bersama kepimpinan ulamak




Hari ini




Thursday, December 26, 2013

KHUTBAH JUMAAT - 27 DISEMBER 2013 / 24 SAFAR 1435H



JIHAD MENGEKALKAN TAQWA

Khutbah Pertama

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ 
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ 
أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتَمُوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Saya mengulangi pesanan taqwa ini untuk diri saya dan saudara-saudara sekelian. Pesanan ini sangat penting untuk diulang-ulang dan dihayati khususnya di zaman kita mudah lupa dengan Allah. Bahkan hubungan kita lebih rapat dengan facebook, dengan whassap, dengan televisyen, dengan perkembangan handphone berbanding dengan al Quran, dengan zikir, dengan perkembangan nasib umat Islam. Umat ini bukanlah umat pertama yang sentiasa diperingatkan dengan wasiat taqwa bahkan umat terdahulu lebih awal menerima wasiat ini.

Firman Allah SWT :

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ وَإِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدًا (النساء:١٣١)

Dan bagi Allah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu, dan juga (perintahkan) kamu, Iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah; dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) Sesungguhnya Allah jualah Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Saudara-saudara sekelian,

Adakalanya taqwa itu dikaitkan dengan nama Allah dan adakalanya ia dikaitkan dengan azab Allah, tempat azab Allah iaitu neraka dan waktu berlaku azab Allah SWT. Contoh ayat Allah SWT yang mana taqwa itu dikaitkan dengan nama Allah ialah :

وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ المائدة : ٩٦

bertaqwalah kepada Allah, Yang kepadanya kamu akan dihimpunkan.

Firman Nya lagi :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (الحشر: ١٨) 

Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan.

Ulamak mengambil kesimpulan bahawa taqwa apabila dikaitkan dengan nama Allah seperti di atas ia membawa maksud takutlah kemurkaan dan kemarahan Allah. Cari lah jalan dan binalah dinding supaya kita terdinding dari kemurkaan Allah yang pasti mengundang pembalasan yang tiada tolok bandingnya.

Saudara-saudara sekelian,

Membina dinding dan benteng yang menghalang kita dari kemurkaan Allah adalah lebih susah daripada meruntuhkannya. Adakalanya usaha meruntuhkan benteng dan dinding itu datang daripada dalam diri kita sendiri. Kitab Ihya Ulumiddin merekodkan :

كَمْ مِن اَكْلَةٍ مَنَعَتْ قِيَامَ الّلَيْلِ، وَكَمْ مِنْ نَظْرَةٍ مَنَعَتْ قِرَأَةَ السُّورَةِ، وإِنَّ الْعَبْدَ لَيَأْكُلُ أَكْلَةً أَوْ يَفْعَلُ فَعْلَةً، فَيُحْرَمُ بِهَا قِيَامُ سَنَةٍ، وكَمَا أَنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ فَكَذَلِكَ الْفَحْشَاءُ تَنْهَى عَنِ الصَّلاَةِ وَسَائِرِ الْخَيْرَاتِ

Betapa banyak makanan yang dimakan telah menghalang dari bangun malam, berapa banyak pandangan yang telah menghalang dari membaca surah al Quran. Dan sesungguhnya ada di kalangan hamba yang makan makanan mahupun membuat sesuatu perbuatan. Ia tertegah daripada bangun malam selama setahun. Dan seperti mana Solat itu mencegah daripada kekejian dan kemungkaran, begitu jugalah sebaliknya kekejian itu akan menghalang daripada solat dan sekelian amal kebajikan.

Imam Al Thaury berkata :

حُرِمْتُ قِيَامُ الّليَلِ خَمْسَةَ أَشْهُرٍ بِذَنْبٍ أَذْنَبْتُهُ. قِيلَ وَمَا ذَاكَ الذَّنْبُ ؟ قَال : رَاَيْتُ رَجُلاً يَبْكِى، فَقُلْتُ فِى نَفْسِى : هَذَا مُرَاء

Aku terhalang daripada bangun malam selama 5 bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan. Ditanya apakah dosa itu? Ia menjawab : Aku pernah melihat seorang lelaki sedang menangis lantas aku berkata kepada diri ku bahawa ia sengaja menunjuk-nunjuk.

Saudara-saudara sekelian,

Adakalanya usaha meruntuhkan benteng dan dinding itu datang daripada luar yang sengaja diprojekkan agar bergabung dengan faktor dalaman dalam diri kita sendiri. Contoh faktor luaran seperti maksiat dan kemungkaran yang ditaja sehingga berjuta-juta ringgit seiring dengan kenaikan harga barang. Api persengketaan sesama muslim yang sentiasa diperbaharui nyalaannya. Pesalah-pesalah syariah yang sering dilindungi dengan selimut hak asasi manusia.

Tidak cukup dengan itu, projek mega meruntuhkan benteng taqwa umat Islam ini sampai peringkat menjemput kuasa-kuasa luar agar umat ini terlepas bebas dari panduan syarak seperti yang dilakukan oleh Coalition Of Malaysian NGO (COMANGO) - Gabungan Badan-badan bukan kerajaan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) terhadap prestasi Hak Asasi Manusia di negara ini pada Oktober 2013 lepas.

Ia adalah satu tindakan yang sangat bertentangan dengan asas-asas Islam dan perlembagaan negara. Tindakan mereka ini boleh menggugat kedaulatan negara dan keharmonian hubungan antara agama dan kaum di negara ini. Ia bukan saja tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara bahkan meletakkan negara, termasuk institusi agama Islam, di bawah telunjuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam lapuran itu COMANGO menuntut negara antaranya :-

1. Menandatangani dan memeteraikan International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) yang mengizinkan umat Islam untuk murtad tanpa boleh diambil tindakan.

2. Mengiktiraf hak golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBTIQ) yang mengamalkan seks songsang.

3. Mempersoalkan Enakmen-Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan menuntut penghapusan hukuman terhadap kesalahan syariah yang dianggap menggangu hak peribadi.

4. Penyamaan hak wanita sama seperti hak seorang lelaki (Gender Equality) baik dalam hak nikah & cerai, pembahagian harta pusaka dan berpakaian.

5. Menghapuskan Fasa 153 Perlembagaan yang memberikan hak keistimewaan kepada orang Melayu.

6. Mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia.

Di antaranya :-

a. kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia.

b. mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam.

c. mempersoalkan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.

Hendaklah kita membantah sekeras-kerasnya tindakan mereka ini dan menuntut pihak kerajaan tidak tunduk kepada tuntutan tersebut. Kita juga mendesak kerajaan supaya tidak akur dengan tekanan yang diberikan pihak luar yang melabelkan negara kononnya negara akan ketinggalan jika tidak menandatangani semua perjanjian (Covenant) yang melibatkan perkara-perkara di atas.

Saudara-saudara sekelian,

Melihat betapa banyaknya ranjau dan rintangan dalam membina dan mempertahankan binaan benteng taqwa ini, maka layak benarlah nilai kemuliaan seseorang itu letaknya pada kehebatan taqwanya.

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (الحجرات:١٣)

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ






Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (٨) قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (٩) وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا (١٠) - سورة الشمس


Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa manusia (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.


أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Hari silih berganti dan tahun berganti tahun. Namun Kebodohan dan kedegilan manusia menyebabkan keadaan yang hampir sama berulang saban tahun. Kita diingatkan dengan pesanan taqwa, namun sebahagian dari kita masih memilih kemunafiqan, kefasiqan dan kederhakaan terhadap Allah berbanding taqwa.

Di antara kita ada yang berikrar dan berazam memulakan tahun baru dengan segala bentuk kebaikan tetapi hangatnya hanya terasa separuh jalan. Sebahagian kita memulakannya dengan kebaikan tetapi akhirnya lalai sehinggalah Allah menimpakan bala bencana lalu menyedarkan kita. Sebahagiannya kita menyambutnya dengan acara dosa dan maksiat dan tidak merasa bersalah sehingga menjadi budaya hidup kita selama-lamanya.

Hanya segelintir sahaja yang terus istiqamah menjaga batas ketentuan Allah demi mencari keredhaanNya. Maka terserahlah kepada kita semua kerana iman dan taqwa tidak mampu dipaksakan ke atas manusia. Jika Allah mengurniakan kita umur yang panjang hingga kita mampu kembali ke pangkal jalan pada tahun hadapan maka itulah nikmat kurniaan yang amat besar darinya. Jika tahun ini merupakan tahun terakhir kita menyedut udara di bumiNya, maka yakinkah kita bahawa kita benar-benar sudah bersedia menemuiNya.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

Wednesday, December 25, 2013

PENYAKIT YANG KE 32: (PUTUS ASA)

Penyakit yang ke tiga puluh dua ini sering menimpa umat Islam samada dalam bentuk individu atau kumpulan,pemerintah atau rakyat jelata ialah penyakit “putus asa”.

Bagi mengubati mereka yang telah terjebak dengannya atau bagi menjaga dan mengawal mereka yang belum terjebak,maka tidak dapat tidak hendaklah dilaksanakan beberapa kewajipan yang dapat disimpulkan dalam beberapa baris yang berikut :

Pertama : Takrif اليأس “putus asa” dari sudut bahasa dan istilah.

A) Putus asa dari sudut bahasa :

اليأس dari sudut bahasa ia membawa kepada beberapa makna dan
pengertian,diantaranya:

1- Putus harapan (إنقطاع الرجاء) daripada sesuatu,dan tidak berusaha lagi untuk mencapainya.seperti dikata : يئس من الشئ ia putus asa daripada sesuatu,maka dia dikatakan يائس : putus cita-cita dan harapan daripada sesuatu dan tidak ingin lagi berusaha kea rah itu فهو يائس .
Juga membawa arti : يئست المرأة : yakni عقمت (mandol) wanita itu mandol.

2- Hina,tertekan dan rendah diri,lembut dan kerdil.
Senarnya tidak ada pertentangan antara dua makna dan pengertian ini,kerana seseorang yang putus harapan daripada sesuatu dan tidak ingin untuk mendapatkannya lagi akan membawa kepada rasa hina,tertekan,rendah diri dan kerdil.

B) اليأس dari sudut istilah : ialah putus harapan untuk keluar (melepas diri) daripada kepompong keadaan dan suasana yang dialami umat sekarang,samada individu,kumpulan,pemerintah dan rakyat jelata sehingga membawa kepada kehinaan,tertekan,rendah diri dan menyerah kalah.


A) القنوط لغة
1- Tersangat berputus asa daripada sesuatu,dikatakan قنط يقنط فهو قانط : sangat-sangat berputus asa (amat kritikal) seperti mana firman Allah سبحانه وتعالى
didalam surah ( 28- الشورى)

Yang bermaksud: Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji.

2- القنوط هو اليأس نفسه : sama erti dengan اليأس seperti firman
Allah: سبحانه وتعالى (الزمر 53 )
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


B) القنوط إصطلاحا
Putus asa yang bersangatan (kritikal) untuk keluar dari suasana dan keadaan sekarang yang dialami oleh ummah,samada individu,jamaah(kumpulan),pemerintah dan rakyat jelata,sehingga membawa kepada kehinaan,tekanan dan penindasan lemah dan kerdil,rendah diri dan menyerah kalah.


Kedua : Diantara fenomena yang menunjukan “putus asa” dan bagaimana
sikap Islam terhadap penyakit ini.

Disana terdapat banyak fenomena yang menunjukkan “putus asa” , Cuma kami sebutkan sebahagian daripadanya:


1- Membersihkan diri daripada beriltizam dengan Islam dengan alasan beriltizam dengan Islam mengundang bencana dan celaka,dan memberi peluang kepada musuh untuk memerangi kita,sekali atas nama “pengganas” sekali pula atas nama “pelampau” kali yang lain pula atas nama “usuli” begitulah seterusnya.

2- Berhenti daripada الأصولي berdakwah kejalan Allah dan tarbiah atas alasan kita berdakwah dan mentarbiah orang lain dengan agama Allah dan kerana agama Allah dengan tujuan menghantar mereka ke tempat tahanan dan penjara pemerintah yang zalim,yang menjadi beban dan bala bagi umat ini, atau dengan lain alasan,iaitu : segala kejayaan yang kita capai dalam menentang mereka sejak beberapa tahun dimusnahkan begitu mudah oleh media massa, sekolah-sekolah maktab-maktab pengajian tinggi yang membawa aliran yang bercanggah dengan akidah ummah.

3- Tidak percaya dengan apa sahaja yang berunsur Islam samada dalam bidang ekonomi,pendidikan,kesihatan,penerangan,politik, kemasyarakatan dan apa jua bidang dan lapangan bahkan mereka mempersenda dan menghina.

4- Mengganggu dan melemahkan semangat mereka yang beriltizam dengan Islam,pendakwah-pendakwah Islam kata mereka: Sesungguhnya apa yang kamu lakukan hanya untuk menghabiskan usia kamu dalam penderitaan ujian dan mihnah kesemuanya menimpa kamu, anak buah kamu dan ahli keluarga kamu, bahkan menimpa ummah seluruhnya.

5- Memberi kepercayaan penuh terhadap musuh-musuh ummah bagi setiap yang mereka katakana terhadap kita,terutama sekali dalam bidang memburuk-burukan sejarah kita,perjalanan kita mengikut landasan Islam,mereka dindangkan perkara-perkara tersebut serta menyebarkannya,bahkan mereka sebarkan dikalangan kami dengan apa jua cara yang mungkin yang menunjukan tanda-tanda putus asa.

6- Memberi kepercayaan mutlak terhadap musuh ummah yang mendakwa mereka Berjaya dalam semua perkara,mereka menguasai dunia,mampu mengintip dan mengekuri kita walaupun kita berada dalam kamar tidur dan dapat memusnahkan kita kalau mereka mahu.

Islam mengharamkan “putus asa” , melarang agar tidak terjebak dan terjerut dengan tali-tali dan sesawangnya ,apatah lagi hendak menyeru agar “berputus asa”. Allah berfirman atas lisan (lidah ) Nabi Yaakub عليه السلام yang menggesa anak-anaknya agar keluar menjelajah mencari Nabi Yusuf عليه السلام dan adiknya Bunyamin dengan tidak sedikitpun berputus asa dan hampa,bahkan mengharapkan kepada Allah tanpa putus asa, kerana berputus asa adalah akhlak orang kafir,
firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Yusuf ayat 87

Yang bermaksud : Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

Kata Al-Imam Al-Alusi رحمه الله (ولا تيأس من روح الله)
Yang bermaksud : Jangan kamu berputus asa daripada kelapangan dan kesenangan yang akan diberikan oleh Allah.

Sesungguhnya tidak berputus asa daripada kelapangan dan kesenangan yang diberi oleh Allah kecuali orang-orang kafir.
Kerana orang-orang kafir tidak mengenal Allah,dan sifat-sifatnya,maka orang yang mengenal Allah tidak akan berputus asa dalam apa jua keadaan pun,atau mengukuhkan apa yang mereka mengetahuinya dari perkara tersebut.

Allah سبحانه وتعالى menyatakan lebih dari satu ayat bahawa “putus asa” itu adalah merupakan akhlak orang kafir,di antaranya firman Allah dalam
Surah Al-A’nkabut ayat 23 :

Yang bermaksud : Dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan pertemuan denganNya, mereka tetaplah akan menjadi orang-orang yang putus asa dari rahmatKu; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Lagi firman Allah dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 13

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.
Dalam menghuraikan pengertian اليأس dalam ayat-ayat diatas,kata Ibnu Jarir Attbari : Ahli ta’wil berselisih pendapat dalam menta’wilkanfirman Allah


قَدۡ يَٮِٕسُواْ مِنَ ٱلۡأَخِرَةِ كَمَا يَٮِٕسَ ٱلۡكُفَّارُ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلۡقُبُورِ

Setengah daripada mereka berkata: Pengertian putus asa dalam ayat ini ialah : Kaum Yahudi yang dimurkai Allah “berputus asa” daripada mendapat pahala Allah diakhirat kelak,selepas mereka dibangkitkan seperti mana orang kafir yang hidup sekarang ini “berputus asa” mengharapkan orang-orang mati dikalangan mereka supaya hidup kembali dan pulang kepada mereka.

Kata setengah yang lain : Makna ayat tersebut bahawa : Orang-orang kafir “berputus asa” bahawa diakhirat kelak mereka tidak mendapat rahmat Allah,Allah tidak mengampunkan mereka,sepertimana orang-orang kafir daripada penghuni kubur “berputus asa” daripad mendapat rahmat Allah dan pengmpunannya di akhirat kelak,kerana mereka telah yakin bahawa azab Allah menunggu mereka disana.

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 9 :

Yang bermaksud : Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.

Firman Allah lagi dalam Surah Al-Isra’ ayat 83:

Yang bermaksud : Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.

Dan firmanya lagi dalam Surah Fushilat ayat 49 :


Yang bermaksud : Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).

“الإنسان” dalam ketiga-tiga ayat yang akhir ini ialah “orang kafir” atau orang yang menyembah Allah secara lahir sahaja,apabila mendapat kebaikan ia senang dan tenang,tetapi apabila ditimpa keburukkan ia melenting, ia rugi dunia dan rugi akhirat.

Allah berfirman dalam Surah Al-Hijr ayat 56:


Yang bermaksud: Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat".

Dan firman Allah lagi dalam Surah Ar-Rum ayat 36:

Yang bermaksud : Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.

Allah سبحانه وتعالى menyeru secara terus terang akan manusia membebaskan diri daripada “putus asa” dengan berfirman dalam
Surah Az-Zumar :

Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


diterjemah oleh,
Tuan Sheikh Ismail Bin Khamis.

Monday, December 23, 2013

SATU PENEGASAN MENGENAI USRAH



Proses tarbiyah Islamiyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.
    Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud keluarga adalah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah.
  Bila mana kita menyebut ianya sebagai satu proses pembentukan ia membawa makna penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.
  Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan menlahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
    Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.
    Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atasi oleh kebatilan yang tersusun.
    Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.

Thursday, December 19, 2013

KHUTBAH JUMAAT - 20 DISEMBER 2013 / 17 SAFAR 1435H



“PERKAHWINAN MENYELAMATKAN UMMAH DARI ZINA”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ .
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ  الله .
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Sidang Jumaat yang dikasihi kerana Allah SWT,

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, mimbar minggu ini akan membincang satu tajuk yang amat sinonim di penghujung tahun mahupun ketika cuti persekolahan. Perkahwinan adalah salah satu tuntutan fitrah yang digalakkan di dalam Islam. Perkahwinan adalah Sunnah Nabi saw. Perkahwinan adalah permulaan kepada sebuah cinta suci seorang jejaka bersama pasangannya. Perkahwinan adalah ikatan suci membawa ke syurga. Perkahwinan adalah penyelamat umat.

Firman Allah swt di dalam surah an Nisa’ ayat 3:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا ﴿٣﴾

Yang bermaksud: Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap anak yatim (dengan mengahwini anak yatim perempuan), maka kahwinlah perempuan-perempuan (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat (lebih ringan jika dibandingkan dengan menjaga hak anak yatim yang dinikahi). Tetapi jika kamu takut tidak berupaya berlaku adil, maka (cukuplah mengahwini) satu orang sahaja, atau hamba yang kamu miliki, (kerana) yang demikian lebih hampir kepada tidak berbuat aniaya.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, baginda Nabi saw bersabda yang berbunyi;

عَنْ عَبْدِ اللَّه قَالَ قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a. berkata, Rasulullah saw telah bersabda kepada kami “Wahai pemuda, barangsiapa yang mampu menyediakan mas kahwin (juga persediaan perkahwinan), maka kahwinlah segera kerana perkahwinan dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tak mampu maka baginya berpuasa, kerana puasa baginya dapat menahan nafsunya”.

Para ulama' telah membuat penentuan hukum dengan berdasarkan kepada kedudukan dan kemampuan seseorang untuk mendirikan rumah tangga. Para ulama' telah membahagikannya kepada 5 jenis hukum iaitu harus, wajib, sunat, haram dan makruh.

Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.

Yang pertama, orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina. Manakala yang kedua adalah sunat berkahwin bagi orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang. Yang ketiga, orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila yang bahaya, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya. Manakala yang terakhir adalah orang yang makruh berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan berkahwin) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan. Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sejajar dunia akhir zaman, cabaran pemuda pemudi kini semakin hari semakin hebat. Pergaulan lelaki perempuan semakin sukar dikawal. Penggunaan media baru tidak mungkin lagi dipandang sepi. Cabaran mereka semakin mengancam iman. Pemuda pemuda perlu jalan keluar. Cabaran ini tak akan mampu mereka jalani tanpa bantuan orang yang lebih tua. Mari kita selamatkan mereka dan umat masa hadapan. Berikan mereka jalan keluar sebelum menyalahkan mereka. Perkahwinan mesti dipermudahkan. Perkahwinan adalah penyelamat umat.

Buangkan sifat ego dengan kedudukan, seronok dengan penghargaan serta asyik dengan pujian. Ibu bapa sebagai kumpulan pertama perlu membuat perubahan. Pemilihan calon menantu hendaklah dinilai agamanya bukan pangkat dan harta. Penilaian mas kahwin dan hantaran mengikut kemampuan bukan kemahuan. Majlis walimah yang sederhana mengikut Sunnah bukan berhabis-habis hingga terasa susah.

Terdengar kini, perkahwinan menelan belanja yang tinggi sehingga puluhan ribu, hantaran dan mas kahwin saja sudah berbelas ribu, pakaian mewah, set pelamin dan sebagainya. Semua ini bukanlah keutamaan yang patut kita beri pertimbangan. Islam mengajar kita bertindak mengikut keutamaan sesuatu perkara. Melaksanakan urusan Nikah yang sederhana adalah lebih menepati kehendak Nabi saw serta keperluan semasa yang agak meruncing. Keutamaan kini adalah menghalalkan pergaulan dan menjaga nasab (keturunan) umat Islam. Melewatkan perkahwinan dengan kehendak nafsu keluarga yang pelbagai bakal mengakibatkan kesan yang lebih buruk.

Perkahwinan hendaklah dijadikan tanggungjawab bersama bagi menyelesaikan masalah umat. Perkahwinan mesti dimudahkan demi memenuhi perintah Allah dan Rasul saw. Sedarlah, melewat-lewatkan perkahwinan mengakibatkan dosa, menyusahkannya mengakibatkan pergaulan bebas, zina serta buang bayi.

Mahukah kita dipersoal Allah di akhirat kelak atas kesalahan ini?. Tidak malukah kita yang melaungkan perjuangan kembali kepada Al Quran dan al Sunnah dalam pemerintahan Negara tetapi lupa kembali kepada Al Quran dan al Sunnah dalam menguruskan urusan perkahwinan anak-anak di bawah jagaan sendiri.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bantulah anak-anak kita, permudahkan urusan perkahwinan mereka. Utamakan agama berbanding dunia dan segala isinya. Elakkan prasangka buruk terhadap perkahwinan usia muda. Berikan ruang kepada mereka beramal dengan sunnah Nabi saw dengan cara yang lebih mudah. Janganlah kita bimbang dengan rezeki Allah bagi orang yang mahu berkahwin. Belum cukup duit tidak boleh terus dijadikan alasan sesama kita.

Firman Allah swt dalam surah an Nur ayat 32:

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٣٢﴾

Yang bermaksud "Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 32)

Sidang Jumaat yang dirahmati,

Oleh yang demikian, ibubapa dan masyarakat disarankan supaya dipermudahkan urusan perkahwinan termasuklah tidak memberatkan dengan adat-adat yang tidak selari dengan syariat, seperti meninggikan wang hantaran dan berlebihan dalam majlis walimah (kenduri kahwin) sehingga menyebabkan pembaziran.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِينَ




Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أجمعين .  
أَمَّا بَعْدُ. فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. 
قاَلَ الله تَعاَلَى : وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Akhirnya, mimbar Jumaat sekali lagi mengajak kita mengubah persepsi kita tentang perkahwinan. Perkahwinan bukan barang perniagaan yang patut dijadikan perlumbaan kebanggaan dan keuntungan. Perkahwinan adalah satu jalan kemuliaan. Perkahwinan adalah keperluan. Mudahkan perkahwinan! Perkahwinan adalah penyelesaian masalah umat!.

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ . اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ .
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ . رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuatturun dari laman sesawang www.4shared.com

UJIAN PELENGKAP PERJUANGAN

MUQADDIMAH

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تُتْرَكُوا وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَلَمْ يَتَّخِذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَا رَسُولِهِ وَلَا الْمُؤْمِنِينَ وَلِيجَةً وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (١٦)

Maksudnya :
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah ( sebagaimana yang diketahui NYA) orang-orang yang berjihad antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan Rasul Nya serta orang-orang yang beriman ? Dan (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan (At-Taubah :16)

Setiap kita yang menggerakkan perjuangan Islam wajar mengetahui dan memahami bahawa perjuangan yang didokongi merupakan suatu tuntutan Allah S.W.T. Justeru itu setiap gerak kerja yang dilakukan hendaklah selari dengan apa yang telah digariskan oleh Islam. Bagaimana kita mahu berjuang sekiranya kita tidak tahu matlamat perjuangan Islam yang sebenarnya. Selain itu adalah suatu yang wajar difahami oleh para petugas gerakan ialah bahawa perjuangan ini tidak akan terlepas daripada mehnah dan tribulasi.

MEHNAH DAN TRIBULASI

Mehnah berasal daripada perkataan arab yang membawa maksud ujian atau cabaran. Tribulasi pula berasal daripada perkataan Inggeristribulation yang membawa maksud kesengsaraan atau kesusahan. Tribulasi juga boleh membawa maksud ujian, cuma ia adalah dalam bentuk kesusahan.

Sememangnya telah menjadi lumrah dan fitrah dalam perjuangan menegakkan agama Allah, para pejuang di perjalanan ini pasti akan berhadapan dengan pelbagai ujian dan rintangan. Sejarah telah membuktikan bahawa semua pejuang Islam yang benar-benar ikhlas di dalam jalan yang benar ini tidak mungkin terlepas daripada dikenakan ujian. Para Rasul dan siapa yang bersama mereka, para ulama’ pewaris Nabi dan sekalian da’ie telah membenarkan janji Allah bahawa jalan ini sentiasa beronak dan berduri. Secara pastinya, ujian pasti akan datang menguji . Hal ini sudah menjadi suatu kemestian atau prasyarat kepada perjuangan Islam bagi melihat sejauh mana ketahanan dan istiqamah mereka dalam perjuangan.

PARA RASUL DAN MEHNAH

Sejarah perjuangan Islam bermula dengan lahirnya Nabi Adam a.s. Perjuangan berserta mehnah dan tribulasi ini kemudiannya terpaksa dihadapi oleh Rasul-rasul dan pejuang-pejuang selepasnya. Nabi Musa a.s yang menghadapi kezaliman Fir’aun dalam melaksanakan dakwahnya seperti mana yang diceritakan di dalam Al-Quran :

إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ (٤)

“Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakn” (Surah Al-Qasas : 4)

Nabi Luth a.s juga menghadapi cabaran dalam menyebarkan dakwahnya apabila baginda di lengkongi umatnya yang tidak mahu mengikut sunah kejadian manusia. Mereka hidup dalam kemungkaran apabila mengamalkan tabiat homoseksual. Ini jelas dalam firman Allah:

قَالَ إِنَّ هَؤُلَاءِ ضَيْفِي فَلَا تَفْضَحُونِ (٦٨)

Yang bermaksud :
“Luth berkata : “Sesungguhnya mereka adalah tamuku, maka janganlah kamu memberi malu (kepadaku). (Surah Al-Hijr : 68)

Rasulullah SAW juga tidak terlepas daripada menerima tentangan musuh-musuh Islam yang mengengkari dakwah yang baginda sampaikan . Segala bentuk komplot, penghinaan, cacian dan penghinaan, fitnah dan penyeksaan fizikal serta mental baginda diuji. Namun, segala cabaran dan mehnah yang datang tidak pernah menggentarkan Rasulullah SAW untuk terus menyebarkan risalah Islam bersama para sahabatnya.

MEHNAH DAN UMAT ISLAM

Umat Islam dewasa ini menghadapi mehnah dalam pelbagai bentuk. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Orang mukmin sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah ; mukmin yang dengki padanya, munafik yang benci padanya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya”.

Terdapat pelbagai cabaran yang membentang menuju puncak kegemilangan dan keagungan Islam. Di antaranya ialah:

Perancangan Yahudi (Zionis) untuk menghancurkan Islam
Umat Islam lupa diri dan berada jauh dari nilai-nilai Islam yang sebenar
Kelemahan pemikiran umat Islam
Keruntuhan akhlak dan iman umat Islam

TUNTUTAN DALAM MENGHADAPI MEHNAH

Seperti mana telah dijelaskan bahawa perjuangan Islam yang telah kita mulai langkah-langkahnya ke mercu kemenangan ini tidak akan sunyi daripada ujian dan cabaran. Kita akan sentiasa diuji sepanjang perjalanan ini. Allah SWT tidak akan membiarkan perjuangan ini berlalu tanpa ujian. Setiap mereka yang menggerakkan perjuangan pasti akan diuji. Hanya dengan ujian dapat dibuktikan siapa yang benar dalam perjuangan dan siapa yang dusta. Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah Al-Ankabut :

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (٢) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (٣)

Maksudnya :
Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan untuk mengatakan : “Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji . Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.

Dari ayat ini jelas kita fahami mengapa sebenarnya difardhukan jihad. Hikmah daripada kefardhuan jihad adalah suatu iktibar dan ujian daripada Allah untuk dibuktikan siapa yang sebenar-benar sebagai hamba yang mentaatiNya dan siapa pula yang menderhakaiNya. Justeru itu tahan ujian adalah tuntutan yang wajib dalam perjuangan

HIKMAH DARI MEHNAH

Antara hikmah mehnah dan tribulasi yang akan dapat dikecapi oleh para Mukmin termasuklah :

· Menunjukkan sifat kehambaan, tanggungjawab serta pergantungan kepada Allah SWT
· Menampakkan yang haq dan yang batil
· Sebagai satu bentuk pentarbiyyahan diri
· Melahirkan individu yang berjiwa besar untuk kebangkitan Islam
· Membersihkan diri orang-orang beriman supaya keimanan mereka semakin mantap
· Mendidik generasi menjadi sabar, tangkas dan mempunyai azam yang kuat

BAGAIMANA MENGHADAPI MEHNAH

Mehnah akan dapat dilepasi dengan :

· Ikhlas dalam perjuangan
· Mendidik jiwa dan ketahanan menerusi latihan kerohanian
· Berada dalam jemaah
· Meletakkan cita-cita tertinggi “syaheed dalam perjuangan” sebagai matlamat utama

PENUTUP

Kehidupan merupakan satu medan ujian bagi hamba yang beriman, sehinggalah saat dan ketikanya apabila lambaian kematian menjelma. Kematian juga adalah sebahagian dari ujian setelah melalui detik perjalanan sebuah kehidupan yang telah ditetapkan. Semoga noktah akhir kehidupan ini akan berakhir dengan hakikat bahawa kita tertulis sebagai hamba yang diredhaiNya, justeru kita telah berjaya dan lulus di dalam medan perjuangan Islam yang maha suci ini. Allahu Akbar!!!

Tuesday, December 17, 2013

UCAPTAMA PRESIDEN MUKTAMAR PAS KE 59 : RAHMAT UNTUK SEMUA

Mukaddimah

Yang dihormati Dato' Pengerusi Tetap, YB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Mursyidul 'Am, Sohibul Fadhilah Dato' Timbalan Mursyidul 'Am, Ashab al Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulama, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Dato' Setiausaha Agung, Ketua-Ketua Dewan Ulama – Pemuda - Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS, seluruh Anggota Dewan Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Pengarah Muktamar dan ahli Jawatan kuasanya, sahabat-sahabat pimpinan dari Pakatan Rakyat, pimpinan NGO, Wakil-wakil Kedutaan Asing, semua para jemputan, para perwakilan, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.

Selamat datang (Ahlan wa sahlan wa Marhaban bikum) kepada semua rakan taulan seperjuangan dan para tetamu jauh dan dekat, serta para pemerhati yang sudi memeriahkan Muktamar PAS kali ke 59 ini.

Pertamanya marilah sama-sama kita mengucapkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kepada kita anugerah Islam yang sempurna yang kita imani, menjadi penyelamat kita untuk bertemu Tuhan Rabbul Jalil di hari yang tidak ada naungan melainkan naungan rahmat Allah SWT. Dengan Iman dan Islam inilah kita mesti beristiqamah di atas jalan perjuangan yang dirintis oleh para Nabi dan Rasul A.S. sejak zaman berzaman, berdepan dengan cabaran dan dugaan yang menguji iman kita sehinggalah kita bertemu dengan Allah SWT nanti. Marilah kita sama-sama menghayati firman Allah SWT :

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ (٣١)

Maksudnya :
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar ternyata yang Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu." [Muhammad :31]

Hadirin-hadirat sekalian,

MUKTAMAR KE 59 : RAHMAT UNTUK SEMUA

1. Kita berkumpul pada hari ini, dalam Muktamar Agung Tahunan kali yang ke 59, dengan tema "RAHMAT UNTUK SEMUA" adalah berpaksikan kepada keyakinan kita bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS menerusi wadah tarbiyah-dakwah-siyasah yang tidak berpisah, membawa mesej Islam yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul A.S. yang di khatam (tamat) dan disempurnakan dengan Nabi Muhammad S.A.W. bagi membawa RAHMAT ke seluruh alam. Firmah Allah SWT :

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ (١٠٧)

"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam" [al-Anbiya : 107]

2. Marilah sama-sama kita memahami, bahawa apa yang kita bawa ini bukan bersifat retorik dan bukannya suatu janji-janji indah yang ingin mengaburi pandangan manusia atau mengelirukan kefahaman. Maudu' kita adalah ISLAM yang berteraskan kepada keyakinan yang dipahat dengan tegas dalam Fasal 3 Perlembagaan PAS. Inilah Islam yang yang nyatakan oleh Rasulullah S.A.W. membawa RAHMAT adil kepada masyarakat majmuk yang bersaudara di atas kemanusiaan yang di isytiharkan oleh Allah :

إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا (١٠٥)

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat. [An Nisa' : 105]

Bukannya Islam mengikut takrifan sekularisma yang memberikan makna Islam itu sebagai agama yang tidak mempunyai kaitan antara kehidupan dunia dan akhirat.

3. Dasar Islam dan mesej inilah yang menjadi RAHMAT kepada semua manusia, termasuklah kepada semua makhluk dan alam ciptaan Allah SWT. Oleh yang demikian, kerahmatan yang ingin dibawa oleh PAS untuk semua pihak ini berlaku apabila PAS adalah sebuah gerakan islah dan tajdid, berbeza dengan kumpulan Islam lain yang menjadi saudara seperjuangan mengikut medannya yang terhad. Tugas kita ialah membetulkan fahaman salah dalam masyarakat dan negara yang dipengaruhi oleh pemikiran asing yang pernah menjajah umat Islam. PAS memperjuangkan rahmat Allah daripada ajaran Islam yang membawa keadilan sejagat.

4. Untuk membawa mesej ini, maka organisasi parti kita hendaklah menyediakan rangka kerja yang berstruktur, mempunyai objektif dan sasaran kerja yang konstruktif, pejabat yang lengkap, sistem pengurusan konflik, petunjuk prestasi dalam mencapai sasaran jamaah, dan bukannya sekadar retorik ucapan semata-mata.

5. Sebagaimana yang selalu saya pertegaskan, bahawa PAS bukanlah parti politik semata-mata, tetapi kita adalah sebuah gerakan Islam yang bergerak dalam jalur tarbiyah – dakwah – siyasah mewarisi cita-cita perjuangan yang menjadi tugas kita sebagai khilafah di atas muka bumi ini yang meletakkan politik menjadi agenda penting yang tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam. Maka tentulah menjadi satu kesilapan sekiranya menyamakan PAS dengan parti-parti dan kumpulan Islam yang lain.

Hadirin – hadirat sekalian,

SOROTAN PRU KE-13

6. Muktamar ke-59 pada tahun 2013 ini diadakan pada penghujung bulan November 2013, di luar kebiasaan muktamar tahunan PAS yang biasanya diadakan pada bulan Jun atau Julai setiap tahun. Penangguhan ini adalah untuk memberi ruang yang seluasnya kepada persiapan dan gerakerja menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang baru sahaja berlalu pada bulan Mei lalu.

7. PAS bersama Pakatan Rakyat telah turun ke gelanggang PRU-13 di padang yang tidak sama rata dengan Barisan Nasional, kerana proses demokrasi pilihan raya sesebuah negara yang merdeka bukan sahaja aktiviti berkempen dan hari pembuangan undi atau pun urusan keputusan pilihan raya sahaja. Pilihan raya juga bukanlah semata-semata janji jalanraya dan rumah, tiang elektrik, tilam – bantal, basikal percuma dan sebagainya, tetapi adalah medan rakyat memilih parti yang akan menjalankan amanah memimpin negara.

8. Kita terus berdepan dengan media arus perdana yang tidak berlaku adil, betapa parahnya rasuah wang ringgit dan projek segera yang dijanjikan kepada rakyat, sedangkan projek terdahulu ada yang belum pun nampak tandanya, penggunaan jentera dan agensi kerajaan dalam aktiviti berkempen, dan berbagai lagi bentuk penyalahgunaan serta kepincangan yang merendahkan taraf pemikiran rakyat malah mengancam sistem demokrasi di negara kita.

9. Dalam keadaan kekurangan ini, alhamdulillah kita masih mampu bertahan dalam keadaan undi popular di kalangan rakyat yang bertambah sehingga kerajaan BN yang ada di hari ini adalah kerajaan minoriti sokongan pengundi, dan hanya mempunyai majoriti jumlah kerusi parlimen, disebabkan sistem first past the post yang diamalkan dalam sistem pilihan raya. Kita kekal di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan BN minoriti rakyat ini pula hanya mampu memperolehi 46.53% sokongan pengundi, berbanding Pakatan Rakyat yang mencapai sokongan 49.96% melalui jumlah undi keseluruhan.

10. Kedudukan kita yang sedemikian ini, hendaknya sedikit pun tidak melemahkan semangat kita semua untuk terus berjuang. Kekalahan kita yang menyebabkan hilangnya kerajaan negeri Kedah pula, wajar diteladani, tetapi janganlah sehingga melemahkan semangat sehingga kita lupa erti sebenar perjuangan. Kita masih menjadi pilihan rakyat di DUN Sungai Limau Kedah, dalam Pilihan raya Kecil yang baharu sahaja berlalu. Kita wajib muhasabah diri sendiri secara dalaman, bukan hanya menjadikan lawan sahaja sebagai penyebab kekalahan kita. Semua itu wajar menjadi sempadan dalam lipatan sejarah dalam kita bergerak ke hadapan. Allah berfirman kepada generasi awal yang tewas dalam peristiwa Uhud :

أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُمْ مِثْلَيْهَا قُلْتُمْ أَنَّى هَذَا قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (١٦٥)

(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [ali - Imran : 165]

Hadirin – hadirat sekalian,

11. Alhamdulillah, kita juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera parti, rakan – rakan dalam Pakatan Rakyat, dan rakyat yang memberikan respon positif dengan benih sulung PAS menerusi PRU-13 lalu di Melaka iaitu di kerusi DUN Bukit Baru, dan lain – lain tambahan kerusi DUN dan Parlimen yang baharu dimenangi di seluruh negara.

12. Kepada ahli PAS yang dipikulkan amanah kemenangan dalam PRU-13, seterusnya memegang tampuk kuasa pemerintahan dalam sebuah kerajaan, termasuklah yang dilantik ke jawatan penting seperti Ahli Dewan Negara, Ahli Majlis Perbandaran dan Daerah, Ketua Kampung dan Ahli Lembaga Pengarah; marilah sama-sama kita menghayatinya dengan membaca firman Allah SWT :

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ (١٦٥)

"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [al – An'am :165]

Semua di kalangan mereka ini perlulah sabar dengan ujian, melakukan persiapan rapi, bermaklumat, mendampingi rakyat tanpa penat lelah; insyaAllah semua amalan yang dilakukan dengan ikhlas ini akan diberikan kebaikan oleh Allah SWT.

link ke laman yang memaparkan teks penuh ucaptama tersebut :

VIDEO UCAPTAMA TUAN GURU PRESIDEN

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tiga B