JADILAH PENOLONG AGAMA ALLAH
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقاَئِلِ :
وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ ﴿٢٠﴾ لَأُعَذِّبَنَّهُ عَذَابًا شَدِيدًا أَوْ لَأَذْبَحَنَّهُ أَوْ لَيَأْتِيَنِّي بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ ﴿٢١﴾ فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِن سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ ﴿٢٢﴾
Dan (Nabi Sulaiman) memeriksa kumpulan burung lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung Hud-hud, adakah dia dari mereka yang tidak hadir. Nescaya aku akan menyeksanya dengan seksa yang berat atau aku akan menyembelihnya kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata”. Burung hud-hud itu tidak lama ghaibnya, lalu berkata : “ aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba’ dengan membawa berita yang diyakini kebenarannya”. (Surah Al-Naml ayat 20 hingga 22)
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,
Saya berpesan kepada tuan-tuan, dan diri saya, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT, dengan sebenar-benar takwa, dengan melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kita sebagai orang yang bertaqwa wajib melaksanakan syiar-syiar agama Islam.
Ayat yang dibacakan di atas tadi, merupakan kisah yang berlaku kepada burung Hud-Hud dan Nabi Allah Sulaiman. Hud-Hud merupakan sejenis burung yang bersaiz sederhana. Nabi Sulaiman menggunakan Hud-Hud sebagai pencari sumber air dan menghantar surat utusan kepada raja sesebuah negeri.
Muslimin Mukminin yang Dirahmati Allah,
Walaupun Hud-Hud merupakan burung yang kecil berbanding burung-burung besar yang lain seperti helang, rajawali dan seumpamanya, ia mampu menjadi penolong kepada agama Allah yang dibawa oleh Nabi Allah Sulaiman A.S. walaupun mempunyai keupayaan yang terbatas.
Ketahuilah tuan-tuan sekalian, bahawa nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi hari ini, adalah datangnya daripada usaha para penolong agama Allah yang terdiri daripada para sahabat baginda Rasulullah SAW yang sanggup berjuang dan berjihad menyebarkan agama Islam ke seluruh pelosok alam. Mereka berjuang bersama-sama di bawah panjí kesatuan yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga generasi-generasi selepas mereka turut menyebar dan mempertahankan agama Islam daripada serangan musuh-musuh agama ini.
Apakah yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita untuk menyebar dan mempertahankan agama ini dari musuh-musuh agama ini? Sanggupkah kita menggelarkan diri kita sebagai penolong agama Allah?
Muslimin Mukminin yang Dirahmati Allah,
Ketahuilah tuan-tuan sekalian, ciri-ciri penolong agama Allah SWT yang sepatutnya ada dalam diri setiap muslim adalah seperti berikut :-
Pertama: Memiliki ilmu dan pengalaman yang luas. Ilmu merupakan asas kepada kehidupan kita di atas dunia ini. Dengan ilmu, kita dapat mencipta kemajuan dan teknologi untuk memudahkan hidup kita. Dengan ilmu, kita dapat menguasai dunia dan dapat menguasai akhirat. Dengan ilmu kita dapat membezakan perkara yang haq dan batil. Allah memuliakan kita dengan ilmu, semakin tinggi ilmu yang kita miliki, semakin tinggi kita dipandang oleh makhluk-makhluk lain.
Begitu juga pengalaman, sentiasa mengajar kita untuk melakukan perkara yang lebih baik. Kita sebenarnya, banyak belajar dari pengalaman silam. Semakin banyak pengalaman yang kita dapat, semakin matang tindakan dan pemikiran kita. Kita akan lebih berhati-hati dalam merancang sesuatu supaya tidak melanggar batas-batas yang telah digariskan oleh agama ini.
Kedua: Berani menyatakan kebenaran. Kebenaran yang mutlak adalah datangnya daripada Allah. Setiap kebenaran yang dinyatakan oleh Allah adalah untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Kita telah diperintah untuk mentaati setiap kebenaran yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan.
Kita berkewajipan memelihara seluruh ahli keluarga dan anggota masyarakat daripada melakukan dosa dan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kita boleh menegur anak-anak kepada jiran kita, dan jiran-jiran disekeliling kita juga boleh menegur anak-anak kita apabila mereka melakukan maksiat dan melanggar adab tatasusila masyarakat kita. Adakah kita masih berpeluk tubuh membiarkan umat ini terus-menerus melakukan dosa dan maksiat tanpa melakukan apa-apa usaha dan tindakan?
Ketiga: Mempunyai sikap sensitif atau peka kepada masalah umat Islam. Sikap sensitif atau kepekaan sangat penting kepada penolong agama Allah. Apabila kita melihat sesuatu maksiat yang berlaku di hadapan kita, kita hendaklah menegur, memperbaiki dan menyelamatkan umat kita daripada terus hanyut dalam dosa dan maksiat. Sikap peka terhadap dosa dan maksiat boleh menyelamatkan umat kita daripada ditimpa azab Allah Taala. Perkara inilah sebenarnya, yang memelihara kita dari diturunkan musibah dan azab yang Maha Dahsyat kepada kita. Marilah kita muhasabah kembali firman Allah yang berbunyi :-
Dan takutlah kamu semua pada fitnah (akibat maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya yang bukan sahaja menimpa kepada orang yang zalim di antara kamu secara khusus, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Berat azab seksa-Nya. (Surah Al-Anfal ayat 25)
Begitu juga, kita wajib mempertahankan agama ini daripada sebarang bentuk cercaan, hinaan daripada musuh-musuh agama ini kepada Junjungan Besar Nabi Kita Muhammad SAW, al-Quran, Sahabat-sahabat.
Keempat: Amanah dan bersungguh-sungguh ketika melaksanakan perintah Allah. Setiap perintah Allah dan Rasul-Nya merupakan satu kewajipan kepada kita pada setiap masa. Apabila bertembung perintah Allah dan perintah manusia, perintah Allah hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu. Keredhaan Allah adalah lebih utama daripada keredhaan manusia, hawa nafsu dan syaitan.
Kelima: Menolong agama Allah dengan apa cara sekalipun walaupun kecil. Walaupun kita berada posisi dan kedudukan yang berbeza, hendaklah kita menyalurkan bantuan kepada Islam dengan apa cara sekalipun dengan penuh keikhlasan. Jika kita seorang guru, didiklah anak-anak pelajar kita untuk cintakan agama ini dan berkhidmat untuk agama ini. Jika kita seorang pentadbir dan pengurus, uruskanlah urusan pentadbiran kita dengan kaedah dan cara yang telah digariskan oleh Islam. Janganlah melibatkan diri dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Jika kita seorang kerani, laksanakan setiap arahan yang diberikan kepada kita dengan penuh kesungguhan dan bertanggungjawab. Jika kita seorang pelajar, belajarlah untuk mendalami ajaran-ajaran Islam. Jika kita seorang pemimpin kepada masyarakat kita, suburkan akhlak-akhlak yang terpuji yang boleh menyebabkan musuh-musuh kita menyantuni dan terpegun dengan kita. Jika kita seorang pendakwah, bentuklah umat ini menjadi sebaik-baik umat.
Sidang Jemaah Sekalian,
Marilah kita bersama-sama menginfaqkan diri dan harta yang kita miliki untuk agama ini kerana Allah. Kelak kita akan menjadi umat yang terbaik, dapat membentuk negara yang baik dan Allah mengampuni semua penghuninya dengan memberi hidayah dan kebaikan kepada kita semua.
Janganlah kita menunggu masa untuk bertindak dan membantu dan menolong agama ini. Selagi hayat dan nyawa masih dikandung badan, ayuh marilah kita bergerak bersama-sama walaupun pada posisi dan kedudukan yang berbeza untuk mengzahirkan agama Allah di atas muka bumi negara kita yang tercinta ini. Kita diumpamakan oleh Rasulullah SAW sebagai satu jasad, apabila sakit satu anggota, seluruh jasad akan turut merasai sakit. Begitu juga, kita telah diumpamakan seperti sebuah bangunan, saling menguatkan antara satu sama lain. Sebagai akhirnya, marilah sama kita renungi Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi :-
أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إلاَ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ،
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ .
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللَّهِ اِتَّقُوْا اللَّهَ ، اِتَّقُوْا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتـُمْ مُسْلِمُوْن

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥﴾
Dan takutlah kamu semua pada fitnah (akibat maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya yang bukan sahaja menimpa kepada orang yang zalim di antara kamu secara khusus, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Berat azab seksa-Nya. (Surah Al-Anfal ayat 25)
Begitu juga, kita wajib mempertahankan agama ini daripada sebarang bentuk cercaan, hinaan daripada musuh-musuh agama ini kepada Junjungan Besar Nabi Kita Muhammad SAW, al-Quran, Sahabat-sahabat.
Keempat: Amanah dan bersungguh-sungguh ketika melaksanakan perintah Allah. Setiap perintah Allah dan Rasul-Nya merupakan satu kewajipan kepada kita pada setiap masa. Apabila bertembung perintah Allah dan perintah manusia, perintah Allah hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu. Keredhaan Allah adalah lebih utama daripada keredhaan manusia, hawa nafsu dan syaitan.
Kelima: Menolong agama Allah dengan apa cara sekalipun walaupun kecil. Walaupun kita berada posisi dan kedudukan yang berbeza, hendaklah kita menyalurkan bantuan kepada Islam dengan apa cara sekalipun dengan penuh keikhlasan. Jika kita seorang guru, didiklah anak-anak pelajar kita untuk cintakan agama ini dan berkhidmat untuk agama ini. Jika kita seorang pentadbir dan pengurus, uruskanlah urusan pentadbiran kita dengan kaedah dan cara yang telah digariskan oleh Islam. Janganlah melibatkan diri dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Jika kita seorang kerani, laksanakan setiap arahan yang diberikan kepada kita dengan penuh kesungguhan dan bertanggungjawab. Jika kita seorang pelajar, belajarlah untuk mendalami ajaran-ajaran Islam. Jika kita seorang pemimpin kepada masyarakat kita, suburkan akhlak-akhlak yang terpuji yang boleh menyebabkan musuh-musuh kita menyantuni dan terpegun dengan kita. Jika kita seorang pendakwah, bentuklah umat ini menjadi sebaik-baik umat.
Sidang Jemaah Sekalian,
Marilah kita bersama-sama menginfaqkan diri dan harta yang kita miliki untuk agama ini kerana Allah. Kelak kita akan menjadi umat yang terbaik, dapat membentuk negara yang baik dan Allah mengampuni semua penghuninya dengan memberi hidayah dan kebaikan kepada kita semua.
Janganlah kita menunggu masa untuk bertindak dan membantu dan menolong agama ini. Selagi hayat dan nyawa masih dikandung badan, ayuh marilah kita bergerak bersama-sama walaupun pada posisi dan kedudukan yang berbeza untuk mengzahirkan agama Allah di atas muka bumi negara kita yang tercinta ini. Kita diumpamakan oleh Rasulullah SAW sebagai satu jasad, apabila sakit satu anggota, seluruh jasad akan turut merasai sakit. Begitu juga, kita telah diumpamakan seperti sebuah bangunan, saling menguatkan antara satu sama lain. Sebagai akhirnya, marilah sama kita renungi Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi :-
اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ ، وَفَرَاغَك قَبْلَ شَغْلِكَ، وَغِنَاك قَبْلَ فَقْرِكَ، وَشَبَابَك قَبْلَ هَرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِك.
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa hidupmu sebelum datangnya masa matimu, masa lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu, masa kayamu sebelum datangnya masa miskinmu, masa mudamu sebelum datangnya masa tuam dan, masa sihatmu sebelum datangnya masa sakitmu” (Hadis riwayat al-Hakim dan Ibn Abi Syaibah)
بَارَكَ اللَّهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ ، وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ، أَقُولُ قَوْلِي ، هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيم
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ للَّهِ الْقاَئِلِ.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ ﴿٧﴾
Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, Dia akan menolong kamu dan menetapkan kaki kamu. (Surah Muhammad ayat 7)
اَللَّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأصَحْابِهِ أَجْمَعِيْنَ .
أَشْهَدُ أَنْ لاَ ِإِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا وَرَسُوْلُ اللَّه .
فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ، اِتَّقُوْا اللَّهَ ، فَاِنَّ اللَّهَ
مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Daripada khutbah pertama yang dinyatakan sebelum ini, ingin ditegaskan bahawa seekor burung yang lebih kecil dari kita, mengetahui bahawa dirinya mampu untuk menjadi penolong kepada agama Allah dengan melaporkan berita tentang pemerintah yang musyrik yang tidak menyembah Allah SWT. Walaupun berdepan dengan azab dan hukuman daripada Rasulullah SAW, ia sanggup berkorban merantau ke tempat yang jauh untuk mengesahkan perkara tersebut untuk dimaklumkan kepada Nabi Sulaiman.
Sikap yang dimiliki oleh Hud-Hud perlu dimiliki oleh kita semua. Ketahuilah bahawa segala tindak tanduk, perbuatan, pemikiran dan perancangan yang kita lakukan adalah untuk kegemilangan agama ini. Wujudkanlah dalam diri kita, ciri-ciri penolong agama Allah antaranya ialah memiliki ilmu dan pengalaman yang luas, berani menyatakan kebenaran, mempunyai sikap sensitif atau peka kepada masalah umat Islam, amanah dan bersungguh-sungguh ketika melaksanakan perintah Allah dan menolong agama Allah dengan apa cara sekalipun walaupun kecil.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ
وَالأَمْوَات،إِنَكَ سَمِيعٌ قَرِيبٌ مُجِيبُ الْدَعَوَات،وَيَاقَاضِيَ
الْحَاجَات.
Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah.
Ya Allah, hanya padamu kami berserah memohon keampunan kepadaMU, redakanlah bencana yang kami alami, lindungilah kami semua dari murkamu, hindarkanlah kami dari bencana-bencana yang lebih besar yang tidak mampu kami tanggungi. Kasihanilah kami semua Ya Allah! Sesungguhnya engkaulah penentu segalanya, bantulah kami menghadapinya. Kami bermohon kepadamu dengan penuh kerendahan hati, engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Makbulkan lah doa kami Ya Allah..... amin ya rabbal ‘alamin.
رَبَّنَا
ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ، وَصَلَّى اللَّه عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ
اللَّهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى
عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللَّهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُ اللَّه أَكْبَرُ.
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com
No comments:
Post a Comment