteraan kepada tentera regim al-Assad sehingga al-Qaradhawi menggelar mereka sebagai hizbus syaitan.
Sidang Jemaah sekelian,
Sebagai sokongan kita kepada orang yang dizalimi, saya menyeru umat Islam untuk menyalurkan bantuan kepada penentang regim mengikut kadar kemampuan masing-masing. Tambahan ketika ini musim sejuk sedang melanda rantau Asia Barat, sudah tentulah para pelarian lebih menderita. Pelarian yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak perlukan bantuan saudara seagama untuk membela mereka. Sehubungan dengan itu, sidang jamaah boleh menyumbangkan sumbangan kepada beberapa pihak yang secara langsung sedang memberi bantuan kepada pelarian Syria. Antara badan yang bergerak aktif di Malaysia membantu pelarian Syria ialah Syria Care dan Life Line For Syria.
Sedang Jemaah yang dikasihi,
Sesungguhnya persaudaraan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w merentasi sempadan geografi, bangsa dan warna kulit. Justru itu, saya menyeru marilah sama-sama mengeratkan ukhuwwah Islamiah sesama kita. Marilah sama-sama kita berdoa agar konflik yang sedang melanda umat Islam segera berakhir dengan kemenangan kepada pihak yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Menyeru kepada makruf dan menentang kemungkaran adalah tugas setiap muslim tanpa pengecualian kerana ia menjadi tanda kesempurnaan beragama. Firman Allah s.w.t :
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقاَئِلِ :
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
عَلَيْكَ بِالشَّامِ؛ فَإِنَّهَا خِيرَةُ اللَّهِ مِنْ أَرْضِهِ، يَجْتَبِي إِلَيْهَا خِيرَتَهُ مِنْ عِبَادِهِ، فَأَمَّا إِنْ أَبَيْتُمْ، فَعَلَيْكُمْ بِيَمَنِكُمْ، وَاسْقُوا مِنْ غُدُرِكُمْ، فَإِنَّ اللَّهَ تَوَكَّلَ لِي بِالشَّامِ وَأَهْلِهِ.
رواه أبو داود، وابن حبان في (صحيحه) ، والحاكم، وقال: (صحيح الإسناد) ، وصححه الألباني
“Pergilah ke Syam, kerana ia adalah bumi pilihan Allah, Dia memilih hamba-hamba terbaikNya untuk ke sana. Jika kalian tidak mahu, maka pergilah ke Yaman kalian dan minumlah dari telaga-telaga kalian. Karena sesungguhnya Allah telah menjamin untukku Syam dan penduduknya.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Hibban dan al-Hakim. Dishahihkan oleh al-Albani).Dalam sabdanya yang lain, baginda s.a.w bersabda :
يَا طُوْبَى للشَّامِ ياَ طُوْبَى لِلشَّامِ ياَ طُوْبَى لِلشَّامِ ، قاَلُوْا ياَ رَسُوْلَ وَبِمَ ذَلِكَ قاَلَ : تِلْكَ مَلاَئِكَةُ اللهِ باَسِطُوْا أَجْنِحَتِهاَ عَلَى الشَّامِ
“Beruntunglah Syam!” “Beruntunglah Syam!” “Beruntunglah Syam!”, Sahabat bertanya: “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Lalu beliau menjawab: “Kerana sungguh malaikat Allah membentangkan sayap-sayapnya kepada negeri itu.”- hadis riwayat al-Tirmidzi
Manakala dalam Sahih Bukhari diriwayatkan, Nabi kita yang tercinta itu mendoakan negeri Syam dengan doa yang luar biasa. Baginda mendoakan:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَأْمِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا
“Ya Allah, berkatilah untuk kami pada negeri Syam kami dan pada negeri Yaman kami.” (HR. Al-Bukhari)
Tidak hairanlah kenapa sebahagian sahabat berhijrah ke Syam dan melahirkan ulamak-ulamak besar, seperti Imam Nawawi, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim al-Jauziyah, al Auza`i dan Ibnu Katsir rahimahumullah.
Sidang jemaah yang berbahagia,
Hari ini saya mengajak tuan-tuan untuk sama-sama menginsafi peristiwa yang sedang berlaku di sana. Atas nama persaudaraan Islam dan kemuliaan insan atau karamah insaniah apa yang berlaku sangat memilukan kita. Pembunuhan dan kezaliman telah sampai ke kemuncaknya, sejak lebih kurang tiga tahun berlalu diberitakan sekitar 130 ribu umat Islam terbunuh, 4 juta orang menjadi pelarian dalam negeri dan hampir 2 juta lari ke negeri-negeri jiran seperti Jordan, Turki dan Lubnan.
Walaupun sepintas lalu kita boleh mengatakan bahawa peristiwa ini berlaku kerana perebutan kuasa antara dua puak, namun kita harus memahami sejarah dan situasi terkini untuk memahami permasalahan sebenar. Hakikatnya, apa yang berlaku kini adalah satu konflik antara kebenaran (al-Haq) dengan kebatilan (al-Batil). Ia adalah perjuangan rakyat yang menuntut perubahan setelah sekian lama ditindas oleh keluarga pemimpin diktator yang zalim. Merujuk sejarah tahun 1982, Presiden Syria ketika itu, Hafiz al-Asad iaitu bapa Bashar al-Asad (Presiden sekarang) dan Jenderal Rif’‘at al-Asad (bapa saudara Bashar al-Asad), telah membunuh sekitar 40,000 rakyat Syria, antara yang terbunuh ialah pejuang Islam yang dipimpin oleh Ikhwan Muslimin Syria. Peristiwa di Kota Hama telah menjadi sejarah hitam pemerintahan keluarga al-Asad. Berita tentang peristiwa Kota Hama telah digelapkan hingga hari ini.
Perang di Syria kini telah membongkar satu lagi sisi hitam pemerintah Syria yang bermazhab Syiah Alawi. Syiah Alawi adalah pecahan mazhab daripada Mazhab Syiah. Golongan Alawi adalah pewaris kepada fahaman Nusairiah yang merupakan keturunan puak murtad Rawafidh pada zaman Saiyidina Ali Abi Talib karamallahu wajhah. Bagi puak Alawi, Nusairi dan Rawafidh, Saiyidina Ali adalah unsur ketuhanan yang turut disembah. Sebaliknya majoriti rakyat Syria bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah sama seperti kita. Oleh itu, tidak hairanlah mereka membunuh dan menyembelih rakyat mereka yang bermazhab Sunni tanpa peri kemanusiaan.
Pergolakan di Syria juga telah mendedahkan rupa sebenar Iran dan Hizbullah kononnya membela Islam tetapi menyokong regim Bashar al-Asad membunuh rakyatnya sendiri. Dalam konteks sokongan Hizbullah yang pernah kita kagumi, Dr Yusuf al-Qaradhawi telah menyatakan bahawa perbuatan tersebut adalah salah kerana bersekongkol dengan kezaliman. Hizbullah telah memberi bantuan ketenteraan kepada tentera regim al-Assad sehingga al-Qaradhawi menggelar mereka sebagai hizbus syaitan.
Sidang Jemaah sekelian,
Sebagai sokongan kita kepada orang yang dizalimi, saya menyeru umat Islam untuk menyalurkan bantuan kepada penentang regim mengikut kadar kemampuan masing-masing. Tambahan ketika ini musim sejuk sedang melanda rantau Asia Barat, sudah tentulah para pelarian lebih menderita. Pelarian yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak perlukan bantuan saudara seagama untuk membela mereka. Sehubungan dengan itu, sidang jamaah boleh menyumbangkan sumbangan kepada beberapa pihak yang secara langsung sedang memberi bantuan kepada pelarian Syria. Antara badan yang bergerak aktif di Malaysia membantu pelarian Syria ialah Syria Care dan Life Line For Syria.
Sedang Jemaah yang dikasihi,
Sesungguhnya persaudaraan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w merentasi sempadan geografi, bangsa dan warna kulit. Justru itu, saya menyeru marilah sama-sama mengeratkan ukhuwwah Islamiah sesama kita. Marilah sama-sama kita berdoa agar konflik yang sedang melanda umat Islam segera berakhir dengan kemenangan kepada pihak yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Menyeru kepada makruf dan menentang kemungkaran adalah tugas setiap muslim tanpa pengecualian kerana ia menjadi tanda kesempurnaan beragama. Firman Allah s.w.t :
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (التوبة :٧١)
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقاَئِلِ :
وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (الحجرات:٩)
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ayat yang dibacakan sebentar tadi menggambarkan kaedah menangani dua kelompok Umat Islam yang bertelagah. Kaedah yang ditetapkan Allah adalah dengan menjadikan kepatuhan kepada perintah Allah sebagai syarat pertolongan dari Orang Yang Beriman.
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh kepada perintah Allah maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil
Imam At-Thobari menjelaskan :
Hendaklah didamaikan kedua golongan dengan menyeru keduanya kembali mematuhi Kitab Allah. Jika enggan salah satu darinya kembali pada Al-Quran maka perangilah mereka yang enggan itu.
Walaupun ayat ini sering ditujukan kepada rakyat yang menentang pemimpin mereka namun hakikatnya ianya juga boleh melibatkan pemimpin yang enggan kembali kepada perintah Allah. Walaupun Bashar Al-Asad merupakan ketua Negara Syria yang dilantik secara sah, namun keengkarannya mematuhi perintah Allah membolehkan beliau diperangi oleh rakyatnya sendiri. Malah ulamak sedunia menghalalkan kerajaannya digulingkan dan halal darahnya ditumpahkan semata-mata demi menyelamatkan Umat Islam daripada kezalimannya. Sabda Rasulullah SAW :
اُنْصُرْ أَخاَكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُوْمًا. فَقاَلَ رَجُلٌ : ياَ رَسُوْلَ اللهِ، أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُوْمًا، أَفَرَأَيْتَ إِذاَ كَانَ ظاَلِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ ؟ قاَلَ : تُحْجِزُهُ ، أَوْ تَمْنَعُهُ، مِنَ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ
)الراوي:أنس بن مالكالمحدث:البخاري - المصدر:صحيح البخاري- الصفحة أو الرقم:6952 خلاصة حكم المحدث:[صحيح](
Rasulullah SAW bersabda ; Bantulah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Bertanya seorang sahabat; Wahai Rasulullah, Aku akan membantu saudaraku yang dizalimi, tapi bagaimana nak membantu saudara yang zalim. Sabda baginda; halanginya atau tegah dia dari terus melakukan kezaliman. Sesungguhnya itulah cara kamu menolongnya.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com
No comments:
Post a Comment