Friday, November 17, 2017

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 28 SAFAR 1439 / 27 NOVEMBER 2017


IKTIBAR DARIPADA UMAT YANG DIBINASAKAN ALLAH

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ ٱلْكِتَٰبَ لِيَكُونَ لِلْعَٰلَمِينَ نَذِيرًا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ بَشِيْرًا وَنَذِيْرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، فَأَدَّى الْأَمَنَةَ، وَبَلَّغَ الرِّسَالَةَ، وَنَصَحَ لِلْأُمَّةَ، وَجَاهَدَ فِى اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، ٱلرَّحْمَةِ المُهْدَاةِ وَالنِّعْمَةِ المُسْدَاةِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُۥ وَوَالَاهُ.
أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa. Maka demi sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mengingatkan diri kita dengan peringatan daripada Allah s.w.t:

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ ۚ وَأُولَـٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿١٠٥﴾ [سورة آل عمران : ١٠٥]

(Maksudnya): Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.

Allah s.w.t menyuruh kita mengambil iktibar (pengajaran) daripada umat yang lalu yang telah dibinasakan oleh Allah s.w.t, khususnya kalangan yang mempunyai kitab (orang-orang yahudi dan orang-orang nasrani) walaupun Allah s.w.t melantik kepada mereka rasul yang besar seperti Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Isa dan nabi-nabi 'alaihimus solatu wassalam. Allah s.w.t menurunkan kitab yang besar (Taurat dan Injil) yang wajib kita beriman kepadanya, kitab yang menjadi petunjuk daripada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Adil dan Maha Rahmat terhadap hamba-hamba-Nya.

Apabila kaum-kaum ini tidak bersyukur kepada nikmat yang diberi oleh Allah s.w.t, mereka meninggalkan kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t, mereka berpaling daripada petunjuk Allah s.w.t, berlakunya kemungkaran dalam kalangan mereka, mereka tidak menyuruh kepada yang baik, tidak mencegah kemungkaran, bahkan mereka berbalah di antara satu sama lain. Mereka dibinasakan oleh Allah s.w.t, berporak peranda di atas dunia dan dihumban ke dalam neraka di hari akhirat.

Allah s.w.t menyuruh umat Islam supaya melihat, bukan sahaja membaca sejarah umat-umat yang telah dibinasakan oleh Allah s.w.t, khususnya kalangan ahli kitab.

Marilah kita melihat akibat yang sedang menimpa umat Islam pada hari ini setelah berlakunya masa kewafatan Nabi s.a.w, meninggalkan para sahabat radhiAllahu 'anhum dan ulamak-ulamak yang terbilang, umat Islam telah leka dan lalai, terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang lain daripada Islam. Mereka berkelahi di antara satu sama lain di atas semangat kebangsaan, di atas kefahaman yang berbeza di antara satu sama lain, padahal di hadapan mereka ada kitab Allah s.w.t yang boleh menyelesaikan semua masalah mereka.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَ‌ٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا ﴿٥٩﴾

(Maksudnya): Maka jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

No comments:

Post a Comment