Tahniah atas kejayaan PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan dengan kelebihan hanya 65 undi berbanding 1,352 dalam pilihan raya umum tahun lalu. Calonnya Mohd Fauzi Abdullah, 50 memperoleh 5,348 undi mengalahkan calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat, 39 yang mendapat 5,283 undi.
Walaupun hanya menang tipis, namun kemenangan tetap kemenangan. Suatu masa dulu mengharapkan menang dalam pilihanraya kecil adalah ibarat mencari keajaiban. Namun situasi kini menunjukkan fenomena sebaliknya. Walaupun diwar-warkan bahawa Barisan Nasional berbangga dengan kejayaan mengurangkan majoriti, namun kebimbangan tetap wujud kerana ianya meneruskan kesinambungan ketewasan Barisan Nasional yang didokongi Kerajaan Pusat dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil selepas PRU12. Numn bagi pihak PAS perlu melihatnya sebagai amaran awal dari Allah jika tidak dilakukan pemulihan serta merta. Gelodak di dalam parti seharusnya diselesaikan dengan segera agar tidak menanah di kalangan pengikut bawahan. Bagi pengundi luar yang tidak balik mengundi, mungkin atas berbagai sebab, seharusnya tidak menjadikan "over confident" sebagai pegangan. Entah apa nasibnya jika undi rosak diterima pakai. Jadikanlah siri-siri PRK yang berlangsung secara bersiri ini sebagai medan latihan agar kita mampu menyusun strategi dengan lebih berkesan. Munajat kepada Allah hendaklah sentiasa diteruskan secara istiqamah agar tidak ada lagi sebab untauk menghalang kita mendapat kemenangan dari Allah.
No comments:
Post a Comment