“MERDEKAKAH KITA”
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقاَئِلِ :
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
اَشْهَدُ اَنْ لاَ الــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,
Sambutan kemerdekaan sedang disambut di seluruh negara dengan berbagai cara dan pendekatan. Persoalannya ialah adakah semua kita benar-benar telah memerdekakan diri dan jiwa kita seiring dengan kemerdekaan negara. Ada orang berpendapat bahawa manusia menjadi merdeka apabila negaranya merdeka. Ada orang menganggap bahawa kemerdekaan itu mesti dihayati dan dinikmati sepenuhnya dengan melakukan apa sahaja yang terlintas di hati dan terlihat di mata. Ada juga orang yang berpendapat bahawa kemerdekaan bermakna kita mesti berpuas hati terhadap apa sahaja yang ada pada hari ini walaupun tiada sebarang pembaikan dan perubahan dengan semata-mata bersandar kepada konsep kesyukuran.
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,
Sekian lama kita menyambut kemerdekaan, tidak banyak perubahan yang berlaku terhadap Umat Islam dan Bangsa Melayu keseluruhannya. Kita masih lagi menjadi Bangsa yang kerdil dan tidak menjadi pengatur dan penentu dalam kehidupan masyarakat. Anak-anak remaja kita masih menjadi beban kepada usaha pembudayaan masyarakat cemerlang dan menghadapi krisis identiti yang tidak berkesudahan. Bangsa kita masih menjadi bangsa yang malas membaca, malas berfikir dan malas berusaha sehingga kita sering teraniaya. Bangsa kita dilekakan oleh penjajah malah terus dilekakan oleh bangsa kita sendiri menyebabkan kita hanyut dan karam di dalam lautan kemerdekaan.
Bangsa melayu dan Umat Islam di negara ini tersilap dalam menghayati kemerdekaan. Kita ibarat rusa masuk kampong yang seolah-olah tidak mahu melepaskan setiap saat dari kemerdekaan yang ada. Kita mahu bebas sebebasnya dan mahu melepaskan diri dari segala kongkongan yang ada. Di kalangan hartawan ramai yang hanya bermegah-megah dengan harta dan kekayaan. Di kalangan pemimpin ada yang asyik berusaha mempertahankan kekuasaan dengan membiarkan rakyat terus dalam kelekaan. Di kalangan penguasa ada yang menjadi hamba mengejar pangkat dan kedudukan. Di kalangan rakyat ada yang hanya berhibur dan bergurau senda tanpa memikirkan masa depan.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Untuk menilai sejauh mana kita telah menghayati kemerdekaan, maka kita perlu menilainya dari kaca mata Islam. Kemerdekaan atau kebebasan merupakan salah satu prinsip asas dalam Syariat Islam. Islam melihat kebebasan sebagai suatu keperluan asasi bagi setiap manusia. Sebab itulah disebutkan bahawa Islam membuka negeri-negeri ketika menawannya bukan menjajahnya kerana Islam tidak bertujuan menguasai dan menzalimi tetapi bertujuan membebaskan manusia bagi menerima kebenaran Allah. Kita tidak melihat mana-mana kerajaan Islam yang memaksa rakyatnya memeluk Islam walaupun kita melihat ramai umat Islam disiksa dan dianiayai semata-mata kerana menerima Islam.
Mukminin Yang dirahmati Allah,
Tidak akan ada kaedah lain untuk mengembalikan kegemilangan bangsa kita. Kita bukan bangsa yang lemah tetapi kita hanya dilemahkan oleh penjajah. Bangsa kita pernah mengukir nama dipersada dunia. Panglima Awang, sebagaimana yang digambarkan dalam karangan Harun Aminurrashid adalah dikatakan sebagai orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Kejayaan perenang merentas selat Inggeris, pelayaran solo, menjejaki puncak Everest dan sebagainya turut membuktikan keupayaan bangsa Melayu menyaingi bangsa-bangsa lain. Namun apakah bangsa kita mengakui dan menyedari kehebatan dan jati diri bangsa sendiri jika terus-terusan kita meniru dan meyerap masuk budaya asing yang tidak menentu.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Bagi golongan anak muda, khatib juga ingin berpesan dalam kita menyambut perayaan kemerdekaan ini, hendaklah kita mengelak dari melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam agama khususnya di malam ambang kemerdekaan. Seperti bercampuran di antara lelaki dan perempuan dan hiburan yang boleh merosakkan imej agama Islam.
بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقاَئِلِ :
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آَمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali Imran : 110)
أَشْهَدُ أَنْ لاَ ِإِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
أَشْهَدُ أَنْ لاَ ِإِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah berkorban dengan berhijrah keluar dari kampung halaman sendiri semata-mata untuk mendirikan sebuah Negara Islam Madinah yang merdeka yang melaksanakan Syariat Allah seluruhnya. Kini Umat Islam masih menjadi Umat yang gagal melaksanakan keseluruhan perintah agam berbeza dengan Yahudi yang bebas melakukan apa sahaja. Mereka bebas memaksa sesiapa sahaja mengikuti cara hidup mereka namun tidak sesekali membenarkan Umat Islam berbuat demikian. Tidak akan ada gunanya sorakan kemerdekaan jika di sanubari tiada terdetik sebarang rasa untuk mempertahankannya. Untuk apakah kibaran bendera merata-rata jika tiada lagi semangat juang untuk mempertahankan agama dan negara. Apa dibangga keamanan dan kemewahan negara jika hari yang berlalu hanya menambahkan maksiat dan dosa.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، خصوصا في مِصْرَ وَسُوْرِياَّ.
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
Ya Allah,
Sempena sambutan perayaan kemerdekaan yang ke-56 ini, kami pohonkan ehsan dari-Mu Ya Allah, agar Engkau kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Peliharalah kami dari segala bala bencana, anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama dan negara tercinta ini.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
Disediakan oleh :
Kamal Izat Bin Ahmed (Abu Izzah At-Tualanji)
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Perak
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com
No comments:
Post a Comment