“RUMAHTANGGA YANG DIRAHMATI DAN DIBERKATI”
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إلاَ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ،
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا هَذَا النَّبِيِّ الْكَرِيْمِ ، وَالرَّسُوْلِ الْعَظِيمِ ، ذِيْ الْقَلْبِ الرَّحِيمِ ، سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ .
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللَّهِ اِتَّقُوْا اللَّهَ ، اِتَّقُوْا اللَّهَ أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat serta umat Islam yang dikasihi sekalian. Berdasarkan peningkatan pengaruh budaya asing dan perubahan sosio-ekonomi yang pesat di negara ini, marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT, tambahilah rasa gerun dan takut kamu kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan sifat ketaqwaan itu mampu menentukan hala tuju pembentukan masa depan keluarga kita agar sentiasa selari dengan tuntutan ajaran Islam dan beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Minggu ini mimbar akan berbicara tentang isu kekeluargaan. Rumahtangga yang dirahmati dan diberkati. Kekeluargaan merupakan salah satu aspek hidup manusia yang paling diberi perhatian oleh syariat Islam. la dilihat sebagai wadah bagi manusia, sama ada lelaki maupun wanita untuk mencari kedamaian dan ketenagan, kasih sayang dan kebahagiaan. Kepentingan memelihara institusi kekeluargaan menjadi keutamaan dan mendapat tempat yang luas dalam al-Sunnah maupun al-Quran. Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis Rasulullah saw yang memperkatakan tentang kekeluargaan sama ada secara prinsip atau terperinci.
Firman Allah swt dalam surah ar Rum ayat 21 berbunyi:
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Islam adalah cara hidup. Setiap perkara yang menyangkuti kehidupan manusia pasti mempunyai hukum dan peraturan. Begitulah dalam kekeluargaan Islam. Antara intipati penting pembinaan keluarga menurut Islam adalah Iman dan Taqwa. Iman dan Taqwa adalah pencetus kebahagiaan rumahtangga. Tanpa Iman dan Taqwa, rumahtangga terbina tanpa arah tanpa panduan.
Sesuai dengan fitrah kehidupan manusia, perkahwinan adalah keperluan. Maka tidak hairan perkahwinan adalah Sunnah yang menjadi tuntutan. Saranan Nabi saw agar perkahwinan jangan diabaikan. Namun, Islam terlebih dahulu memberi peringatan untuk memilih pasangan yang boleh menjanjikan kebahagiaan. Pilihlah yang ‘Beragama’, saranan penting Nabi saw. Dengan janji ‘nescaya kamu akan berpuas hati’. Namun, kadangkala nafsu manusia yang selalu memilih yang lawa, yang kacak, yang kaya dan akhirnya mendatangkan kecewa.
Bagi melaksanakan urusan perkahwinan, Walimah (kenduri) menjadi keutamaan masyarakat. Persediaan yang bersungguh-sungguh biasanya menelan belanja yang besar. Alang-alang menjadi raja sehari! Perkataan yang bunyinya menarik hakikatnya perit. Bebanan besar ini kemudiannya dipindahkan kepada pihak pengantin lelaki dengan belanja hantaran yang melambung sesuai keperluan kenduri tersebut. Akibatnya, tidak kurang pasangan muda yang terpaksa menangguhkan perkahwinan demi memenuhi permintaan nafsu ‘meriah’ ibu bapa. Sebahagian pula, menanggung hutang yang membebankan.
Dunia tanpa sempadan membawa cabaran lebih getir kepada muda-mudi kita. Pergaulan bebas semakin sukar dikawal. Oleh itu, perkahwinan adalah penyelesaian. Sabda Nabi saw:
Maksudnya “Dari Ibnu Mas’ud berkata, kami beberapa orang pemuda bersama Nabi saw. Kami tidak mempunyai apa-apa (miskin) maka Rasulullah SAW bersabda kepada kami: Wahai orang muda! Siapa diantara kamu yang mampu memberi mas kahwin, berkahwinlah segera! kerana perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan memelihara kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu maka kepadanya hendaklah berpuasa kerana puasa boleh menjadi benteng (nafsu)” (HR Bukhari dan Muslim).
Wahai Ibu dan Bapa yang dirahmati Allah, Demi menjunjung perintah Allah, menyayangi Nabi saw permudahkan perkahwinan anak-anak kita.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Binalah rumahtangga dengan Iman dan Taqwa. Jadikan Iman dan Taqwa pembimbing utama segala keputusan dalam perjalanan kehidupan berumahtangga. Kepada para suami, Iman dan taqwa diri sendiri juga isteri akan menjadi persoalan di hari kemudian. Kepada isteri, tanpa iman dan taqwa pasti membawa penyesalan. Kepada ibu bapa, Iman dan Taqwa anak-anak penentu kebahagiaan hari ini dan hari kemudian.
Menjaga Iman dari perkara yang merosakkan adalah satu tuntutan. Binalah rumahtangga yang bebas dari perkara syirik dan dusta. Hanya Allah yang layak disembah. Hanya Allah yang layak diminta pertolongan. Firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 13;
Yang bermaksud "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Taqwa pula pelengkap kepada Iman. Tanpa Taqwa, iman tiada bekasnya. Iman mesti dibuktikan dengan taqwa. Iman mesti disempurnakan dengan Taqwa. Rumahtangga yang bertaqwa pasti membawa ketenangan lagi kebahagiaan. Rumahtangga bertaqwa akan disinari rahmat dan keberkatan. Firman Allah swt dalam surah an Nisa’ ayat 1:
Yang bermaksud “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari satu jiwa, dan darinya Allah menciptakan isterinya, kemudian dari pada keduanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kalian saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu.”
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾
Yang bermaksud “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. (ar Rum ;21)Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Islam adalah cara hidup. Setiap perkara yang menyangkuti kehidupan manusia pasti mempunyai hukum dan peraturan. Begitulah dalam kekeluargaan Islam. Antara intipati penting pembinaan keluarga menurut Islam adalah Iman dan Taqwa. Iman dan Taqwa adalah pencetus kebahagiaan rumahtangga. Tanpa Iman dan Taqwa, rumahtangga terbina tanpa arah tanpa panduan.
Sesuai dengan fitrah kehidupan manusia, perkahwinan adalah keperluan. Maka tidak hairan perkahwinan adalah Sunnah yang menjadi tuntutan. Saranan Nabi saw agar perkahwinan jangan diabaikan. Namun, Islam terlebih dahulu memberi peringatan untuk memilih pasangan yang boleh menjanjikan kebahagiaan. Pilihlah yang ‘Beragama’, saranan penting Nabi saw. Dengan janji ‘nescaya kamu akan berpuas hati’. Namun, kadangkala nafsu manusia yang selalu memilih yang lawa, yang kacak, yang kaya dan akhirnya mendatangkan kecewa.
Bagi melaksanakan urusan perkahwinan, Walimah (kenduri) menjadi keutamaan masyarakat. Persediaan yang bersungguh-sungguh biasanya menelan belanja yang besar. Alang-alang menjadi raja sehari! Perkataan yang bunyinya menarik hakikatnya perit. Bebanan besar ini kemudiannya dipindahkan kepada pihak pengantin lelaki dengan belanja hantaran yang melambung sesuai keperluan kenduri tersebut. Akibatnya, tidak kurang pasangan muda yang terpaksa menangguhkan perkahwinan demi memenuhi permintaan nafsu ‘meriah’ ibu bapa. Sebahagian pula, menanggung hutang yang membebankan.
Dunia tanpa sempadan membawa cabaran lebih getir kepada muda-mudi kita. Pergaulan bebas semakin sukar dikawal. Oleh itu, perkahwinan adalah penyelesaian. Sabda Nabi saw:
عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ : " كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَبَابًا لَا نَجِدُ شَيْئًا فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ منكُم الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ "
Maksudnya “Dari Ibnu Mas’ud berkata, kami beberapa orang pemuda bersama Nabi saw. Kami tidak mempunyai apa-apa (miskin) maka Rasulullah SAW bersabda kepada kami: Wahai orang muda! Siapa diantara kamu yang mampu memberi mas kahwin, berkahwinlah segera! kerana perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan memelihara kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu maka kepadanya hendaklah berpuasa kerana puasa boleh menjadi benteng (nafsu)” (HR Bukhari dan Muslim).
Wahai Ibu dan Bapa yang dirahmati Allah, Demi menjunjung perintah Allah, menyayangi Nabi saw permudahkan perkahwinan anak-anak kita.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Binalah rumahtangga dengan Iman dan Taqwa. Jadikan Iman dan Taqwa pembimbing utama segala keputusan dalam perjalanan kehidupan berumahtangga. Kepada para suami, Iman dan taqwa diri sendiri juga isteri akan menjadi persoalan di hari kemudian. Kepada isteri, tanpa iman dan taqwa pasti membawa penyesalan. Kepada ibu bapa, Iman dan Taqwa anak-anak penentu kebahagiaan hari ini dan hari kemudian.
Menjaga Iman dari perkara yang merosakkan adalah satu tuntutan. Binalah rumahtangga yang bebas dari perkara syirik dan dusta. Hanya Allah yang layak disembah. Hanya Allah yang layak diminta pertolongan. Firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 13;
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ ﴿١٣﴾
Yang bermaksud "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Taqwa pula pelengkap kepada Iman. Tanpa Taqwa, iman tiada bekasnya. Iman mesti dibuktikan dengan taqwa. Iman mesti disempurnakan dengan Taqwa. Rumahtangga yang bertaqwa pasti membawa ketenangan lagi kebahagiaan. Rumahtangga bertaqwa akan disinari rahmat dan keberkatan. Firman Allah swt dalam surah an Nisa’ ayat 1:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا ﴿١﴾
Yang bermaksud “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari satu jiwa, dan darinya Allah menciptakan isterinya, kemudian dari pada keduanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kalian saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu.”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْآنِ الْعَظِيْم، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الْآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْم، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْم.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan usaha ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Setelah mimbar membincangkan perkara asas Iman dan Taqwa dalam pembinaan rumahtangga, mimbar ingin berkongsi beberapa tips membina rumahtangga yang berteraskan Iman dan taqwa:
1. Binalah rumahtangga yang berpegang kepada aqidah yang benar iaitu Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
2. Bergantunglah segala harapan hanya kepada Allah. Jauhi perkara-perkara syirik yang boleh mendatangkan murka Allah. Jauhi bomoh dan dukun walaupun kononnya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Jauhi amalan khurafat walaupun seolah ia mendatangkan bahagia.
3. Tegakkan rumahtangga yang takut kepada Allah melebihi segala sesuatu. Ketaqwaan akan membina keikhlasan, kejujuran dan kebertanggungjawaban. Allah sentiasa melihat segala yang kita kerjakan.
4. Tunaikanlah Solat. Solat adalah ibadah keutamaan. Tidak mungkin keluarga beriman dan taqwa tanpa solat. Solat Fardhu adalah kewajiban, solat malam adalah kekuatan.
5. Amalkan Sunnah dalam rumahtangga. Antara sunnah terpenting dalam rumahtangga adalah solat berjamaah dan membaca al Quran. Kehidupan mengikut sunnah pasti membawa kenikmatan.
6. Budayakan rumahtangga dengan Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar. Segala kebaikan mesti diberi ganjaran manakala kejahatan diberi amaran maupun hukuman.
7. Bersyukurlah dengan nikmat Allah. Hiduplah dengan sederhana. Kesederhanaan adalah kesempurnaan, manakala berlebihan adalah kesengsaraan.
8. Budayakan rumahtangga dengan budaya ilmu. Ilmu adalah kunci kejayaan. Ilmu adalah pembimbing ketika ramai maupun keseorangan. Jauhi budaya hedonisme yang melampau, berhibur tanpa mengira pagi atau petang, malam atau siang.
9. Binalah rumahtangga dengan kasih sayang. Berilah didikan maupun teguran dengan keikhlasan. Segala salah dan silap diakhiri dengan kemaafan.
10. Hiduplah berjiran dengan sikap hormat menghormati. Jauhi rumahtangga dari sifat sombong, takabbur dan membangga diri. Merendah diri menjadi mulia, meninggi diri pasti celaka.
11. Binalah rumahtangga dengan semangat Cintakan Islam, Allah dan Rasul melebihi segalanya.
12. Banyakkan berdoa agar rumahtangga mendapat kesejahteraan.
Firman Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 74:
Maksudnya: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa”
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا ﴿٧٤﴾
Maksudnya: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa”
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ . اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نَزْرِين مُعِزُّالدِّين شاه ابن الْمَرْحُوم سُلْطَان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com
No comments:
Post a Comment