PENGAJARAN ISRA’ DAN MIKRAJ
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
سُبْحَانَ الَّذِى أَسْرَى بعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ اْلمَسْجِدِ الْحَرَامِ إلَى الْمَسْجِدِ اْلأَقْصَاالَّذِى بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَا إنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أما بعد،
فَياَ عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bulan Rejab memperingatkan kita dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj, peristiwa bersejarah yang dilalui oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa ini benar-benar telah menguji keyakinan umat Islam terhadap terhadap kebenaran risalah kenabian Baginda Rasulullah s.a.w.
Allah SWT dengan segala Rahmat dan Kasih sayangNya telah menzahirkan kecintaanNya kepada kekasihNya Muhammad s.a.w. melalui peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Isra' dan Mikraj berlaku ketika mana Rasulullah saw menghadapi dua kematian yang membabitkan pendokong kuat terhadap usaha dakwah baginda iaitu isteri baginda Saidatina Khadijah dan bapa saudara baginda Abu Talib. Berbagai hikmah dan pengajaran yang mampu kita ambil dari kejadian yang menimpa Rasulullah saw ini.
Antara pengajaran terbesar dari peristiwa ini adalah jasa dan sumbangan berbagai pihak terhadap perkembangan Islam termasuk daripada mereka yang tidak beragama Islam. Mereka yang bukan beragama Islam tetapi tidak memusuhi Islam, adakalanya boleh digunakan untuk kepentingan Islam berbanding Umat Islam sendiri yang langsung tidak mempedulikan ajaran Islam. Allah SWT mengaturkan dengan pengaruh Abu Tolib yang mempertahankan Nabi Muhammad saw, penyebaran Islam dapat berkembang.
Maka Islam membenarkan pendokongnya bekerjasama dengan orang bukan Islam selagi ianya menguntungkan Islam dan selama mana mereka menghormati Islam dan tidak menunjukkan penentangan secara terbuka. Dan Islam tidak membenarkan kita sentiasa mempertahankan saudara seagama dan sebangsa dengan kita atas dasar kezaliman walaupun yang menjadi mangsa adalah orang yang bukan beragama Islam. Dalam masa yang sama wajib kita membantu saudara-saudara seaqidah dengan kita jika dizalimi oleh bangsa sendiri apatah lagi jika dizalimi oleh orang kafir.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Isra’ Mikraj telah mengajar Nabi Muhammad saw dan seluruh ummatnya, bahawa kemenangan kemenangan dan keagungan Islam, bukan hanya bergantung kepada pengaruh dan kedudukan seseorang, sebagaimana Abu Talib yang menjadi benteng kepada Rasulullah saw daripada gangguan Musyrikin Mekah, dan tidak hanya bergantung kepada kekuatan kewangan Saidatina Khadijah semata-mata. Umat Islam jangan menganggap bahawa kebenaran Islam tidak mungkin dapat ditegakkan tanpa sokongan pengaruh mereka yang berkuasa dan mempunyai kewangan yang kukuh kerana tanpa keduanya sekalipun, Allah Maha Berkuasa untuk memberikan kemenangan kepada sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepadaNya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Terdahulu daripada peristiwa Isra’ dan Mikraj ini adalah tentangan daripada penduduk Taif iaitu Bani Saqif yang merupakan kaum kerabat terdekat kepada Rasulullah saw . Ini memberi pengajaran kepada kita bahawa walaupun penduduk Taif merupakan kerabat rapat di sebelah ibu kepada nabi tetapi hubungan kerabat dan pertalian darah semata-mata tidak menjamin bahawa mereka akan menyokong dan membantu usaha dakwah kita.
Kita juga hari ini tidak boleh bergantung kepada perjuangan yang semata-mata memperjuangkan hanya bangsa dan keturunan tetapi hendaklah memurnikan perjuangan terhadap agama. Walaupun seseorang itu sama bangsa dengan kita atau darah daging kita sendiri tetapi jika kehidupannya sentiasa menentang Allah dan Rasulnya maka mereka sebenarnya adalah musuh kita . Namun jika seseorang itu bukan puak kita, bukan sebangsa dengan kita tetapi kita mesti bersama dengannya, bekerjasama dan menyayanginya jika dia berjuang mempertahankan agama Allah.
Meskipun tidak ada salahnya menyayangi bangsa dan keturunan namun ianya mesti disandarkan pada asas kebenaran dan bukan atas dasar kebatilan dan kezaliman.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Tatkala mendengar tentang kisah Isra’ dan Mikraj dari lisan Rasulullah saw, timbulnya beberapa golongan samada di kalangan Umat Islam mahupun yang masih belum menerima Islam. Golongan pertama tanpa berfikir panjang telah membenar dan meyakininya hanya semata-mata kerana yang menyampaikannya adalah Rasulullah saw. Golongan yang kedua terdiri daripada mereka yang tahu tentang kebenaran apa yang diceritakan oleh Rasulullah saw, tetapi sentiasa mencari alasan untuk menolaknya kerana berbagai kepentingan. Manakala golongan ketiga iaitu golongan pelampau yang terdiri daripada mereka yang menolak terus kisah tersebut lantaran kebencian mereka terhadap Rasulullah saw.
Oleh yang demikian, bukanlah suatu yang pelik apabila disebut tentang sistem hidup Islam atau syariat Islam, manusia hari ini juga terbahagi kepada tiga golongan. Golongan pertama yang seratus peratus yakin dengan kehebatan Islam serta berusaha dengan kemampuan yang ada untuk mengamalkan dan melaksanakannya. Golongan yang kedua terdiri daripada mereka yang tahu tentang kehebatan Syariat Islam tetapi sentiasa mencari jalan agar ianya tidak dapat dilaksanakan dengan mencipta pelbagai alasan. Golongan ketiga pula iaitu golongan pelampau yang terdiri daripada mereka yang menolak terus Islam dan menganggap Islam hanya sesuai untuk bangsa Arab suatu ketika dulu. Maka pastikanlah kita berada di golongan yang mana berdasarkan keyakinan kita kepada peristiwa Isra’ dan Mikraj ini. Amat malang bagi kita pada hari ini jika kita masih lagi ragu dengan kebenaran kejadian Isra’ dan Mikraj ini, sedangkan ianya amat pelik dan tidak masuk akal bagi mereka yang hidup di zaman Jahiliah dulu, tetapi tidak sangat menghairankan di zaman teknologi serba canggih pada hari ini.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu bantulah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat sekelian,
Pasang surutnya perjuangan menegakkan Agama Allah adalah lumrah yang mesti diterima oleh kita semua. Ada masanya kita menang dan Islam diterima dengan mudah dan ada kalanya kita kalah dan Islam dimusuhi dan ditolak mentah-mentah. Isra’ Mikraj mengajar kita bagaimana untuk menghilangkan rasa resah dan kecewa tatkala kalah. Allah mengajar bahawa manusia wajib sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala senang mahupun di kala susah. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia.
Sebagaimana Nabi yang telah ditimpa beberapa musibah sebelum dianugerahkan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj. Segala musibah yang kita hadapi hendaklah menjadikan iman, taqwa dan tawakkal kita bertambah dan ini dibuktikan dengan bertambahnya amal ibadat dan ketaatan kita kepada segalah titah perintah Allah.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat sekelian,
Pasang surutnya perjuangan menegakkan Agama Allah adalah lumrah yang mesti diterima oleh kita semua. Ada masanya kita menang dan Islam diterima dengan mudah dan ada kalanya kita kalah dan Islam dimusuhi dan ditolak mentah-mentah. Isra’ Mikraj mengajar kita bagaimana untuk menghilangkan rasa resah dan kecewa tatkala kalah. Allah mengajar bahawa manusia wajib sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala senang mahupun di kala susah. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia.
Sebagaimana Nabi yang telah ditimpa beberapa musibah sebelum dianugerahkan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj. Segala musibah yang kita hadapi hendaklah menjadikan iman, taqwa dan tawakkal kita bertambah dan ini dibuktikan dengan bertambahnya amal ibadat dan ketaatan kita kepada segalah titah perintah Allah.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلّىَ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
No comments:
Post a Comment